Thursday, February 28, 2013
Walimatul Urus: Kau Nak Ikut Adat Atau Syariat?
Sepanjang hidup ini, tak pernah pula saya melihat walimatul urus yang sangat pelik. Sebenarnya yang pelik inilah lebih mengikut syariat berbanding walimatul urus yang biasa saya hadiri. Sebelum ni, memang selalu dengar dan selidik-selidik tentang cara yang paling bersyariat untuk mengadakan walimah. Tapi yang saya dapat hanyalah teori semata-mata. Kadang-kadang wondering juga, wujud ke walimah yang mengikut syariat tu semua.
Alhamdulillah Allah telah membuatkan saya hadir ke majlis walimatul urus rakan serumah saya, Ustaz Muhamad Azan bin Safar, Presiden Ikatan Stadi Islam UKM (ISIUKM) merangkap Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana majlis sebegini berlangsung. Saya dijemput oleh beliau untuk menjadi fotografer back up sebab.... saya pun tak banyak pengalaman wedding photography. Jadi, tak layak jadi official photographer. Tabrak saja.
Secara ringkas, apa yang saya boleh kongsi di sini adalah tentang tentatif majlis itu sendiri. Ini adalah majlis sebelah lelaki. Seawal jam 10pagi, rombongan keluarga sebelah pengantin perempuan hadir (Fatimah) dan diiringi masuk ke rumah. Pengantin di sambut dengan lagu-lagu nasyid dan qasidah. Acara awal pagi ni hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Kemudian pengerusi majlis menjemput seorang ahli keluarga Ustaz Azan untuk mengetuai selawat. Seterusnya majlis taaruf antara kedua-dua keluarga.
Setelah selesai sesi bertaaruf, pengantin dibawa ke meja santapan raja sehari dan ahli keluarga yang lain menjamu hidangan yang disediakan. Kemudian sesi bergambar bersama keluarga. Meriah sangat. Usai tamat acara bersama keluarga, ketika jam lebih kurang menunjukkan pukul 12 tengahari, hadirin dan sahabat-sahabat mula datang ke walimah untuk meraikan pengantin raja sehari. Makanan yang dihidangkan pun sangat sedap. Katering lah. Mudah hidup.
Begitulah serba ringkas tentang walimatul urus ini. Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah keluarga pihak lelaki tidaklah kelam kabut untuk melayan besan dan juga tetamu. Pukul 10 pagi, layanlah besan, ipar duai bagai. Pukul 12 tengahari, layan pula tetamu yang hadir. Mudah kan? InsyaAllah akan cuba mencontohi walimatul urus yang sebegini.
Saya juga akan mencontohi Ustaz Don Daniyal. Semoga Allah memudahkan urusanku. Doa ketat-ketat supaya Allah makbulkan doa saya ni. Wallahu'alam.
Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi:
Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)