Monday, September 12, 2011

Indahnya Cinta - Love Is Beautiful

Tiada apa yang menarik dengan entry kali ini. Tapi, sila perhatikan perkataan-perkataan yang BERHURUF BESAR. Mungkin ada perkara yang menarik. Mungkinla... Agakla...

Saya dah siapkan satu video khas untuk entry kali ini. Penceritaan sepenuhnya tentang entry Indahnya Cinta - Love Is Beautiful. Semoga terhibur.

Aku nak berkongsi satu CERITA HATI
Cerita biasa-biasa sahaja
Tiada yang LUAR BIASA
Ini juga bukan KISAH DONGENG
Tapi ada pengajaran untuk semua
Cerita ini tentang CINTA DAN HARAPAN
CINTA MUKA BUKU pun boleh juga.

REMAJA memang mudah melafazkan KALIMAH CINTA
TIKA MASANYA dalam fantasi cinta
Semua mengaku sanggup BERKORBAN DEMI CINTA
Semua terpengaruh dengan PESONA CINTA.

PERMATA YANG DICARI
sudah tentu adalah permata yang berkualiti
Dan ia bukan mudah untuk dimiliki
Itulah hakikatnya
PERCAYA PADAKU
Peliharalah maruah diri.

Seronok bercinta?
Hanya KERANA CINTA insan
Batasan agama jangan diketepikan
Hanya kerana INDAHNYA CINTA dunia
Jangan pula khianati cinta yang utama.

Please OPEN YOUR EYES
CINTA TERAGUNG adalah cinta Allah
Islam tidak melarang kita melakar CERITA CINTA
Asalkan cinta itu bukanlah CINTA BERSULAM NODA.

Mahukah MAHLIGAI CINTA yang dibina mendapat murkaNya?
Mahukah KELUARGA BAHAGIA hanya menjadi angan-angan sahaja?

I BELIEVE
LAYAR KEINSAFAN sudah terdetik di hati
BERIBU SESALAN sudah bersarang di jiwa
SAAT TERAKHIR sebelum LAST BREATH
Belum tentu dapat bertaubat.
Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat.

Ingatlah, yang PERGI TAK KEMBALI
Apa jadi kepada yang tak sempat bertaubat walau hanya SEDETIK LEBIH?
Yang tak sempat MENANGIS LAGI pula macam mana?
Bagaimana agaknya kehidupannya semasa MENANTI DI BARZAKH?

Yang pastinya
Allah sentiasa menerima TAUBAT SEORANG HAMBA.

SEMALAM mungkin tidak SEBIRU HARI INI
Biarlah dosa-dosa lalu TERHENTI DI SINI
Menjadi CEBISAN KENANGAN
Sebagai satu MUHASABAH CINTA
Untuk mendekati NUR TUHAN.

Yakinlah
Akan tiba hari itu
Hari untuk SEBUAH PERTEMUAN dengan si dia
Insan yang akan membimbing tangan kita ke SETANGGI SYURGA
Bahagia DI PENGHUJUNGNYA.

InsyaAllah
Wallahu’alam.


TAJUK LAGU-LAGU YANG TERLIBAT:
CERITA HATI – HAFIZ HAMIDUN
LUAR BIASA - SHAHIR ZAWAWI
KISAH DONGENG - STACY
CINTA DAN HARAPAN - FIRDAUS
CINTA MUKA BUKU – NAJWA LATIF
REMAJA - UNIC
KALIMAH CINTA - INTEAM
TIKA MASANYA – MIRWANA FEAT HUJAN
BERKORBAN DEMI CINTA - HIJJAZ
PESONA CINTA - HIJJAZ
PERCAYA PADAKU - UNGU
PERMATA YANG DICARI - DEHEARTY
KERANA CINTA - MESTIKA
INDAHNYA CINTA - NIDJI
OPEN YOUR EYES – MAHER ZAIN
CINTA TERAGUNG - HAZAMA
CERITA CINTA - ELHAMZ
CINTA BERSULAM NODA – DE HEARTY
MAHLIGAI CINTA - UNIC
KELUARGA BAHAGIA - SAUJANA
I BELIEVE – IRFAN MAKKI FEAT MAHER ZAIN
LAYAR KEINSAFAN - MESTIKA
BERIBU SESALAN – JAC NING SHILA
SAAT TERAKHIR - UNGU
LAST BREATH – HAFIZ HAMIDUN
PERGI TAK KEMBALI - RABBANI
SEDETIK LEBIH – ANUAR ZAIN
MENANGIS LAGI - FINA
MENANTI DI BARZAKH - FAREAST
TAUBAT SEORANG HAMBA – IRSYADEE FEAT HAFIZ
SEMALAM - MIRWANA
SEBIRU HARI INI - EDCOUSTIC
TERHENTI DI SINI - ASFAN
CEBISAN KENANGAN - AMAR
MUHASABAH CINTA – EDCOUSTIC
NUR TUHAN - HIJJAZ
SEBUAH PERTEMUAN - UNIC
SETANGGI SYURGA – IN TEAM
DI PENGHUJUNGNYA - IQA

