Friday, October 22, 2010

Facebook Dan Blog Sebagai Medium Dakwah??

<2006: Buta IT.
2006: Akaun Friendsterku dibuka.
2008: Akaun MySpaceku dibuka.
2009: Akaun Facebookku dibuka.
2010: Memiliki blog sendiri.



Itulah saya. Kalau tiga tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang facebook. Maka, saya akan menjawab bahawa saya tidak tahu menahu mengenainya. Tapi, kini saya telah mengenalinya. Malahan, jika sekarang anda bertanya kepada adik saya yang berusia 9 tahun pun, dia memang tahu sangat tentang facebook ini. Laman sosial yang begitu popular pada masa ini. Hinggakan nenek saya juga tahu mengenainya. Di mana-mana sahaja, kita dapat mendengar perbualan orang ramai mengenai facebook ini. Alangkah besarnya pengaruh facebook ini dalan hidup kita.


“Cantik la gambar ni. Jangan lupa ‘upload’ kat FB ye.”
“Wei, ko dah bace status dia yang latest kat FB?”
“Lawak kot video kat FB tu. Dah tengok”
“Make sure ‘tag’ semua orang kat gambar tu tau.”
“Bye. Nanti kite chat kat FB ek.”
“Jumpe malam ni kat FB.”
“FB, FB, FB… bla, bla, bla…”

Begitulah realitinya. Hidup kita dipenuhi dengan pengaruh FB. Fuh, penat juga kalau nak bercerita tentang FB ni. Orang kata, FB ini banyak keburukannya.Buang masa, masalah sosial meningkat, ikhtilat tidak terjaga, berlaku banyak fitnah, buka aib orang tu, buka aib orang ini. Banyak juga keburukannya, tapi kenapa masih ramai yang meneruskan kelangsungan FB ini?

Setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri. Mungkin bagi dia, dia tidak nampak di mana buruknya FB ini. Yang dia nampak, baik-baik belaka. Hatta, kalau yang buka aib sendiri pun, dia kata baik.

“ Ala, pagi ni bangun lewat coz malam tadi tidur lewat. Tengok bola.”

Aish, itu pun nak cerita pada orang lain?? Itu hanyalah salah satu contoh mengaibkan diri sendiri. Ada banyak lagi contoh-contoh lain. Belum lagi cerita tentang gambar yang ‘upload’. Gambar dengan teman wanita, teman lelaki, gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna, gambar di tempat-tempat maksiat dan sebagainya.  Kemudian, daripada relationship status‘single’ bertukar menjadi ‘In a Relationship with……’. Simpan sendiri-sendiri sudah. Tidak perlu sampai mahu satu dunia tahu kisah anda.




Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di FB, Kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini"maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Nauzubillahi min zalik.

Jadi, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bermuhasabah, adakah kita sedang membuka aib kita sendiri semasa menggunakan FB ini. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari. Namun sedarilah bahawa pintu taubat masih terbuka. Saya juga kadang-kadang terleka dengan FB hinggakan tidak menyedari akan kekhilafan ini. Itulah gunanya sahabat-sahabat yang dikasihi untuk kita saling memperingati antara satu sama lain.

Huh.. itu baru sahaja cerita tentang keburukan FB, belum lagi cerita tentang kebaikan. Sebenarnya pembawaan dalam penggunaan FB ini bergantung kepada individu. Wujud juga individu yang menggunakan FB sebagai medium dakwah. Ustaz-ustaz juga tidak terkecuali untuk mewujudkan akaun FB sendiri untuk menjadikan FB sebagai cabang kepada dakwah seiring dengan perkembangan teknologi pada masa ini.

Pelajar-pelajar sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi juga ada yang menggunakan FB sebagai medium dakwah. Status-status yang di’post’kan semuanya Islamik serta berbentuk nasihat dan peringatan. Video-video yang di’share’, begitu menginsafkan. Nota-nota yang dikarang penuh berinformasi.Wa..!! Kalaulah semua pengguna FB menggunakan FB dengan tujuan dakwah, maka sememangnya, proses mengizzahkan Islam itu semakin pesat. Islam akan lebih cepat tersebar ke pelosok dunia. insyaAllah.

Namun begitu, wujud pula anggapan-anggapan yang negatif mengenai golongan yang sebegini. Ada yang beranggapan orang yang sebegini hanya mahu ‘tunjuk alim’. Dalam bahasa mudah:

If status FB Islamik = show off/tunjuk alim, then status FB lagho = ?????

Ha.. jawab la sendiri. Kemudian, timbul lagi persoalan:

“Alah.. friends list sampai beribu-ribu, confirm ada lelaki dan pompuan. Ada hati nak berdakwah.”

Jika wujud persoalan sebegini, Tanya mereka semula:

“Dakwah ni untuk yang same gender je ke?”

Pesanan ringkas saya kepada sahabat-sahabat serta para pembaca yang budiman, gunakanlah FB sebaik-baiknya. Seeloknya, gunakanlah ia dengan tujuan dakwah. Mari kita lihat semula uslub/method dakwah yang digariskan iaitu dakwah bil lisan, dakwah bil katabah, dakwah bil hal(sebenarnya, banyak lagi uslub dakwah).

