Sunday, November 21, 2010

Kalau Berpacaran, Boleh Pandang - Pandang?

[Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Rafali & Altimet]


Dalam entri kali ini, saya akan mengulas serba sedikit mengenai lagu ini. Jika dibaca sekali imbas bait-bait kata dalam liriknya, seolah-olah penuh dengan nasihat dan pengajaran. Menggariskan batas-batas pergaulan apabila berpacaran. Betulkah? Ataupun menggalakkan anak-anak muda kita supaya berpacaran dan seterusnya mendekatkan mereka ke arah kemaksiatan?


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Dengan lontaran suara bersahaja Sohaimi Mior Hassan, suara merdu Anna Rafali dan rap daripada Altimet sudah membolehkan lagu ini menjadi siulan remaja kita. Ditambah pula dengan alunan muzik yang tersendiri dan kontemporari, lagu ini mendapat tempat di hati sesiapa yang mendengarnya. Tapi, apa pula mesej yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Mari kita rungkainya satu persatu.

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Bolehkah berdua-duaan walaupun di tempat yang terang? Remaja sekarang ni sudah tidak ambil peduli tentang tata susila dan adab. Di khalayak ramai juga mereka boleh melakukan adegan-adegan yang tidak senonoh. Lihat sahaja di taman-taman, ada sahaja pasangan yang berpegangan tangan, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan dan ‘ringan-ringan’. Hal ini membuktikan betapa teruknya moral remaja kita pada hari ini. Adakah ini generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan?


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Boleh pandang-pandang? Siapa yang ajar? Kalau ia adalah pandangan pertama tidak mengapa. Tidak sengaja. Tapi, jika sudah sampai pandang-pandang (jamak), boleh? Orang kata, dari mata turun ke hati. Jadi, jagalah pandangan masing-masing. Jangan sampai ada jadi zina hati pula.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.

Dan saya paling tertarik dengan perenggan ini:

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Wah!! Bunyi macam Islamik. Tapi adakah bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Suka-suka sahaja mengaitkan malu dengan iman dalam lagu ini padahal orang yang berpacaran itu sudah pastinya tidak menggambarkan sifat malu. Mereka tidak malu dengan Allah. Allah telah menyediakan saluran yang halal untuk melayani fitrah cinta tersebut iaitu melalui pernikahan, tetapi yang haram tetap menjadi pilihan. Juga tidak malu kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Hish! Menjatuhkan maruah sahaja!


Cuba kita semua bayangkan jika lagu ini menjadi pegangan remaja masa kini? Apakah yang akan berlaku? Maka akan bertambahlah pasangan-pasangan yang mabuk asmara dek kerana fatwa sesat lirik lagu ini. Jika ada yang berkata: “Ala, ia hanyalah hiburan sahaja”. Ha! Tunggulah hiburan ini yang akan ‘menyelamatkannya’ kelak.

Kita sibuk mengecam lagu-lagu luar negara seperti Britney Spear, Lady Gaga dan Justin Bieber kerana menyampaikan mesej illuminati, satanisme dan macam-macam lagi konspirasi. Tapi tanpa disedari lagu-lagu kita juga telah menyeleweng.

Lagu ini dinyanyikan oleh orang Islam lah. Huh! Takut-takut ia akan menjadi fitnah kepada Islam. Boleh berdua-duaan jika berada di tempat yang terang. Boleh pandang-pandang asalkan jangan pegang-pegang. Ah! Ini bukan ajaran Islam. Ini bukan syariat Islam. Nanti jika orang bukan Islam sudah tidak mempercayai Islam dan kutuk-kutuk Islam, janganlah terkejut kerana orang Islam sendiri yang menjatuhkan martabat Islam sebenarnya.

Lirik lagu ini bukanlah salah keseluruhannya. Masih ada unsur-unsur nasihat yang diterapkan. Namun begitu, bergunakah nasihat-nasihat itu jika ia bercampur aduk dengan kebatilan? Fikir-fikirkan.


Persoalannya kini, adakah Islam itu tidak membenarkan kita bercinta? Cinta itu adalah fitrah manusia. Jika sesorang itu sudah jatuh cinta, jatuh cinta jugalah. Apa yang dapat menghalang perasaan tersebut? Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang insan bercinta. Tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawalnya. Ini adalah soal keimanan. Perasaan cinta itu perlu dikawal oleh iman dan bukannya iman yang dikawal oleh cinta.

