Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Layakkah Aku Mendapat Lailatul Qadar?





Kita pasti cemburu dengan para sahabat Rasulullah yang hidup bersama dan sezaman dengan Baginda. Dan pastinya amalan kita tidak dapat menandingi amalan para sahabat. Bibir mereka sentiasa dibasahi zikir memuji Allah. Hati mereka mekar dengan ayat-auat suci Al Quran Al Kareem. Dan juga keimanan yang teguh dan mantap tak berbelah bahagi. Allahurobbi, terasa kecil kerdil jika dibandingkan dengan mereka.


Alhamdulillah, tahun ini kita dipertemukan kembali dengan Ramadhan. Dan sudah pasti misi memburu Lailatul Qadar akan bermula. Satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadhan ialah satu malam yang penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadhan itu pastinya menjadi buruan para pemburu syurga abadi. Rasulullah sendiri memohon kepada Allah supaya malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemui Baginda.


Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud : “Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Jadi, di manakah kita? Tidakkah kita ingin merebut peluang ini? Ingin amalan menandingi para sahabat? Ingin amalan yang lebih baik daripada seribu bulan? Inilah masanya. Persiapkan diri. Yang pastinya bukan calang-calang orang boleh menemui malam itu. Istiqamahlah beribadat setiap malam supaya kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadar yang sangat kita hajati.

Sunday, July 15, 2012

Wajib Baca: Pesanan Sebelum Masuk Universiti.


Pesan abang kepada adik,
Apabila kamu masuk universiti,
bukanlah bermaksud kamu bebas.
Tapi itu adalah permulaan
untuk kamu belajar berdikari.

Bebas?
Bebas macam mana?
Bebas berpakaian?
Bebas bersosial?
Bebas keluar berhibur?
Bebas daripada leteran ibubapa?
Bebas daripada peraturan ketat?

Walau di mana kita berada,
Kita perlu ingat bahawa kita orang Islam.
Syariat Islam mewujudkan batasan.
Bukan untuk mengongkong,
Tapi untuk kebaikan bersama.

Asalkan pandai jaga diri,
pandai pilih kawan,
Kamu pasti mampu mengharungi kehidupan di universiti
yang penuh dengan cabaran ini dengan jayanya.

Pilihlah kawan yang mengutamakan Islam
dalam setiap pertimbangannya.
InsyaAllah,
Berjaya di dunia dan di akhirat.

Thursday, June 21, 2012

Cerita Kecilku: Aku Tak Solat. Kenapa Ayah Marah?



Semasa kecil.
Aku telah diajar oleh ibubapaku tentang solat.
Juga diajar membaca Al-Quran dan berpuasa
Kalau tak buat, kena marah.
Kalau tak buat, kena rotan.
Tapi masa tu kan aku masih kecil.
Kenapa ayah rotan aku?
Kenapa ibu marah aku?
Salahkah kalau aku tak solat, tak puasa?


Keluarga aku keluarga Islamik.
Rasa dengki dengan kawan-kawan.
Sebab ayah mereka tak kisah pun.
Tentang solat anak mereka.
Puasa pun entah ke mana.
Apatah lagi membaca Al-Quran.
Bebas, tak terkongkong.
Aku?


Aku tak faham.
Kenapa aku perlu solat?
Apa gunanya aku puasa?


Meningkat umur belasan tahun.
Mula mengerti sikit-sikit tentang Islam.
Diajar di sekolah agama tentang syurga dan neraka.
Dosa dan pahala.
Yang aku dapat lihat.
Orang Islam ni ada dua jenis.
Satu golongan baik.
mengajak orang ke arah kebaikan.
Satu golongan lagi teruk.
Rasuah, hiburan itu dah biasa.
Disebabkan golongan yang kedua.
Aku melihat Islam itu teruk.
Islam itu menyusahkan.
Islam itu kotor.


Kenapa dalam televisyen orang yang pakai jubah dikatakan jahat?
Orang yang berkopiah dikatakan pembelot bangsa agama?
Terutamanya dalam berita malam-malam lepas maghrib tu.
Siapa yang selalu kena puji?
Yang pakai songkok tinggi.
Yang selalu bermegah diri.
Yang terdedah aurat sana sini.
Lagilah aku tak faham.
Bertambahlah lagi ketidakfahaman aku tentang Islam.
Ia berterusan......
Huh. Biarlah.


Hingga sampai satu ketika.
Aku kini telah masuk dalam dunia sebenar.
Bukan lagi budak sekolah.
Aku telah melihat Islam itu berbeza
Kenapa?
Kerana aku lebih matang (mungkin)
Ramai kawan-kawan.
Yang saling mengingatkan erti sebenar kehidupan.
Bagaimana bermula?
Usrah...(^^)/


Alhamdulillah.


Kini aku melihat Islam itu mudah.
Kalau pergi rehlah.
Solat atas tanah boleh.
Tepi pantai boleh.
Solat atas batu sungai pun boleh.
Islam tu mudah kan?


Baca Al-Quran?
Baca sahaja bila ada kelapangan.
Dalam komuter boleh.
Sementara nak tunggu bas pun boleh.
Alhamdulillah dapat pahala.
Boleh juga berdakwah secara tak langsung.
Dakwah tu kan seni.
Seni untuk mengajak orang semakin dekat dengan Allah.
Lagi bagus kalau kita tambah dengan Al-Ma'thurat.


Di sekelilingku adalah orang-orang Islam yang hebat.
Kefahaman Islam yang jelas.
Selalu berbicara tentang Islam dengan lebih global.
Tentang ekonomi.
Tentang politik.
Tentang pendidikan.
Dan juga isu-isu semasa saudara Islam yang ditindas.
Allahurobbi.


Mudah kan Islam?
Hebat kan Islam?
Islam itu agama kasih sayang.
Islam itu agama yang lengkap segalanya.


Tentang berita malam-malam tu.
Aku dah tahu.
Kenapa berita selalu kata orang pakai jubah tu jahat.
Kenapa berita selalu cakap bahawa pejuang Islam itu pengganas.
Sebab berita itu dipegang oleh penguasa.


Kerana mereka ingin mengekalkan kuasa.
Kerana mereka fikir mereka berhak mencatur negara.
Tapi mereka tak tahu.
Bahawa Allah jua adalah Pencatur Terbaik.


Anak muda sudah buka mata.
Telah lama terbuka minda.
Mula sangat cintakan agama.
Hanya tunggu masa.
Untuk menumbangkan rejim durjana.


Yang hak pasti menang.
Dan yang batil pasti tumbang.
Hancur kebatilan!!
Allahuakbar.



Tuesday, June 5, 2012

Nak Buat Dosa? Ingat, Ia Akan Dipertontonkan Di Akhirat Kelak. Malu.





"Saat ingin melakukan dosa, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada.
Allahurobbi, pasti kita tidak sanggup melakukannya lagi."


Itu adalah antara cara untuk mengelak daripada terus melakukan dosa maksiat kepada Allah. Jika sudah terlanjur melakukan dosa, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun bro. (^^)/


Kita ini adalah manusia yang leka, cuai, pelupa. Selalu sangat melakukan dosa. Masa nak buat dosa, rasa macam okay sahaja.


“Alah, bukan selalu pun buat dosa.”


Janganlah sampai kita pernah terdetik perkara ni. Sebab hakikatnya memang setiap hari kita melakukan dosa. Setiap hari kita melakukan maksiat kepada Allah. Antara sedar atau tidak sahaja.


Sepatutnya dalam diri kita perlu disemat kemas bahawa “Dosa aku lebih banyak daripada orang lain. Jadi, aku perlu elak daripada melakukan dosa. Perlu banyak lakukan amalan pahala.” Bila kita rasa diri kita ni hina, banyak dosa, akan timbul satu keinsafan dan ketakutan dalam diri kita untuk terus-terusan melakukan dosa.


Semasa kita melakukan dosa, memang tak ingat dunia dah. Yang kita tahu, kita nak seronok, kita nak senang. Tapi lepas melakukan dosa, barulah menyesal tak sudah. Menangis air mata darah (Janganlah sampai keluar darah ye).


How to manage it?


Setiap kali teringin nak buat dosa, remind ourself yang Allah sedang melihat kita. Dan juga perlakuan kita akan dipertontonkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak. Malu woo.. So? Don’t be naughty on the world so that you won’t be ashamed in the Hereafter. Insaf. Insaf. (T.T)


Bertaubat, menangis, memohon keampunan Allah selepas melakukan dosa adalah lebih baik daripada terus melakukan dosa tanpa ada rasa bersalah. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya. Allah tu kan Maha Pengampun dan Maha Penyayang? Believe it. Bina keyakinan itu kepada Allah dan ingatlah jangan sampai kita tidak sempat bertaubat kepada Allah sebelum nyawa kita di tarik. Pesanan untuk diri sendiri juga yang selalu lupa.


Wallahua’lam.

Sunday, June 3, 2012

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita.


"Setelah berusaha bersungguh-sungguh, serahkanlah selebihnya kepada Allah. Dia tahu apa sahaja yang terbaik untuk kita. Bittaufiq wannajah."

Harith Faisal Bin Mohd Imam Ma'arof.
Exco Lajnah Kebajikan & Akademik 12/13
Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM)

Untuk dapatkan entri mengenai exam dan yang berkaitan, boleh masuk ke sini:



"ISTIDRAJ.
It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita peroleh
adalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya"



"Secara zahirnya, kita melihat bahawa doa kita tidak makbul. Namun, hakikatnya Allah sudah gantikan doa kita itu dengan benda yang lebih baik yang tidak kita sedari. Tapi adakah berhenti berdoa adalah jalan yang terbaik? Sombongnya kita dengan Allah. Siap boleh merajuk-rajuk lagi. Allah baru uji kita sedikit, tapi mudah betul kita berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah kerana rahmat Allah itu sangat luas. Tak terkira luasnya."

Friday, May 25, 2012

Fitrah Manusia. Aku Suka Dia.



“Iman tak dapat diwarisi. Tapi boleh dicari.
Saya akan usaha sendiri. Tapi, saya masih kecil lagi.
Perlukan juga didikan daripada abi dan umi. (^^)”


Fitrah manusia semuanya mahukan kebaikan, keelokan, keindahan.
Nampak lukisan yang cantik. Suka.
Nampak makhluk yang comel. Suka.
Nampak pasangan yang baru bernikah. Alhamdulillah.
Nampak keindahan alam. Allhurobbi. Sangat suka.


Fitrah manusia juga bencikan kemungkaran dan keburukan.
Nampak sesuatu yang jijik. Tak suka.
Nampak orang bukan mahram bercouple. Tak suka.
Nampak sampah merata-rata. Tak suka.
Nampak orang bukak aurat. Allah, tak nak pandang.


Keduanya adalah fitrah manusia.
Tapi andai kata fitrah itu sudah terbalik.
"Suka bila nampak orang bercouple.
Dan suka membiarkan aurat terdedah."


Cuba cek semula diri kita.
Adakah kita telah melanggar fitrah?
Adakah kita telah membelakangi syariat Islam?
Salahkah didikan ibubapa yang aku terima selama ini?
Atau adakah memang salahku sendiri membiarkan diri terus leka?


Muhasabah diri. (T.T)

Aku Solat, Aku Confirm Baik?



Bersolat 5 waktu tapi masih
Tidak menutup aurat?
Tidak menjaga pergaulan lelaki perempuan?
Tidak terkawal mengutuk mengumpat?


Semak semula
Adakah kita khusyuk?
Adakah kita tambah dengan solat sunat lain?
Adakah solat kita ikhlas dan berkualiti?


Muhasabah bersama. (T.T)


Solat itu mencegah kemungkaran. Namun jika solat itu tak mencegah dari melakukan kemungkaran, maka kita akan semakin jauh dari Allah
- Maza Yakni, Dr Fathi Yakan

Sunday, May 13, 2012

Jangan Hina Jalan Dakwah Ini.

Andai pincang langkahku.
Andai tempang akhlakku.
Andai hilang hikmahku.
Jangan dihina jalan dakwah ini.
Kerana dakwah ini terlahir suci.
Yang salah itu, memang aku sendiri.
.........................
Astaghfirullah.

Kadang-kadang individu yang terlibat dengan gerakan dakwah mahupun program bersifat Islamik juga ada melakukan kesilapan. Ini fitrah manusia. Jadi janganlah di hina jalan dakwah yang mereka pilih bersandarkan kepada kekurangan yang bersifat manusiawi itu.


Dan pesanan kepada diri sendiri dan juga para pendakwah di luar sana, ingatlah bahawa setiap kita adalah duta bagi Islam. Jagalah segala aspek supaya tidak menjadi fitnah kepada Islam. Kejarlah kesempurnaan dengan berusaha untuk menghampirinya. Kita tidak akan dapat mencapai kesempurnaan, tapi usaha perlu ada kerana kita perlu jadi Muslim yang cemerlang, hari ini mesti lebih baik daripada semalam. (^^)/




Photo Model:

Tuesday, April 24, 2012

Beri Peluang Kepada Diri Sendiri Untuk Difahami.

Ketika di Kolej Matrikulasi Perak. -2010

Kita sering mengeluh.
Asyik kita saja yang memahami orang lain.
Kenapa orang lain tidak mahu memahami kita?
Cuba tanya pada diri
Adakah kita telah beri peluang kepada diri untuk difahami?

Belajarlah untuk memahami
Dan beri peluang untuk difahami
InsyaAllah kita akan saling memahami.
....................................................
Faham?
Fikirkan.

Bersama-sama Geng Baling Selipar (GBS).
Memang happy and fun selalu jika bersama mereka. -2010

Saturday, April 14, 2012

Istidraj. Don't Make Allah Let Us Astray.

ISTIDRAJ.
It is when Allah gives you rezki
not to help you
but to let you go astray.
......................
Nauzubillah min zalik.
Moga rezki yang kita peroleh
adalah tanda kasihNya
bukan istidraj daripadaNya




Eh eh, engkau yang bajet alim tu. Tudung labuh, tak cakap dengan lelaki, jalan pun tunduk sampai langgar tiang, usrah sana, usrah sini, dakwah sana, dakwah sini. Aku nak tanya kau ni.


Awak cakap dengan saya ke?


Haah, kau lah. Siapa lagi? Takkan aku cakap dengan dinding pula. Aku tengok akademik kau tak ada lah bagus sangat. Apa cerita kawan? Doa kau tak makbul ke?


Oh. Bukan macam tu. Sebenarnya…..


Kau tengok aku, couple, tiap-tiap weekend keluar dating, tengok wayang, hang out dengan kawan-kawan. Dapat juga result cemerlang, dekan tiap-tiap semester. Tak payah nak doa sangat pun sebab aku yakin, aku memang pandai. Hehe (gelak bangga)..


Sebenarnya saya nak…..


Alah, tak payah lah nak bagi macam-macam alasan lagi. Hakikatnya, hidup kita ni kita yang tentukan semuanya. Kalau jadi baik alim sekalipun, belum tentu Allah akan tolong kita. Hidup aku bebas, tak terkongkong, enjoy saja. Bestnya.


Awak, tolonglah bagi saya habiskan kata-kata saya dulu. Boleh tak? Sebenarnya saya nak kata yang kita jangan terlalu bangga yang kita berjaya sedangkan pada masa yang sama kita lakukan perkara yang dimurkai Allah. Mungkin juga itu adalah istidraj.


Istidraj tu apa?


Allah bagi kita kejayaan demi kejayaan adalah bertujuan untuk lebih menyesatkan kita hari ke hari. Mahukah kita terus-terusan sesat dalam hidup ini? Nauzubillahi min zalik. Adakah kejayaan sebegini yang kita impikan. Kejayaan yang disaluti murkaNya? Semoga kejayaan dan rezeki yang kita peroleh adalah tanda kasihNya dan bukan sama sekali istidraj daripadaNya.


..... Allah. Alangkah bahagianya jika aku cemerlang kedua-dua sahsiah dan akademik. Cemerlang dunia akhirat. Aku mesti berubah. Yeah..!!


Biar miskin harta
Tapi kaya dengan senyuman
Biar kurang senyuman
Tapi kaya dengan amalan
..........................
Jom amalkan senyum selalu.



Friday, April 13, 2012

Shawl Labuh Yang Menawan. Inilah Muslimah Yang Dicari.

Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati.


Sengaja dikaburkan. ^^


Bukan mudah nak cari muslimah yang betul-betul terpelihara. Pesona muslimah itu selalu sangat disalahertikan. Orang anggap, biarlah pakai jeans ketat, asalkan bertudung. Biarlah bertudung singkat asalkan bertutup kepala. Biarlah lengan terdedah, tidak langsung rasa bersalah.


Sebenarnya tak kisahlah nak pakai style Yuna, Wardina atau Hana Tajima sekalipun, asalkan dia dapat menutup auratnya dengan sempurna, cukuplah.


