Wednesday, November 3, 2010

Inilah Takdir Que #2

BAHAGIAN DUA

“Argh..!! Sedap juga kalau dapat tidur ni. Sejuknye.”

“Assalamualaikum. Que, mak dah balik. Hujan lah. Tak dapat nak menoreh. Ayahnya, masuklah cepat. Hujan lebat tu. Nanti demam pula.”

“Saya nak masuk lah ni maknye pun. Tak payah risau pasal saya la. Pergi tengok anak kesayangan awak tu. Entah apa faedahnya mengelamun kat tingkap tu? Que, dah dah. Pergi la buat kerje berfaedah sikit.”

“Awal balik hari ni ibu, ayah?”

“Yela… Dah hujan, nak oi. Biarlah ayah kamu tu. Tak habis-habis nak marah-marah. Alang-alang mak tak menoreh hari ni, mak nak masak nasi lemak kegemaran kamulah.”

“Alhamdulillah”

(Siapa tahu ini adalah nasib baik atau malang?..)


Malique. Anak tunggal kepada Mak Bedah dan Pak Atan. Ayahnya seorang yang tegas dan garang juga. Bukan semua kemahuan anaknya dia turuti. Kalau ia adalah keperluan, insyaAllah akan ditunaikan. Malique atau lebih mesra dipanggil Que ini adalah anak yang baik. Malahan dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu akhirat. Que juga dahulunya bersekolah di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Perak. Baru sahaja menamatkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk).

Hari ini keputusan permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah akan diumumkan secara online. Targetnya adalah bidang pergigian di Universiti Al-Azhal, Mesir. Dia menggunakan keputusan SPM 2008 untuk memohon di bawah biasiswa Yayasan Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment