Monday, December 31, 2012

Apabila Wanita Mulai Berbicara Soal Hati Kepadamu


Harith Faisal wrote:


Pesanan kepada lelaki. Kalau ada perempuan yang sudah mula bercerita tentang hati dan perasaan (walaupun tidak direct), maka cepat-cepatlah lari daripadanya dan berhenti berhubung dengannya (kecuali jika kamu juga ada hati dengannya). Kerana perempuan hatinya mudah terasa dicintai, sedangkan mereka hanya syok sendiri. Dan yang paling penting, jangan bagi apa-apa harapan kepada mereka. Kalau memang tak sukakan dia, terus cakap terus terang:


"Tolong jangan ganggu hidup saya dengan cerita hati dan perasaan awak tu. Maaf, saya tak pernah sukakan awak."


Lepas tu, kalau dia masih menggedik-gedik juga dan tak boleh terima kenyataan, nampak sangat desperate. Awak, please jaga maruah diri.


#pengalaman adalah guru kehidupan ( ^^)/

#perkara ini juga boleh berlaku kepada jantina yang sebaliknya.

.............................................



Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Poster Pimpinan Mahasiswa UKM


"Setiap ahli GAMIS seharusnya mengelak daripada tersangkut dalam perdebatan mengenai method atau pendekatan dakwah, tetapi ahli GAMIS perlu sentiasa bersedia untuk hadir ke lapangan masyarakat dengan idea-idea pembawaan dakwah yang segar dan semasa."

- Muhamad Azan Bin Safar, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (G.A.M.I.S. [Official]) 2012-2013, merangkap Presiden Ikatan Studi Islam Ukm 2012-2013.

www.isiukm.org



"Apabila hatinya hadir, kemahuannya benar-benar mendesak dan pengharapannya tinggi, hampir dapat dipastikan doa itu tidak akan ditolak." - Ibnul Qayyim

#PMUKM - AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH UNIVERSITI



"Seorang Muslim hanya boleh melepaskan diri daripada amal Islami seiring dengan pemergiannya daripada kehidupan ini"

- Pengerusi Lajnah Tarbiyyah & Qiyyadah ISIUKM merangkap Timbalan Presiden Pmukm Original (MPP UKM), Mohd Khamis dan Setiausaha Agong Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM), Muhamad Razif.



"Bersama dengan sahabat-sahabat yang cintakan Allah menjadikan aku sangat bersyukur kerana semakin bertambah cintaku kepadaNya."

Ahmad Shukran - Timb. Presiden ISIUKM
Harith Faisal - Exco Lajnah Kebajikan & Akademik ISIUKM



“Ada tingkatan iman yang tidak boleh dicapai oleh seorang hamba dengan amalnya. Ia hanya dicapai dengan ujian dan cabaran.”

- Ahmad Shukran Bin Shaharudin Timb. Presiden Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (Pmukm Original (MPP UKM)

Tuesday, November 27, 2012

Videography? Improving New Skill. My First Trial With Highlight LIFE '12


My first trial in videography. Segalanya bermula dengan langkah pertama, kan? Ramai orang lambat berjaya kerana tidak berani untuk melakukan langkah pertama ini. Iya, sememangnya langkah pertamalah yang paling sukar kerana saat ingin memulakan langkah itu, macam-macam alasan yang kita cipta dan yang paling betulnya adalah kerana malas dan tidak yakin kepada diri sendiri. Langkah pertama inilah yang paling penting. Kerana tanpa langkah pertama, takkan wujud langkah kedua dan seterusnya.


"It is not enough to stare up the steps. We must step up the stairs."



Love Islam For Eternity 2012 (LIFE '12) ISIUKM - Highlight [HD]



Video ini bukanlah video terbaik abad ini. Ia hanyalah video first trial oleh seorang newbie videographer. Terlalu banyak kekurangan dan kecacatan dalam video ini sebenarnya. Mesti ramai yang perasan tentang hal ini. Video goyang, angle kurang fixed, gambar tak clear dan macam-macam lagi. Anyway, saya bertekad untuk buat video yang jauh lebih baik daripada video first trial ini. InsyaAllah.

Jika ditanya daripada saya belajar videography ini, saya akan jawab bahawa saya belajar daripada drama-drama, filem-filem, video-video di youtube dan juga teaser dan wedding video. Dah lama teringin nak buat video macam tu, tapi lambat buat first step. Inilah bahananya. Lambattt...!! Anyway idea-idea dalam video Highlight LIFE itu banyak diambil daripada video ini.