Cantik jugak kalo Muslimat pakai shawl. Sweet sangat. Tapi, kalau beli shawl tu, memang kena beli yang pendek-pendek ke? Lilit, lilit, lilit. At last, sempat lilit tengkuk saja. Kenapa tak beli shawl yang 10 meter? Boleh lilit sampai pinggang. Kalau tak nak beli yang 10 meter pun tak apa, ambil langsir atau selimut dalam bilik tu. Kemudian lilit puas-puas. Asalkan dapat menutupi dada dan ikut syarak, sudah la. .


Hm, saya selalu juga nampak orang pakai shawl yang labuh dan ikut syara'. Okay saja. Tak mengurangkan pesona dia sebagai wanita pun. Malah lebih sweet dan menawan. Tak percaya? Cubalah sendiri. (^^)



Thursday, April 12, 2012

Indirect Dakwah. Sentuh Hati Itu Dengan Akhlakmu.

Dia buat baik dengan kita.
Kita buat baik dengan dia.
Dia buat jahat dengan kita.
Cuba sebaik mungkin untuk baik dengan dia.
Hopefully,
Boleh buat dia tersentuh dengan akhlak kita.
Indirect dakwah.



Andai perbuatan jahat mesti dibalas dengan jahat juga, pasti ruang dakwah itu sangatlah sempit. Pasti tiada siapa yang mahu menerima dakwah yang disampaikan. Kalau ada pun, mungkin sedikit cuma.


Kebanyakan orang yang cuba berdakwah mesti pernah diejek, dihina, diperli, ditengking dan sebagainya. Malah ada juga yang dihalau dengan hina apabila melakukan dakwah dari bilik ke bilik. Allahurobbi. Memang kena banyak bersabar dalam menyampaikan risalah suci ini. Rasulullah dahulu, bukan juga dihina malah dibaling dengan batu, tahi binatang dan pelbagai lagi bentuk penghinaan yang tidak dapat kita bayangkan.


Sahabat-sahabat sekalian, andai pendakwah yang dihina dan ditengking tadi, menghina dan menengking mad’u nya (orang yang didakwah) kembali, pasti mad’unya sukar untuk menerima dakwah tersebut, malah semakin jauh dengan ajaran Islam yang suci ini. Nauzubillahi min zalik.


Tunjukkanlah akhlak yang baik. Sembang anda seorang pendakwah. Takkan tak boleh sabar sedikit pun dengan perangai mad’u yang pelbagai? Relax bro. Cubalah sebaik mungkin untuk bersikap baik dengannya. Dengan harapan, akhlak kita itu boleh buat dia tersentuh dan semakin dekat dengan Islam. Mungkin perubahannya tidak nampak sekelip mata, tapi insyaAllah dia akan Nampak keindahannya pada suatu hari nanti.


‘Ala kulli hal, kalau dah tak sabar sangat dengan perangai mad’u, istighfar banyak-banyak. Allah nak uji kitalah tu. Allah. Allah. Kalau dah tak mampu juga menahan kesabaran tahap terlampau, terus tinggalkan tempat kejadian. Jangan sampai lebam benjol pula kepala mad’u tu. Hihi. Selamat beramal untuk diri sendiri juga. Wallahu’alam.

Persepsi Orang Terhadap Status Facebook. I'm Single.

Bila saya update status tentang CINTA.
Orang kata saya doktor Cinta.
Bila saya update status tentang WANITA.
Orang kata saya jiwang.
Bila saya update status tentang KAHWIN.
Orang tanya dah ade calon ke belum.
Bila saya update status tentang ANAK-ANAK.
Orang tanya bila nak kawin.
Hurm, macam-macam la.
Hihi . . . For sure, I'm still single.




Memang, realitinya kita tidak mampu menahan persepsi orang terhadap kita. Lebih-lebih lagi dalam dunia internet tanpa sempadan ini. Segala status yang dikongsi di Facebook dapat dibaca oleh ribuan orang. Jadi mana mungkin kita nak pastikan segala persepsi orang lain terhadap kita adalah baik-baik sahaja.


Yang penting, kita tak post atau share perkara-perkara yang melanggar syariat, terdedah aurat, dan membuatkan orang lain meluat. Hihi.


Macam yang saya katakan sebelum ini, capaian untuk status Facebook yang kita update hari-hari mungkin mencapai ribuan orang, jadi amatlah rugi kalau peluang ini tidak digunakan untuk berdakwah. Pasti berganda-ganda pahala yang diperoleh jika kita berdakwah dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat.


