Friday, November 25, 2011

Collection: My Facebook Status #2

Koleksi Status Facebook Saya #2


Jika pakaian yg kita pakai selalu itu tidak boleh dipakai semasa solat, maka setiap langkah kita berjalan di bumi ini tentu sekali diiringi dengan kemungkaran Allah lantaran kita mengabaikan syariatNya.. nauzubillahimin zalik..


Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat.
~ Muhasabah: Adakah pakaian yang kita selalu pakai itu boleh dipakai semasa solat??




‎"Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti mana orang tuamu mendidikmu. Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu"
~ Dulu takde FaceBook. Dulu takde Astro. Dulu budak2 sekolah rendah belum punya handset. Internet apatah lagi. La ni, semua ada. Dah la siaran TV, media perdana pun dah tak bertapis. Dunia oh dunia..


Beza kita tuk melengkapi antara satu dan yg lain. Hidup ini lebih warna warni jika perbezaan kita hargai. Hidup berseri bak mentari jika kita semua bisa mengerti.
~ Kita Berbeza by Demascus.


Betulkan yang biasa.
Biasakan yang betul.


Matang sebelum usia?? Perlu ke??
A: Hm, tak perlu kot. Rugilah masa remaja kita. Baru nak enjoy2, dah kne pikir macam-macam.
B: Hei, perlu kot. Supaya kita dapat membuat keputusan dgn matang la. Takde la ikut jiwa muda semata-mata.
~ Which one is your answer??


Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung?
~ Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.


‎"Tarbiyyah adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi riang, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibbah. Itulah tarbiyyah.."
~ Marilah kita berusaha mentarbiyyah diri kita supaya dapat kita sama2 menggapai mardhatillah. Amin.


‎"Awak... Awak cantik sangat bila awak tutup aurat."
~ Jadi, tunggu apa lagi?? Tak mau jadi cantik ke??


[INGAT SENANG KE JADI CIKGU??]
Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
~ SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU


Walaupun kita berusaha untuk menerima orang lain, belum tentu orang lain tu dapat menerima kita.
~ Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita hanya mampu berusaha.


‎"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui,sedang kamu tidak." [Surah Al-Baqarah 216]
~ Apabila Allah tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah.


Komitmen dalam berprogram akan mewujudkan ukhwah. Setiap hari, make sure kite tgk muka sahabat2 kita untuk merasai ukhwah itu. Carilah kesempatan itu walaupun seketika cuma. Dan yang paling penting berukhwahlah kerana Allah. InsyaAllah kita akan bersama-sama menggapai mardhatillah. Amin..
~ Antara tips2 berukhwah yang diperoleh.


Selalu dengar ayat ni:
"Kalau ade masalah, bgtau la kat kitorg." (Boleh caye ke ayat ni?)
Hm.. kalau bagitau, rase macam menyusahkan orang lain pula dan mungkin juga akan dianggap mengade2.
Tapi kalau tak bagitau, susah juga nak kawal emosi. Muka confirm macam org ade masalah. Silap2, boleh hadapi stress yg tahap maksimum kot.
~ Any recommendation???


"Kamu merancang. Allah juga merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang"


‎'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
~ Muhasabah diri: Adakah kita adalah teman yang baik kepada teman kita??


Anda ada sahabat?
Anda menggeleng?
Anda tak mahu cuba mencari sahabat?
Saya boleh menjadi sahabat anda. Jika anda mahu.
Mari, mari kita bersahabat.
Semoga kita peroleh rasa cinta itu bersama-sama.
~ Uhibbukum fillah..


BerKAWAN biarlah dengan semua orang, tetapi SAHABAT carilah betul-betul.
~ Ukhwah yang baik adalah ukhwah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Binalah asas ukhwah dengan iman agar ukhwah itu dapat membenihkan rasa cinta kita kepadaNya.




Menguruskan budak 'beso' lagi senang daripada menguruskan budak 'kecik'. Tapi, menguruskan budak 'kecik' lagi menyeronokkan daripada menguruskan budak 'beso'. Rasanya, lepas ni, macam kena belajar ilmu pedagogi daripada bakal2 guru dari Fakulti Pendidikan. Ilmu berurusan dengan budak 'kecik'.
~ Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Anak Soleh.