Dan juga video yang ini:

http://www.facebook.com/photo.php?v=4925033449232

Alhamdulillah LIFE '12 berjaya berlangsung dengan jayanya. Mendapat respon positif daripada para peserta. Berkampung 3 hari 2 malam di Masjid Putra, Putrajaya. Penat lelah itu biasalah. Tapi janganlah disertai dengan keluh kesah. Kerana kalau penah lelah itu datang bersama keluh kesah, bagaimana nak datangnya rahmah dan barakahNya? Tajdid niat.

Doakan daripada program ini akan lahir mahasiswa mahasiswi yang mempunyai kesedaran, komitmen dan matlamat yang jelas dalam dakwah Islamiah. Semoga Allah redha. Rugi siapa-siapa yang tak datang LIFE '12. Nantikan LIFE '13 pula.


"Memimpin Gerakan Merealisasi Perubahan"

Wednesday, October 31, 2012

Aku Seorang Pak Cik 21 Tahun



Tadi sempat berbual dengan beberapa orang budak lelaki umur macam adik bongsu aku; dalam 10-12 tahun. Yang buat aku tersentak adalah depa bukannya nak panggil aku 'abang'. Sabar sabar. Bukan main lagi depa ni. Depa tak kenal lagi siapa aku. Depa panggil aku 'Pak Cik'. (--)' Patutkah? Positif.. Positif..

#Allah datangkan depa supaya aku sedar yang aku bukannya BARU saja 21 tahun, tapi SUDAH 21 tahun. Thanks anak-anak sebab sedarkan Pak Cik.



Being Sad Or Awesome?

Betapa banyak kegundahan dan kesedihan muncul disebabkan perkara-perkara yang remeh dan tidak bererti sedikit pun. Perkara kecil menjadi besar dalam pandangan hati yang kecil. Perkara besar menjadi kecil dalam pandangan hati yang besar.

Jangan engkau biarkan perkara remeh menghancurkanmu!!



When I am sad, I stop being sad and be AWESOME instead!!
Don't think the problem too much but try to solve it instead.

Pray > Focus > Success = Yeay!! (^^)/

Aib Yang Dibuka.



Post dalam wall kita adalah representasi siapa kita dan bagaimana kita pada hari itu. Kadang-kadang ia boleh menjadi fitnah kpd diri kita seolah-olah membuka aib sendiri. Islam tidak mengajar kita untuk membuka aib kita di khalayak. Allah juga tidak membuka beberapa aib kita di dunia kerana Allah ingin memberi kita peluang untuk berubah. Muhasabahlah.

Bermujahadahlah supaya kita tidak lagi rela aib kita dilihat dalam post Facebook kita. Istighfar~

Saturday, September 29, 2012

Tak Salah Nikah Awal

Kenapa tak nak nikah awal?
Sebab takut tak dapat bagi komitmen. Nak study lagi. Hurm..
Yang cakap macam tu jugak la yang selalu kita nampak keluar dating.
Tengok wayang, belanja awek, jalan-jalan kat taman.
Boleh pula berkomitmen kalau bercouple macam tu?
Cadangan saya, kalau buat benda-benda tu lepas nikah insyaAllah dapat pahala, dapat berkat.
Dan dapat belanja wife selalu. Takde la membazir belanja anak dara orang.


Kerap sangat dengar orang nak nikah awal recently.
Tapi usaha ke arah itu tiada pun.
Tarbiyah? Kewangan? Komitmen? Ilmu rumahtangga?
Nikah itu mudah tapi sebenarnya bukanlah semudah yang disangka.
Kerana kita bukan berurusan dengan pasangan kita sahaja.
Tapi juga berurusan dengan keluarga pasangan kita.

# All the best untuk anda yang sudah decide untuk nikah awal.
# Semoga Allah permudahkan. (^^)

Close Up!! PRK 2012 @ UKM



Apabila melihat jawatan itu adalah keseronokan, maka pasti ramai yang ingin memilikinya.
Apabila melihat jawatan sebagai tanggungjawab dan amanah, pasti terasa beratnya.

Kefahaman yang jelas perlu ada mengapa perlu memegang jawatan; elak daripada jawatan itu dipegang oleh org yg tidak sepatutnya. Kebenaran tetap menang!!

Tahniah Gabungan Mahasiswa Ukm (GMUKM) untuk kemenangan besar dalam PRK.

GMUKM (18 Kerusi), Aspirasi (10 Kerusi)





Orang lain sukar untuk faham perihal mereka mereka ini.
Kenapa mereka masih mampu kuat walau banyak cabaran mendatang?
Kenapa mereka masih mahu meneruskan langkah walau dimaki dicerca?
Kenapa mereka masih mampu ketawa walau bertimbun bebanan kerja?

Kerana mereka tahu siapa Pengatur hidup mereka.
Kerana mereka percaya Dia jualah Yang Maha kuasa.
Kerana mereka yakin jika mereka tolong agama Allah.....
.... Allah akan bantu mereka.

Bersamalah kita membantu mereka mengisi kemenangan.
















Dewan Gemilang UKM ini menjadi saksi saat kemenangan GMUKM diumumkan oleh Saudara Ahmad Shukran Shaharudin. Keramaian ini menunjukkan anak muda dan mahasiswa sudah terbuka mata, sudah bangkit dari tidur lena. Semoga kita semua terus menyokong PMUKM di bawah kepimpinan GMUKM untuk sama-sama membawa agenda kebajikan mahasiswa.








Bersama mengisi kemenangan!! Lead The Changes!! BerGM Lebih Baik!!

Tuesday, September 11, 2012

Harith Faisal Dalam Sisipan Varsiti Berita Harian





Harith Faisal dalam sisipan Varsiti Berita Harian?

Entah macam mana beberapa minggu sebelum sambutan kemerdekaan, saya dan sahabat-sahabat pimpinan ISIUKM dan PMUKM telah ditemuramah oleh wartawan daripada Berita Harian. Mereka ingin mendengar pendapat kami mengenai semangat patriotisme yang kian luput ditelan masa. Alhamdulillah, masing-masing berjaya memberikan pendapat tersendiri sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh pihak Berita Harian.

Sebenarnya, memang ini pengalaman pertama ditemuramah. Antara sahabat saya yang turut ditemuramah pada ketika itu adalah Ahmad Shukran Bin Shaharuddin (Timb. Presiden ISIUKM), Muhamad Razif Bin Ahmad (S/U Agong ISIUKM), Abdullah Sani Bin Hashim (Exco Lajnah Dakwah dan Integriti Nasional ISIUKM), Ahmad Muzzammil Bin Mohd Hairi (Presiden PMUKM) dan Ehsan Bin Isa (Exco Kebajikan PMFST).

Diharapkan agar apa-apa yang kami kongsi dapat menjadi ibrah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya. Semuanya boleh didapati dalam sisipan VARSITI BERITA HARIAN bertarikh 30 Ogos 2012.

Salah Guna Internet

Bagi pelajar Sarjana Muda Sains Aktuari UKM, Harith Faisal Mohd Imam Ma'arof pula, kemudahan mendapatkan maklumat menerusi medium seperti Internet boleh memberi sisi negatif kepada anak muda terutamanya jika maklumat yang diterima tidak berasaskan fakta yang sebenar.

"Kita perlu terima perkara ini, kerana zaman semakin canggih dan kita tidak boleh berundur, namun semua kebebasan perlu ada batasnya, satu sistem yang mengawal pemikiran anak muda perlu ada"

"Setiap individu perlu tahu tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, keluarga , masyarakat, sebagai warga negara, mahasiswa supaya boleh memahami peranan yang perlu dimainkan untuk mengekalkan kesejahteraan negara," katanya.




# Apa yang paling tidak menyeronokkan bagi seorang fotografer?
Jawapan: Jarang ada gambar sendiri sebab sibuk snap gambar orang lain je. (--)'

Tuesday, August 28, 2012

Happy Eid: Syawal 1433H

Raya tahun lepas, buat entry tentang raya pun banyak gambar juga. Sama macam entry kali ni juga. Bezanya, tahun lepas, guna kamera kompak, tahun ni guna EOS Canon 600D. Hihu.

"Syawal yang sama, natijah yang berbeza." (Kamera pun berbeza juga)

Seriously, bulan Ogos tahun ni sangat sibuk dengan presentation untuk semester pendek dan juga kerja-kerja Herbalife. (^^)

Memang tak sempat nak update blog. Jadi inilah entry sulung saya untuk bulan Ogos ni. InsyaAllah bulan depan, saya menjanjikan entry yang sangat menarik untuk bacaan pembaca semua. Nantikannya.

Layan dulu gambar-gambar hasil EOS Canon 600D ni. Tapi abang saya yang jadi editornya. Thanks Angah (Amirul Akmal). Memang amazing!!