BAHAGIAN SEPULUH
Walaupun Que telah sedar daripada koma, dia tetap ditahan di wad untuk rawatan susulan. Di atas katil di penjuru bilik wad, kelihatan seorang lelaki separuh abad sedang asyik meratib tasbih. Mulutnya terkumat kamit berzikir, mengagungkan kalimah-kalimah suci. Di sebelahnya, terdapat Al-Quran tafsir yang selalu dibacanya. En. Bahar namanya. Juga seorang pesakit di situ.
Que mengenali En. Bahar kerana pernah beberapa kali dia diajak berbual. Que seronok berbual dengan En. Bahar. Orangnya peramah, sering berjenaka malahan punya ilmu agama yang mantap juga. Sebenarnya, En. Bahar adalah dalam kalangan orang berada. Kerana sifat zuhudnya, dia tidak kisah untuk berada di dalam wad yang ‘biasa-biasa’ sahaja.
Pada suatu pagi yang syahdu, selepas solat subuh berjemaah, sedang mereka berdua asyik berbual-bual, En. Bahar bertanya kepada Que,
“Que, nak tak Que jadi menantu abah? Ops, silap. Sorry sorry… Maksud pak cik, nak tak Que jadi menantu pak cik?”
Que terdiam tanpa kata-kata.
No comments:
Post a Comment