‎[PENGORBANAN HATI]
Pengorbanan bukan hanya dari segi harta, masa mahupun tenaga sahaja. Malah, wujud juga pengorbanan HATI, EMOSI dan PERASAAN.
~ Sekali-sekala, kita kena berkorban untuk melakukan apa-apa yang kita tidak suka kerana ia mungkin akan mendatang efek yang besar dalam hidup kita. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan emosi kita untuk mengembirakan sahabat2 kita. Sahabat yang baik...


Kupenuhi hidupku dengan memerhati, menilai dan mengambil iktibar daripada apa-apa yang aku perolehi.
~ Memerhati diri sendiri adalah yang paling utama.


‎"Aku mampu berhujah dgn sepuluh orang yg berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu." [Imam Shafie]


ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.


Kita ni secara fitrah, seronok bila mlihat kebaikan dan benci bila mlihat kemungkaran:
- Tgk org baca AlQuran. Seronoknye. Tgk alam ciptaan Allah yg indah. Cantiknye. Tgk majlis2 ilmu. Seronok betul.
- Tgk org couple. Bencinye. Tgk org dedah aurat. Siyes benci. Tgk org xjaga ikhtilat patutnye benci gak la.
~ Tp, camne kalau mata ini, hati ini, seronok bila melihat kemungkaran dan benci kepada kebaikan?


Umat yang SEDANG merosak.. Akibat tidak menghubungkan urusan dunia dengan akhirat. Perkara2 batil dianggap sbg haq. Nauzubillahi min zalik. Orang2 atasan tiada yang ingin menegur. Tinggallah orang2 bawah ini yg 'sibuk2' memikirkan perkara ini.


‎[THREE WORDS, THREE STORIES]
Semua penduduk desa ingin berdoa supaya hujan turun. Mereka bkumpul dan hny seorang budak lelaki datang dengan payung. ITULAH IMAN.
Apabila anda melempar bayi di udara, ia tertawa kerana dia tahu anda akan menangkapnya. ITULAH KEPERCAYAAN.
Setiap malam kita tidur, kita tidak memiliki jaminan utk bgn keesokan paginya hidup2 tapi tetap kita menetapkan penggera untuk esok. ITULAH HARAPAN.


‎"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga
menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira
mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."
(Badiuzzaman Said Nursi)


Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
Menunggu seru untuk bertudung?
~Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah?


"Hai cik adik manis. Sorang je ke? Saya pun sorang je ni. Bolehlah saya temankan."
"Tak malu betullah jantan ni. Kepala berkopiah. Pakaian macam ustaz, tapi perangai... Meluat aku."
~ AWAS!! Anda sedang diperhatikan. Jangan jadi fitnah kepada Islam.


Kau sedih, mengadu kepadaku, meminta bahuku,
sedang aku juga kesedihan juga, dan gerimis hati belum kering,
lantas kita menangis bersama,
dan akhirnya dari kesatuan air mata kita,
di situ terbitnya tawa.
Haha.


Aku tak pandang. Tak bermaksud aku tak suka.
Aku tak bersuara. Tak bererti aku tak setuju.
Aku tak senyum. Tak bermakna aku marah.
Aku tak ketawa. Tak semestinya aku tak gembira.
~ Bersangka baik (husnu zhon) dgn sahabat2..


‎"Aku nak itu tak dapat. Aku nak ini tak dapat gak. Senang2 citer, apa yg aku nak, semua aku tak dapat. Yang aku taknak, tu la yg aku dapat. Kenapa ni? Tension la!!"
~ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)


‎"Ala, kalau ilmu agama tak cukup, tak payah la nak bising2 kat sini. Nak berdakwah bagai. Bajet alim sangat la tu. Pergi la belajar tinggi2 dulu, bg cukup ilmu tu, barulah boleh tegur tegur kitorang. Dah. Blah lah!!"
~ Apakah respon anda jika anda berada dalam situasi camni?? Sharing is caring right??


“Ssungguhnya kmu (Muhammad) tidak akn dpt mberi hidayah kpd org yg kmu cintai, tetapi Allah lah yg memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui org2 yang mahu menerima petunjuk.” (QS. Al-qoshosh, 56)
~Jika ajakan ptama anda ditolak, jgnlah bputus asa wahai para daie. Ingatlah, hidayah itu adalah milik Allah. Kita hny boleh berusaha mengajak mereka utk menggapai hidayah Allah itu.




