Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Monday, June 25, 2012
Trivia Presiden Mesir - Dr Muhammad Mursi
Kenali Dr. Mohamed Mursi - calon Ikhwanul Muslimin untuk Presiden Mesir (kini telah diumumkan dengan rasminya untuk menjadi Perdana Menteri Mesir yang baru)
1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.
2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.
3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).
9. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.
....................................................................................
Saff kepimpinan ISIUKM mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Mohamad Mursi dari Ikhwanul Muslimin. Kemenangan Mursi membawa mesej penting dalam kemenangan Islam.
Janji Allah itu pasti buat golongan yang bermujahadah.
Semoga Allah merahmati Mesir. Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Saturday, April 14, 2012
Istidraj. Don't Make Allah Let Us Astray.
ISTIDRAJ.
It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita peroleh
adalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya
Eh eh, engkau yang bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dengan lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.
Awak cakap dengan saya ke?
Haah, kau lah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dengan dinding pula. Aku tengok akademik kau tak ada lah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?
Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya…..
Kau tengok aku, couple, tiap-tiap weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dengan kawan-kawan. Dapat juga result cemerlang, dekan tiap-tiap semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)..
Sebenarnya saya nak…..
Alah, tak payah lah nak bagi macam-macam alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yang tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.
Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata-kata saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yang kita jangan terlalu bangga yang kita berjaya sedangkan pada masa yang sama kita lakukan perkara yang dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.
Istidraj tu apa?
Allah bagi kita kejayaan demi kejayaan adalah bertujuan untuk lebih menyesatkan kita hari ke hari. Mahukah kita terus-terusan sesat dalam hidup ini? Nauzubillahi min zalik. Adakah kejayaan sebegini yang kita impikan. Kejayaan yang disaluti murkaNya? Semoga kejayaan dan rezeki yang kita peroleh adalah tanda kasihNya dan bukan sama sekali istidraj daripadaNya.
..... Allah. Alangkah bahagianya jika aku cemerlang kedua-dua sahsiah dan akademik. Cemerlang dunia akhirat. Aku mesti berubah. Yeah..!!
Biar miskin harta
Tapi kaya dengan senyuman
Biar kurang senyuman
Tapi kaya dengan amalan
..........................
Jom amalkan senyum selalu.
Sunday, November 6, 2011
The Lost Of Adam - Hilangnya Adam
Pandang kanan. Nampak perempuan.
Pandang kiri. Nampak wanita.
Pandang belakang. Nampak muslimah.
Pandang depan. Nampak amoi pula.
Wah, ramainya kaum Hawa.
Beginilah kehidupanku. Dikelilingi oleh satu kaum yang bergelar Hawa. Kaum yang begitu sopan santun, lemah lembut, penyayang, sabar rajin dan macam-macam lagi. Berbeza dengan satu lagi kaum iaitu kaum Adam. Kaum Adam lebih dikenali dengan gagah perkasa, macho, berani, relax, cool dan sebagainya. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara menunjukkan penghargaan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Dan lain-lain.
Memang banyak yang kontra. Tapi mengapa Allah ciptakan perbezaan ini?
Cuba kita ingat semula kisah manusia pertama di dunia ini. Adam diciptakan oleh Allah berseorangan. Sampai satu ketika, Adam merasakan betapa dia kekosongan dan kesunyian. Lalu Allah ciptakan pula Hawa untuk mengisi kekosongan dan melenyapkan kesunyian itu.
Allah ada berfirman:
“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita”. Al-Baqarah: 187.
Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi. Kuatnya perempuan itu apabila ada lelaki. Mantap dan teguh lelaki pula dibantu oleh wanita. Keduanya punya peranan tersendiri. Lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dengan cara perempuan. Namun di tengah-tengah proses melengkapi itu mestilah disulami dengan proses memahami kerana tanpa memahami antara satu sama lain, sukar untuk keduanya saling melengkapi.
Makro Atau Mikro
Lelaki lebih dominan dengan pandangan makro. Mereka melihat sesuatu situasi dengan pandangan besar dan jauh kehadapan. Bagi mereka, perkara-perkara kecil adalah sesuatu yang remeh. Keputusan yang dibuat juga kebiasaannya lebih rasional, tidak terlalu mengikut emosi dan berpandangan jauh. Begitulah lelaki. Itulah hikmahnya kuasa menjatuhkan talak dapat pada lelaki.
