Tuesday, July 24, 2012

Layakkah Aku Mendapat Lailatul Qadar?





Kita pasti cemburu dengan para sahabat Rasulullah yang hidup bersama dan sezaman dengan Baginda. Dan pastinya amalan kita tidak dapat menandingi amalan para sahabat. Bibir mereka sentiasa dibasahi zikir memuji Allah. Hati mereka mekar dengan ayat-auat suci Al Quran Al Kareem. Dan juga keimanan yang teguh dan mantap tak berbelah bahagi. Allahurobbi, terasa kecil kerdil jika dibandingkan dengan mereka.


Alhamdulillah, tahun ini kita dipertemukan kembali dengan Ramadhan. Dan sudah pasti misi memburu Lailatul Qadar akan bermula. Satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadhan ialah satu malam yang penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadhan itu pastinya menjadi buruan para pemburu syurga abadi. Rasulullah sendiri memohon kepada Allah supaya malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemui Baginda.


Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud : “Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Jadi, di manakah kita? Tidakkah kita ingin merebut peluang ini? Ingin amalan menandingi para sahabat? Ingin amalan yang lebih baik daripada seribu bulan? Inilah masanya. Persiapkan diri. Yang pastinya bukan calang-calang orang boleh menemui malam itu. Istiqamahlah beribadat setiap malam supaya kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadar yang sangat kita hajati.

Sunday, July 15, 2012

Wajib Baca: Pesanan Sebelum Masuk Universiti.


Pesan abang kepada adik,
Apabila kamu masuk universiti,
bukanlah bermaksud kamu bebas.
Tapi itu adalah permulaan
untuk kamu belajar berdikari.

Bebas?
Bebas macam mana?
Bebas berpakaian?
Bebas bersosial?
Bebas keluar berhibur?
Bebas daripada leteran ibubapa?
Bebas daripada peraturan ketat?

Walau di mana kita berada,
Kita perlu ingat bahawa kita orang Islam.
Syariat Islam mewujudkan batasan.
Bukan untuk mengongkong,
Tapi untuk kebaikan bersama.

Asalkan pandai jaga diri,
pandai pilih kawan,
Kamu pasti mampu mengharungi kehidupan di universiti
yang penuh dengan cabaran ini dengan jayanya.

Pilihlah kawan yang mengutamakan Islam
dalam setiap pertimbangannya.
InsyaAllah,
Berjaya di dunia dan di akhirat.

Tuesday, July 10, 2012

Macam Mati, Hidup Semula. WER 3521 Hanya Tinggal Kenangan.

“Apabila seorang itu sudah sampai ajalnya, ia tidak boleh dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat.” (Surah An-Nahl Ayat 61).

Dari Anas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuat demikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku." (Sahih Muslim).



09/07/12
3.30pagi


Perjalanan pagi itu aku mulakan dengan bismillah selepas bersalaman dengan ayah dan ibuku dan juga adik-beradikku yang lain. Tak tahulah apa yang lainnya pagi tu. Perasaan macam biasa je. Bertolak daripada Felda Sungai Behrang pukul 3.30 pagi, insyaAllah aku bajet sampai Bangi pukul 5 pagi.


Punyalah semangat nak juga balik pukul 3.30 pagi tu sebab aku ada kelas pukul 9.00 pagi ni. Kelas Sejarah Pemikiran 1. Untuk pengetahuan semua, aku buat short semester untuk sesi kali ni. Perancangan awal adalah nak balik lepas subuh pagi ni. Dalam pukul 7 pagi bertolak, bajet sampai Bangi pukul 8.30 pagi. Okaylah tu kan? Tapi bila fikir-fikir semula, waktu pukul 8 pagi tu, KL memang confirm sesak. Semua orang nak pergi pejabat masing-masing. Jadi, lepas berfikir panjang, aku decide untuk balik Bangi awal-awal pagi pukul 3.30.


Sebelum bertolak, sempat lagi minum shake Herbalife. Supaya perut terisi dan tidak berkeroncong dalam kereta nanti. Kemudian minum juga NRG Tea untuk bagi tenaga dan kurangkan mengantuk. Dan aku juga bancuh Teamix Peach Flavor sebagai bekalan dalam kereta. Fungsinya sama juga dengan NRG Tea, tapi kelebihan Teamix ni adalah dia dapat bakar kalori dan lemak kita walaupun kita sedang memandu dan duduk saja-saja. Yeah!!

