Wednesday, September 29, 2010

Pendedahan Tentang Illuminati, Lucifer, Freemason, Yahudi Israel, Dajjal, dan Sister in Islam(SIS)..!!!


Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya, saya kurang berminat untuk membincangkan mengenai konspirasi-konspirasi yang wujud di seluruh dunia ini. Kerana bagi saya, ia hanyalah teori yang ada kemungkinan ia adalah benar ataupun salah. Namun begitu, anggaplah ini sebagai perkongsian daripada saya. Artikel ini saya ambil daripada http://mistisfiles.blogspot.com/

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?Ini soalan serius kepada anda.Apakah yang membuatkan kita semua perlu bernafas di  atas muka bumi ini?Adakah anda semua meminta untuk hidup di dunia?Adakah anda pernah memintanya?Ini soalan yang tepat.

Jika anda pernah memintanya,sila beritahu saya BILAKAH anda memintanya.Dan jika tidak pernah memintanya,sila perhatikan apakah yang anda buat di atas dunia  sepanjang hidup anda.

JIka anda tidak pernah memintanya,saya lihat ada dua pilihan di sini;sama ada anda terpaksa teruskan kehidupan atau bunuh diri sahaja,sekarang.Jika anda  tidak mahu menghargai kehidupan,kehidupan juga tidak perlu memanja-manjakan diri anda.Jadi anda tahu pilihan mana yang tepat dengan akal yang sihat.

Para penyembah Iblis dan Kultus Sesat Mason serta Illuminist percaya bahawa manusia hidup atas kehendak Lucifer.Pada satu peringkat bawahan,ada satu kelompok  yang bertindak sebagai Ateis.Ada satu peringkat pula adalah penyembah materialistik.Ada satu peringkat pula adalah mangsa hedonisme.Mereka semua adalah orang  tidak percayakan agama atau agama adalah candu bagi mereka.Agama adalah sesuatu yang menyusahkan kehidupan mereka.Antara mangsa paling bawah dan menyedihkan  malah menjadi hamba secara sukarela di Malaysia ialah Sister In Islam.

Ini adalah contoh paling mudah untuk diketengahkan kerana kebanyakan polisi dan tindakan mereka menganaktirikan hukum-hukum Allah.Bagi mereka Allah,Muhammad  dan AlQuran adalah perkara ke 546 atau lebih dalam semua polisi mereka.Yang penting sekarang ialah kehidupan yang liberal sesuai dengan hak kemanusiaan.Ini  tidak menjadi masalah jika mereka adalah bukan Islam atau mengaku bukan Islam.MASALAHNYA sekarang,mereka mengaku Islam dan berasa amat marah apabila  dikatakan kafir atau non-muslim.Setiap dari mereka berusaha melekatkan perkataan 'ISLAM' di dahi-dahi mereka namun malangnya tidak pernah mendisiplinkan diri  mematuhi kehendak Allah yang menciptakan diri mereka.

Semua orang tahu bahawa Sister In Islam menyokong IFC iaitu satu suruhanjaya antara agama yang ditubuhkan oleh para chauvinist atau pelampau agama selain  Islam bertujuan untuk meliberalkan hukum-hukum Islam.Sudahlah hukum Hudud dalam AlQuran tidak dilaksanakan,sisa-sisa hukum Syariah di Malaysia yang  diluluskan oleh 'SIRIM' Malaysia pula mahu diperkosa sampai mati!Wanita-wanita 'Islam' di dalam Sister In Islam bagaikan zombie-zombie yang fikirannya  dikawal oleh hedonisme agama.Apakah motif sebenar Sister In Islam?Mengapa mereka cenderung melacurkan kemurnian agama Islam?Liberalisasi kemanusiaan adalah  agama tertinggi bagi Sister In Islam.Hukum Allah dalam soal jenayah adalah amat haram dan 'illegal' dalam kamus perundangan Sister In Islam.Dalam hal ini  Allah bagi mereka tidak pandai membuat hukum.Mereka lebih pandai.Bagi mereka Allah amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan,contohnya terhadap Kartika.Sister  In Islamlah yang lebih memahami hak kemanusiaan berbanding Allah.


Jadi siapakah Allah di hati para pendukung Sister In Islam? Ke manakah mahu diletakkan keislaman mereka?Siapa yang mereka sembah sebenarnya? Siapa yang  menciptakan tubuh mereka?'Hak asasi manusia' atau Allah Maha Pencipta?

Adakah di bulan Ramadan mereka patuh berpuasa?Bagaimana solat mereka?Bagaimana mereka berdoa kepada Allah,namun pada masa yang sama menarik 'flush' lalu  mengepam hukum-hukum Allah ke dalam lubang tandas?

Bagaimana pula dengan pemimpin yang berpendapat menjalankan hukum Hudud akan membuatkan rakyat Malaysia akan sukar mencari rezeki akibat kudung  tangannya,malah mampu dibuatkan sup tangan manusia malah batu-batu di tepi jalan akan habis akibat digunakan untuk merejam orang berzina?

Di hadapan Allah kelak di 'The Judgment Day' adakah mereka ini berani mengatakan 

"Ya Allah,hukum- Mu tidak sesuai dijalankan di zaman moden.Tidak menepati  piagam hak kemanusian antarabangsa"

"Ya Allah,aku tidak menjalankan hukum-Mu kerana dikhuatiri rakyat Malaysia kudung semua tangannya"

di hadapan Pencipta mereka sendiri? Agak-agak anda,beranikah mereka mengangkat wajah di hadapan Allah?Relevankah lagi segala alasan mereka apabila  Bumi,Matahari dan seluruh alam semesta hancur musnah?

Kita mesti memikirkan semua ini kerana tanda-tanda kiamat sudah muncul.Tanda-tanda kemunculan Dajjal juga sudah muncul.Muhammad tidak berbohong.AlQuran tidak  berbohong.

Hollywood sebagai pusat propaganda Dajjal adalah bukti yang paling mudah jika kita mahu berfikir.Bagi para jiggers yang telah sekian lama mengikuti  MistisFiles,pasti tahu bahawa berkali-kali kami memberikan amaran dan peringatan tentang perkara ini.Lama sebelum siri The Arrival muncul,kami di MistisFiles  telah lama mengingatkan kepada anda masalah ini.Kita di akhir zaman.Dalam istilah Illuministnya,'EndGame'.

Wang 1 Dollar adalah buktinya.Mata sang Dajjal sudah terakam kemas di sana.Mengapa masih ada manusia yang sanggup memijak hukum AlQuran?Filem Valhalla Rising  yang 70% menceritakan kisah hidup Dajjal sama seperti yang diberitakan dalam hadis Tamim Ad-Dari sehingga dipaparkan pengembaraannya ke Jerusalem (Baltul  Maqdis) telah pun keluar namun mengapa masih ada manusia tidak percaya?


JIKA ANDA PERCAYA TENTANG KEMUNCULAN DAJJAL,ANDA MESTI PERCAYA KEBENARAN ISLAM,KEBENARAN MUHAMMAD DAN KEBENARAN ALQURAN.

Bagi Sister In Islam,agama mereka sendiri adalah pembohong,kolot dan tidak saintifik.Namun adakah mereka sedar bahawa solat berjemaah dibuktikan oleh seorang  saintis Amerika bahawa mampu memindahkan cas-cas sehinggameneutralkan cas di dalam diri manusia.Tidak payah anda minum 100 Plus.Tidakkah mereka sedar bahawa  ketika sujud,ada satu ruang di dahi manusia yang terbuka HANYA KETIKA PERLAKUAN SUJUD dan serta merta mengalirkan darah ke dalamnya.Sister In Islam pasti  jijik melihat orang Islam menjilat jari selepas makansemata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Tetapi tahukah mereka bahawa di hujung jari manusia  terdapat satu enzim yang mempercepatkan penghadamanmakanan?Enzim inilah yang mempercepatkan sesuatu makanan menjadi basi dan mereput (rosak,berbakteria atau  berulat) akibat disentuh oleh jari kita.Sister In Islam pasti mengejek hukum Hudud yang mengarahkan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan melakukan  zina supaya disebat,padahal sebatan di belakang mereka mampu merangsang sel-sel darah putih keluar supaya cukup jumlahnya untukmenentang virus HIV?

