[Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Rafali & Altimet]
Dalam entri kali ini, saya akan mengulas serba sedikit mengenai lagu ini. Jika dibaca sekali imbas bait-bait kata dalam liriknya, seolah-olah penuh dengan nasihat dan pengajaran. Menggariskan batas-batas pergaulan apabila berpacaran. Betulkah? Ataupun menggalakkan anak-anak muda kita supaya berpacaran dan seterusnya mendekatkan mereka ke arah kemaksiatan?
Dalam entri kali ini, saya akan mengulas serba sedikit mengenai lagu ini. Jika dibaca sekali imbas bait-bait kata dalam liriknya, seolah-olah penuh dengan nasihat dan pengajaran. Menggariskan batas-batas pergaulan apabila berpacaran. Betulkah? Ataupun menggalakkan anak-anak muda kita supaya berpacaran dan seterusnya mendekatkan mereka ke arah kemaksiatan?
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Dengan lontaran suara bersahaja Sohaimi Mior Hassan, suara merdu Anna Rafali dan rap daripada Altimet sudah membolehkan lagu ini menjadi siulan remaja kita. Ditambah pula dengan alunan muzik yang tersendiri dan kontemporari, lagu ini mendapat tempat di hati sesiapa yang mendengarnya. Tapi, apa pula mesej yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Mari kita rungkainya satu persatu.
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Bolehkah berdua-duaan walaupun di tempat yang terang? Remaja sekarang ni sudah tidak ambil peduli tentang tata susila dan adab. Di khalayak ramai juga mereka boleh melakukan adegan-adegan yang tidak senonoh. Lihat sahaja di taman-taman, ada sahaja pasangan yang berpegangan tangan, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan dan ‘ringan-ringan’. Hal ini membuktikan betapa teruknya moral remaja kita pada hari ini. Adakah ini generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan?
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Boleh pandang-pandang? Siapa yang ajar? Kalau ia adalah pandangan pertama tidak mengapa. Tidak sengaja. Tapi, jika sudah sampai pandang-pandang (jamak), boleh? Orang kata, dari mata turun ke hati. Jadi, jagalah pandangan masing-masing. Jangan sampai ada jadi zina hati pula.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.
Dan saya paling tertarik dengan perenggan ini:
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Wah!! Bunyi macam Islamik. Tapi adakah bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Suka-suka sahaja mengaitkan malu dengan iman dalam lagu ini padahal orang yang berpacaran itu sudah pastinya tidak menggambarkan sifat malu. Mereka tidak malu dengan Allah. Allah telah menyediakan saluran yang halal untuk melayani fitrah cinta tersebut iaitu melalui pernikahan, tetapi yang haram tetap menjadi pilihan. Juga tidak malu kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Hish! Menjatuhkan maruah sahaja!
Cuba kita semua bayangkan jika lagu ini menjadi pegangan remaja masa kini? Apakah yang akan berlaku? Maka akan bertambahlah pasangan-pasangan yang mabuk asmara dek kerana fatwa sesat lirik lagu ini. Jika ada yang berkata: “Ala, ia hanyalah hiburan sahaja”. Ha! Tunggulah hiburan ini yang akan ‘menyelamatkannya’ kelak.
Kita sibuk mengecam lagu-lagu luar negara seperti Britney Spear, Lady Gaga dan Justin Bieber kerana menyampaikan mesej illuminati, satanisme dan macam-macam lagi konspirasi. Tapi tanpa disedari lagu-lagu kita juga telah menyeleweng.
Lagu ini dinyanyikan oleh orang Islam lah. Huh! Takut-takut ia akan menjadi fitnah kepada Islam. Boleh berdua-duaan jika berada di tempat yang terang. Boleh pandang-pandang asalkan jangan pegang-pegang. Ah! Ini bukan ajaran Islam. Ini bukan syariat Islam. Nanti jika orang bukan Islam sudah tidak mempercayai Islam dan kutuk-kutuk Islam, janganlah terkejut kerana orang Islam sendiri yang menjatuhkan martabat Islam sebenarnya.
Lirik lagu ini bukanlah salah keseluruhannya. Masih ada unsur-unsur nasihat yang diterapkan. Namun begitu, bergunakah nasihat-nasihat itu jika ia bercampur aduk dengan kebatilan? Fikir-fikirkan.
Persoalannya kini, adakah Islam itu tidak membenarkan kita bercinta? Cinta itu adalah fitrah manusia. Jika sesorang itu sudah jatuh cinta, jatuh cinta jugalah. Apa yang dapat menghalang perasaan tersebut? Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang insan bercinta. Tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawalnya. Ini adalah soal keimanan. Perasaan cinta itu perlu dikawal oleh iman dan bukannya iman yang dikawal oleh cinta.
Segala yang dinukilkan adalah bersandar kepada pendapat peribadi saya. Sebenarnya bukan lagu ini sahaja yang bercanggah dengan syariat Islam, malahan banyak lagi karya-karya composer tempatan yang menyumbang ke arah penyelewengan syariat Islam tetapi mendapat tempat di hati pendengar. Nauzubillahimin zalik. Wallahu’alam.