Jadi, cerita saya tamat di sini. Saya memberi peluang kepada pembaca sekalian untuk menyambung cerita ini mengikut kemahuan anda. Adakah ia adalah happy ending atau sad ending atau tragis ending etc? Namun begitu, yang pastinya walau apa-apa pun jawapan anda, siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?
Sebenarnya memang.. kita tidak menentukan nasib baik atau malangnya sesuatu kejadian. Oleh itu,lebih baik kita menerima keadaan yang berlaku di sekeliling kita seadanya. Kita kan lebih bahagia!
Selagi anda percaya segalanya akan gagal, itulah yang akan terjadi. Tetapi, sebaik sahaja anda mengubah sudut pandangan anda, insyaAllah segalanya akan berubah. Segalanya akan bertambah baik apabila anda mengubah pandangan anda dengan berkata, “Tidak ada yang kebetulan dalam hidupku. Aku berada di mana aku harus berada”.
Kalau anda ingin lebih tenang dan tenteram, jangan lagi labelkan setiap yang berlaku itu sebagai baik atau buruk, untung atau rugi, dan bertuah atau malang. Jalanilah kehidupan dengan kebergantungan kepada yang Maha Esa.
- Jika ditimpa kesusahan, jangan nilai dari skop negatif sahaja, pandanglah juga daripada skop positifnya.
- Setiap kesusahan ada kesenangan.
- Jangan pandang rendah pada prinsip hidup orang lain.
- Solat istikharah jika mahu membuat apa-apa keputusan.
- Berhati-hati di jalan raya.
- Jangan mudah putus asa.
- Sayangi ibu bapa anda.
- …………………………………….(fikir sendiri)
aiyoooo...br nk klimaks kene potong plak....mashaallah setiap kejadian itu pasti ade hikmah nye....dan setiap yg berlaku itu tlh allah siap kn jln bg nya......tapi cam kenal je latar masrakat cerpen nie....hehehe
ReplyDeletesaje je bagi ending camtu. bg semua readers fikir n sambung sndiri sambungannye.. lepas ni insyaAllah nak wat smbungannye.. moga dapat buat yg lebih baik la.. latar msyrkt??? hm, pikir sendiri lorh ek.. hehe.. saje nak promote tempat lahir n pusat pengajian n skul.. love to be there..
ReplyDeletewah2 ade bakat nie nk jadi penuli lak..semoga berterusan buat cerita yang membina..
ReplyDelete