Memangla tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah. Tapi, at least try la untuk menghampiri kesempurnaan tu.
~ Usaha selagi termampu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.


Jika sudah lama jiwa tak terisi dengan ilmu, sudah lama hati tidak diketuk untuk bermuhasabah, sudah lama nurani tidak disuburkan dengan ingatan pada Tuhan, marilah sama-sama kita bertamu di taman-taman syurga. Moga kita akan peroleh manfaat daripadanya. InsyaAllah.


[SAHABAT] Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidaklah setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu semua ini, tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
~ Sesekali jadilah kawan yang mendengar berbanding yg banyak bercerita.


Pelajar Sains Aktuari boleh belajar ilmu-ilmu agama melalui ceramah, forum dan apa-apa majlis ilmu. Sedangkan hampir mustahil untuk pelajar pengajian Islam untuk dengan rela hati menghadiri kuliah-kuliah berkaitan Sains Aktuari dan sebagainya. Bersyukurlah dengan takdir Ilahi.


Kenapa kecewa? Sedangkan itu memang takdir ilahi.
Kenapa sedih? Sedangkan itu yg terbaik untuk diri sendiri.
Kenapa sunyi? Sedangkan Allah sentiasa menemani.
~ Allah Always Be There


ukhwah itu bukanlah teori sahaja. ia perlukan praktikal. kita boleh kata ukhwah kita mantap, tapi adakah ia hakikat atau retorik semata-mata? jangan hanya pandai bermain kata. realitinya, ukhwah semakin teguh apabila ia diuji...
~ ukhwah fillah abadan abada.


Ada masanya dlm hidup.. kadang2 kita diberi pilihan.. dan terpaksa memilih.. walau seberat mana pilihan yg dibuat.. sepahit mana akibatnya utk ditelan.. namun kita perlu memilih.. memilih yg terbaik bukanlah dlm bidang kuasa kita.. tp kita berhak mencuba utk memilih.. pilih ikut iman dan akal fikiran. bukannya ikut nafsu...
--> so, I decide to choose ..........


Lihat sahaja org yang sering melupakan Allah, tetapi Allah tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikitpun. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira. Kerdilnya kita, besarnya Allah. Tapi kita sering lupa kepadaNya. Sedangkan Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar pun.


Allah tidak pernah melupakan kita.
Walau diri seringkali alpa
Walau dibeban segunung dosa
Walau jauh dari rahmatNya.
~ Ampunkan segala dosaku Ya Allah.


‎1. Selalunya air mata kita dititiskan kerana makhluk atau Khaliq?
2. Bertaubatlah dan linangilah matamu dengan air mata keinsafan.
3. Air mata yang dititiskan kerana mengenangkan dosa-dosa akan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak. InsyaAllah.
4. Biar byk menangis di dunia, supaya byk ketawa di akhirat.


Ya Allah, hidupkanlah aku jika hidup itu adalah yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika mati itu adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.


Dunia dan akhirat umpama rumput dan padi. Tanam padi, rumput kan tumbuh jua. Tapi tanam rumput, takkan tertumbuh padi. Begitulah jua ibarat dunia dan akhirat. Kejar akhirat, dunia akan dapat bersama. Tetapi, kejar dunia, hanya dapat dunia semata-mata.
~ Marilah kita berhijrah kepada yang lebih baik. Salam Maal Hijrah. Ingatan daripada Harith Faisal untuk semua.


Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah menemukan kepadamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu sebaik mungkin.
~ Jangan mengharap kepada makhluk semata-mata, tapi berharaplah dengan sebenar-benar harapan kepada Allah yang menciptakan kita dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Mereka itu penjahat. Kita adalah malaikat. Huh...!! Itu bukan di tangan kau untuk putuskan. Mungkin sahaja bertukar sebelum kiamat. Maka pandanglah dengan iman. Nanti kau akan nampak ruang kesatuan...