Perempuan pula lebih kepada pandangan mikro. Sekecil-kecil perkara dapat dilihat. Bagi mereka, mereka mahukan sesuatu yang perfect dan teliti. Bagus perempuan ni. Kadang-kadang, perkara-perkara kecil lebih diambil berat daripada perkara yang lebih besar. Mereka juga lebih beremosi berbanding lelaki. Suka merajuk, senang terasa hati – bukan semua perempuan macam itu.
Emosi lelaki ibarat getah manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas, orang lelaki jika marah atau merajuk, kebiasaannya tidak lama sekitar dua tiga jam sahaja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari malah berminggu-minggu.
Firman Allah:
"Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan". An-Nisa: 34
Tapi ingat, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Ketidakwujudan salah satu daripada mereka akan menyukarkan gerak kerja. Lebih-lebih lagi dalam gerak kerja Islam. Apatah lagi mad’u (orang yang didakwah) bukan hanya dalam kalangan lelaki sahaja atau perempuan sahaja, tapi merangkumi keduanya. Gabungan idea lelaki dan perempuan akan memantapkan lagi perancangan dan pengurusan dalam sesuatu gerak kerja. Tak percaya? Lepas ini boleh try.
Pendapat bahawa perempuan itu lemah haruslah dibuang jauh-jauh. perempuan hari ini lebih terkehadapan. Semua yang lelaki lakukan, mampu juga dilakukan oleh perempuan. Begitulah hebatnya perempuan. Tapi janganlah main redah semua benda. Segala yang dilakukan, nak tak nak mestilah ada batasan syariatnya kerana hakikatnya, memang ada perkara yang lelaki boleh buat tapi tidak boleh dilakukan oleh perempuan. Contoh ringkas yang boleh saya berikan adalah dari segi berpakaian, berkomunikasi, muamalat, dan juga ibadat.
Lelaki atau perempuan? Yang mana satu daripada golongan ini yang paling ramai di Malaysia? Jika anda menjawab perempuan, maka jawapannya salah kerana hakikatnya, di Malaysia, lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Ini adalah berdasarkan bancian terkini di Malaysia yang menunjukkan keputusan bahawa bilangan lelaki adalah lebih ramai daripada kaum perempuan.
- Lelaki: 14,562,638 orang.
- Perempuan: 13,771,497 orang.
- Lelaki: 14,562,638 orang.
- Perempuan: 13,771,497 orang.
"Peliknya. Kenapa dalam UKM ni, macam ramai sangat je perempuan? Di manakah lelaki yang ramai-ramai di Malaysia yang kucintai ini?"
Inilah yang saya namakan sebagai fenomena The Lost of Adam. UKM adalah salah satu institusi pendidikan di Malaysia. Jadi memanglah ramai perempuan di situ. Perkara yang sama berlaku di institusi pendidikan yang lain seperti sekolah, matrikulasi, maktab dan lain-lain. Lelaki pula banyak yang berada di pusat serenti, penjara, ceruk-ceruk kampung, menganggur dan sebagainya. Sedih.
Itulah jawapannya. Apa yang dapat disimpulkan daripada statement sebentar tadi? Adakah perempuan lebih bijak pandai daripada lelaki hinggakan mereka dapat ‘menguasai’ lebih daripada separuh institusi pendidikan di negara kita? Atau adakah dengan sikap mereka yang rajin dan berpandangan mikro itu menjadikan mereka seperti hari ini?
Lelaki Oh Lelaki
Sedarlah daripada lamunan. Sampai bila lelaki ingin terus ketinggalan? Fikir-fikirkan.
Sedar atau tidak, institusi pendidikan adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu dan mengembangkan potensi setiap individu. Softskill seperti kemahiran berkomunikasi, public speech, management, ilmu berpersatuan, semuanya ada di situ. Jadi seharusnya, setiap daripada kita berusaha untuk berada di dalamnya. Terutamanya bagi kaum lelaki yang hampir pupus di situ. Lagipun, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi orang Islam.
