Tuesday, August 23, 2011

Aku Juga Ingin Berubah Ya Allah!!

Selalu sangat kita mendengar kisah orang-orang yang ingin berubah atau lebih biasa disebut bertaubat. Bertaubat daripada hidup yang bergelumang dengan dosa kepada hidup yang penuh dengan amal pahala. Bertaubat ini sebenarnya bukanlah susah sangat. Cukup sahaja syaratnya, maka itu dikira bertaubat diterima insyaAllah.
 
1.Ikhlas
2.Menyesali perbuatan dosa tersebut
3.Meninggalkan perbuatan maksiat tersebut
4.Berazam tidak akan mengulanginya
5.Istighfar. Memohon ampun kepada Allah jika maksiat itu dilakukan kepadaNya
6.Memulangkan hak. Jika perbuatan dosa itu dilakukan terhadap makhluk

Yang sukar untuk dilaksanakan adalah istiqamah dalam taubat tersebut. Malah syaitan itu sendiri tidak akan membiarkan kita dengan mudahnya bertaubat. Tentu sekali ada tipu daya yang dilakukan mereka tanpa kita sedari.

Apabila kita selesai bertaubat, kita sering merasakan bahawa kita sudah clean dari dosa. Umpama seorang bayi yang dilahirkan. Kita anggap, syurga itu sudah tentu akan menjadi milik kita jika kita mati pada saat itu. Tentu terdetik dalam hati kita, kitalah manusia yang paling beruntung kerana taubat kita diterima Allah.

Nah..!! Inilah tipu daya syaitan. Taubat itu sepatutnya menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah. Taubat itu juga sepatutnya menjadikan kita lebih takut kepada siksa api nerakanya. Tetapi kita sebaliknya lebih sombong dan bongkak dengan amalan kita.

Niat asalnya adalah ingin bertaubat. Tapi jika tersalah langkah, lain pula yang jadinya. Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang sentiasa berstrategi untuk menyesatkan manusia dalam setiap saat, setiap detik dan setiap ketika.


Aku Ingin Berubah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekali. Jika terdetik di sanubari bahawa kita ingin berubah, teruskan. Janganlah kerana faktor sekeliling menjadikan niat anda terhenti. Antara keluhan orang yang ingin berubah adalah:

“Tunggu tahun depan, aku taubat la. Belum sampai seru lagi.”
“Aku malulah. Nanti orang kata aku poyo la, bajet bagus la. Aku malu.”
“Nanti kawan-kawan aku dah nak kawan dengan aku la.”
“Aku memang nak berubah, tapi takde orang nak support aku la.”

Hurm..
Begitulah realitinya. Siapa yang patut dipersalahkan. Ibubapa, pendakwah, masyarakat, kerajaan, orang ramai, kawan-kawan atau diri sendiri. Sekarang bukanlah masa untuk saling menyalahkan antara satu sama lain. Sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wahai sahabatku,
Pesanan ini juga untuk diriku,
Yang tidak pernah terlepas dari khilaf,
Yang tidak pernah kering dari dosa,
Yang tidak pernah henti dari mungkar,
Bertaubatlah sebelum terlambat,
Setelah niat diikhlaskan,
Setelah tekad dibulatkan,
Yakinlah,
Allah akan menghantar pertolonganNya,
Akan datang murobbi membimbingmu,
Datang juga daie mendampingimu,
Datang juga sahabat menemanimu,
Datang juga orang-orang soleh bersama-sama denganmu.
Moga kita terus thabat dalam perjuangan,
Memperjuangkan agama tercinta ini.

Harith Faisal
23/08/2011
Selasa
6.05 Petang

P/S: By the way, cakap banyak pun tak guna jika tiada langkah pertama. First step, kalau nak bertaubat, tetapkan niat, dan bersungguh-sungguhlah untuk bertaubat. InsyaAllah, Allah akan bantu. Allah akan hantar orang-orang soleh solehah untuk berada disekeliling kita, untuk bantu kita, untuk bimbing kita. Ingat, first step tu penting. Jom mula…!!

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah an-Nur: ayat 31).

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristigfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali. (Riwayat Muslim).

Ini Kisahku - Wardina Safiyyah

Ikuti kisah perjalanan hidup artis Wardina Safiyyah sebelum dan selepas beliau berhijrah untuk mengamalkan Islam dengan lebih baik.

24 comments:

  1. manusia boleh berubah bila2 masa jika dikehendaki olehNYA...jd bntulah golongan yg nk berubah bukan menyindir mereka ^^

    ReplyDelete
  2. @Anna Ai sya
    Yup.. betul tu... kita kenalah support sesiapa je yang nak bertaubat dan kembali kpd Islam. Takut2, kalau kita sindir2 dorang, kita pulak jadi sebab mereka smkin jauh dgn Islam.. Nauzubillahi min zalik..

    ReplyDelete
  3. btul tu...mulakan dengan langkah pertama... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde langkah pertama, jangan harap nak sampai langkah ke seribu..

      Delete
  4. apa yang anda cuba sampaikan disini...sangat membantu saya,,,
    alhmdulillah jumpa blog anda..
    terima kaseh =D

    ReplyDelete