Persoalannya, adakah Islam itu tidak membenarkan kita bercinta? Cinta itu adalah fitrah manusia. Jika sesorang itu sudah jatuh cinta, jatuh cinta jugalah. Apa yang dapat menghalang perasaan tersebut? Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang insan bercinta. Tetapi Islam mengajar kita bagaimana untuk mengawalnya. Ini adalah soal keimanan. Perasaan cinta itu perlu dikawal oleh iman dan bukannya iman yang dikawal oleh cinta.

Collection: My Facebook Status #1

Koleksi Status Facebook Saya #1


Bersangka baik. Selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik dan berlapang dada. Bersangka baiklah terhadap semua orang. Bagaimana hendak mengajak kepada kebaikan dan mentarbiah orang lain andai dalam diri kita sendiri sudah punya hijab? Pastinya hati manusia yang hendak diajak berubah itu, sukar untuk disentuh.




Apabila ada salah, insan sering salah-menyalah. Maka dengan apakah kamu menyalahkan orang lain? Dengan firasat buta atau neraca keimanan dari jiwa? Wahai manusia, jangan kerana kejahilanmu, insan lain terhukum dalam aniaya.
~ Telitilah sesuatu perkara dgn keimanan, akal yang dianugerahkan dan bukannya dengan nafsu bisikan syaitan durjana.


‎[ZAMAN BUDAK2] Bestnye jadi org dewasa. Boleh dapat gaji dan dapat beli apa-apa je yang aku nak. Nak beli permainan banyak-banyak. Like..
[ZAMAN DEWASA] Alangkah seronoknya kalau aku dapat kembali ke zaman kanak-kanak. Tal perlu fikirkan apa-apa masalah. Makan, tido, pergi sekolah. Makan, tido, pergi sekolah. Bestnye..
~ Manusia tidak pernah puas dengan apa yang berada di depan mata.


Dengan lontaran suara bersahaja Sohaimi Mior Hassan, suara merdu Anna Rafali dan rap daripada Altimet sudah membolehkan lagu ini menjadi siulan remaja kita. Ditambah pula dengan alunan muzik yang tersendiri dan kontemporari, lagu ini mendapat tempat di hati sesiapa yang mendengarnya. Tapi, apa pula mesej yang ingin disampaikan daripada lagu ini? Mari kita rungkainya satu persatu.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.


Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.


Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja. Memang tiada hadis yang menyatakan tentang zina hati tapi ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati. Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.


Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?


Tiba-tiba teringat kata-kata seorang guruku di sekolah dahulu. Lebih kurg macam ni:
"Kalau sebelum exam iye-iye je tak cukup tido. Mengantuk je memanjang. Sabor la sikit. Nanti lepas exam nnti, tido la puas-puas. Mase tu sampai dah tak larat dah korg nak tido"
~ Kata-kata yang bertepatan dengan realiti..


Semester 1 telah habis dilalui, kini semester 2 menantiku. Perjuangan harus diteruskan hingga tiba saat waktu yang kekal abadi dan tiada penghujungnya..
~ Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan) [Al-Insyirah 94: 5-6]


Tadi masa dinner, tiba-toba tertengok iklan ni:
Adabi melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi perbagai rempah, melazatkan kari dan kuah..
~ Lalala... Mengimbau kenangan lama. Iklan ni dah lame giler kot. Maksudnya, aku hidup kat dunia ni pun dah lame juga. Umur semakin pendek. Ajal semakin dekat.
"Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati."


Apakah yang anda lakukan kalau tiba-tiba tersepak batu?? Sakit pula tu
I. Jerit "Adoi..!!"
II. Istighfar
III. Memaki hamun, mengeluarkan kata2 kesat
IV. Muhasabah dosa2 yg telah dilakukan pd hari tu(Allah nak ingtkan kita la tu)
V. Lain2
A. I
B. I dan III
C. II dan IV
D. I,II,III dan IV
E. ........................(korang isilah sendiri apa-apa yang berkenaan)


Pemakaian menurut Islam: Wanita lebih tertutup daripada lelaki.
Pemakaian moden/barat: Lelaki lebih tertutup daripada wanita.
~ Terlalu bertentangan dengan Islam. Nak contoh? Pikir sendirilah. Dah terang-terangan kan. Anybody want to respon??


Tidakkah melucukan bagaimana kita mampu share ribuan note/video/link lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal. Tetapi bila sampai kepada kita perkara-perkara mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk share? Mungkin kita lebih risau akan tanggapan orang kepada kita lebih daripada tanggapan ALLAH terhadap kita. Renung-renungkan.


Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.
~ Berusaha sehabis baik utk mencapai kejayaan. Tapi jangan sombong lak sebab ia mungkin tidak kekal lama.


Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan jika sebaliknya baginda tinggalkan. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.
~ So, kalau lisan yang didorong oleh nafsu semata-mata, apakah hasilnya?? Berfikir sebelum berbicara. Jangan cakap main lepas je ye.


Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
~ Kalau ada orang tegur kesalahan kita, jangan lah kecik hati sangat. Niat dia baik. Dia nak jadi kwn yang baik lah tu.. Just think positively about that and then insyaAllah you will feel the sweetness.


Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
~ So, sekali sekali, pandanglah pengalaman lampau. Jangan sampai pisang berbuah dua kali ye. Tapi, kalau pengalaman lampau tu baik-baik belaka, tak kesah lah pisang nak berbuah berjuta-juta kali pun boleh (unsur hiperbola). Tapi better buatlah improvement. Takkan stil nak di takuk yang lame je.


Kita sering mengimbau kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat..




Apabila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. apabila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu. Apabila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.
~ Ceriakan harimu dengan senyuman.


Status-status yang di’post’kan semuanya Islamik serta berbentuk nasihat dan peringatan. Video-video yang di’share’, begitu menginsafkan. Nota-nota yang dikarang penuh berinformasi. Wa..!! Kalaulah semua pengguna FB menggunakan FB dengan tujuan dakwah, maka sememangnya, proses mengizzahkan Islam itu semakin pesat. Islam akan lebih cepat tersebar ke pelosok dunia. InsyaAllah.


Adakah anda tahu?? Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. InsyaAllah.


Do you know?? Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai akhir ayat. Subhanallah.


‎''If u take a stand, ALLAH will give u strength. And if ALLAH is standing with u, no one can stand against u.''


Dan tetap berjaga ketika manusia di sekelilingnya asyik tidur dengan lenanya.Dan menutup aurat sedangkan orang lain bangga dengan aurat terdedah.Dan menjaga pandangan saat mata-mata lain liar memerhatikan aib orang.Dan tetap memperjuangkan Islam saat orang lain menganggapnya sia-sia.Dan tetap mengikuti jalan yang lurus di kala manusia dalam kesesatan tanpa arah.


Bukanlah orang asing itu mereka yang terbuang dari negeri mereka lalu mengucapkan selamat tinggal.Tapi orang-orang asing itu ialah mereka yang tetap serius di kala manusia di sekelilingnya bermain-main.


“Islam bermula asing, dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang asing (ghuraba’)…” (Hadis Riwayat Muslim)
~ Mahukah kita menjadi orang yang asing??


Mereka pandang aku aneh kerana aku tidak bersama mereka.Aku turut memandang mereka aneh kerana mereka tidak bersamaku.


Manusia kini tidak mengerti tentang ukhwah. Segala hubungan mesti berkepentingan lain. Jarang-jarang berlaku persahabatan yang ikhlas. Masing-masing ada agenda sendiri. Huh! Teruknya manusia. Pentingkan diri tanpa memikirkan orang lain.


Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada dalam kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu mlm, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata: " Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini.." maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.-Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
~ So, macam mana dengan FB kita?


Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


Jika izzah Islam terzahir maka secara tidak langsung dakwah Islam akan berkembang dengan lebih mudah dan pesat. Jadikanlah segala yang kita lakukan seharian sebagai usaha dakwah Islamiah. Bagaimana?? Cara anda berpakaian, bermuamalat, berkomunikasi, belajar, makan, jika semuanya berdasarkan saranan Islam, maka anda sedang berdakwah untuk Islam. InsyaAllah..


“Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yg benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar.” (AtTaubah:111)


Apabila kita dapat tahu yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam dll, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, tegas dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam-macam lagi perkara yang baik. Tapi adakah pendapat-pendapat sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab lah sendiri.


Islam pasti akan menang. Allah menjanjikan Islam akan menang. Pada masa itu, Islam akan menguasai dunia. Semua orang akan bercakap-cakap tentang Islam agama yang hebat. Agama yang membawa perpaduan. Tapi, di manakah posisi kita pada masa itu?