Friday, September 9, 2011

Adobe Photoshop: Amateur Photo Editor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Photo editing. Memang menarik. Tahun-tahun sebelum ni pun saya pernah belajar photo editting sebenarnya. Tapi disebabkan ilmu tu tidak diamalkan, maka, faham-faham sendirilah. Habis terlupa semuanya. Jadi, pengajarannya, amalkan ilmu yang kita miliki supaya kita tidak kehilangannya.

Untuk entry kali ini, saya nak berkongsi beberapa gambar yang diedit oleh saya sendiri. Tiga gambar percubaan pertama. Mungkin tidak sehebat photo editors yang profesional sebab saya ini hanyalah amateur a.k.a. beginner sahaja.

For the firstimer macam saya. I think that editted photo is just nice kot. Maybe la. Saya masih perlukan tunjuk ajar daripada kawan-kawan yang dah sampai tahap profesional tu. Harap, saya bolehlah jadi macam mereka semua yang hebat-hebat dan kreatif.




Saya belajar video editting (Cyberlink Power Director dan Adobe After Effects) dulu sebelum belajar photo editing. Ingatkan photo editting ni tak penting. Rupa-rupanya sama penting untuk menghasilkan karya video yang mantop. Jadi, kesimpulannya, semua orang patut tahu dan mahirkan diri untuk mengedit  gambar dan juga video.

P/S: Sebelum belajar guna Adobe Photoshop, saya hanya tahu edit-edit gambar dengan menggunakan Picasa sahaja. InsyaAllah dengan kedua-dua kemahiran ini, kita dapat gunakan untuk mengembangkan dakwah Islam di alam maya ini khususnya.

Monday, September 5, 2011

Happy Eid: Syawal 1432H

Salam Lebaran. Masih belum terlambat kot? Masih Syawal lagi, kan? Tiada yang istimewa dalam entry saya kali ini. Cuma mahu berkongsi gambar Hari Raya saya pada tahun ini. Tak banyak gambar la tahun ni.












Hari raya merupakan hari kemenangan. Kita meraikan kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah swt sepanjang bulan ramadhan. Bukan sahaja dengan berpuasa menahan makan dan minum tetapi juga dengan qiyam, bacaan Al-Quran serta amalan-amalan lain.


Justeru, kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir pada hari raya. Takbir membesarkan Allah swt tanda keyakinan kita bahawa setiap kemenangan dan anugerah hadir dengan keizinan Allah swt. Sehebat mana pun kejayaan yang kita miliki, perlulah diyakini bahawa ia tidak akan melebihi kebesaran yang dimiliki oleh Allah SWT.


Janganlah pula kegembiraan kerana menyambut kemenangan ini melupakan kita pada hakikat kebesaran Allah swt. Ini kerana hari raya yang sebenar adalah untuk mereka yang bersedia menghadapi hari pembalasan. Kata para hukama Arab:


Tidaklah hari raya itu untuk orang yang berpakaian baru, tetapi hari raya itu untuk orang yang takutkan hari yang dijanjikan.

Friday, September 2, 2011

Seorang Aku: Kamu Bidadariku


Sudah lama aku perhatikan kamu.
Sejak kecil. Sejak di bangku sekolah lagi.

Pakaianmu bukan seperti biasa.
Tutur bicaramu juga. Jalanmu juga begitu.
Peribadimu terjaga. Citra bidadari syurga.
Kerana apa? Kerana...

Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram,
Kamu berada di rumah bersama keluargamu.

Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan,
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu.

Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop,
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu.

Di saat orang lain memuja artis-artis,
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola.

Di saat orang lain bergelak ketawa besar,
Kamu hanya tersenyum sendiri.

Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai,
Kamu tetap dengan tudung labuhmu.

Di saat orang lain dengan make up tebal seinci,
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi.

Di saat orang lain bersama perfume mewangi,
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie,

Di saat orang lain menggayakan short sleeve,
Kamu tetap tegar memilih long sleeve.

Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan,
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’.

Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai,
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah.

Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook,
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu.

Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia,
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu.

Di saat orang lain ingin menjadi orang lain,
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu.

Sungguh, aku akan menjadikanmu bidadariku
Sebagai penemanku di dunia dan syurga abadi.

InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Solusi
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)