Tuesday, November 27, 2012

Videography? Improving New Skill. My First Trial With Highlight LIFE '12


My first trial in videography. Segalanya bermula dengan langkah pertama, kan? Ramai orang lambat berjaya kerana tidak berani untuk melakukan langkah pertama ini. Iya, sememangnya langkah pertamalah yang paling sukar kerana saat ingin memulakan langkah itu, macam-macam alasan yang kita cipta dan yang paling betulnya adalah kerana malas dan tidak yakin kepada diri sendiri. Langkah pertama inilah yang paling penting. Kerana tanpa langkah pertama, takkan wujud langkah kedua dan seterusnya.


"It is not enough to stare up the steps. We must step up the stairs."



Love Islam For Eternity 2012 (LIFE '12) ISIUKM - Highlight [HD]



Video ini bukanlah video terbaik abad ini. Ia hanyalah video first trial oleh seorang newbie videographer. Terlalu banyak kekurangan dan kecacatan dalam video ini sebenarnya. Mesti ramai yang perasan tentang hal ini. Video goyang, angle kurang fixed, gambar tak clear dan macam-macam lagi. Anyway, saya bertekad untuk buat video yang jauh lebih baik daripada video first trial ini. InsyaAllah.

Jika ditanya daripada saya belajar videography ini, saya akan jawab bahawa saya belajar daripada drama-drama, filem-filem, video-video di youtube dan juga teaser dan wedding video. Dah lama teringin nak buat video macam tu, tapi lambat buat first step. Inilah bahananya. Lambattt...!! Anyway idea-idea dalam video Highlight LIFE itu banyak diambil daripada video ini.



Dan juga video yang ini:

http://www.facebook.com/photo.php?v=4925033449232

Alhamdulillah LIFE '12 berjaya berlangsung dengan jayanya. Mendapat respon positif daripada para peserta. Berkampung 3 hari 2 malam di Masjid Putra, Putrajaya. Penat lelah itu biasalah. Tapi janganlah disertai dengan keluh kesah. Kerana kalau penah lelah itu datang bersama keluh kesah, bagaimana nak datangnya rahmah dan barakahNya? Tajdid niat.

Doakan daripada program ini akan lahir mahasiswa mahasiswi yang mempunyai kesedaran, komitmen dan matlamat yang jelas dalam dakwah Islamiah. Semoga Allah redha. Rugi siapa-siapa yang tak datang LIFE '12. Nantikan LIFE '13 pula.


"Memimpin Gerakan Merealisasi Perubahan"