Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Get Ready To Nikah


Mencari nilai sebenar kekeluargaan?
Meniti sebuah perjalanan?
Permulaan sebuah kehidupan?
Menikmati sebuah kebahagiaan?
Memikul sebuah tanggungjawab?
Memelihara ukhuwah?
Menghayati persediaannya?


Get Ready To Nikah



“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, maka Allah ciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikannya di antara kamu perasaan mawaddah dan rahmah”
Surah Al-Rum, ayat 21


Apakah persediaan seorang Muslim sebelum bernikah?

Sahihul ibadah
Ibadah yang sahih

Salimul aqidah
Aqidah yang sejahtera

Matinul khuluq
Akhlak yang mantap

Mutsaqqafal fikri
Berpengetahuan luas

Nafi’un li ghairihi
Bermanfaat kepada orang lain

Munazhamun fi syu’unihi
Tersusun urusannya

Haarisun ‘ala waqtihi
Menepati waktu

Mujahadah ‘ala nafs
Mampu melawan nafsu

Qadiran ‘ala qasbi
Mampu berdikari

Qawamul jism
Tubuh badan yang sihat



Paling penting, ingatlah segala perbuatan kita mestilah ikhlas kerana Allah. Jadikanlah cinta utama kita hanya kepada Allah. Alhamdulillah, kerana cintaNya aku menemui cintaNya yaag abadi. Terima kasih ya Allah.


Ideas and resources:

Muwasofat tarbiyyah Al-Imam Hassan Al-Banna. Where they are based on the life (sunnah) of our Prophet Muhammad PBUH.

Entry kali ini adalah berasal daripada versi video yang sangat awesome. Anda boleh view video melalui link yang telah disediakan. Video ini dikongsi oleh seorang rakan kepada saya. Semoga kita semua menjadi bakal pengantin yang sibuk untuk menyiapkan diri ke arah kebaikan berdasarkan Muwasofat tarbiyyah yang digariskan. Dan kemudiannya menjadi seorang suami atau isteri yang sedia serba serbi. InsyaAllah.


Friday, March 9, 2012

Si Kecil Yang Bercinta. Apabila Hilangnya Seronok Beragama



Awak dah tidur ke belum? Ingat saya dalam doa awak tau.
Esok kita jumpa ya. Saya rindu sangat dengan awak.
Sayang, saya jeles la awak selalu sembang dengan perempuan tu.
Saya sayang awak sangat-sangat. Semoga cinta kita kekal selamanya.


Siapakah penulis ayat-ayat di atas? Percaya atau tak kalau saya katakan bahawa bait-bait kata cinta jiwang karat ni diluahkan, ditaip dalam mesej-mesej handphone, ditulis dalam surat-surat cinta oleh adik dan anak-anak kita yang masih bersekolah rendah? Perhatikan adik-adik dan anak-anak anda ya.




Ala biarlah. Diorang kecil lagi, Nanti dah besar nanti, pandai-pandai lah fikir sendiri. Kalau diorang bercouple pun, bukan berdosa pun. Tak baligh pun lagi.


Isunya mereka tidak boleh bercouple bukannya sebab mereka kecil, tapi dah memang tak boleh. Hakikatnya,kalau dibiarkan sampai besar pun, masalah yang sama berterusan. Malah menjadi lebih teruk lagi jika tidak dikawal semenjak kecil. Nanti bila anak-anak luar nikah berterabur kat tepi-tepi jalan dan tong-tong sampah, jangan Tanya salah siapa la kan? Tanya diri sendiri dulu. (--.)’


Sejak kecil mereka perlu dididik apa yang dibenarkan dalam Islam dan apa yang dilarang dalam Islam. Konsepnya sama dengan solat dan puasa, adakah kerana mereka masih kecil, kita abaikan mereka daripada kewajipan berpuasa atas alasan mereka masih kecil? Jangan sedara, kita yang dah dewasa dan faham inilah perlu meyalurkan kefahaman kepada mereka supaya mereka rasa seronok beragama.


Apabila Hilangnya Seronok Beragama


Paginya lengkap berbaju kurung, bertudung putih suci. Lepas saja habis sesi persekolahan. Baju kurung entah kemana. Tudung pun hilang di simpan dalam beg sandang. Inilah adik-adik kita, anak-anak kita. Dan mungkin kita juga tergolong sama dulu-dulu. Hihi.. terkena batang hidung sendiri.