Sister In Islam tidak tahu semua ini kerana bagi mereka Islam adalah kolot dan tidak saintifik.Minda mereka menjadi jumud,beku dan tertutup dengan pandangan  salah ini.Orang Barat dan para saintis mereka mula melihat keajaiban Islam.Sister In Islam,para pemimpin Islam Liberal terus bergelumang dengan  lubang najis kesesatan.Tidak terkecuali orang Islam yang menyokong Syiah yang pakar memalsukan hadis atau golongan antihadis sendiri,semua ini ada sahamnya  di akhirat kelak termasuk segala simpatisan mereka.Allah dan agama-Nya tidak memerlukan simpati manusia, MANUSIALAH PERLU MEMPERHATIKAN DIRI MEREKA DAN  BERSIMPATI DENGANNYA.


Para Illuminist dan Mason sedang galak membuat projek-projek raksaksa untuk menyambut kedatangan Messiah.Di Eropah,bunker-bunker bawah tanah dibina untuk  menyimpan gandum dan bekalan makanan yang lain.The Endgame pasti tiba.Para Illuminist dan Mason percaya hal ini,namun soalannya di pihak mana mereka berada.

Israel menyimpan emas dan mengharamkan riba.Namun orang Islam memakai duit kertas yang tidak bernilai dan mengamalkan riba.Para rabbi Yahudi tahu apa yang  orang Islam dungu tidak tahu.Para rabbi Yahudi tahu bahawa Nabi Muhammad benar-benar seorang Rasul dan kata-katanya adalah benar,namun mereka amat kecewa  kerana baginda lahir dari kalangan Arab,yang dahulunya adalah dianggap satu bangsa yang hina di sisi Yahudi.

Yahudi Israel (bukan American Jews atau mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Yahudi) tidak makan babi dan amat benci kepada haiwan ini,namun kerajaan  Malaysia yang diterajui oleh orang Islam tidak bertegas dalam soal kandang babi.Mengapa sesetengah orang Cina bermatian tidak mahu kawasan tempat tinggal  mereka berdekatan dengan kandang babi malah tidak mengapa jika dibina berdekatan kampung Melayu (ini salah satu sikap mementing diri Ultrakiasu).Mereka tahu  bahawa haiwan ini adalah busuk dan pengotor.Mereka tahu hakikat ini namun dagingnya mereka makan.

Yahudi Israel pembersih dan mengamalkan sunnah Nabi serta nilai-nilai murni Islam,dan mereka berjaya.Di dunia lagi Allah sudah tunjuk bahawa siapa yang  amalkan sunnah nabi-Nya akan dapat kejayaan walaupun orang kafir yang mengambilnya.Orang Islam membuang sunnah Nabi maka mereka menjadi hina dina di dunia.


Sampai masa para Illuminist akan menimbulkan huru hara.Iblis telah mengajarkan kepada 66 degree ahli Kultus Syaitan Illuminist bahawa untuk menguasai  manusia,huru hara perlu diadakan.Sejumlah manusia perlu dikorbankan demi nama Iblis.Biar ramai manusia mati supaya kekafiran mereka dapat dijamin.Jika  dibiarkan hidup lama,takut-takut mereka akan mendapat hidayat Allah.Syaitan-syaitan ini tetap berusaha keras walaupun sebenarnya hidup mati dan hidayah itu  di tangan Allah.

Ada satu kepercayaan para Kultus ini,bahawa manusia dikuasai satu entiti yang digelar 'alien'.Alien ini terdapat dalam dua bentuk,spiritual dan  fizikal.Manusia perlu tunduk kepada segala alien ini dan mematuhi kehendak nafsu sendiri yang dipercayai adalah tanda-tanda dirinya direstui oleh  alien.Ingat,semua ini adalah 'rebranded'.Dahulunya mereka menggelarkan sebagai dewa-dewi.Sekarang para alien.