Segala yang dinukilkan adalah bersandar kepada pendapat peribadi saya. Sebenarnya bukan lagu ini sahaja yang bercanggah dengan syariat Islam, malahan banyak lagi karya-karya composer tempatan yang menyumbang ke arah penyelewengan syariat Islam tetapi mendapat tempat di hati pendengar. Nauzubillahimin zalik. Wallahu’alam.

Sunday, November 14, 2010

Cara Mudah Tukar Favicon Blog

Anda sudah bosan dengan favicon Blogger.com yang berwarna oren? Mahukan kelainan dan identiti blog yang tersendiri? Favicon (favourite icon) adalah ikon kecil yang terdapat pada URL blog atau website anda. Apabila anda membuat blog di Blogger.com, favicon yang berada pada URL anda adalah berupa favicon blogger.

Baru-baru ini saya terjumpa tutorial yang yang mudah difahami untuk menukarkan favicon Blogger.com kepada apa-apa gambar yang kita ingini. Kemudian saya telah mengedit tutorial tersebut supaya lebih praktikal dan mudah diikuti. Contoh icon favicon yang telah di tukar tersebut boleh anda lihat pada gambar yang di tunjukkan di bawah.



YANG INI BERTUKAR MENJADI >>




DAN YANG INI PULA ...



BERTUKAR MENJADI >>



Untuk menukar ikon tersebut, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1


Untuk menggantikan favicon asal kepada favicon anda sendiri, anda perlulah membina satu gambar. Ianya terpulang kepada kreativiti anda untuk membina gambar tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, saiz bagi gambar mestilah sama ukurannya. Sebagai contoh, 100px x 100px. Anda juga boleh menggunakan gambar muka anda sendiri jika mahu.

Cara mudah untuk menjadikan gambar yang sama ukurannya adalah dengan menggunakan Microsoft Office Picture Manager.

Right Click The Picture >> Open With >> Microsoft Office Picture Manager >> Edit Pictures >> Crop >> Refer Picture Dimension.

Langkah 2

Upload image tersebut pada file hosting. Anda juga boleh upload image tersebut pada post dan klik Saved. Seterusnya, salin URL image tersebut (lebih senang jika upload image pada post).


Bagi anda yang upload image tersebut pada post, URL yang di highlightkan pada contoh gambar di bawah adalah URL bagi image yang di upload itu.


Langkah 3

Paste URL image( rujuk langkah 2) dan paste pada teks Masukkan URL image di sini pada kod berwarna biru di bawah.

<link href='Masukkan URL image di sini' rel='shortcut icon'/>

Contoh kod yang telah di edit:

<link href='http://1.bp.blogspot.com/_VRacf0Iqw8I/TN4IVO23SqI/AAAAAAAAAUA/lDnDhrw5JjA/s1600/Copy+of+kartun.jpg ' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Langkah 4

Log in blog >> Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 5

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan taip atau paste kod ]]></b:skin> pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 6 

Salin kod yang telah siap di edit tadi( rujuk langkah 3) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod ]]></b:skin>


Contoh:


Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.


Siap. Lihatlah hasilnya pada blog anda. Sila post komen-komen anda di sini jika ada persoalan mengenai tutorial ini.

Friday, November 12, 2010

Haddad Alwi - Rindu Muhammadku



[Lirik] Haddad Alwi - Rindu Muhammadku
Demi cintaMu ya Allah
Pada Muhammad nabiMu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku
Ya Rasullallah
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

Reff:
Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku
Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu

Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

Back to Reff

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati kuamalkan sejak dini
Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menjuju surga

Back to Reff
[Daripada Admin]
Lagu ini sememangnya menarik untuk didengari. Rentak kontemporarinya sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Lagu ini diperkenalkan oleh seorang kawan saya yang berasal daripada Indonesia (jiran bilik). Sekali dengar, pasti teruja untuk dengar sekali lagi.

Wednesday, November 10, 2010

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sampai bilakah kita harus berjuang?
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Laungan keramat daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Di laungkan pada tahun 1957.
Kini ia masih dilaungkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
Kenapa saya bercerita tentang merdeka pula kali ini?
Kerana saya sudah merdeka..!!
Untuk semester ini sahajalah.
Peperiksaan akhir semester satu telah diselesaikan dengan jayanya insyaAllah.
Namun begitu, perjuangan masih belum selesai.
Masih berbaki lima semester lagi pengajian saya di UKM ini.