Baju kurung sekolah diganti dengan jeans dan t-shirt ketat. Tudung sekolah diganti dengan shawl, malah lebih teruk, ada yang terus menanggalkan tudung itu lalu menampakkan mahkota mereka yang sepatutnye dipelihara.


Nak ke mana dik oi?
Nak hangout dengan kawan-kawan la bang. Jalan-jalan, bosan la duduk rumah, kitorang keluar ni pun sebab nak seronok-seronok la. Tak salah kan bang?
Siapa kata hangout tu salah dik? Adik boleh je hangout. Tapi hangout dengan ayah adik, family adik. Hihi. (^^)


Mencari keseronokan? Dengan bergaul bebas lelaki perempuan? Dengan berpakaian ketat mencolok mata? Dengan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram?


Inilah jadinya jika keseronokan agama itu tidak dirasai. Keseronokan palsu yang menjadi ganti. Hakikatnya masyarakat sekarang tidak lagi merasai keseronokan beragama.


Tidak seronok berjemaah di masjid.
Tidak seronok mendengar ceramah agama.
Tidak seronok bersama family.
Tidak seronok menjadi alim-alim sangat.


Hakikat ini perlu diubah menjadi:


Seronoknya berjemaah di masjid.
Ceramah agama tu best gile.
Saya sangat menyayangi keluarga saya kerana Allah.
Allahurobbi, jadikanlah aku muslim yang soleh.





Carilah Keseronokan Itu


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Jom, sama-samalah kita menyemarakkan keseronokan beragama kepada masyarakat kita. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Tapi kan dik, yang pastinya bercouple selepas nikah itu lebih seronok.


Apa tu bang? Tak faham lah. Boleh terangkan?


Tak apa la dik, suatu hari nanti kamu akan faham. Buat masa ini, kamu clash je lah dengan budak lelaki tu. Tak ada faedah pun bercinta monyet-monyetan ni. Buat habis duit, buat habis kredit handphone, buat habis air mata je. Hihi. Lebih baik kamu bercinta dengan buku supaya lebih berjaya dan bercintalah dengan family kamu, InsyaAllah lebih bahagia. ^^



Tuesday, December 20, 2011

Cinta Adam Hawa

Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.

Wahai Adam,
Hati Hawa ni rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.

Wahai Adam,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.

Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedar.

Wahai Hawa,
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu,
Kawal tutur katamu,
Taatilah agamamu,
Moga bertemu Adam yang sesuai bagimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliranNya
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan
Supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)

......................................


Wahai Hawa,
Kejarlah citra pesona Muslimah
Mengapa terikut Barat?
Islam itu sudah sempurna
Janganlah abaikan ia...

Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati.



P/S: Sebenarnya ini adalah gabungan beberapa status yang diupdated dalam Facebook saya.

Monday, September 12, 2011

Indahnya Cinta - Love Is Beautiful

Tiada apa yang menarik dengan entry kali ini. Tapi, sila perhatikan perkataan-perkataan yang BERHURUF BESAR. Mungkin ada perkara yang menarik. Mungkinla... Agakla...

Saya dah siapkan satu video khas untuk entry kali ini. Penceritaan sepenuhnya tentang entry Indahnya Cinta - Love Is Beautiful. Semoga terhibur.

Aku nak berkongsi satu CERITA HATI
Cerita biasa-biasa sahaja
Tiada yang LUAR BIASA
Ini juga bukan KISAH DONGENG
Tapi ada pengajaran untuk semua
Cerita ini tentang CINTA DAN HARAPAN
CINTA MUKA BUKU pun boleh juga.

REMAJA memang mudah melafazkan KALIMAH CINTA
TIKA MASANYA dalam fantasi cinta
Semua mengaku sanggup BERKORBAN DEMI CINTA
Semua terpengaruh dengan PESONA CINTA.

PERMATA YANG DICARI
sudah tentu adalah permata yang berkualiti
Dan ia bukan mudah untuk dimiliki
Itulah hakikatnya
PERCAYA PADAKU
Peliharalah maruah diri.

Seronok bercinta?
Hanya KERANA CINTA insan
Batasan agama jangan diketepikan
Hanya kerana INDAHNYA CINTA dunia
Jangan pula khianati cinta yang utama.

