Sunday, November 21, 2010

Kalau Berpacaran, Boleh Pandang - Pandang?

[Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Rafali & Altimet]


Dalam entri kali ini, saya akan mengulas serba sedikit mengenai lagu ini. Jika dibaca sekali imbas bait-bait kata dalam liriknya, seolah-olah penuh dengan nasihat dan pengajaran. Menggariskan batas-batas pergaulan apabila berpacaran. Betulkah? Ataupun menggalakkan anak-anak muda kita supaya berpacaran dan seterusnya mendekatkan mereka ke arah kemaksiatan?


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Dengan lontaran suara bersahaja Sohaimi Mior Hassan, suara merdu Anna Rafali dan rap daripada Altimet sudah membolehkan lagu ini menjadi siulan remaja kita. Ditambah pula dengan alunan muzik yang tersendiri dan kontemporari, lagu ini mendapat tempat di hati sesiapa yang mendengarnya. Tapi, apa pula mesej yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Mari kita rungkainya satu persatu.

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Bolehkah berdua-duaan walaupun di tempat yang terang? Remaja sekarang ni sudah tidak ambil peduli tentang tata susila dan adab. Di khalayak ramai juga mereka boleh melakukan adegan-adegan yang tidak senonoh. Lihat sahaja di taman-taman, ada sahaja pasangan yang berpegangan tangan, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan dan ‘ringan-ringan’. Hal ini membuktikan betapa teruknya moral remaja kita pada hari ini. Adakah ini generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan?


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Boleh pandang-pandang? Siapa yang ajar? Kalau ia adalah pandangan pertama tidak mengapa. Tidak sengaja. Tapi, jika sudah sampai pandang-pandang (jamak), boleh? Orang kata, dari mata turun ke hati. Jadi, jagalah pandangan masing-masing. Jangan sampai ada jadi zina hati pula.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.

Dan saya paling tertarik dengan perenggan ini:

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Wah!! Bunyi macam Islamik. Tapi adakah bertepatan dengan apa yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Suka-suka sahaja mengaitkan malu dengan iman dalam lagu ini padahal orang yang berpacaran itu sudah pastinya tidak menggambarkan sifat malu. Mereka tidak malu dengan Allah. Allah telah menyediakan saluran yang halal untuk melayani fitrah cinta tersebut iaitu melalui pernikahan, tetapi yang haram tetap menjadi pilihan. Juga tidak malu kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Hish! Menjatuhkan maruah sahaja!


Cuba kita semua bayangkan jika lagu ini menjadi pegangan remaja masa kini? Apakah yang akan berlaku? Maka akan bertambahlah pasangan-pasangan yang mabuk asmara dek kerana fatwa sesat lirik lagu ini. Jika ada yang berkata: “Ala, ia hanyalah hiburan sahaja”. Ha! Tunggulah hiburan ini yang akan ‘menyelamatkannya’ kelak.

Kita sibuk mengecam lagu-lagu luar negara seperti Britney Spear, Lady Gaga dan Justin Bieber kerana menyampaikan mesej illuminati, satanisme dan macam-macam lagi konspirasi. Tapi tanpa disedari lagu-lagu kita juga telah menyeleweng.

Lagu ini dinyanyikan oleh orang Islam lah. Huh! Takut-takut ia akan menjadi fitnah kepada Islam. Boleh berdua-duaan jika berada di tempat yang terang. Boleh pandang-pandang asalkan jangan pegang-pegang. Ah! Ini bukan ajaran Islam. Ini bukan syariat Islam. Nanti jika orang bukan Islam sudah tidak mempercayai Islam dan kutuk-kutuk Islam, janganlah terkejut kerana orang Islam sendiri yang menjatuhkan martabat Islam sebenarnya.

Lirik lagu ini bukanlah salah keseluruhannya. Masih ada unsur-unsur nasihat yang diterapkan. Namun begitu, bergunakah nasihat-nasihat itu jika ia bercampur aduk dengan kebatilan? Fikir-fikirkan.


Persoalannya kini, adakah Islam itu tidak membenarkan kita bercinta? Cinta itu adalah fitrah manusia. Jika sesorang itu sudah jatuh cinta, jatuh cinta jugalah. Apa yang dapat menghalang perasaan tersebut? Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang insan bercinta. Tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawalnya. Ini adalah soal keimanan. Perasaan cinta itu perlu dikawal oleh iman dan bukannya iman yang dikawal oleh cinta.

Segala yang dinukilkan adalah bersandar kepada pendapat peribadi saya. Sebenarnya bukan lagu ini sahaja yang bercanggah dengan syariat Islam, malahan banyak lagi karya-karya composer tempatan yang menyumbang ke arah penyelewengan syariat Islam tetapi mendapat tempat di hati pendengar. Nauzubillahimin zalik. Wallahu’alam.

