Kenapa tak nak nikah awal?
Sebab takut tak dapat bagi komitmen. Nak study lagi. Hurm..
Yang cakap macam tu jugak la yang selalu kita nampak keluar dating.
Tengok wayang, belanja awek, jalan-jalan kat taman.
Boleh pula berkomitmen kalau bercouple macam tu?
Cadangan saya, kalau buat benda-benda tu lepas nikah insyaAllah dapat pahala, dapat berkat.
Dan dapat belanja wife selalu. Takde la membazir belanja anak dara orang.
Kerap sangat dengar orang nak nikah awal recently.
Tapi usaha ke arah itu tiada pun.
Tarbiyah? Kewangan? Komitmen? Ilmu rumahtangga?
Nikah itu mudah tapi sebenarnya bukanlah semudah yang disangka.
Kerana kita bukan berurusan dengan pasangan kita sahaja.
Tapi juga berurusan dengan keluarga pasangan kita.
# All the best untuk anda yang sudah decide untuk nikah awal.
# Semoga Allah permudahkan. (^^)