1.Dakwah bil lisan
Dakwah yang dilaksanakan dengan tutur kata yang lemah lembut,menarik dan berhikmah. Hujah-hujah yang konkrit yang mudah difahami yang dapat menyingkapkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.


2.Dakwah Bil Katabah
Dakwah dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan penulisan seperti risalah, majalah, artikel, cerpen, sajak, dan sebagainya. FB dan blog juga dikira sebagai dakwah bil katabah.


3.Dakwah Bil-Hal
Dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pemakaian, tingkah laku yang positif, muamalat dan sebagainya. Ini bererti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja. Firman Allah dalam Surah Al-Saf,ayat 2-3

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya." 

Jadi, saya rasa, sampai di sini sahajalah cerita saya tentang FB ini. Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekalian bahawa saya juga bukanlah insan yang sempurna. Masih memiliki banyak kekurangan. Namun begitu, gerak kerja dakwah masih perlu diteruskan kerana kita wajib berdakwah walaupun diri belum sempurna. Kalau mahu tunggu sehingga diri kita sempurna, maka hingga ke hembusan nafas terakhir pun belum tentu lagi gerak kerja dakwah kita dapat bermula.


Akhir kalam, apa-apa yang baik datangnya daripada Allah dan apa-apa yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi melalui kelemahan diri saya yang kurang ilmu, iman dan amal.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum w.b.t.

Saturday, October 16, 2010

Ahmed Bukhatir - Last Breath



From those around I hear a Cry,
Oh God ! Oh God !
My eyes are blind !

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly! 


A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go! 

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has it's Given Date,
When it must leave it's body's core,
And meet with it's Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay!

Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn! 

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay...

Sudah cukup bekalan??

Apakah pilihan anda?


Orang-orang Asing (Ghuraba') Yang Berbahagia?




“Islam bermula asing, dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang asing (ghuraba’)…” (Hadis Riwayat Muslim)

Mahukah kita menjadi orang yang asing??

Bukanlah orang asing itu mereka yang terbuang dari negeri mereka lalu mengucapkan selamat tinggal.
Tapi orang-orang asing itu ialah mereka yang tetap serius di kala manusia di sekelilingnya bermain-main.
Dan tetap berjaga ketika manusia di sekelilingnya asyik tidur dengan lenanya.
Dan menutup aurat sedangkan orang lain bangga dengan aurat terdedah.
Dan menjaga pandangan saat mata-mata lain liar memerhatikan aib orang.
Dan tetap memperjuangkan Islam saat orang lain menganggapnya sia-sia.
Dan tetap mengikuti jalan yang lurus di kala manusia dalam kesesatan tanpa arah.

Berkata kepadaku seorang sahabat,
"Aku melihatmu sebagai orang asing. Antara orang yang ramai ini, engkau berseorangan tanpa teman"

Maka aku berkata,
"Sekali-kali tidak! Bahkan orang yang ramai itulah yang asing. Sedangkan aku aku berada dalam kehidupan dan inilah jalanku"

Inilah orang asing itu.
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia antara manusia.
Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia.



Dunia hari ini terbalik,
mereka melihat aku aneh,
hanya kerana aku menyatakan bahawa Allah adalah ILAH dan RABBku,
dan hidup dengan menjunjung semua perintahNya,

mereka kata aku aneh kerana dunia adalah untuk bersuka ria,
aku serius di atasnya,
mereka kata aku aneh kerana mati lambat lagi tiba,
aku mempersiapkan diri untuknya,
mereka kata aku aneh kerana Islam itu di masjid sahaja,
aku membawanya ke mana-mana

mereka rasa aneh kepadaku
dan terus dengan keanehan mereka
tetapi mereka tidak tahu,
jauh dalam sudut jiwaku,
mereka juga kulihat aneh untukku,

Aneh apabila mereka melihat alam sebegini sempurna aturannya,
mereka tidak percaya bahawa yang mengatur alam ini berkuasa,
aneh apabila mereka tahu akan kewujudan Allah dan beragama dengan agamaNya
tetapi tidak hidup dengan hukum-hukum Yang Esa,
aneh apabila mereka bersedihan mereka mencari-cari Yang Kuasa,
tetapi bila tenang dan bahagia mereka meninggalkanNya

Mereka pandang aku aneh
kerana aku tidak bersama mereka
Aku turut memandang mereka aneh
kerana mereka tidak bersamaku mengabdikan diri kepadaNya

Aku dengan keanehanku,
mereka dengan keanehan mereka,
nanti keanehan-keanehan ini akan berdiri di hadapan Yang Esa
pada Hari Tiada Perlindungan Selain PerlindunganNya,

maka aneh pada haritu adalah orang-orang yang tidak percaya
juga di dunia mereka tidak mempedulikan arahanNya

~Hilal Asyraf~
11.30AM
121010
Seorang diri,
dalam bilik, Irbid, Jordan.
It’s hard to die
Manusia Aneh.