Perkara yang sama berlaku andai kita memaparkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Saham dosanya pasti berlipat kali ganda bersesuaian dengan capaian umum hingga beribu riban pada satu masa. Fikirkanlah. Nak pahala atau dosa? Nak syurga ataupun neraka?


Wallahu’alam.

Friday, March 23, 2012

Collection: My Facebook Status #8



Koleksi Status Facebook Saya #8


Maaf yang tidak diterima
Umpama cinta yang tidak dibalas.
........................................................
Maafkan semua orang sebelum tidur.
InsyaAllah, hari esok akan bermula dengan ceria. (^^)


Amalkan sebelum tidur.
Maafkan semua orang.
Semoga lena tidurmu. (--.)zZzZ . . .
..............................................
Bismikallahumma ahya wa amut.


Siapalah aku untuk menanguhkan maafku kepadamu.
Sedangkan Rasulullah juga memaafkan umatnya.
.....................................
Sebelum mata terlelap, maafkan semua orang.
InsyaAllah ketenangan akan hadir bersama keberkatan. (^^)


Wahai hati,
Andai belum sedia untuk dimiliki
Janganlah berpura-pura seperti mampu memiliki.
.....................................
Soal hati itu rumit.
Sangat abstrak.
Kerana ia berkisar tentang jiwa dan perasaan dua insan berbeda.




Dakwah mempertemukan dua hati yang tidak pernah dirancangkan untuk berjumpa. Aturan Allah. Sebaran dakwah umpama sebaran cinta yang membahagiakan. Sangat membahagiakan buat mereka yang dahagakan cintaNya.
.............................
Jom sebarkan cinta ini.


Cintailah perempuan yang membaca.
Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju.
Dia punya masalah dengan ruang almari baju
Kerana dia punya terlalu banyak buku.


Dengarlah bisikan hati sahabat kita sebelum kita mendengar jeritannya.
...........................................
Fahami sahabat kita. (^^)


Kepada lepasan SPM or Asasi/Matrik yang tak tahu nak pilih course apa dalam borang UPU, boleh lah usya-usya Sains Aktuari ni. Mane la tau, kot kot berminat pula.
.....................................................
Di Malaysia kursus ini menjadi rebutan kaum Cina yang mempunyai IQ tinggi dalam bidang matematik. Malangnya tak ramai orang Melayu yang tahu tentang kos ini. Justeru di sini saya ingin kongsikan apa yang saya tahu tentang kos ini mudah-mudahan bermanfaat buat semua.


Ramai artis mulai memakai tudung. Kfine. Bagus. Tapi kalau tudung tu fesyen tak cukup tepati syariat, jangan diikut.
...............................................
Yang perlu diikut adalah penghijrahan dia untuk menjadi lebih baik. Jadi, jom berubah. Make sure esok lebih baik daripada hari ini.


Hari ini dalam sejarah, 12 Februari 1949, Al-Banna syahid dibunuh. Memperingati perjuangan dan pengorbanan tokoh ini pada 12 Februari lebih mulia daripada memperingati 14 Februari sebagai Hari Kekasih a.k.a. Valentine's Day. Say no to Valentine's Day. (^^)/


Gamakkah seorang ibu meminta upah daripada anak yang disusukannya? Patutkah isteri meminta gaji untuk setiap kerja rumah setiap hari?
....................................................................
Macam mana nak hilangkan rasa ingin dihargai semasa lakukan sesuatu? Lakukanlah ia dengan kasih sayang. Yang penting, faham. ♥ ♥


Lelaki rambut panjang?
Okay je as long as nampak kemas dan tak menyerupai wanita. Kenapa? Ada ke dalil lelaki tak boleh rambut panjang?
.......................................
My face tak sesuai kalo rambut panjang. So, cuti ni, rambut pendek mmg menjadi pilihanku.




Tutup aurat --> Passed (◕‿-)
Tabarruj --> Failed (╥_╥)
..................................
Ramai terlepas pandang perkara ni.
Tak perlu kot makeup sangat.
Natural beauty lagi comey.


Kita tidak boleh bersentuhan tangan
Tapi cukuplah kita bersentuhan hati.
Kita tidak boleh keluar berdua
Tapi cukuplah kita bertemu dalam doa.
................................................
Simpan cinta itu untuk yang halal bagimu.