Mahasiswa hari ini terlalu mengamalkan budaya 3K (kuliah,kafe,kolej kediaman). Rugi!! Mahasiswa harus berfikir jauh ke hadapan. Fikirkan masalah ummah. Cuba selesaikan.. Perkara-perkara beginilah yang akan melahirkan mahasiwa yang cemerlang, matang dan berfikiran pemimpin. Ingatlah, pemimpin yang sejati tidak hanya lahir di dewan kuliah, tapi juga daripada kancah permasalahan rakyat dan masyarakat.


Rasulullah saw bersabda: “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”




Ledakan informsi seperti diungkapkan Alan Bloom dan cabaran gelombang baru yang disifatkan Alvin Toffler dalam bukunya 'Third Wave' sebagai cabaran gelombang maklumat terus menghimpit ruang selesa mahasiswa. Gelombang baru ini menginginkan bukan sahaja ketepatan dan kejituan malah kepantasan. Segalanya menjadi begitu pantas.


Sesungguhnya, hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.


Kita sering takut akan masa depan kita. Adakah aku akan fail exam? Adakah aku akan menganggur nanti? Adakah aku akan dapat kerja yg baik selepas graduated? Adakah aku akan dapat berkahwin dengan muslimat yang menepati cirri-ciri yang aku inginkan?. Namun begitu, ingat kata-kata ini:
"Dengan ketakutan untuk hari esok, bagaimana kita akan hidup pada hari ini."


‎"Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya."


(Pointer 3.00-3.50 + confidence etc) VS (Pointer 3.50-4.00 + without confidence etc)
Kalau ikut pengalaman atau dengar-dengar cerita daripada senior atau sesiapa, yang mana satu golongan yang lebih mudah dapat kerja dan survive dalam hidup?


Kumengatur langkahku. Jalan tanpa bayang-bayangMu. Langit dan bumi setia menemaniku. Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku. Ku kepanasan tanpa perlindunganMu. Hari berganti hari aku masih teguh menanti. Hadir diriMu dalam hidupku ini. Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari. Namun yakinku Kau kan kutemui..


Kewajiban yang diperintahkan Allah SWT (Qs Luqman 17)
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan(oleh Allah).


Pernah tonton drama QALESYA tak? Ala, yang drama tentang budak sekolah agama tu. Then, ada pulak sorang mamat ni yg tergila-gilakan dia ni. Not sure lah QALESYA suka dia juga ke tak. Pade pendapat anda, adakah si QALESYA ini patut dijadikan contoh kepada budakbudak sekolah agama ataupun muslimat secara general nya? Atau watak ini sebenarnya menjadi fitnah kepada Islam?


Muliakah pertemuan yang dipenuhi dengan kemungkaran?
Sucikah sayang yang tercemar dengan kemaksiatan?
Halalkah hubungan yg melanggar batasan syarak?
Patutkah wujud cinta yang melebihi cinta kita kepadaNya?


“Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Subhanallah, indahnya ukhwah kerana Allah."


Hari raya merupakan hari kemenangan.kita meraikan kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah swt sepanjang bulan ramadhan.Bukan sahaja dengan berpuasa menahan makan dan minum tetapi juga dengan qiyam, bacaaan Al-Quran serta amalan2 lain.


Justeru, kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir pada hari raya..Takbir membesarkan Allah swt tanda keyakinan kita bahawa setiap kemenangan dan anugerah hadir dengan keizinan Allah swt. Sehebat mana pun kejayaan yang kita miliki,perlulah diyakini bahawa ia tidak akan melebihi kebesaran yang dimiliki oleh Allah swt.


Janganlah pula kegembiraan kerana menyambut kemenangan ini melupakan kita pada hakikat kebesaran Allah swt.Ini kerana hari raya yang sebenar adalah untuk mereka yang bersedia menghadapi hari pembalasan. Kata para hukama Arab " Tidaklah hari raya itu untuk orang yang berpakaian baru,tetapi hari raya itu untuk orang yang takutkan hari yang dijanjikan"

Tuesday, November 15, 2011

Latest Version ShoutMix V3 - Let's Join My Blog Chat Box Via Facebook And Twitter

It's Finally Here ! Shoutmix V3 Is Now Official !

