Tuesday, May 17, 2011

Tema Hari Guru 2011 SMKASR: “Back To School”

Admin:
"Entry kali ini khas saya tulis untuk kawan-kawan dan bekas-bekas pelajar SMK Agama Slim River yang tidak berkesempatan menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang diadakan pada 16 Mei 2011 yang lalu. Sedikit sebanyak boleh mengimbau kembali nostalgia silam."

Bismillahirrahmanirrohim.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini sudah tentu menjanjikan kelainan untuk diri saya. Manakan tidak, saya kini adalah seorang guru di SMKA Slim River. (Cikgu ganti je pun. Menggantikan seorang guru yang sedang mengambil cuti bersalin).

Seinfiniti pujian patut dianugerahkan kepada Badan Pengawas Sekolah kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru yang paling meriah sejak beberapa tahun yang lepas.


Tema yang dipilih sempena Hari Guru 2011 ini juga sangat menarik. “Back To School”. Good la. Semua guru dikehendaki mengenakan baju uniform sekolah sepanjang sambutan tersebut. Yang kurang muda kelihatan bertambah muda. Yang muda pula kelihatan sangat muda. Kalau cikgu-cikgu yang berumur sekitar 20 tahun, betul-betul serupa macam student sekolah yang berusia belasan tahun. Awet muda lorh. Sampaikan tidak boleh membezakan yang mana satu guru, dan yang mana satu pelajar.




Gimik yang dirancang oleh penganjur juga sangat menarik. Selepas selesai Pengetua, Ustaz Zainul Arifien menyampaikan ucapan perasmian, beliau dikehendaki menyelesaikan puzzle-puzzle yang ‘sangat’ menguji minda. Dan beliau juga dijanjikan hadiah jika dapat menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan. Disebabkan puzzle tersebut ‘tersangatlah’ susah sangat, maka beliau dapat menyelesaikannya dalam masa yang ditetapkan.



Apakah hadiah yang bakal diterima oleh pengetua? Teka la.

Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi yang kuat seperti benda yang berat terhempas. Sebuah kotak hadiah kini berada di tengah pentas. Semua yang hadir curious nak tahu apakah yang berada dalam kotak tersebut.

Tuan pengetua segera mendapatkan kotak tersebut, lalu membukanya.. Jeng jeng jeng.


Terdapat satu botol minuman bertali (yang selalu budak sekolah rendah bawa ke sekolah) dan sebuah beg sekolah yang sesuai untuk seorang budak tadika. Ketua Umum, saudara Hamzi, terus menyerahkan kedua-duanya kepada pengetua.

Pengetua dengan sportingnya, terus membuat gaya minum menggunakan botol tersebut dan menggantungkannya ke leher beliau serta memakai beg sekolah budak tadika itu tadi. So, cute. Memang sporting habis la pengetua tu.

Okay settle sudah gimik oleh pihak penganjur.




Hadiah Daripada Kami Batch 2004-2008

Apalah gunanya saya sebagai wakil batch 2004-2008 berada di sekolah sebagai guru ganti jika tidak menyumbangkan apa-apa kepada pihak sekolah sempena Hari Guru kali ini. Hasil perbincangan dan cetusan idea daripada beberapa orang rakan, kami bersetuju untuk membelikan kek Secret Recipe. Dan hasil sumbangan daripada rakan-rakan batch melalui CIMB Click dan sebagainya membolehkan kami mengumpulkan sejumlah wang. Inilah hasilnya:


Chocolate Indulgence by Secret Recipe. Memang sedap.

Pagi-pagi lagi, saya sudah menempah satu slot khas daripada pengerusi majlis istimewa untuk batch kami. Slot kami dimulakan dengan persembahan montaj (baru je siap beberapa jam sebelum majlis itu bermula).

Klik link ini untuk menonton montaj yang disediakan oleh batch kami:

Setelah selesai tayangan montaj, saya dan beberapa orang kawan saya dijemput oleh MC untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Chocolate Indulgence kepada Tuan Pengetua yang begitu sabar menanti di atas pentas. Kami masuk daripada pintu utama dewan sambil saya membawa sekotak Secret Recipe iaitu hadiah daripada batch kami seperti yang saya nyatakan tadi.

Semua mata memandang kami bertiga. Tidak pasti sama ada mereka semua memandang kami ataupun memandang kotak yang merah yang ada tertulis “Secret Recipe” padanya. Berjalan dengan penuh control supaya kelihatan matang dan berkaliber (main-main je. Sebenonye, segan, malu, semua ada).

Alhamdulillah kini kami bertiga sudah sampai di atas pentas. Berdebar rasanya. Kini Tuan Pengetua berada di hadapanku. Tanganku menghulur, dan tangan pengetua menyambut. Walaubagaimanapun, kerana debaran hatiku yang berada di tahap maksimum.............. ia terjatuh. Secret Recipe itu terjatuh. Bergolek-golek di hadapan ku, dan dihadapan semua hadirin. Saya dan kawan-kawan saya terpinga. Speechless. Tidak mampu berkata apa-apa. Segan mehh. Jadi spoiler pula..