Semoga lelaki-lelaki (termasuk saya) yang membaca coretan ini dapat menyedari betapa sekarang ini ramai lelaki yang tidak berperanan seperti lelaki dan lebih banyak bergantung kepada perempuan. Sedarlah, lelaki adalah pemimpin. Jangan calarkan maruah kita sebagai lelaki. Jom sama-sama membangunkan kaum lelaki di Malaysia. Lepas ini, mungkin kerajaan Malaysia perlu mengambil kira untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Lelaki dan Keluarga. Hihi...
Sebagai penutup, entry ini ditulis bukanlah untuk melaga-lagakan antara Adam dan Hawa tetapi lebih kepada motivasi kepada kaum Adam supaya dapat meningkatkan potensi diri masing-masing dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang terbaik sama ada pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Mari lenyapkan fenomena The Lost Of Adam di Malaysia ini. Anda mampu mengubahnya.
Wallahu’alam.
Thursday, October 6, 2011
Hukum Hudud: Apabila Fatwa Artis Diagungkan, Ulama' Pula Diketepikan
Dunia akhir zaman. Fatwa artis diagung-agungkan sedangkan ulama' diketepikan. Hukum hudud adalah hukum agama, syariat Islam. Apakah keperluan untuk bertanya kepada golongan artis. No point. Isu hudud bukan boleh ikut pendapat masing-masing sahaja. Tapi kena ikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Persoalan seterusnya, kenapa wartawan beriya-iya sangat bertanya kepada golongan artis? Untuk melariskan jualan akhbar? Untuk publisiti murahan? Atau ada kepentingan politik? Sekarang ini, memang artis menjadi ikutan remaja khususnya. Tapi adakah itu dijadikan senjata utama untuk mendoktrin remaja-remaja kita supaya melanggar hukum Allah dan lupa kepada agama?
Tapi, kenyataan daripada Enot adalah yang paling memalukan. Memetik kenyataan Enot:
"Contohnya, bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan".
Lihat, inilah hasilnya jika kita bertanyakan persolan agama kepada golongan yang bukan ahli dalam bidang itu. Untuk makluman semua, hukuman sula tiada dalam hukum hudud.
Walaubagaimanapun, saya memuji kenyataan daripada Wardina Safiyyah iaitu:
"Nak minta para rakan artis untuk tidak komen perkara yang kita TIADA ilmu seperti Hukum Hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal."
Tahniah Wardina!!
Diharapkan selepas ini, para wartawan dan media khususnya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan apa-apa kenyataan terutamanya berkaitan hukum Allah. Bertanyalah apa-apa sahaja kepada golongan yang ahli dalam bidang tersebut. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyebabkan murka Allah.
Jom ramai-ramai LIKE Facebook Fan Page Wardina Safiyyah:
Posted by
Harith Faisal
at
6:46 PM
2
123 Coretan Kata
Labels:
Artis,
Dunia,
Facebook,
Hudud,
Islam,
Media Massa,
Remaja

Sunday, October 2, 2011
Wanted: Muslim. Dead Or Alive. Very Dangerous.
A Jew can grow his beard in order to practice his faith
But when Muslim does the same, he is an extremist and terrorist!
A nun can be covered from head to toe in order to devote herself to God, right?
But, then, if a daughter of Muslim girl does the same, why is she oppressed?
When a western woman stays at home to look after her house and kids she is respected by the entire society because of sacrificing her life to her house
But when a Muslim woman does so by her will, they say, "She needs to be liberated"!
Any girl can go to university wearing what she wills and have her rights and freedom?
But when a Muslim Girl/Lady wears Hijab, they prevent her from entering the university!
When a child dedicates himself to a subject, he has potential and talent..
But when he dedicates himself to Islam he is hopeless!
WHY?
When a Jew kills someone, religion is not mentioned
But when a Muslim is charged with a crime, it is Islam that goes to trial!
When someone sacrfices himself to keep others alive, he is noble and everyone respects him.
But when a Palestinian does that to save his son from being killed, his brother's arm being broken, his mother being raped, his home being destroyed, and his mosque being violated. He gets the title of terrorist!
Why? Because he is a Muslim!
When there is trouble, we accept any solution available, right?
However, if the solution lies in Islam, we refuse to take a look at it.
When someone drives a perfect car in an improper manner, no one blames the car.
But when any Muslim makes a mistake or treats people in a bad manner - people say: "Islam is the reason"!
Without giving a glance at Islamic laws, people believe what the newspapers say.
But question what the Holy QURAN says!
Wanna Eradicate Injustice? Go Ahead - Forward To Everyone You Know...!