Please OPEN YOUR EYES
CINTA TERAGUNG adalah cinta Allah
Islam tidak melarang kita melakar CERITA CINTA
Asalkan cinta itu bukanlah CINTA BERSULAM NODA.

Mahukah MAHLIGAI CINTA yang dibina mendapat murkaNya?
Mahukah KELUARGA BAHAGIA hanya menjadi angan-angan sahaja?

I BELIEVE
LAYAR KEINSAFAN sudah terdetik di hati
BERIBU SESALAN sudah bersarang di jiwa
SAAT TERAKHIR sebelum LAST BREATH
Belum tentu dapat bertaubat.
Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat.

Ingatlah, yang PERGI TAK KEMBALI
Apa jadi kepada yang tak sempat bertaubat walau hanya SEDETIK LEBIH?
Yang tak sempat MENANGIS LAGI pula macam mana?
Bagaimana agaknya kehidupannya semasa MENANTI DI BARZAKH?

Yang pastinya
Allah sentiasa menerima TAUBAT SEORANG HAMBA.

SEMALAM mungkin tidak SEBIRU HARI INI
Biarlah dosa-dosa lalu TERHENTI DI SINI
Menjadi CEBISAN KENANGAN
Sebagai satu MUHASABAH CINTA
Untuk mendekati NUR TUHAN.

Yakinlah
Akan tiba hari itu
Hari untuk SEBUAH PERTEMUAN dengan si dia
Insan yang akan membimbing tangan kita ke SETANGGI SYURGA
Bahagia DI PENGHUJUNGNYA.

InsyaAllah
Wallahu’alam.


TAJUK LAGU-LAGU YANG TERLIBAT:
CERITA HATI – HAFIZ HAMIDUN
LUAR BIASA - SHAHIR ZAWAWI
KISAH DONGENG - STACY
CINTA DAN HARAPAN - FIRDAUS
CINTA MUKA BUKU – NAJWA LATIF
REMAJA - UNIC
KALIMAH CINTA - INTEAM
TIKA MASANYA – MIRWANA FEAT HUJAN
BERKORBAN DEMI CINTA - HIJJAZ
PESONA CINTA - HIJJAZ
PERCAYA PADAKU - UNGU
PERMATA YANG DICARI - DEHEARTY
KERANA CINTA - MESTIKA
INDAHNYA CINTA - NIDJI
OPEN YOUR EYES – MAHER ZAIN
CINTA TERAGUNG - HAZAMA
CERITA CINTA - ELHAMZ
CINTA BERSULAM NODA – DE HEARTY
MAHLIGAI CINTA - UNIC
KELUARGA BAHAGIA - SAUJANA
I BELIEVE – IRFAN MAKKI FEAT MAHER ZAIN
LAYAR KEINSAFAN - MESTIKA
BERIBU SESALAN – JAC NING SHILA
SAAT TERAKHIR - UNGU
LAST BREATH – HAFIZ HAMIDUN
PERGI TAK KEMBALI - RABBANI
SEDETIK LEBIH – ANUAR ZAIN
MENANGIS LAGI - FINA
MENANTI DI BARZAKH - FAREAST
TAUBAT SEORANG HAMBA – IRSYADEE FEAT HAFIZ
SEMALAM - MIRWANA
SEBIRU HARI INI - EDCOUSTIC
TERHENTI DI SINI - ASFAN
CEBISAN KENANGAN - AMAR
MUHASABAH CINTA – EDCOUSTIC
NUR TUHAN - HIJJAZ
SEBUAH PERTEMUAN - UNIC
SETANGGI SYURGA – IN TEAM
DI PENGHUJUNGNYA - IQA

Friday, September 2, 2011

Seorang Aku: Kamu Bidadariku


Sudah lama aku perhatikan kamu.
Sejak kecil. Sejak di bangku sekolah lagi.

Pakaianmu bukan seperti biasa.
Tutur bicaramu juga. Jalanmu juga begitu.
Peribadimu terjaga. Citra bidadari syurga.
Kerana apa? Kerana...

Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram,
Kamu berada di rumah bersama keluargamu.

Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan,
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu.

Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop,
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu.

Di saat orang lain memuja artis-artis,
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola.

Di saat orang lain bergelak ketawa besar,
Kamu hanya tersenyum sendiri.

Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai,
Kamu tetap dengan tudung labuhmu.

Di saat orang lain dengan make up tebal seinci,
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi.

Di saat orang lain bersama perfume mewangi,
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie,

Di saat orang lain menggayakan short sleeve,
Kamu tetap tegar memilih long sleeve.

Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan,
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’.

Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai,
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah.

Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook,
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu.

Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia,
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu.

Di saat orang lain ingin menjadi orang lain,
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu.

Sungguh, aku akan menjadikanmu bidadariku
Sebagai penemanku di dunia dan syurga abadi.

InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Solusi
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)

Thursday, June 23, 2011

Komik: Potret Zaujahku

Entry kali ini khas dan khusus untuk Hafizi Azmi pemilik blog Alwan Pelangi. Beliau adalah classmate saya semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Sangat tertarik dengan komik Islami yang dilukisnya sendiri. Jalan cerita yang sangat catchy dan menghiburkan. Sesuai untuk panduan pengantin remaja mahupun yang sudah lebih berusia. Lukisan kartunnya juga comel-comel belaka.

Sebenarnya, saya juga minat melukis semasa zaman sekolah rendah dulu-dulu dan rajin juga melukis. Tapi disebabkan kurang bakat semulajadi, maka minat itu terbantut. Hehe.. By the way, sampai sekarang, saya masih sangat berminat dan teruja dengan pelbagai seni lukisan dan abstrak.

Review mengenai komik beliau ini dalam entry ini adalah sebagai pembakar semangat kepada beliau untuk terus menghasilkan komik-komik Islami yang berkualiti pada masa hadapan. Untuk makluman semua, Potret Zaujahku ini adalah komik Islami pertama beliau. Good Luck Piji..!!

Selamat Membaca.










Sila download di sini :

Ataupun di sini (link alternatif) : 

This comic also have been translated in English. Special for non-Malaysian readers or Malaysian readers who does'nt want to read in Malay language.

Download here :


View it on DeviantART here :

Hope you enjoy it !!

Monday, March 14, 2011

Aku Dibius Cinta

Pertama kali selesai menyiapkan sebuah video (diedit menggunakan PowerDirector). Sebenarnya saya mencipta video ini adalah untuk menyertai pertandingan Mencipta Video sempena Minggu Muhasabah Cinta (MMC) 2011 tempoh hari. Walaupun tidak mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya saya berjaya menyiapkan sebuah video saya sendiri.

Tajuk video ini adalah Aku Dibius Cinta. Menceritakan kronologi cinta yang seringkali dilalui oleh sekalian remaja bermula daripada perkenalan kali pertama hinggalah ke jinjang pelamin. Namun, sedikit nasihat diselitkan sebagai panduan supaya kita semua tidak tersesat jauh dari landasan yang sebenar. Nasihat-nasihat tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diri saya sendiri juga yang sememangnya sering lalai dan alpa.


"bErCiNtA HiNgGa kE SyUrGa"

Saturday, March 5, 2011

Lagu Tema Minggu Muhasabah Cinta: "Bercinta Hingga Ke Syurga"

Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.





Friday, March 4, 2011

Minggu Muhasabah Cinta (MMC) : "Bercinta Hingga Ke Syurga"

Saban hari, kita sering diuar-uarkan mengenai isu cinta dalam kalangan remaja terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini . Sesungguhnya cinta itu adalah payung bagi kehidupan kerana kehidupan tanpa cinta tiada ertinya terutamanya cinta kepada ALLAH s.w.t. kerana cinta ALLAH adalah cinta hakiki.

Cinta merupakan satu fitrah yang ada dalam setiap jiwa manusia. namun begitu remaja sekarang telah menyalahgunakan cinta itu sebagai satu platform kepada mereka untuk berkasih sayang dan akhirnya menjurus kepada kemaksiatan. Islam tidak melarang percintaan malah menggalakkan cuma bukan percintaan yang menjurus kepada maksiat.

Allah telah berfirman:
”... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Islam tidak melarang untuk umatnya berkasih sayang dan bercinta tetapi perlu dilandaskan pada landasan yang betul dan mematuhi hukum-hukum syara’. Namun begitu, mahasiswa dan mahasiswi sekarang tidak menghiraukan hukum-hukum tersebut semata-mata memenuhi kehendak nafsu masing-masing. Sejurus dengan itu, permasalahan ikhtilat semakin berleluasa dalam kalangan remaja.

