Tuesday, December 28, 2010

Qasidah Muhammadiyah

Baru-baru ini, saya telah belajar sesuatu daripada sahabat-sahabat saya. Mahu tahu apakah dia? Sahabat-sahabat saya telah mengajarkan Qasidah Muhammadiah kepada saya. Wa..!! Memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Syukan jazilan. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.



Hayatilah qasidah ini,yang telah ditulis oleh seorang ulama tersohor dalam mengungkapkan rasa kecintaan beliau terhadap Rasulullah SAW.Marilah kita belajar untuk turut sama merindui dan mencintai Rasulullah SAW sebagaimana para ulama mencintai Rasulullah SAW.


Qasidah Muhammadiyah


مُحَمَّدٌ أَشْرَفُ الأَعْرَابِ وَالْعَجَمِ 

مُحَمَّدٌ خَيْرُ مَنْ يَمْشِيْ عَلَى قَدَمِ

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik-baik manusia yang berjalan di bumi ini


مُحَمَّدٌ بَاسِطُ الْمَعْرُوْفِ جَامِعُهُ 

مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَــانِ وَالْكَرَمِ

Muhammad adalah luas kebaikannya,dialah pengumpulnya
Muhammad lah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

مُحَمَّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً 

مُحَمَّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَالكَلِمِ

Muhammad adalah mahkota para rasul ALLAH,seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata-katanya

مُحَمَّدُ ثَابِتُ المِيْثَاقِ حَافِظُهُ 

مُحَمَّدُ طَيِّبُ الأَخْلَاقِ وَالْشِيَمِ

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

مُحَمَّدُ رُوِيَت بِالنُّورِ طِيْنَتُهُ 

مُحَمَّدُ لمَ يَزَلْ نُوْراً مِّنَ الْقِدَمِ 

Muhammad,tanah semadinya disirami dengan Nur
Muhammad,dia masih bercahaya sejak azali

مُحَمَّدُ حَاكِمُ بِالعَدْلِ ذُوْ شَرَفٍ

مُحَمَّدُ مَعْدِنُ الإِنْعَامِ وَالْحِكَمِ

Muhammad seorang hakim yang adil,punya kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

مُحَمَّدُ خَيْرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرِ 

مُحَمَّدُ خَيْرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِمِ

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk ALLAH,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul ALLAH,seluruhnya

مُحَمَّدُ دِيْنُهُ حَـــقٌّ نَدِيْنُ بِهِ

مُحَمَّدُ مُجْمِلاً حَقاً عَلَى عَلَمِ 

Muhammad,agamanya adalah kebenaran,yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran,sebenar-benarnya

مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا

محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ

Muhammad,mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad,wajib kita berterima kasih kepadanya

محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا

محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ 

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad,ibarat penghapus duka dan kegelapan

محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ 

محمد صَاغَهُ الرَحمَنُ بِالنِعمَِ

Muhammad,penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik-baik nikmat oleh ALLAH

محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ

محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ 

Muhammad,adalah insan pilihan ALLAH,sebaik-baik makhluk
Muhammad,adalah suci daripada segala tohmahan

محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ

محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ

Muhammad,tersenyum buat tetamunya,bahkan memuliakannya
Muhammad,jirannya,demi ALLAH tidak dizaliminya

محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ

محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ

Muhammad,alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Muhammad,telah datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah

محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا 

محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ

Muhammad,kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nurnya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan

محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ

محمد خَاتَمُ لِلرُّسلِ كُلِّهِمِ

Muhammad,tidak putus-putus menghadap ALLAH dengan penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian rasul ALLAH,seluruhnya




Subhanallah,indahnya kata-kata pujian ini.Golongilah kami dalam golongan yang senantiasa merindui akan kekasih-Mu ini ya ALLAH.

Manusia zaman ini, jika ditanya siapakah idola masing-masing? Kebanyakannya akan menyebut nama-nama artis pujaan. Adakah mereka tidak mengenali Nabi Muhammad? Tidak pernahkan kisah-kisah Nabi Muhammad diceritakan kepada mereka? Tidakkah mereka tahu betapa besarnya pengorbanan baginda untuk menyebarkan Islam?

Oleh itu didiklah anak-anak anda supaya mengenali Rasulullah semenjak kecil supaya timbul minat dalam jiwa-jiwa suci mereka. Jika minat itu berterusan hingga bertambahnya umur mereka maka, insyaAllah mereka sendiri yang akan mencarinya dan mengkajinya sehinggalah wujud perasaan cinta dan kasih yang teramat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.


Mari kita sama-sama renungkan terjemahan Surah Attaubah Ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad):
Jika bapa-bapa kamu
dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu
dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Lihatlah, betapa cintakan Rasulullah itu adalah lebih utama daripada apa-apa sahaja di dunia ini. Jadi sememangnya tanggungjawab kita untuk mengajak umat Islam seluruhnya mengenali Rasulullah hinggakan terbit rindu yang teramat sangat kepada Baginda walaupun tidak pernah berjumpanya. Semoga kita semua peroleh syafaat baginda kelak. InsyaAllah.

Wallahua’lam.

Wednesday, December 15, 2010

Kursus Induksi AJKO KMPk 2010

AJKO? Semasa kali pertama saya mendengar akronim ini, memang sangat pelik. Bunyi sebutannya juga agak melucukan. Terasa ingin ketawa setiap kali terdengar orang menyebutnya. Tapi, kini saya sangat suka dengan akronim ini. AJKO = Ahli Jawatan Kuasa Orentasi. Selepas tamat pengajian di KMPk, saya telah terpilih untuk menjadi salah seorang daripada AJKO. Menjalankan tugas sebagai pemudahcara untuk junior-junior di KMPk khususnya semasa Minggu Pengenalan Pelajar Baru (MPPB). Terasa cepat benar masa berlalu. Baru benar rasanya saya mendaftar di KMPk pada 11 Mei 2009 yang lalu. Sudah lebih setahun rupanya.

Alumni KMPk berusaha untuk melahirkan barisan AJKO yang berwibawa dan berkepimpinan serta mampu membimbing junior-junior. Maka, wujudlah satu kursus yang dinamakan Kursus Induksi AJKO. Kursus ini telah dijalankan pada 10-12 Disember 2010 yang lalu.

Seronok! Dapat jumpa sahabat-sahabat setelah sekian lama tidak bersua muka. Hanya bertegur sapa di laman sosial Facebook sahaja. Jadi dalam entri kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua gambar-gambar semasa kursus tersebut.

Tarikh : 10-12 Disember 2010.
Lokasi : Kolej Matrikulasi Perak, Gua Tempurung dan Grand Kampar Hotel.

Sempat bergambar sebaik sahaja tiba di Gua Tempurung.

Beberapa minit sebelum masuk ke dalam Gua.
 
Rupa bumbung gua yang dipenuhi stalactites.

Dalam gua juga boleh bergambar.

Tempat lepak-lepak orang yang duduk dalam gua ini suatu ketika dulu.

Memang bergambar sakan dalam gua ni.

Duduk sebentar setelah penat menjelajahi gua.

Penat-penat pun boleh posing.

Dinner di Grand Kampar Hotel.

Steamboat telah terhidang. Bersiap sedia untuk makan.

Hari terakhir program. Ceramah Motivasi "Masih Ada Yang Sayang".

Kadang-kadang, teringin juga bergambar sambil memakai spectacle.

So, pinjam spectacle orang. Terima kasih Kamal.
 
Barisan peserta Kursus Induksi AJKO dan MT Alumni terlibat.


Jumpa lagi tahun depan!!!


Click This Link To View More Photos Of 'Kursus Induksi AJKO KMPk 2010'. Thank You For Viewing.

Sunday, December 5, 2010

Hidup Untuk Bersyukur

“…Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim : 7).

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (QS. An Naml : 19).


[ZAMAN KANAK-KANAK]
Bestnya jadi orang dewasa. boleh dapat gaji dan dapat beli apa-apa sahaja yang aku mahukan. Nak beli permainan banyak-banyak. Sukanya...
[ZAMAN DEWASA]
Alangkah seronoknya kalau aku dapat kembali ke zaman kanak-kanak. Tak perlu fikirkan apa-apa masalah. Makan, tido, pergi sekolah. Makan, tido, pergi sekolah. Bestnya…
~ Manusia tidak pernah puas dgn apa yang berada di depan mata.

[ZAMAN SEKOLAH]
Tak best la duduk asrama sekolah ni. Skema sangat. Lagi best jadi budak university. Tak la terikat sangat dengan peraturan. Enjoy je.
[ZAMAN UNIVERSITI]
Seronok betul masa di sekolah dulu. Banyak masa dengan kawan-kawan di asrama dan kelas. Di universiti ni, ramai buat hal-hal sendiri je.
~ Isilah zaman yang sedang kita lalui dengan sebaiknya supaya tidak menyesal apabila ia berlalu nnti.

[MASA BELAJAR]
Sudah lama tak balik kampung. Rindulah pula dengan ibu dan ayah aku. Belajar kat sini pun stress je. Nak balik lah. Tenangkan fikiran setelah penat memerah otak kat universiti ni.
[MASA CUTI SEMESTER]
Adus!! Bosannya duduk di rumah. Tak tahu nak buat apa. Bilalah nak habis cuti ni?
~ Penuhi masa cuti dengan program-program berfaedah. Jangan buang masa dengan benda-benda lagho.

[ZAMAN BUJANG]
Kalau dah kahwin, makan pakai ada orang tolong jaga. Balik-balik sahaja dari tempat kerja, ada orang sambut dan makanan telah terhidang. Kalau penat, badan sengal-sengal, ada orang urutkan.
[ZAMAN BERUMAHTANGGA]
Bising betullah bini aku tu berleter. Panas telinga aku. Nak keluar jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Huh! Nak marah, sayang pula. Zaman aku bujang-bujang dulu best je.
~ hidup ini, jangan selalu mengeluh apabila ditimpa masalah. Tapi, carilah jalan untuk menyelesaikannya.

[ZAMAN ANAK KECIL-KECIL]
Hari-hari jemput anak-anak dari sekolah. Penat. Masa cuti sekolah nanti, mulalah semuanya ajak melancong sana-sini. Sebelum mula sesi persekolahan, shopping barang-barang sekolah mereka pula. Pening apabila difikirkan. Kalau mereka sudah besar nanti senang sikit hidup ni.
[ZAMAN ANAK BESAR-BESAR]
Huh! Nak menjenguk orang tua dia ni di kampong pun susah sangatkah? Sedih betul. Teringat zaman mereka kecil-kecil dulu. Meriahnya rumah ini.
~ Sentiasalah mengingati kedua ibu bapa kita di rumah. Hubungilah mereka untuk bertanya khabar dengan kerap. Doakan kesejahteraan dan kebahagian mereka di dunia dan di akhirat.

[ZAMAN BEKERJA]
Penat betullah hari-hari kerja. Setiap hari buat kerja sama sahaja. Cuti pun, tak macam cuti. Tempat kerja dahlah jauh. Pencen nanti bolehlah rehat sahaja di rumah. Tak sabarnya menanti saat itu tiba.
[ZAMAN PENCEN]
Dulu-dulu selalu juga jumpa kawan-kawan di tempat kerja. Dapat sembang-sembang. Hadiri macam-macam sambutan yang dianjurkan pejabat. Sekarang ni, berjalan pun sudah tak larat. Duduk di rumah sahajalah jawabnya.
~ Tiada hari esok jika tiadanya hari ini. Laluilah hari ini dengan sebaiknya untuk kebahagiaan pada hari esok.

Begitulah manusia. Tidak pernah bersyukur dengan apa-apa yang dimiliki. Tidak pernah bersyukur dengan apa-apa yang berada di depan mata. Selalu membiarkan masa berlalu dengan sia-sia sedangkan mereka tahu bahawa masa yang berlalu tidak boleh berulang. Jangan sampai berlaku sebegini:

[DI DUNIA]
Alangkah seronoknya duduk di dunia. Rumah besar, kereta besar, hidup mewah, banyak duit, isteri banyak.
[DI ‘SANA’]
Menyesalnya aku. Semasa di dunia dulu, aku langsung tidak ingat ALLAH. Jangan kata nak solat malam, nak ucap Alhamdulillah, teima kasih ALLAH pun jarang. Alangkah ruginya aku di dunia...

Nauzubillahimin zalik.
Sama-sama kita renungkan. Pintu taubat masih terbuka. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8).

Wallahu’alam.