But when Muslim does the same, he is an extremist and terrorist!
A nun can be covered from head to toe in order to devote herself to God, right?
But, then, if a daughter of Muslim girl does the same, why is she oppressed?
When a western woman stays at home to look after her house and kids she is respected by the entire society because of sacrificing her life to her house
But when a Muslim woman does so by her will, they say, "She needs to be liberated"!
Any girl can go to university wearing what she wills and have her rights and freedom?
But when a Muslim Girl/Lady wears Hijab, they prevent her from entering the university!
When a child dedicates himself to a subject, he has potential and talent..
But when he dedicates himself to Islam he is hopeless!
WHY?
When a Jew kills someone, religion is not mentioned
But when a Muslim is charged with a crime, it is Islam that goes to trial!
When someone sacrfices himself to keep others alive, he is noble and everyone respects him.
But when a Palestinian does that to save his son from being killed, his brother's arm being broken, his mother being raped, his home being destroyed, and his mosque being violated. He gets the title of terrorist!
Why? Because he is a Muslim!
When there is trouble, we accept any solution available, right?
However, if the solution lies in Islam, we refuse to take a look at it.
When someone drives a perfect car in an improper manner, no one blames the car.
But when any Muslim makes a mistake or treats people in a bad manner - people say: "Islam is the reason"!
Without giving a glance at Islamic laws, people believe what the newspapers say.
But question what the Holy QURAN says!
Wanna Eradicate Injustice? Go Ahead - Forward To Everyone You Know...!
Posted by
Harith Faisal
at
10:03 PM
0
123 Coretan Kata
Labels:
Cartoon,
Dakwah,
Dunia,
Islam,
Komik,
Yahudi

Monday, August 1, 2011
Jadual Waktu Solat a.k.a. Waktu Buka Puasa dan Imsak
Ramadhan datang lagi. Bersamanya rahmah dan barakah. Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan Al-Mubarak. When the month of Ramadhan start, the gates of Heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained.
Mulai hari ini, waktu solat yang paling dinanti oleh orang ramai pastinya adalah waktu Maghrib.
Jadi saya ingin kongsi dengan anda semua jadual waktu solat sebulan Ramadhan bagi daerah UKM dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) kerana menyediakan Jadual Waktu Solat a.k.a. Jadual Buka Puasa dan Imsak untuk kemudahan bersama.
Wednesday, June 15, 2011
Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـل ة ج امـ ع ة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).
Sumber: http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf
Tuesday, June 14, 2011
Gerhana Bulan Paling Gelap
FENOMENA gerhana bulan yang berlaku pada Jun tahun lalu yang dilihat orang ramai di sekitar Menara Taming Sari, di Bandar Hilir, Melaka.
KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000. Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.
“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.
“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang,” katanya.
Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.
Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.
“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.
“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi,” katanya.
Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.
Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.
“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.
“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,” katanya.
P/S: Dah lama tak copy and paste entry kat blog ni. Fenomena ini sangat menarik untuk dikongsi. Disebabkan fenomena ini memerlukan fakta yang tepat, so terpaksalah saya copy artikel ini.
Wednesday, September 29, 2010
Pendedahan Tentang Illuminati, Lucifer, Freemason, Yahudi Israel, Dajjal, dan Sister in Islam(SIS)..!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya, saya kurang berminat untuk membincangkan mengenai konspirasi-konspirasi yang wujud di seluruh dunia ini. Kerana bagi saya, ia hanyalah teori yang ada kemungkinan ia adalah benar ataupun salah. Namun begitu, anggaplah ini sebagai perkongsian daripada saya. Artikel ini saya ambil daripada http://mistisfiles.blogspot.com/
Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?Ini soalan serius kepada anda.Apakah yang membuatkan kita semua perlu bernafas di atas muka bumi ini?Adakah anda semua meminta untuk hidup di dunia?Adakah anda pernah memintanya?Ini soalan yang tepat.
Jika anda pernah memintanya,sila beritahu saya BILAKAH anda memintanya.Dan jika tidak pernah memintanya,sila perhatikan apakah yang anda buat di atas dunia sepanjang hidup anda.