Saya perlu beritahu anda satu perkara penting.Dan semua orang Islam perlu sebarkan perkara penting tentang akhir zaman secara percuma supaya cepat tersebar.Adakah perkara sepenting persedian menghadapi akhir zaman perlu dikenakan bayaran?Di MistisFiles,ini adalah percuma dan semua orang boleh mengetahuinya secara cepat dan berkesan.Kami bukan mahu berniaga atas ilmu-ilmu kritikal seperti ini.Kami bukan oportunis,kami adalah 'The Trafficker of Information'.

Bacalah dan cuba hafaz 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi supaya anda terhindar dari fitnah Dajjal.Apakah fitnah Dajal itu?Segala penderitaan yang datang hasil dari tangannya.Jadi jangan salahkan Allah dan Islam jika anda menderita di akhir zaman kerana Nabi Muhammad s.a.w sudah tunjuk cara untuk selamatkan diri.Segala hak asasi manusia,liberal dan material anda tidak akan selamatkan anda dari fitnah Dajjal The Antichrist.Percayalah.

Bacalah AlQuran dan banyakkan berselawat ke atas nabi.Satu selawat,Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita!Betapa besarnya pahala selawat.Para Illuminist sudah ketakutan kini.Filem-filem 'disaster' arahan Roland Emmerich seperti 2012 atau The Day After Tomorrow adalah cara mereka mahu 'berpesta' sebentar untuk melegakan ketakutan mereka tentang akhir zaman.Setiap kali bulan Ramadan,para rahib Illuminist pasti bermunajat kepada Lucifer supaya menyelamatkan mereka dari ramalan dari The Holy Scriptures.Namun apa yang dijanjikan oleh Allah pasti terjadi.Kata-kata Rasulullah adalah benar.Islam adalah benar.

Berjumpa di The EndGame,di mana di sana tiada berguna lagi segala penyesalan...

29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Illuminati, Freemason & Penyembah Syaitan Lanatullah BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis & ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains & semasa yang menyokong.

    ReplyDelete
  3. Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis & fitnah samada di peringkat global, negara dan individu.

    Petanda-petanda kemunculan Dajjal Llaknatullah & kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah saw sebagai peringatan & persediaan buat umat akhir zaman. Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu.

    Bagaimana hal Dajjal Laknatullah & Imam Mahdi boleh dijadikan dakwah ?

    PERTAMA : Kerana ianya adalah pesanan dari hadis Rasulullah saw. KEDUA : Relevan dengan isu semasa akhir zaman. KETIGA : Berkait dengan peristiwa tanda-tanda Kiamat. TUJUAN : Menarik seberapa ramai orang kepada Islam & Iman.

    ReplyDelete
  4. cakap pendedahan tp isu freemason blm lg lengkap. illuminati x lengkap..

    ReplyDelete
  5. SALAM IBU PEJABAT ILUMINATI SELURUH DUNIA

    alamat e-mel = illuminatieuropeangrandmaster@gmail.com atau wahtsapp kami +34602182632

    Selamat datang ke perintah pencerahan yang hebat di Amerika Syarikat dan ke seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai komuniti orang yang tercerahkan, di mana anda boleh menangkap semula impian anda yang hilang, dan juga di mana anda boleh mendapatkan semula cahaya melihat kekayaan dan bahagia tanpa ada pengorbanan darah. Dan kami juga membayar sejumlah $550,000 untuk mendapatkan semua ahli baharu apabila mereka menyertai persaudaraan dan juga ke rumah pilihan dan lokasi anda dengan pelaburan dan peluang dalam hidup ini untuk menjadi terkenal.

    FAEDAH DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU MENYALA LAMPU.
    1. Ganjaran wang tunai sebanyak $550,000.
    2. KERETA Sleek Dream baharu bernilai USD$150,000 USD
    3. Membeli rumah idaman di negara pilihan anda.
    Perundingan selama sebulan dengan 5 terbaik di dunia.
    Pemimpin dan 5 selebriti paling penting di dunia. Jika anda berminat sila hubungi alamat e-mel sebelumnya =illuminatieuropeangrandmaster@gmail.com atau wahtsapp kami +34602182632


    https://www.gaia.com/article/what-is-the-illuminati

    ReplyDelete