Friday, May 31, 2013

Get Ready To Nikah


Mencari nilai sebenar kekeluargaan?
Meniti sebuah perjalanan?
Permulaan sebuah kehidupan?
Menikmati sebuah kebahagiaan?
Memikul sebuah tanggungjawab?
Memelihara ukhuwah?
Menghayati persediaannya?


Get Ready To Nikah



“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, maka Allah ciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikannya di antara kamu perasaan mawaddah dan rahmah”
Surah Al-Rum, ayat 21


Apakah persediaan seorang Muslim sebelum bernikah?

Sahihul ibadah
Ibadah yang sahih

Salimul aqidah
Aqidah yang sejahtera

Matinul khuluq
Akhlak yang mantap

Mutsaqqafal fikri
Berpengetahuan luas

Nafi’un li ghairihi
Bermanfaat kepada orang lain

Munazhamun fi syu’unihi
Tersusun urusannya

Haarisun ‘ala waqtihi
Menepati waktu

Mujahadah ‘ala nafs
Mampu melawan nafsu

Qadiran ‘ala qasbi
Mampu berdikari

Qawamul jism
Tubuh badan yang sihat



Paling penting, ingatlah segala perbuatan kita mestilah ikhlas kerana Allah. Jadikanlah cinta utama kita hanya kepada Allah. Alhamdulillah, kerana cintaNya aku menemui cintaNya yaag abadi. Terima kasih ya Allah.


Ideas and resources:

Muwasofat tarbiyyah Al-Imam Hassan Al-Banna. Where they are based on the life (sunnah) of our Prophet Muhammad PBUH.

Entry kali ini adalah berasal daripada versi video yang sangat awesome. Anda boleh view video melalui link yang telah disediakan. Video ini dikongsi oleh seorang rakan kepada saya. Semoga kita semua menjadi bakal pengantin yang sibuk untuk menyiapkan diri ke arah kebaikan berdasarkan Muwasofat tarbiyyah yang digariskan. Dan kemudiannya menjadi seorang suami atau isteri yang sedia serba serbi. InsyaAllah.


Sunday, March 31, 2013

Cukuplah Sampai Di Sini



ROAD TO ANNUAL GRAND MEETING (AGM) ISIUKM

Amanah
Paling berat
Jangan dipinta
Apatah lagi ditagih
Namun setelah dibebankan di pundak
Laksanakan sebaiknya.

Jujur
Bersama kalian dalam saff ini
Terasa sangat kerdil
Terasa paling jahil
Terasa terlalu hina
Bagai langit dengan bumi.

Perubahan
Hari demi hari
Aku mencari rentak
Untuk bersama kalian memimpin gerakan
Banyak yang aku belajar
Ilmu yang tiada manhajnya
Tapi kaya dengan aplikasinya
Dunia realiti menjadi medan
Mehnah dan tribulasi menjadi ujian.
Terima kasih.

Ketawa
Kita bersama
Menangis kita bersama
Berbalah pendapat juga bersama
Sentiasa mencari titik persamaan
Walau hakikatnya saling berlainan fikiran
Namun itulah sifat gerakan
Saling melengkapkan

Manis
Sungguh ukhwah itu manis
Penat juga ada manisnya
Sedih juga ada manisnya
Berkelahi juga ada manisnya
Andai seisi alam dapat merasainya
Pasti mereka ingin bersama kami
Sungguh... pelik.

Sesungguhnya
Tiada yang kekal di dunia
Jawatan dan taklifan.
Andai terlepas perhitungan dunia
Namun ia tetap akan dihisab di akhirat
Allahurobbi
Sudah saya katakan
Amanah itu sangat berat

Tahniah
Takziah
Buat bakal pimpinan baru
Semoga kalian lebih kuat tarbiah
Lebih tersusun gerak kerja dakwah
Lebih mantap thaqofah
Lebih kencang siasah
InsyaAllah.

Cukuplah sampai di sini
Maaf segala salah silapku
Juga khilafku yang berjuta.
Semoga Allah redha hidupku.

Terima kasih untuk segalanya.
Kalian memang hebat!!

Wallahu'alam.

"Memimpin Gerakan Merealisasi Perubahan"

8.25 pm
31.03.13
Bandar Baru Bangi
Selangor.

Harith Faisal Bin Mohd Imam Ma'arof
Exco Lajnah Kebajikan dan Akademik
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)
Sesi 2012/2013



..................................................................................................

Foto Kenangan Pimpinan ISIUKM 2012/2013

Rehlah Pimpinan Di Bandaraya Bersejarah Melaka.

Perkampungan Pimpinan Di Pulau Besar, Melaka.

Retreat Pimpinan Di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Thursday, February 28, 2013

Walimatul Urus: Kau Nak Ikut Adat Atau Syariat?


Sepanjang hidup ini, tak pernah pula saya melihat walimatul urus yang sangat pelik. Sebenarnya yang pelik inilah lebih mengikut syariat berbanding walimatul urus yang biasa saya hadiri. Sebelum ni, memang selalu dengar dan selidik-selidik tentang cara yang paling bersyariat untuk mengadakan walimah. Tapi yang saya dapat hanyalah teori semata-mata. Kadang-kadang wondering juga, wujud ke walimah yang mengikut syariat tu semua.

Alhamdulillah Allah telah membuatkan saya hadir ke majlis walimatul urus rakan serumah saya, Ustaz Muhamad Azan bin Safar, Presiden Ikatan Stadi Islam UKM (ISIUKM) merangkap Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana majlis sebegini berlangsung. Saya dijemput oleh beliau untuk menjadi fotografer back up sebab.... saya pun tak banyak pengalaman wedding photography. Jadi, tak layak jadi official photographer. Tabrak saja.

Secara ringkas, apa yang saya boleh kongsi di sini adalah tentang tentatif majlis itu sendiri. Ini adalah majlis sebelah lelaki. Seawal jam 10pagi, rombongan keluarga sebelah pengantin perempuan hadir (Fatimah) dan diiringi masuk ke rumah. Pengantin di sambut dengan lagu-lagu nasyid dan qasidah. Acara awal pagi ni hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Kemudian pengerusi majlis menjemput seorang ahli keluarga Ustaz Azan untuk mengetuai selawat. Seterusnya majlis taaruf antara kedua-dua keluarga.

Setelah selesai sesi bertaaruf, pengantin dibawa ke meja santapan raja sehari dan ahli keluarga yang lain menjamu hidangan yang disediakan. Kemudian sesi bergambar bersama keluarga. Meriah sangat. Usai tamat acara bersama keluarga, ketika jam lebih kurang menunjukkan pukul 12 tengahari, hadirin dan sahabat-sahabat mula datang ke walimah untuk meraikan pengantin raja sehari. Makanan yang dihidangkan pun sangat sedap. Katering lah. Mudah hidup.

Begitulah serba ringkas tentang walimatul urus ini. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah keluarga pihak lelaki tidaklah kelam kabut untuk melayan besan dan juga tetamu. Pukul 10 pagi, layanlah besan, ipar duai bagai. Pukul 12 tengahari, layan pula tetamu yang hadir. Mudah kan? InsyaAllah akan cuba mencontohi walimatul urus yang sebegini.




Saya juga akan mencontohi Ustaz Don Daniyal. Semoga Allah memudahkan urusanku. Doa ketat-ketat supaya Allah makbulkan doa saya ni. Wallahu'alam.



Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi:

Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.