Penonton Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) selalunya boleh mencecah berpuluh-puluh ribu walaupun tidak pernah dipromosikan oleh media perdana. Kalau dorg tolong promosikan, insyaAllah double-triple penonton yg datang lepas ni.
...............................................
Kenapa lah TV3, Berita Harian tak pernah nak tlg promosikan majlis agama macam ni? Tlg review sikit2 pun tak pernah. Kalau konsert, program-program maksiat, rajin je tlg promosikan.


Don’t leave something good to find something better. (^^)


Dakwah itu adalah cinta.
Cinta daie kepada mad'u.
Cinta mad'u dan daie.
Dan cinta mereka kepada Islam.
Sebaran dakwah untuk mengenal cintaNya.
Jom sebarkan cinta ini. (^.^)/


Perbuatan maksiat mesti dibenci.
Pelaku maksiat perlu dikasihi.
...............................
Setiap orang boleh jadi baik.
Jom berubah!!


Kerana aku bukan Ustaz.
.....................................
Dakwah bukan kerja Ustaz je.
Doktor boleh berdakwah.
Jurutera boleh berdakwah.
Pegawai bank boleh berdakwah.
......................................
Perdana Menteri pun boleh jugak. Love PM ♥ \(^^,)


Kena mencari Bukan hanya menanti
..........................
Kena berdoa Supaya Allah memberi


Wujudnya istilah 'Orang Agama' adalah apabila wujudnya 'Orang Sekular'.
~ Kita nak masuk golongan yang mana? Pilihan di tangan anda.


Alangkah mudahnya lidah kita berjanji.
Alangkah sukarnya tangan kita memberi.


Ilmu itu adalah cahaya
Cahaya sukar menembusi hati yang gelap.
..................................
Jom sinari dan bersihkan hati kita.
Tambahkan amalan, tingkatkan iman.


Sahabat yang baik adalah sahabat yang bersangka baik dengan sahabatnya yang lain.
........................................
Jom jadi sahabat yang baik. \(^^,).. Yeah..!!


Biar kasut koyak
Asalkan ia putih dan bersih.
Biar kita miskin
Asalkan ada cita-cita untuk mengubahnya.


Alangkah mudahnya lidah kita berjanji.
Alangkah sukarnya tangan kita memberi.
.....................................................
Janji untuk ditunai bukan diabai.
Rajin memberi insyaAllah hidup diberkati.




Biarlah kita tidak hensem paras rupa Tapi hensem amalan kita. Mungkin kita tidak se'awesome' mana. Tapi kita awesome di sisiNya. .... (^.^)/ yeah..!!!

Wednesday, March 21, 2012

Aku Yang Kehilangan



Kehilangan sesuatu membuatkan kita tak keruan. Itu normal. Lagi-lagi jika yang kita hilang itu adalah sesuatu yang sangat kita sayang. Masa kecil, kalau hilang pensel atau pemadam dan sebagainya, mesti menangis. Kalau tak menangis pun, mungkin bergenang air mata. Nak menangis takut, sebab nanti kena cubit dengan mak. Hihi.




Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh sebegitu. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Tangisan itu disimpan untuk mengalir ketika dapat keputusan peperiksaan yang teruk mahupun ditinggalkan kekasih hati (Perlu ke?).


Sahabat-sahabat, simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. Jadikanlah air mata itu sebagai saksi kepada amalan kita dan dapat menyimbah api neraka yang akan membakar tubuh-tubuh yang berdosa ini. Allahurobbi. Ampunilah dosa kami dan jauhilah kami daripada azab nerakaMu.


Kematian sinonim dengan kehilangan. Kehilangan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Tapi ingatlah, kematian itu bukanlah untuk ditangisi, tapi untuk kita muhasabah diri. Dia sudah selesai kontrak hidup di dunia. Kita bila lagi? Tak tentu. Mungkin esok. Mungkin beberapa saat lagi. Allahurobbi.


Tapi kita sering lupa tentang kehilangan sesuatu yang sangat berharga iaitu masa yang sudah berlalu. Kehilangan ini perlu kita ambil perhatian sebelum masa untuk kita di dunia habis tamat tempohnya. Adakah masa lalu kita digunakan untuk mencari bekalan kita di akhirat? Atau dibazirkan untuk perkara dunia semata-mata?




Yang pastinya, kematian tidak akan menunggu kita walau sedetik. Beware!!


Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal) yang ditetapkan; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. [Al-A’raf. 7:34]

Wednesday, February 1, 2012

Artis Boleh Buka Aurat. Sebab Mereka Artis.