Singgah di Petronas Tanjong Malim, isi minyak dulu. Kenapa gelap sangat Petronas ni? Macam tak ada orang je. Aku jenguk-jenguk kat kaunter pembayaran, kemudian barulah nampak cashier tu. Muka mengantuk je. Siapa suruh ambil syif malam-malam. (^^)


Perjalanan diteruskan. Alhamdulilah NRG Tea dan Teamix Peach Flavor memang sangat membantu. Kurang mengantuk jika nak dibandingkan dengan kebiasaan sebelum menggunakan Herbalife. Setelah agak jauh perjalanan, aku rasa agak letih. Pada ketika itu sudah berada berdekatan dengan Rawang. Mungkin letih sebab hujung minggu ni (7-8 Julai 2012), ada program Zero 2 Hero di Bukit Gambang, Resort City, Pahang. Keletihan yang berbaloi sebab dapat dapat banyak ilmu tentang bisnes dan juga menaikkan motivasi diri untuk terus kuat menghadapi cabaran dalam bisnes Herbalife ni.


Zero 2 Hero Bukit Gambang, Resort City, Pahang.


Tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil. Okay, aku pun singgah di Hentian Sungai Buloh untuk membuang air yang telah larut di dalamnya toksin dan kalori-kalori yang sudah terbakar. Ini memang kerja Teamix. Detoxification and burn calories selain berfungsi sebagai energy booster juga. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan. Enjin dihidupkan, lampu dipasang, radio dikuatkan, tingkap dibuka sedikit kerana aku sukakan udara malam yang nyaman berbanding udara air-conditioner yang sangat menyesakkan.


09/07/12
4.30pagi


Saat ingin keluar daripada Hentian Sungai Buloh itu, memang terasa sedikit pelik. Tapi tak taulah apa yang peliknya. Aku memang sedang berada di atas laluan highway yang paling kiri. Okay, perjalanan diteruskan. Best nasyid-nasyid kat IKIM.fm ni. Tapi tak ingatlah apa yang saya dengar di radio itu kerana setelah beberapa minit perjalanan..............


Aku terdengar bunyi rempuhan yang kuat. Pada masa yang sama, kereta aku hilang kawalan. Bunyi bising tayar dibrake sangatlah membingitkan. Kereta aku sedang berpusing beberapa kali. Masa tu, memang aku takbir Allahu Akbar dan terus mengucap dua kalimah syahadah kuat-kuat. Tapi tak pasti kuat mana sebab bunyi tayar diseret dan dibrake lebih kuat. Yang aku ingat masa tu, memang itulah saat-saat terakhir aku akan bernafas di atas dunia ni. Allahurobbi. Ketika itu kereta itu masih berpusing. Aku berserah.


Jika di sebelah highway itu ada sungai, maka hanyutlah aku.
Jika di sebelah highway itu ada gaung, maka jatuhlah aku.
Jika ada trailer di belakang keretaku, maka lenyeklah aku.
Jika kereta aku berhenti pusing di tengah highway,
maka pastinya aku dirempuh oleh kenderaan lain yang sedang laju memecut ketika itu.


Dengan kekuasaan Allah, kereta aku dibawa olehNya berpusing ke tepi highway, ke divider sebelah kiri jalan. Setelah kali pertama merempuh divider, keretaku berpusing sekali lagi lalu merempuh divider untuk kali kedua. Kemudian, keretaku terhenti. Keretaku betul-betul melekat di tepi divider. Ketika itu, keretaku sedang melawan arus. Hadapan kereta menghadap kearah Ipoh, belakang keretaku ke arah Kuala Lumpur.


Kedudukan WER selepas berhenti berpusing dan betul-betul parking sebelah divider.


Remuk di sebelah kiri kereta akibat rempuhan pertama pada divider sebelum berpusing untuk kali kedua.