JIka anda tidak pernah memintanya,saya lihat ada dua pilihan di sini;sama ada anda terpaksa teruskan kehidupan atau bunuh diri sahaja,sekarang.Jika anda tidak mahu menghargai kehidupan,kehidupan juga tidak perlu memanja-manjakan diri anda.Jadi anda tahu pilihan mana yang tepat dengan akal yang sihat.
Para penyembah Iblis dan Kultus Sesat Mason serta Illuminist percaya bahawa manusia hidup atas kehendak Lucifer.Pada satu peringkat bawahan,ada satu kelompok yang bertindak sebagai Ateis.Ada satu peringkat pula adalah penyembah materialistik.Ada satu peringkat pula adalah mangsa hedonisme.Mereka semua adalah orang tidak percayakan agama atau agama adalah candu bagi mereka.Agama adalah sesuatu yang menyusahkan kehidupan mereka.Antara mangsa paling bawah dan menyedihkan malah menjadi hamba secara sukarela di Malaysia ialah Sister In Islam.
Ini adalah contoh paling mudah untuk diketengahkan kerana kebanyakan polisi dan tindakan mereka menganaktirikan hukum-hukum Allah.Bagi mereka Allah,Muhammad dan AlQuran adalah perkara ke 546 atau lebih dalam semua polisi mereka.Yang penting sekarang ialah kehidupan yang liberal sesuai dengan hak kemanusiaan.Ini tidak menjadi masalah jika mereka adalah bukan Islam atau mengaku bukan Islam.MASALAHNYA sekarang,mereka mengaku Islam dan berasa amat marah apabila dikatakan kafir atau non-muslim.Setiap dari mereka berusaha melekatkan perkataan 'ISLAM' di dahi-dahi mereka namun malangnya tidak pernah mendisiplinkan diri mematuhi kehendak Allah yang menciptakan diri mereka.
Semua orang tahu bahawa Sister In Islam menyokong IFC iaitu satu suruhanjaya antara agama yang ditubuhkan oleh para chauvinist atau pelampau agama selain Islam bertujuan untuk meliberalkan hukum-hukum Islam.Sudahlah hukum Hudud dalam AlQuran tidak dilaksanakan,sisa-sisa hukum Syariah di Malaysia yang diluluskan oleh 'SIRIM' Malaysia pula mahu diperkosa sampai mati!Wanita-wanita 'Islam' di dalam Sister In Islam bagaikan zombie-zombie yang fikirannya dikawal oleh hedonisme agama.Apakah motif sebenar Sister In Islam?Mengapa mereka cenderung melacurkan kemurnian agama Islam?Liberalisasi kemanusiaan adalah agama tertinggi bagi Sister In Islam.Hukum Allah dalam soal jenayah adalah amat haram dan 'illegal' dalam kamus perundangan Sister In Islam.Dalam hal ini Allah bagi mereka tidak pandai membuat hukum.Mereka lebih pandai.Bagi mereka Allah amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan,contohnya terhadap Kartika.Sister In Islamlah yang lebih memahami hak kemanusiaan berbanding Allah.
Jadi siapakah Allah di hati para pendukung Sister In Islam? Ke manakah mahu diletakkan keislaman mereka?Siapa yang mereka sembah sebenarnya? Siapa yang menciptakan tubuh mereka?'Hak asasi manusia' atau Allah Maha Pencipta?
Adakah di bulan Ramadan mereka patuh berpuasa?Bagaimana solat mereka?Bagaimana mereka berdoa kepada Allah,namun pada masa yang sama menarik 'flush' lalu mengepam hukum-hukum Allah ke dalam lubang tandas?
Bagaimana pula dengan pemimpin yang berpendapat menjalankan hukum Hudud akan membuatkan rakyat Malaysia akan sukar mencari rezeki akibat kudung tangannya,malah mampu dibuatkan sup tangan manusia malah batu-batu di tepi jalan akan habis akibat digunakan untuk merejam orang berzina?
Di hadapan Allah kelak di 'The Judgment Day' adakah mereka ini berani mengatakan
"Ya Allah,hukum- Mu tidak sesuai dijalankan di zaman moden.Tidak menepati piagam hak kemanusian antarabangsa"
"Ya Allah,hukum- Mu tidak sesuai dijalankan di zaman moden.Tidak menepati piagam hak kemanusian antarabangsa"
"Ya Allah,aku tidak menjalankan hukum-Mu kerana dikhuatiri rakyat Malaysia kudung semua tangannya"
di hadapan Pencipta mereka sendiri? Agak-agak anda,beranikah mereka mengangkat wajah di hadapan Allah?Relevankah lagi segala alasan mereka apabila Bumi,Matahari dan seluruh alam semesta hancur musnah?