Hakikatnya, memang perjuangan kita di dunia ini tidak henti-henti.
Bermula dengan perjuangan bersabung nyawa untuk keluar daripada rahim ibu.
Kemudian, perjuangan untuk belajar berjalan, berlari, bercakap.
Selepas itu, berjuang untuk peperiksaan akhir tahun di sekolah, UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi dan kini di universiti pula.
Tapi, perjuangan ini tidak terhenti sampai di universiti sahaja.
Kerana kita akan berjuang pula untuk berhadapan dengan masyarakat, pemimpin dan negara.
Hm, yang paling penting adalah perjuangan kita untuk menegakkan dan memartabatkan agama Islam di muka bumi ini. InsyaAllah.
Dan tidak lupa juga perjuangan kita untuk membina keluarga muslim.
Untuk melahirkan pewaris-pewaris agama yang akan meneruskan kelangsungan dakwah Islam.
Sememangnya, perjuangan ini tidak akan habis dan akan diteruskan hinggalah tiba saat waktu yg kekal abadi dan tiada penghujungnya. Di alam akhirat sana kelak.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang beruntung.
Amin.


“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)”
[Al-Insyirah 94: 5-6]

Bagaimana Aku Belajar?

Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan pengajian semester satu saya di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Terasa seperti baru sahaja mendaftar di sini tempoh hari. Exam terakhir yang saya duduki adalah C++ Computer Programming. Perkara yang baru bagi saya. Sebelum ini tidak pernah belajar pengaturcaraan computer sebegini. Secara jujurnya, soalan yang ditanya memang susah. Tapi, saya hanya bertawakal kerana saya yakin apa-apa sahaja keputusan yang saya peroleh adalah susunan yang terbaik oleh Allah. Siapa tahu result yang saya dapat nanti adalah nasib baik atau malang? (Ayat common dalam cerpen Inilah Takdir Que)

Sedar tidak sedar, sudah 15 tahun saya belajar secara formal. Bermula daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi dan kini di universiti. Bagaimana saya belajar? Saya bukanlah seorang yang suka untuk belajar secara berkumpulan. Sebab yang paling utama adalah jika saya belajar dalam kumpulan, lebih banyak sembang daripada stadi. Lagi-lagi kalau kumpulan yang dibentuk adalah ramai ahlinya.

Gambar semasa form 3. Kelas prep malam di 3 Ibnu Khaldun. Ramai dalam gambar ni yang pindah selepas PMR (Daniel, Faridzul, Wafiy, Opie, Afiq dan Amir Firdaus). Masa ni semua kurus-kurus lagi. Sekarang...??

Namun begitu, saya tidaklah menolak kebaikan yang diperoleh jika kita belajar dalam berkumpulan. Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa, jika kita stadi dalam kumpulan kita dapat mengingati pelajaran tersebut dalam jangka masa yang lebih lama daripada belajar sendirian. Mungkin kerana faktor persekitaran. Kita akan terbayangkan kita berada di tempat itu sambil mengingati apa yang kita bincangkan. Ha..!! itu secara teori la.

Secara peribadi, saya memilih untuk mengadakan kumpulan belajar untuk membincangkan soalan-soalan yang sukar. Jika tujuannya adalah untuk membentangkan tajuk masing-masing yang telah dibahagikan, saya tidak akan berada di situ. Sangat membosankan. Lebih baik baca sendiri di dalam bilik.

Jika anda belum membaca dan tidak pernah mencuba untuk memahami mana-mana topik, saya nasihatkan anda belajarlah sendirian di dalam bilik dahulu. Baca dulu, cuba fahamkan dulu. Jika anda terus berada dalam kumpulan belajar, anda akan ‘blur’ dan tidak akan dapat manfaat daripada perbincangan dalam kumpulan tersebut.


Apa-apa yang saya katakan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya. Saya lebih memilih untuk belajar sendirian kerana saya sememangnya sangat memerlukan suasana yang tenang tanpa sebarang gangguan. Saya tidak memaksa anda mengikut cara belajar saya. Tapi terpulanglah kepada kesesuaian kondisi pembelajaran sendiri.

Belajar secara berkumpulan ataupun bersendirian, kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Wallahu’alam.

Wednesday, November 3, 2010

[Cerpen] Inilah Takdir Que. >>Lokasi:UKM

Anda belum pernah membaca cerpen ini? 
Klik Sini Untuk Membaca 'Inilah Takdir Que'

Jadi, cerita saya tamat di sini. Saya memberi peluang kepada pembaca sekalian untuk menyambung cerita ini mengikut kemahuan anda. Adakah ia adalah happy ending atau sad ending atau tragis ending etc? Namun begitu, yang pastinya walau apa-apa pun jawapan anda, siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?