Ikhtilat bermaksud suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah. Ikhtilat inilah yang menjurus kepada keruntuhan akhlak remaja sekarang dan akhirnya terjebak ke lembah penzinaan contohnya berdua-duaan di tempat yang gelap. Antara keburukan ikhtilat ialah menjurus kepada perzinaan dalam kalangan remaja ini. Apabila berlaku perzinaan, kes-kes pembunuhan seperti kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Hal ini meneybabkan agama, masyarakat dan Negara dipandang rendah.

Dalam isu cinta, kita harus bijak dalam mengendalikan cinta. Pengendalian cinta boleh dilakukan melalui beberapa cara iaitu dengan mengawal pergaulan iaitu mengelakkan ikhtilat.selain itu, cinta boleh dikawal dengan cara mengawal diri kita dari menjadi hamba hawa nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Untuk memastikan diri kita tidak terjebak dengan lautan cinta yang merosakkan, program-program agama perlu diadakan supaya dapat memberi kesedaran kepada remaja mengenai masalah ini.

Oleh itu, dalam mengelakkan diri terjerumus dengan dosa perzinaan, remaja lebih memilih untuk berkahwin di alam kampus. Dengan cara itu dapat mengelakkan berlakunya maksiat antara lelaki dan perempuan. Pembinaan baitulmuslim juga penting. Baitulmuslim ialah pembinaan sesebuah keluarg,masyarakat dan negara yang bertunjangkan islam. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya.

Justeru, kami pihak biro kerohanian kolej Rahim kajai merasa terpanggil untuk melaksanakan satu program minggu muhasabah cinta bagi memberi kesedaran kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi akan fitrah sebenar cinta.. Ini secara tidak langsung membuka minda dan memberi kesedaran kepada semua mahasiswa/i UKM agar lebih prihatin dan dapat memenuhi tuntutan rohani dengan pendekatan konsep cinta itu.

TENTATIF MINGGU MUHASABAH CINTA 2011 KRK UKM
TARIKH : 10-12 MAC 2011

10/3/2011 (KHAMIS)
7.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah di Masjid
8.00 PM : Forum (Pernikahan Di Alam Kampus: Relevan atau Tidak?)- Di Masjid UKM
10.00 PM : Solat Isya' berjemaah
10.30 PM : Jamuan dan Bersurai.

11/3/2011 (JUMAAT)
5.00 AM : Qiyamullail
6.00 AM : Solat Subuh Berjemaah dan Mathurat
6.30 AM : Tazkirah Subuh (Tahajjud Cinta)
7.00 AM : Bersurai.
……………………………………………………………………
8.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah
9.00 PM : Intropeksi Cinta: Aku Dibius Cinta –Di Foyer Kolej Rahim Kajai
11.00 PM : Jamuan dan Bersurai

12/3/2011 (SABTU)
8.00 AM : Bengkel Khat dan Pameran.
10.00 AM : Jamuan dan rehat
10.30 AM : Sambung Bengkel Khat
12.00 PM : Tamat Bengkel dan Pertandingan Khat Bermula
1.30 PM : Tamat Pertandingan
.............................................................
8.30 PM : Solat Isya’ Berjemaah
9.00 PM : Majlis penutup MMC 2011
9.30 PM : Persembahan Kump Elhamz
10.00 PM : Penyampaian Hadiah
10.15 PM : Jamuan dan Bersurai.

APA YANG MENARIKNYA DALAM MINGGU MUHASABAH CINTA INI?








Minggu penghatan cinta yang bertemakan Muhasabah Cinta: BERCINTA HINGGA KE SYURGA ini diharap akan berlangsung dengan jayanya agar segala pengisiannya dapat dihayati serta dimanfaatkan bersama seterusnya dapat membentuk ke arah perubahan jati diri yang lebih inovatif serta berdaya saing menurut perspektif Islam. Oleh itu, Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai berharap agar program ini dapat diluluskan dan bantuan kewangan dapat diberi bagi  melancarkan program yang julung kali diadakan sekaligus memberi pertambahan ilmu kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MINGGU MUHASABAH CINTA INI.
"BERCINTA HINGGA KE SYURGA"