Kita mesti memikirkan semua ini kerana tanda-tanda kiamat sudah muncul.Tanda-tanda kemunculan Dajjal juga sudah muncul.Muhammad tidak berbohong.AlQuran tidak berbohong.
Hollywood sebagai pusat propaganda Dajjal adalah bukti yang paling mudah jika kita mahu berfikir.Bagi para jiggers yang telah sekian lama mengikuti MistisFiles,pasti tahu bahawa berkali-kali kami memberikan amaran dan peringatan tentang perkara ini.Lama sebelum siri The Arrival muncul,kami di MistisFiles telah lama mengingatkan kepada anda masalah ini.Kita di akhir zaman.Dalam istilah Illuministnya,'EndGame'.
Wang 1 Dollar adalah buktinya.Mata sang Dajjal sudah terakam kemas di sana.Mengapa masih ada manusia yang sanggup memijak hukum AlQuran?Filem Valhalla Rising yang 70% menceritakan kisah hidup Dajjal sama seperti yang diberitakan dalam hadis Tamim Ad-Dari sehingga dipaparkan pengembaraannya ke Jerusalem (Baltul Maqdis) telah pun keluar namun mengapa masih ada manusia tidak percaya?
JIKA ANDA PERCAYA TENTANG KEMUNCULAN DAJJAL,ANDA MESTI PERCAYA KEBENARAN ISLAM,KEBENARAN MUHAMMAD DAN KEBENARAN ALQURAN.
Bagi Sister In Islam,agama mereka sendiri adalah pembohong,kolot dan tidak saintifik.Namun adakah mereka sedar bahawa solat berjemaah dibuktikan oleh seorang saintis Amerika bahawa mampu memindahkan cas-cas sehinggameneutralkan cas di dalam diri manusia.Tidak payah anda minum 100 Plus.Tidakkah mereka sedar bahawa ketika sujud,ada satu ruang di dahi manusia yang terbuka HANYA KETIKA PERLAKUAN SUJUD dan serta merta mengalirkan darah ke dalamnya.Sister In Islam pasti jijik melihat orang Islam menjilat jari selepas makansemata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Tetapi tahukah mereka bahawa di hujung jari manusia terdapat satu enzim yang mempercepatkan penghadamanmakanan?Enzim inilah yang mempercepatkan sesuatu makanan menjadi basi dan mereput (rosak,berbakteria atau berulat) akibat disentuh oleh jari kita.Sister In Islam pasti mengejek hukum Hudud yang mengarahkan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan melakukan zina supaya disebat,padahal sebatan di belakang mereka mampu merangsang sel-sel darah putih keluar supaya cukup jumlahnya untukmenentang virus HIV?
Sister In Islam tidak tahu semua ini kerana bagi mereka Islam adalah kolot dan tidak saintifik.Minda mereka menjadi jumud,beku dan tertutup dengan pandangan salah ini.Orang Barat dan para saintis mereka mula melihat keajaiban Islam.Sister In Islam,para pemimpin Islam Liberal terus bergelumang dengan lubang najis kesesatan.Tidak terkecuali orang Islam yang menyokong Syiah yang pakar memalsukan hadis atau golongan antihadis sendiri,semua ini ada sahamnya di akhirat kelak termasuk segala simpatisan mereka.Allah dan agama-Nya tidak memerlukan simpati manusia, MANUSIALAH PERLU MEMPERHATIKAN DIRI MEREKA DAN BERSIMPATI DENGANNYA.
Para Illuminist dan Mason sedang galak membuat projek-projek raksaksa untuk menyambut kedatangan Messiah.Di Eropah,bunker-bunker bawah tanah dibina untuk menyimpan gandum dan bekalan makanan yang lain.The Endgame pasti tiba.Para Illuminist dan Mason percaya hal ini,namun soalannya di pihak mana mereka berada.