Sebenarnya memang.. kita tidak menentukan nasib baik atau malangnya sesuatu kejadian. Oleh itu,lebih baik kita menerima keadaan yang berlaku di sekeliling kita seadanya. Kita kan lebih bahagia!

Selagi anda percaya segalanya akan gagal, itulah yang akan terjadi. Tetapi, sebaik sahaja anda mengubah sudut pandangan anda, insyaAllah segalanya akan berubah. Segalanya akan bertambah baik apabila anda mengubah pandangan anda dengan berkata, “Tidak ada yang kebetulan dalam hidupku. Aku berada di mana aku harus berada”.

Kalau anda ingin lebih tenang dan tenteram, jangan lagi labelkan setiap yang berlaku itu sebagai baik atau buruk, untung atau rugi, dan bertuah atau malang. Jalanilah kehidupan dengan kebergantungan kepada yang Maha Esa.

Pengajaran yang boleh diperoleh daripada cerpen saya ini adalah:
  1. Jika ditimpa kesusahan, jangan nilai dari skop negatif sahaja, pandanglah juga daripada skop positifnya.
  2. Setiap kesusahan ada kesenangan.
  3. Jangan pandang rendah pada prinsip hidup orang lain.
  4. Solat istikharah jika mahu membuat apa-apa keputusan.
  5. Berhati-hati di jalan raya.
  6. Jangan mudah putus asa.
  7. Sayangi ibu bapa anda.
  8. …………………………………….(fikir sendiri)

Inilah Takdir Que #Final

BAHAGIAN TERAKHIR

Sebenarnya, En. Bahar sering memerhatikan Que. Didapati Que adalah seorang remaja yang mengambil berat soal solat lima waktunya, tahajud tidak pernah tertinggal, mengisi waktu-waktu terluang dengan zikir, rajin menbaca Al-Quran dan buku-buku agama, menjaga muamalat dengan wanita yang bukan mahram, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Fuh.. ciri-ciri menantu mithali. Oleh sebab itu, dia memang yakin pilihannya tidak salah.

Terdengar engsel berbunyi, menandakan pintu sedang dikuak seseorang. Mata mereka berdua beralih ke arah bunyi itu. Dari muka pintu wad, sedang berjalan seorang wanita menghampiri Que dan En. Bahar. Berjubah ungu, bertudung labuh, jalannya bersopan santun (bayangkan dalam mode slow motion dan ada efek cahaya datang daripada semua sudut), malah berpurdah lagi. Melihat matanya sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa. Umpama bidadari Syurga turun ke bumi. Secara fizikal, memang menepati ciri-ciri zaujah idaman Que.


Jantung Que berdegup kencang. Cepat-cepat Que mengalihkan pandangan. Bukan mahram. Jawapan masih belum diberikan.

“Que, inilah anak pak cik. Nurul Hidayah namenye. Puteri bongsu Pak cik. Pak cik dah ceritakan semua tentang Que kat dia. Dia bersetuju untuk menjadi isteri kamu. Itupun jika kamu bersetuju.”

Kini kekencangan degupan jantung Que sudah tidak tertahan lagi. Mahu sahaja dia berlari meninggalkan mereka dua beranak. Wajah tampannya yang putih berseri itu kini kemerah-merahan. Malu sangat la tu.

“Bagi saya masa beberapa minit ye”, Que bersuara.


Masa yang diberikan digunakan oleh Que untuk melaksanakan solat istikharah dan mendapatkan pendapat ibu dan ayah di kampung (ibu dan ayah Que berada di hospital semasa Que koma sahaja.Sehari selepas Que sedar daripada koma, mereka telah pulang ke kampong kerana ada urusan penting katanya).

Beberapa minit telah berlalu. Kini, Que mempunyai jawapannya. Dia melangkah masuk ke ruang wad dan mendekati En. Bahar. Dalam jarak lebih kurang 3meter, Que memberhentikan langkah.

Que memandang En. Bahar. Dia tersenyum melihat kehadiran Que dihadapannya, namun begitu, kedutan di dahinya jelas kelihatan. Sedang menanti sebuah jawapan.



Beberapa saat berlalu, Que meneruskan langkahnya lantas duduk di sebelah En. Bahar.

Que memulakan bicaranya,

“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang? Pak cik, jawapan saya ……….” 