Assalamualaikum.
Kini anda semua mampu untuk meninggalkan jejak mesej anda pada Chat Box dalam blog saya via Facebook, Twitter, Email or Anonymous. Terima kasih kepada ShoutMix V3 - Latest Version.


Tutorial Meninggalkan Mesej Anda Di Chat Box - ShoutMix V3

1. Klik perkataan Guest pada ShoutMix saya.


2. Pilih untuk meninggalkan mesej via Email, Facebook atau Twitter - Klik pilihan anda dan ikut arahan selanjutnya yang diberikan.


3. Sekarang, anda sudah boleh meninggalkan mesej anda.
- Lihat contoh Chat via Facebook --->


4. Now, feel free to chat with me !!


Tutorial Memasang ShoutMix V3 Dalam Blog Anda.

2. Klik pada "Sign Up Now"


3. Let's begin by creating an account. Isikan emel dan password anda.
4. Kemudian tick pada "I have read and agree to the ShoutMix".
5. Klik "Start using ShoutMix"

6. Thank you for signing up. Activation email has been sent to: YOUR EMAIL



7. Check emel anda dan ikut arahan dalam emel tersebut.
8. Now, you have your own account.

9. Customize your own ShoutMix.
10. Dah selesai customize, klik pada "Embed"
11. Copy code yang diberikan.
12. Masuk Dashboard blog anda:

Dashboard > Design > Page Elements > Add A Gadget > HTML/JavaScipt

13. Paste code tadi dalam "Content"
14. Klik "Save"
15. Klik "View Blog"
16. Selesai.


- SELAMAT MENCUBA -

Sunday, November 6, 2011

The Lost Of Adam - Hilangnya Adam


Pandang kanan. Nampak perempuan.
Pandang kiri. Nampak wanita.
Pandang belakang. Nampak muslimah.
Pandang depan. Nampak amoi pula.
Wah, ramainya kaum Hawa.

Beginilah kehidupanku. Dikelilingi oleh satu kaum yang bergelar Hawa. Kaum yang begitu sopan santun, lemah lembut, penyayang, sabar rajin dan macam-macam lagi. Berbeza dengan satu lagi kaum iaitu kaum Adam. Kaum Adam lebih dikenali dengan gagah perkasa, macho, berani, relax, cool dan sebagainya. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara menunjukkan penghargaan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Dan lain-lain.

Memang banyak yang kontra. Tapi mengapa Allah ciptakan perbezaan ini?

Cuba kita ingat semula kisah manusia pertama di dunia ini. Adam diciptakan oleh Allah berseorangan. Sampai satu ketika, Adam merasakan betapa dia kekosongan dan kesunyian. Lalu Allah ciptakan pula Hawa untuk mengisi kekosongan dan melenyapkan kesunyian itu.

Allah ada berfirman:
“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita”. Al-Baqarah: 187.

Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi. Kuatnya perempuan itu apabila ada lelaki. Mantap dan teguh lelaki pula dibantu oleh wanita. Keduanya punya peranan tersendiri. Lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dengan cara perempuan. Namun di tengah-tengah proses melengkapi itu mestilah disulami dengan proses memahami kerana tanpa memahami antara satu sama lain, sukar untuk keduanya saling melengkapi.

Makro Atau Mikro

Lelaki lebih dominan dengan pandangan makro. Mereka melihat sesuatu situasi dengan pandangan besar  dan jauh kehadapan. Bagi mereka, perkara-perkara kecil adalah sesuatu yang remeh. Keputusan yang dibuat juga kebiasaannya lebih rasional, tidak terlalu mengikut emosi dan berpandangan jauh. Begitulah lelaki. Itulah hikmahnya kuasa menjatuhkan talak dapat pada lelaki.

Perempuan pula lebih kepada pandangan mikro. Sekecil-kecil perkara dapat dilihat. Bagi mereka, mereka mahukan sesuatu yang perfect dan teliti. Bagus perempuan ni. Kadang-kadang, perkara-perkara kecil lebih diambil berat daripada perkara yang lebih besar. Mereka juga lebih beremosi berbanding lelaki. Suka merajuk, senang terasa hati – bukan semua perempuan macam itu.


Emosi lelaki ibarat getah manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas, orang lelaki jika marah atau merajuk, kebiasaannya tidak lama sekitar dua tiga jam sahaja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari malah berminggu-minggu.