Israel menyimpan emas dan mengharamkan riba.Namun orang Islam memakai duit kertas yang tidak bernilai dan mengamalkan riba.Para rabbi Yahudi tahu apa yang orang Islam dungu tidak tahu.Para rabbi Yahudi tahu bahawa Nabi Muhammad benar-benar seorang Rasul dan kata-katanya adalah benar,namun mereka amat kecewa kerana baginda lahir dari kalangan Arab,yang dahulunya adalah dianggap satu bangsa yang hina di sisi Yahudi.
Yahudi Israel (bukan American Jews atau mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Yahudi) tidak makan babi dan amat benci kepada haiwan ini,namun kerajaan Malaysia yang diterajui oleh orang Islam tidak bertegas dalam soal kandang babi.Mengapa sesetengah orang Cina bermatian tidak mahu kawasan tempat tinggal mereka berdekatan dengan kandang babi malah tidak mengapa jika dibina berdekatan kampung Melayu (ini salah satu sikap mementing diri Ultrakiasu).Mereka tahu bahawa haiwan ini adalah busuk dan pengotor.Mereka tahu hakikat ini namun dagingnya mereka makan.
Yahudi Israel pembersih dan mengamalkan sunnah Nabi serta nilai-nilai murni Islam,dan mereka berjaya.Di dunia lagi Allah sudah tunjuk bahawa siapa yang amalkan sunnah nabi-Nya akan dapat kejayaan walaupun orang kafir yang mengambilnya.Orang Islam membuang sunnah Nabi maka mereka menjadi hina dina di dunia.
Sampai masa para Illuminist akan menimbulkan huru hara.Iblis telah mengajarkan kepada 66 degree ahli Kultus Syaitan Illuminist bahawa untuk menguasai manusia,huru hara perlu diadakan.Sejumlah manusia perlu dikorbankan demi nama Iblis.Biar ramai manusia mati supaya kekafiran mereka dapat dijamin.Jika dibiarkan hidup lama,takut-takut mereka akan mendapat hidayat Allah.Syaitan-syaitan ini tetap berusaha keras walaupun sebenarnya hidup mati dan hidayah itu di tangan Allah.
Ada satu kepercayaan para Kultus ini,bahawa manusia dikuasai satu entiti yang digelar 'alien'.Alien ini terdapat dalam dua bentuk,spiritual dan fizikal.Manusia perlu tunduk kepada segala alien ini dan mematuhi kehendak nafsu sendiri yang dipercayai adalah tanda-tanda dirinya direstui oleh alien.Ingat,semua ini adalah 'rebranded'.Dahulunya mereka menggelarkan sebagai dewa-dewi.Sekarang para alien.
Saya perlu beritahu anda satu perkara penting.Dan semua orang Islam perlu sebarkan perkara penting tentang akhir zaman secara percuma supaya cepat tersebar.Adakah perkara sepenting persedian menghadapi akhir zaman perlu dikenakan bayaran?Di MistisFiles,ini adalah percuma dan semua orang boleh mengetahuinya secara cepat dan berkesan.Kami bukan mahu berniaga atas ilmu-ilmu kritikal seperti ini.Kami bukan oportunis,kami adalah 'The Trafficker of Information'.
Bacalah dan cuba hafaz 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi supaya anda terhindar dari fitnah Dajjal.Apakah fitnah Dajal itu?Segala penderitaan yang datang hasil dari tangannya.Jadi jangan salahkan Allah dan Islam jika anda menderita di akhir zaman kerana Nabi Muhammad s.a.w sudah tunjuk cara untuk selamatkan diri.Segala hak asasi manusia,liberal dan material anda tidak akan selamatkan anda dari fitnah Dajjal The Antichrist.Percayalah.
Bacalah AlQuran dan banyakkan berselawat ke atas nabi.Satu selawat,Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita!Betapa besarnya pahala selawat.Para Illuminist sudah ketakutan kini.Filem-filem 'disaster' arahan Roland Emmerich seperti 2012 atau The Day After Tomorrow adalah cara mereka mahu 'berpesta' sebentar untuk melegakan ketakutan mereka tentang akhir zaman.Setiap kali bulan Ramadan,para rahib Illuminist pasti bermunajat kepada Lucifer supaya menyelamatkan mereka dari ramalan dari The Holy Scriptures.Namun apa yang dijanjikan oleh Allah pasti terjadi.Kata-kata Rasulullah adalah benar.Islam adalah benar.
Berjumpa di The EndGame,di mana di sana tiada berguna lagi segala penyesalan...
Subscribe to:
Posts (Atom)