Suasana di dalam dewan hingar sebentar.

“Arghh.. Secret Recipe terjatuh..!!”
“So clumsy la.”
“Alamak, ruginya..”
“Secret Recipe kot. Kalo Roti Gardenia yang jatuh takpe la juga.”

Pengetua bingkas mendapatkan Secret Recipe tersebut lalu membukanya. Kosong. Kotak Secret Recipe itu kosong. Beliau menunjukkan kotak kosong itu kepada hadirin. Dewan sekali lagi hingar dengan suara-suara. Haha, bingo..!! Sudah terkena. GIMIK je kot.

Setelah beberapa ketika, datang seorang pelajar puteri daripada belakang pentas sambil membawa kek Chocolate Indulgence yang sebenar-benarnya lalu meletakkannya di atas meja yang disediakan di tengah-tengah pentas. Terlukis senyuman di setiap bibir semua. Chocolate Induldence selamat. Lepas ni, boleh makan ramai-ramai. Setelah selesai Tuan Pengetua memotong kek tersebut, maka selesailah GIMIK daripada Batch saya.




Alhamdulillah, kami mendapat respon positif daripada guru dan junior yang mengatakan GIMIK yang kami lakukan memang menjadi. Syukur. Kalau tak jadi, malu woo.. Terima kasih kepada yang mencadangkan GIMIK tu.

Wallahu’alam.

P/S: Saya dapat hadiah juga sempena Hari Guru kali ini. Dapat mug dan bunga mawar segar. Terbaik dari ladang. Terima kasih kepada yang memberi.

Gambar-gambar tambahan:

Perlawanan Futsal Persahabatan Antara Guru Dan Pelajar 

 Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Dan Bacaan Ikrar.

 Berdiri Paling Belakang Dan Paling Hujung.

 Persembahan Nasyid Daripada Team Nasyid Sekolah.

 Cikgu Halim: Penerima Anugerah Cikgu Paling Smart.

 Persembahan Daripada Cikgu Razitah Dan Puan Hajah Normah.

Teacher Duliana: Anugerah Khas Sempena Tema Back To School.

16 comments:

  1. Salam....
    thanks for sharing ya!..rindu rasanya pada sekolah lg2 kalo ada sambutan mcm hari guru ni
    ^_^

    ReplyDelete
  2. > ex 2001-2005
    salam.. welkem2.. so kalo rindu kat skul, ape lagi?? jom la dtg sekolah.. buat program untuk adik2 junior.. hehe..

    ReplyDelete
  3. ada rancangan nak ke sekolah with my sis.. tapi tak taw lagi bila since akak x cuti sekarang..huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. > SyaSya
    hehe, kalo jadi, mungkin smart la. Kalo x jadi, malu la jawabnye..

    ReplyDelete
  5. shemat ar,sy pon tkjut wak2 kek 2 trjatuh mmg mnjadi...,ala maner tau nnti abg harith,,opss trclap ckgu harith nnti jdi guru ttp kt sane..hehe

    ReplyDelete
  6. > Fariza
    hehe.. rasenye2, xkannye saya jadi cikgu tetap kat sane.. tapi, kalo dah mmg ditakdirkan, mmg boleh jadi je..
    ~ terkejut ek?? bagus la, at least, that's means yg kmu masih manusia normal..

    ReplyDelete
  7. >cikgu harith
    ???manusia normal???mksdnye kalo sy x trkjut ,ini brmkna sy x normal??? mgkn gak abg harith x jdi guru ttp sbb mgkn cita2 abg harith bkn jdi ckgu.....^_^ truskn prjuangan mndidik n mengajar kmi yg msh kekurgn ilmu(ayat skema)

    ReplyDelete
  8. > Fariza
    haah, so kmu ni dikire normal la.. sbnonye pernah teringin nak jadi cikgu.. tapi skrg dah bertukar dah..

    ReplyDelete
  9. weh harith..ko jd cikgu ganti kt skolah kite dlu eh?? wow!! great job..papepon gudluck eh..kte dh lme lost contact ngn korg2 sume...mklumla kte xde fb..hat nie pon mujo je Allah bkk pintu ht kte utk bce blog ko..huhu..(^.^)

    ReplyDelete
  10. Fiqah Alias>
    Dah berbulan2 aku jadi cikgu kat skul tu, ko baru tau..? haish, sibuk sgt study le tu ek.. pelik la juga, pehal ko xde fb, bkn ke dlu ko mmg ade fb.. fiqa saila???

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...
    great blog...entry psl hari guru ni mengubat sket kerinduan saye pd skola..thanx..

    ReplyDelete