Lokasi kejadian: Kilometer 454.9 Highway PLUS


Alhamdulillah. Aku masih hidup. Sangat bersyukur. Tiada kecederaan serius. Barang-barang dalam keretaku berterabur sana sini. Nasib baik laptop dan DSLR ku aku letakkan di seat sebelah ku. Kedua-duanya selamat. Aku toleh kepala ke belakang. Nak tengok, apa benda yang merempuh aku tadi. Okay, kereta yang merempuhku itu rupanya macam Harrier, CRV, lebih kurang 4X4 pacuan empat roda tapi yang versi mewah-mewah. Aku ambil masa beberapa saat untuk menarik nafas dan menenangkan diri.


Kemudian aku menoleh semula ke belakang. Seorang perempuan tidak bertudung keluar sudah berada di belakang kereta itu (tak pasti adakah itu pemandunya). Mungkin seorang Cina atau Melayu yang memang jenis tak bertudung. Aku capai beg laptop dan DSLR aku, dan terus keluar daripada kereta melalui pintu sebelah kiri driver. Terpaksa keluar ikut situ sebab pintu driver sudah melekat dengan divider jalan. (T.T)


Aku berjalan ke arah kereta yang merempuhku itu. Jarak kami adalah lebih kurang 200meter. Selepas separuh perjalanan, perempuan tu, masuk semula dalam kereta dan perlahan-lahan, kereta itu pergi hingga hilang dari pandangan aku. Ceh, sabar je lah.


Ini kes langgar, berhenti dan lari (bukan langar lari). Tak sempat pun nak ambil nombor plat pendaftaran kereta tu kot. Gelap dan agak jauh. Tak tercapai pandangan mataku. Mungkin dia berhentikan kereta dia tadi sebab rasa bersalah sangat. Mungkin dia ingat aku cedera parah. Tapi lepas nampak aku sihat walafiat je, teruslah dia berambus. Aku paling tak respect orang buat salah, tapi tak berani nak mengaku salah.


Aku pun call my parent. Call ibu, voice mailbox. Call ayah, barulah dapat.


“Ayah, Harith accident la. Lepas Hentian Sungai Buloh. Remuk habis belakang kereta. Memang tak boleh jalan dah kereta ni. Ayah datang ek.?


Ayah cool je. Tak ada pun marah-marah. Sebab dia dah tau anak dia selamat. Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dan menghapus dosa, menambah pahala, bermuhasabah diri yang selalu alpa ini. Aku merendahkan dahiku ke bumi untuk menyatakan kesyukuranku yang tidak berbelah bahagi. Saat sujudku itu, air mata mengalir tanda kesyukuran yang teramat. Alhamdulillah. Thank you Allah.


Okay, nak ringkaskan cerita. Datanglah peronda PLUS, kemudian datanglah juga orang-orang bengkel kereta (Entah datang dari mana, aku pun tak tahu. But it’s normal. Orang cari makan). Sembang itu, sembang ini dengan diorang. Macam-macam la kami sembang sementara nak tunggu my parent sampai ke tempat kejadian. Kemudian ibu, ayah dan angah sampai dalam pukul 5.45 pagi. Mereka pasti sebak melihat anak mereka masih hidup. Ah!! Kereta tak penting. Anak masih hidup pun mereka dah sangat-sangat bersyukur. Nyawa manusia tu tiasa galang gantinya. Aku juga mengeluarkan air mata kesyukuran sekali lagi saat aku mendakap ibuku.


Pagi tu, solat subuh kat tepi highway je lah. Inilah tarbiyah namanya. Bukan senang nak dapat pengalaman solat kat tepi highway.


Setelah hari semakin cerah, matahari semakin menerbit., dalam pukul 7.00 pagi, aku pun meninjau-ninjaulah tempat kemalangan aku tu. Berjalan kaki, patah balik menghala ke Hentian Sungai Buloh. Banyak betul kesan tayar atas highway tu. Kalau kesan tayar pusing-pusing tu, hampir 5-6 pusingan. Maksudnya, kereta aku berpusing 5-6 kali juga lah. Memang macam main drift lah. Nasib baik tak terbalik je kereta aku tu. Kalau tak memang benjol lah kepala ni. Mengikut kesan tayar juga, dianggarkan kereta aku diseret dan berpusing dalam jarak yang agak jauh iaitu hampir 50-70meter. Can you imagine that?


Kira sendiri berapa banyak kesan pusingan kereta aku.

Ketika keadaan agak cerah. Parking baik punya. Daripada Wira, transform jadi Satria Neo.


WER sedang ditunda.

Ketika membuat pengesahan laporan kemalangan di IPD Rawang.


Dipendekkan cerita, kemudian kami bergerak ke IPD Gombak dan Rawang. Aku dan ayah menaiki tow truck. Angah dan ibu naik kereta. Aku, ayah dan driver tow truck selesaikan urusan laporan kemalangan. Angah dan ibu lain pula ceritanya, sempat keluar dari Tol Sungai Buloh dan masuk semula dari Tol Rawang untuk menyiasat punca sebenar tempat kejadian.


Apa yang ibu dan angah nampak adalah, kesan tayar bermula di laluan paling kanan, dan kesan tayar itu menghala ke laluan ketiga, lalu diteruskan dengan kesan tayar berpusing-pusing. Hipotesis yang dapat dibuat adalah, kereta yang merempuhku berada di laluan kanan, mungkin driver mengantuk atau mabuk, lalu kereta dia hilang kawalan dan menghala ke kiri highway, pemandu itu cuba untuk brake untuk mengawal kereta tapi tak mampu, mungkin dia memang bawa kereta tu laju sangat kot. Disebabkan tak berjaya mengawal keretanya, maka dia pon merempuh kereta aku yang masa tu berada di laluan paling kiri.


Itulah hipotesis yang boleh dibuat oleh ibu dan angah aku berdasarkan kesan tayar yang ada di atas highwah tersebut. Tapi memang kuat betul dia rempuh kereta aku. Peronda, tow trucker dan polis kat IPD tu kata, selalunya, kereta yang dirempuh lori je yang remuk 50% macam kereta aku tu. Memang laju kot dia bawa kereta pacuan empat roda tu. 160km/j? 180km/j? Entahlah.


Setelah selesai semua urusan. Ayah dan ibu hantar aku ke Bangi. Jadi sekarang ni, tengah dalam usaha nak claim insurans. Badan aku mula rasa lenguh-lenguh dan lemah-lemah. Ada luka sikit di jariku dan ade kesan lebam di belakang badanku akibat rempuhan yang kuat tadi. Esok, nak buat medical check-up. Harap-harap tiada inner injury. Sangat-sangat berharap. Malam ini, minum Herbalife banyak-banyak. Herbal Aloe Concentrate, Teamix Peach Flavor, Formula 1 dan Formula 3.


Pesan ayah, “Buat medical check up. Kalau demam esok, terus jumpa doktor. Iyalah mungkin juga boleh dapat demam terkejut.”


Demam terkejut, trauma, lemah semangat dan sebagainya. Kuss semangat. (^^)’


Ku pohon pada Allah moga semuanya baik-baik belaka. Memang, kejadian itu membuatkan aku rasa lebih dekat dengan kematian. Lepas ni, kalau nak buat dosa, teringat semula kejadian siang tadi, memang insaf lah. Allah itu Maha Mengetahui apa-apa sahaja yang terbaik untuk hambaNya. Siapa kita untuk mempertikaikan aturanNya? Ikut sahaja, redha sahaja, kemudian kita akan sama-sama temui hikmahnya.


Dugaan daripada Allah untuk orang-orang yang baru nak start bisnes macam saya. Pasti hikmah menanti. Nak pergi Macau, Hong Kong at the end of this year. Semoga termakbul doaku. Amiin. (^^)/


Gambar terakhir WER sebelum WER ditunda ke workshop di Tanjong Malim. See you again WER.

“Kehidupan seharian kita sememangnya tidak boleh terlepas daripada nasib baik atau malang. Jadi, terpulanglah kepada kita bagaimana kita mahu menguruskannya. Jika kita mahu hidup kita tenang dan bahagia, cubalah sentiasa berfikir bahawa apa-apa sahaja yang kita lalui adalah susunan terbaik daripada Allah. Sememangnya ada hikmah-hikmahnya yang tersembunyi yang hanya menunggu masa sahaja untuk dizahirkan. Terimalah segala yang berlaku seadanya. Siapa tahu ia adalah nasib baik atau malang?”


Que and Harith Faisal is not the same person. But they have many similarities. Family background, education and both of them was involved an accident in their life. The ending is different. Alhamdulillah, Harith got the happy ending, but Que got more and more happier ending. Let's read my first short story,


Click Title To Read