Thursday, June 23, 2011

Komik: Potret Zaujahku

Entry kali ini khas dan khusus untuk Hafizi Azmi pemilik blog Alwan Pelangi. Beliau adalah classmate saya semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Sangat tertarik dengan komik Islami yang dilukisnya sendiri. Jalan cerita yang sangat catchy dan menghiburkan. Sesuai untuk panduan pengantin remaja mahupun yang sudah lebih berusia. Lukisan kartunnya juga comel-comel belaka.

Sebenarnya, saya juga minat melukis semasa zaman sekolah rendah dulu-dulu dan rajin juga melukis. Tapi disebabkan kurang bakat semulajadi, maka minat itu terbantut. Hehe.. By the way, sampai sekarang, saya masih sangat berminat dan teruja dengan pelbagai seni lukisan dan abstrak.

Review mengenai komik beliau ini dalam entry ini adalah sebagai pembakar semangat kepada beliau untuk terus menghasilkan komik-komik Islami yang berkualiti pada masa hadapan. Untuk makluman semua, Potret Zaujahku ini adalah komik Islami pertama beliau. Good Luck Piji..!!

Selamat Membaca.










Sila download di sini :

Ataupun di sini (link alternatif) : 

This comic also have been translated in English. Special for non-Malaysian readers or Malaysian readers who does'nt want to read in Malay language.

Download here :


View it on DeviantART here :

Hope you enjoy it !!

Wednesday, June 15, 2011

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari



HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )


CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat.  Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.


Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.


Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.


Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.


Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.


ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
  "    الص ـل ة ج امـ ع ة   "  
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.




(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).


INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).


Sumber: http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf

Tuesday, June 14, 2011

Gerhana Bulan Paling Gelap

FENOMENA gerhana bulan yang berlaku pada Jun tahun lalu yang dilihat orang ramai di sekitar Menara Taming Sari, di Bandar Hilir, Melaka.

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000. Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. 

“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil. 

“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang,” katanya. 

Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa. 

Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra. 

“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi. 

“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi,” katanya. 

Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap. 

Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. 

“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. 

“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gerhanabulanpalinggelap/Article/index_html

P/S: Dah lama tak copy and paste entry kat blog ni. Fenomena ini sangat menarik untuk dikongsi. Disebabkan fenomena ini memerlukan fakta yang tepat, so terpaksalah saya copy artikel ini.

Thursday, June 9, 2011

Kerana Kau Begitu Berharga


Entah la. Saya tak pasti adakah anda semua menyedari bahawa masyarakat kita tidak tahu dan tidak faham tentang aurat. Bahagian yang sepatutnya adalah aurat dan mesti ditutup, tidak dianggap sebagai aurat. Malah didedahkan untuk tatapan mata-mata keranjang yang bersalut nafsu serakah. Tutuplah aurat itu. Kerana apa? Kerana kau begitu berharga.


Dan satu lagi masalah yang saya teliti adalah mengenai kesedaran tentang batasan dengan yang bukan mahram. Malahan, lebih teruk lagi adalah terlalu ramai yang tidak dapat mengenalpasti siapa mahram dan siapa pula yang bukan mahram. Hasilnya? Masyarakat kita kini keliru. Masyarakat kini bercelaru.

Jadi, atas kesedaran inilah, tiba-tiba sahaja saya terfikir mengenai perkara ini: Rasa-rasanya belum pernah kerajaan Malaysia menjalankan Kempen Menutup Aurat atau Kempen Kenali Bukan Mahram.

Takkan lah pemimpin Malaysia kini yang mengaku sebagai kerajaan negara Islam tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang penting. Atau mungkin mereka merasakan Kempen Menutup Aurat ini tidak perlu ditekankan kerana isteri-isteri dan keluarga mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Jambul ditunjukkan, rambut tidak ditudungkan. Hurm, tugas sebagai ketua keluarga yang kecil sahaja tidak mampu diselesaikan, apatah lagi untuk tanggungjawab sebagai ketua Negara.

Bagaimana pula dengan Kempen Kenali Bukan Mahram? Kenapa tidak pernah dijalankan? Ala, mereka sendiri yang tidak mampu untuk menjaga batasan tersebut. Mereka sendiri yang menghulurkan tangan mereka dan menyambut ‘tangan-tangan haram’ milik yang bukan mahram untuk bersalaman tanpa mengambil kira syariat dan sensitiviti umat Islam yang lain. Pemimpin oh pemimpin, tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada kami semua.

Menutup Aurat.

Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Muhasabah: Adakah pakaian yang kita selalu pakai itu boleh dipakai semasa solat?? Kalau ia memenuhi syarat-syarat pakaian menutup aurat yang digariskan Islam, insyaAllah boleh dibawa solat.

Anda semua mungkin ada yang pernah melihat muslimat yang bersolat tanpa memakai telekung tetapi cukup dengan hanya bertudung (ikut syariat), handsock, stoking dan pakaian yang menutup aurat. Sah solatnya asalkan ia menutup auratnya dengan sempurna. Islam itu sangat mudah kan?

Ada yang mempersoalkan tentang pandangan masyarakat mengenai perkara ini. Betul tak?? Anyway, baru-baru ini, saya ada buat satu entry baru. Ala, simple-simple je. Tajuknya adalah Betulkan Yang Biasa. Biasakan Yang Betul. Boleh la baca untuk sedikit pencerahan mengenai isu masyarakat kita ini.

Ada juga suara-suara sumbang yang cakap macam ni:

“Ala, tutup aurat, pakai tudung labuh, hand sock, stokin pun belum tentu lagi hati dia baik. Maybe, yang tak pakai tudung baik hatinya daripada diorang tu..!!”

Maaf, ini bukan kempen ‘Tak pakai tudung takpa, asalkan hati baik’. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.

Jika pakaian yang kita pakai selalu itu tidak boleh dipakai semasa solat, maka setiap langkah kita berjalan di bumi ini tentu sekali diiringi dengan kemungkaran Allah lantaran kita mengabaikan syariatNya. Nauzubillahimin zalik.

KESIMPULAN:
Saya yakin dan percaya, jika kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh untuk menjayakan Kempen Menutup Aurat dan Kempen Kenali Bukan Mahram, maka semua gejala sosial dan kadar jenayah akan berkurangan dan dengan izin Allah masalah-masalah ini akan lenyap terus dari Negara kita yang tercinta ini.

Persoalannya, adakah pemimpin Malaysia pada hari ini mahu melaksanakannya? Fikir-fikirkanlah akan perkara ini jika anda adalah masyarakat Islam yang prihatin. Anda semua juga berperanan untuk mengubahnya. Kenapa? Kerana kau begitu berharga.

Wallahu’alam.

P/S: Penerangan tentang kenali bukan mahram boleh diperoleh daripada link ini: