Tuesday, December 28, 2010

Qasidah Muhammadiyah

Baru-baru ini, saya telah belajar sesuatu daripada sahabat-sahabat saya. Mahu tahu apakah dia? Sahabat-sahabat saya telah mengajarkan Qasidah Muhammadiah kepada saya. Wa..!! Memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Syukan jazilan. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.



Hayatilah qasidah ini,yang telah ditulis oleh seorang ulama tersohor dalam mengungkapkan rasa kecintaan beliau terhadap Rasulullah SAW.Marilah kita belajar untuk turut sama merindui dan mencintai Rasulullah SAW sebagaimana para ulama mencintai Rasulullah SAW.


Qasidah Muhammadiyah


مُحَمَّدٌ أَشْرَفُ الأَعْرَابِ وَالْعَجَمِ 

مُحَمَّدٌ خَيْرُ مَنْ يَمْشِيْ عَلَى قَدَمِ

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik-baik manusia yang berjalan di bumi ini


مُحَمَّدٌ بَاسِطُ الْمَعْرُوْفِ جَامِعُهُ 

مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَــانِ وَالْكَرَمِ

Muhammad adalah luas kebaikannya,dialah pengumpulnya
Muhammad lah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

مُحَمَّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً 

مُحَمَّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَالكَلِمِ

Muhammad adalah mahkota para rasul ALLAH,seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata-katanya

مُحَمَّدُ ثَابِتُ المِيْثَاقِ حَافِظُهُ 

مُحَمَّدُ طَيِّبُ الأَخْلَاقِ وَالْشِيَمِ

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

مُحَمَّدُ رُوِيَت بِالنُّورِ طِيْنَتُهُ 

مُحَمَّدُ لمَ يَزَلْ نُوْراً مِّنَ الْقِدَمِ 

Muhammad,tanah semadinya disirami dengan Nur
Muhammad,dia masih bercahaya sejak azali

مُحَمَّدُ حَاكِمُ بِالعَدْلِ ذُوْ شَرَفٍ

مُحَمَّدُ مَعْدِنُ الإِنْعَامِ وَالْحِكَمِ

Muhammad seorang hakim yang adil,punya kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

مُحَمَّدُ خَيْرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرِ 

مُحَمَّدُ خَيْرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِمِ

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk ALLAH,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul ALLAH,seluruhnya

مُحَمَّدُ دِيْنُهُ حَـــقٌّ نَدِيْنُ بِهِ

مُحَمَّدُ مُجْمِلاً حَقاً عَلَى عَلَمِ 

Muhammad,agamanya adalah kebenaran,yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran,sebenar-benarnya

مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا

محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ

Muhammad,mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad,wajib kita berterima kasih kepadanya

محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا

محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ 

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad,ibarat penghapus duka dan kegelapan

محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ 

محمد صَاغَهُ الرَحمَنُ بِالنِعمَِ

Muhammad,penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik-baik nikmat oleh ALLAH

محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ

محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ 

Muhammad,adalah insan pilihan ALLAH,sebaik-baik makhluk
Muhammad,adalah suci daripada segala tohmahan

محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ

محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ

Muhammad,tersenyum buat tetamunya,bahkan memuliakannya
Muhammad,jirannya,demi ALLAH tidak dizaliminya

محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ

محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ

Muhammad,alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Muhammad,telah datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah

محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا 

محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ

Muhammad,kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nurnya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan

محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ

محمد خَاتَمُ لِلرُّسلِ كُلِّهِمِ

Muhammad,tidak putus-putus menghadap ALLAH dengan penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian rasul ALLAH,seluruhnya




Subhanallah,indahnya kata-kata pujian ini.Golongilah kami dalam golongan yang senantiasa merindui akan kekasih-Mu ini ya ALLAH.

Manusia zaman ini, jika ditanya siapakah idola masing-masing? Kebanyakannya akan menyebut nama-nama artis pujaan. Adakah mereka tidak mengenali Nabi Muhammad? Tidak pernahkan kisah-kisah Nabi Muhammad diceritakan kepada mereka? Tidakkah mereka tahu betapa besarnya pengorbanan baginda untuk menyebarkan Islam?

Oleh itu didiklah anak-anak anda supaya mengenali Rasulullah semenjak kecil supaya timbul minat dalam jiwa-jiwa suci mereka. Jika minat itu berterusan hingga bertambahnya umur mereka maka, insyaAllah mereka sendiri yang akan mencarinya dan mengkajinya sehinggalah wujud perasaan cinta dan kasih yang teramat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.


Mari kita sama-sama renungkan terjemahan Surah Attaubah Ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad):
Jika bapa-bapa kamu
dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu
dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Lihatlah, betapa cintakan Rasulullah itu adalah lebih utama daripada apa-apa sahaja di dunia ini. Jadi sememangnya tanggungjawab kita untuk mengajak umat Islam seluruhnya mengenali Rasulullah hinggakan terbit rindu yang teramat sangat kepada Baginda walaupun tidak pernah berjumpanya. Semoga kita semua peroleh syafaat baginda kelak. InsyaAllah.

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment