Harith Faisal wrote:
Pesanan kepada lelaki. Kalau ada perempuan yang sudah mula bercerita tentang hati dan perasaan (walaupun tidak direct), maka cepat-cepatlah lari daripadanya dan berhenti berhubung dengannya (kecuali jika kamu juga ada hati dengannya). Kerana perempuan hatinya mudah terasa dicintai, sedangkan mereka hanya syok sendiri. Dan yang paling penting, jangan bagi apa-apa harapan kepada mereka. Kalau memang tak sukakan dia, terus cakap terus terang:
"Tolong jangan ganggu hidup saya dengan cerita hati dan perasaan awak tu. Maaf, saya tak pernah sukakan awak."
Lepas tu, kalau dia masih menggedik-gedik juga dan tak boleh terima kenyataan, nampak sangat desperate. Awak, please jaga maruah diri.
#pengalaman adalah guru kehidupan ( ^^)/
#perkara ini juga boleh berlaku kepada jantina yang sebaliknya.
.............................................
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)