Sila Klik Pada Link Ini >>  DAN JUGA...  Link Ini >>>

Inilah Takdir Que #10

BAHAGIAN SEPULUH

Walaupun Que telah sedar daripada koma, dia tetap ditahan di wad untuk rawatan susulan. Di atas katil di penjuru bilik wad, kelihatan seorang lelaki separuh abad sedang asyik meratib tasbih. Mulutnya terkumat kamit berzikir, mengagungkan kalimah-kalimah suci. Di sebelahnya, terdapat Al-Quran tafsir yang selalu dibacanya. En. Bahar namanya. Juga seorang pesakit di situ.


Que mengenali En. Bahar kerana pernah beberapa kali dia diajak berbual. Que seronok berbual dengan En. Bahar. Orangnya peramah, sering berjenaka malahan punya ilmu agama yang mantap juga. Sebenarnya, En. Bahar adalah dalam kalangan orang berada. Kerana sifat zuhudnya, dia tidak kisah untuk berada di dalam wad yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

Pada suatu pagi yang syahdu, selepas solat subuh berjemaah, sedang mereka berdua asyik berbual-bual, En. Bahar bertanya kepada Que,

“Que, nak tak Que jadi menantu abah? Ops, silap. Sorry sorry… Maksud pak cik, nak tak Que jadi menantu pak cik?”

Que terdiam tanpa kata-kata.

Inilah Takdir Que #9

BAHAGIAN SEMBILAN

Beberapa minggu perkuliahan berlalu tanpa Que hadiri. Kini, Que yang koma belum tiba ‘noktah’nya(faham?). Que telah sedar daripada koma. Insan-insan yang mengenalinya, ramai yang datang melawat. Ada coursemate, classmate, dan juga roomatenya. Penuh sekeliling katilnya dengan buah tangan daripada mereka.


Tiap kali ada ucapan takziah daripada pelawat yang hadir, Que berkata:

“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”

Ramai juga yang ‘cakap belakang’.

“Kenapa la dengan mamat tu? Gile ke?”

“Dah accident teruk macam tu pun takkan la nasib baik jugak?”

“Biar betul. Aku salah dengar ke ni?”

“Ish, penat-penat aku datang jauh-jauh sebab kawan di timpa malang. Tibe-tibe dia nak kate yang ni nasib baik pulak. Kalo macam tu, baik tak payah datang je tadi. Suka la tu accident.”

“Bagi dia, kalau dia dah mati, baru jadi status nasib malang kot.”

Inilah Takdir Que #8

BAHAGIAN LAPAN

Keesokan harinya, Que membonceng motor Asyraf untuk mengambil semula motornya yang telah siap dibaiki. Apabila tiba di sana, Asyraf terus meminta diri untuk terus pulang kerana kuliahnya akan bermula sebentar sahaja lagi.

Selepas membuat pembayaran, Que terus mendapatkan motornya dan menuju ke destinasi biasa, KPZ tercinta. Sedang asyik menunggang motosikalnya yang baru dibaiki itu, dengan tidak disangka-sangka sebuah Perodua Kancil yang dipandu laju dari arah bertentangan menuju ke arahnya. Dengan jarak antara Que dan ‘Kancil’ yang tidak sampai 5meter itu, maka Que tidak sempat mengelak.


“Dum..!!”

“Allahuakbar”

Sempat juga terlintas di hatinya,
“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”

Que terpelanting. Motornya ‘selamat’ berada di bawah ‘pelukan’ sang ‘Kancil’. Darah keluar dari tubuh anak muda ini. Que koma. Motornya hancur.

Inilah Takdir Que #7

BAHAGIAN TUJUH

Motosikal Que masih dibengkel. Malam itu sekitar pukul 9 malam. Que dalam perjalanan pulang daripada surau kolej bersama sahabat-sahabat seusrahnya Asyraf, Saddiq, Shukran dan Faisal. Sedang asyik berbual mengenai pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azan, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Dum..!!”

Sebuah kereta Perodua Myvi putih terbabas dan merempuh sederet motosikal yang diletakkan di tempat parkir yang disediakan.


“MasyaAllah!! Motor enta Que. Enta selalu letak motor kat situ kan?,” teriak Faisal apabila melihat kejadian itu.

“Motor ana ada kat bengkel la. Pagi tadi kan ana terbabas juga. Ni nampak tak luka-luka kecik ni?”,Que menunjukkan luka-lukanya sambil tersenyum.

“Ouh, haah. Asif jiddan, panik sampai terlupa”

Motor-motor yang dilanggar tadi mengalami kerosakan yg berganda-ganda lebih teruk daripada motor Que yg terbabas siang tadi.

“Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?”