16 comments:

  1. @AfifahDaimAzizi actually, mmg byk lagi lagu2 tempatan yg bertentangan dengan syarak. jadi sebagai org yang paham, mestilah pandai menilai yg mana baik dan yg mana buruk.. yang mana kaca ,yang mana permata. moga kita terlindung daripada fitnah2 dunia..

    ReplyDelete
  2. Entri yang sudah pasti sasaran ke arah para muda mudi zaman ini.Syabas kepada penulis kerana mengupas isu ini seiring fenomena yang melanda oleh para hati manusiawi.

    barangkali, lirik2 yg dinukilkan oleh komposer masa kini lebih ingin mendekati para remaja khususnya tanpa melihat masalah yang menyumbang ke arah sosialisme negatif.

    Lihat sahaja cerekarama yang disiarkan di kaca TV sekarang ini.Cukup merimaskan mata memandang padahal itu yang perlu dijaga (menjaga pandangan).Salah satu wasilahnya mungkin boleh di'brain-wash' kn para2 seniman ini supaya melihat isu sebegini dalam menyelamatkn ummah yang sedang meraba-raba mencari kekuatan.

    Tahniah, teruskan ber-blogging

    MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
    -kembara seorang muslim-

    ReplyDelete
  3. @afiq
    wa..!! syukran afiq.
    ulasan yang panjang lebar daripada blogger Kembara Seorang Muslim.
    btw, kalau nak ulas mengenai lagu2 yang menyimpg, memang banyak.
    jadi, cukuplah sekadar lagu ini dijadikan medium untuk menanam kefahaman dalam diri remaja2 kita kini.
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. Jika lagu itu dsertai dngan Nyanyian....InsyaAllah lbih mnarik....Cri la pnyanyi yng ble....boleh jd amalan dan pgangan....lgpon kalo stakat bace tak ble ingat sewaktu kte tesilap lngkah...tp kalo lgu....Sume ble ingt...InsyaAllah,,...

    ReplyDelete
  5. huraian yg begitu menarik..semoga menjadi teladan kepada muda mudi di luar sana..:)

    ReplyDelete
  6. @Solihin Hamzah
    yup,sememangnya dengan nyanyian juga boleh menggetarkan jiwa2 untuk mendekati dan mendalami Islam..
    tapi tak ramai penyanyi yg mampu melakukannya..
    malahan jika adapun, masih ramai daripada kalangan pendengarnya yang leka dgn lagu dan melodinya sahaja tetapi sedihnya,mereka tidak menghayati bait2 dakwah dan peringatan yang terdapat dalam lirik lagi tersebut..
    wallahu'alam

    ReplyDelete
  7. @Anonymous
    insyaAllah, jadi, kepada semua insan yang mempunyai kefahaman yang jelas mengenai isu ini, kenalah mainkan peranan masing2 sebagai agen penyampai kepada orang lain.
    semoga semua orang mendapat mesej yang ingin disampaikan daripada entri ini..

    ReplyDelete
  8. ana nak amik buat share ye.tq

    ReplyDelete
  9. salam ziarah dari Laman Muslimah Optimis.. kupasan yang sangat menarik.. sama-sama kita mendoakan agar manusia akhir zaman ini lebih meletakkan agama sebagai yang pertama dalam hidup kita..ameen

    ReplyDelete
  10. @Anonymous
    boleh2.. sgt dialu-alukan.. moga same2 dapat manfaat...

    ReplyDelete
  11. @Muslimah Optimis
    insyaAllah.. memang begitulah yg sepatutnya.. terima kasih kerana sudi singgah di sini.. jemput bace ke entry2 saye yang lain..
    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  12. knp mnusia slalu memndg sesau2 i2 dgn pndgn negativ? ce kita pndg sesau2 dgn positiv juga..?? mcm lgu..ad negativ dn positiv,,jgn terlalu bnykkn negativ nye...cuba simbangkn...kerna x adil lh...asyik, negativ lagu 2 je kita cri, try r cri positivnya juga, sdgkn negativ nga positiv 2, sama rata...saya rasa, kalau kita asyik cari negativ sesau2 2, kupas negativ sal something 2, rasa dye mcm cari slh je keje kitakn...cuba fikir....hurm..

    ReplyDelete
  13. @syahirah comel
    Terima kasih. Pikir dri sudut negatif perlu, daripda sudut positif pon perlu. Ikot suasana dan keadaan. Tentang lagu ni. Pd pendapat sy, mmg byk yg negatif termasuklah lirik2nya yang jika menjadi ikutan remaja kita, mmg parah la. Itu just pndpt sy. ^_^

    ReplyDelete
  14. i2 juga pendapat sy...dn maaf andai trase....

    ReplyDelete