Firman Allah:
"Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan". An-Nisa: 34

Tapi ingat, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Ketidakwujudan salah satu daripada mereka akan menyukarkan gerak kerja. Lebih-lebih lagi dalam gerak kerja Islam. Apatah lagi mad’u (orang yang didakwah) bukan hanya dalam kalangan lelaki sahaja atau perempuan sahaja, tapi merangkumi keduanya. Gabungan idea lelaki dan perempuan akan memantapkan lagi perancangan dan pengurusan dalam sesuatu gerak kerja. Tak percaya? Lepas ini boleh try.

Pendapat bahawa perempuan itu lemah haruslah dibuang jauh-jauh. perempuan hari ini lebih terkehadapan. Semua yang lelaki lakukan, mampu juga dilakukan oleh perempuan. Begitulah hebatnya perempuan. Tapi janganlah main redah semua benda. Segala yang dilakukan, nak tak nak mestilah ada batasan syariatnya kerana hakikatnya, memang ada perkara yang lelaki boleh buat tapi tidak boleh dilakukan oleh perempuan. Contoh ringkas yang boleh saya berikan adalah dari segi berpakaian, berkomunikasi, muamalat, dan juga ibadat.


The Lost Of Adam

Lelaki atau perempuan? Yang mana satu daripada golongan ini yang paling ramai di Malaysia? Jika anda menjawab perempuan, maka jawapannya salah kerana hakikatnya, di Malaysia, lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Ini adalah berdasarkan bancian terkini di Malaysia yang menunjukkan keputusan bahawa bilangan lelaki adalah lebih ramai daripada kaum perempuan.
- Lelaki: 14,562,638 orang.
- Perempuan: 13,771,497 orang.

"Peliknya. Kenapa dalam UKM ni, macam ramai sangat je perempuan? Di manakah lelaki yang ramai-ramai di Malaysia yang kucintai ini?"

Inilah yang saya namakan sebagai fenomena The Lost of Adam. UKM adalah salah satu institusi pendidikan di Malaysia. Jadi memanglah ramai perempuan di situ. Perkara yang sama berlaku di institusi pendidikan yang lain seperti sekolah, matrikulasi, maktab dan lain-lain. Lelaki pula banyak yang berada di pusat serenti, penjara, ceruk-ceruk kampung, menganggur dan sebagainya. Sedih.

Itulah jawapannya. Apa yang dapat disimpulkan daripada statement sebentar tadi? Adakah perempuan lebih bijak pandai daripada lelaki hinggakan mereka dapat ‘menguasai’ lebih daripada separuh institusi pendidikan di negara kita? Atau adakah dengan sikap mereka yang rajin dan berpandangan mikro itu menjadikan mereka seperti hari ini?

Lelaki Oh Lelaki

Sedarlah daripada lamunan. Sampai bila lelaki ingin terus ketinggalan? Fikir-fikirkan.

Sedar atau tidak, institusi pendidikan adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu dan mengembangkan potensi setiap individu. Softskill seperti kemahiran berkomunikasi, public speech, management, ilmu berpersatuan, semuanya ada di situ. Jadi seharusnya, setiap daripada kita berusaha untuk berada di dalamnya. Terutamanya bagi kaum lelaki yang hampir pupus di situ. Lagipun, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi orang Islam.


Semoga lelaki-lelaki (termasuk saya) yang membaca coretan ini dapat menyedari betapa sekarang ini ramai lelaki yang tidak berperanan seperti lelaki dan lebih banyak bergantung kepada perempuan. Sedarlah, lelaki adalah pemimpin. Jangan calarkan maruah kita sebagai lelaki. Jom sama-sama membangunkan kaum lelaki di Malaysia. Lepas ini, mungkin kerajaan Malaysia perlu mengambil kira untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Lelaki dan Keluarga. Hihi...

Sebagai penutup, entry ini ditulis bukanlah untuk melaga-lagakan antara Adam dan Hawa tetapi lebih kepada motivasi kepada kaum Adam supaya dapat meningkatkan potensi diri masing-masing dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang terbaik sama ada pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Mari lenyapkan fenomena The Lost Of Adam di Malaysia ini. Anda mampu mengubahnya.

Wallahu’alam.