Mungkin apa yang nak saya kongsi kali ini biasa dilalui oleh kita semua. Biasa kita tengok artis-artis di TV kebanyakannya tidak memakai tudung. Tapi kita seolah-olah tidak kisah untuk menonton walau kita tahu melihat aurat orang lain juga adalah dosa. Sebab apa? Sebab dah biasa.

Tapi jika kenalan kita atau orang di sekeliling kita (bukan artis) tidak memakai tudung, kita rasa sangat janggal dan menganggap ia adalah sesuatu yang teruk sedangkan tanpa kita sedar kita sering melihat perkara yang sama di TV di rumah kita. Jika orang bukan artis berfesyen dan make-up ala-ala artis, mesti kita rasa meluat. Tapi jika drama di TV mahupun di konsert-konsert, tidak pula kita meluat tengoknya. Kerana apa? Kerana mereka artis.

Antara foto artis yang sopan.

Di karpet-karpet merah atau karpet biru sesuatu event besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Skrin, kita pasti dalam lihat perangai mereka dalam berfesyen. Dan macam omputih. Skirt pendek paras peha dan fesyen berkemban dan jadi semacam trend. Gadis melayu Islam tiada lagi perasaan malu untuk menayangkan tubuh kurniaan Allah. Tapi kita tak rasa apa-apa jika kita tidak memandangnya dan menilainya dengan iman.


Drama Yang Baik Tapi Tidak Bersyariat.

Kalau dalam drama pula, untuk drama-drama romantik atau berbentuk nasihat dan pengajaran sekalipun, pelakon-pelakon bersungguh menjiwai watak yang diberikan. Sebagai contoh, watak suami isteri mahupun watak adik beradik atau watak antara anak dengan ayah dan ibu. Saya sangat yakin begitu banyak batasan aurat dan pergaulan yang tidak dijaga dan dilanggar, kan?

Tapi, kita tak rasa apa-apa pun. Mungkin mesej pengajaran kekeluargaan yang dibawakan lebih kuat daripada nilai-nilai Islam dan batas pergaulan yang patut kita jaga. Ini kerana pada hakikatnya secara reality mereka tak ada sebarang ikatan yang membolehkan scene tersebut dilakukan bersama.

Ya, memang, mereka menjiwai watak yang diberikan. Berpelukan antara anak lelaki dan emaknya tika kesedihan. Watak suami isteri yang berpegangan tangan semasa shopping dan sebagainya.

Ini belum lagi dikira watak-watak di ranjang yang sekarang ni memang biasa dilakonkan oleh artis-artis ISLAM di Malaysia Negara Islam ini. Jika ditanya mengapa sanggup berlakon begitu, jawapannya:

“Pengarah minta saya lakonkan macam tu. Dan saya cuba menjiwai watak yang diberikan supaya peminat-peminat saya tidak kecewa dengan mutu lakonan saya.”

Jahil sungguh. Allah dah minta kita tutup aurat dan menjaga batasan dengan bukan mahram sejak berzaman-zaman lagi. Tapi cakap pengarah juga yang diikutnya. Mungkin pengarah tu boleh selamatkan dia kat neraka nanti kot.

Shawl itu memang cantik dipakai muslimat.
Tapi ia pasti lebih cantik jika dililit dengan syariat.
...............................
Awak... Awak cantik sangat bila awak tutup aurat.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Kalau nak jadi perempuan yang baik-baik, tutuplah aurat dengan sempurna. Jadi anak yang baik dalam drama sahaja tak cukup jika aurat terdedah atas bawah.


Bertaubat Sebelum Terlambat.

Sahabat-sahabat sekalian.
Artist juga adalah manusia. Tidak terlepas daripada undang-undang Allah. Tetap akan mati. Masuk kubur yang sama saiznya. Tetap berkapan putih saat dikebumikan. Tetap dihisab di akhirat kelak. Dan yang pastinya tetap tidak terlepas dengan balasan atas dosa yang dilakukan.

Jika kita meminati mana-mana artis dan kita sayangkan dia sangat-sangat pun, berdoalah kepada Allah selalu supaya dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah kepadanya. Moga-moga suatu hari nanti akan datang sinar petunjuk supaya mereka kembali kepada ajaran Islam dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.


Catatan: Sekarang dah ramai artis-artis yang kembali kepada Islam yang sebenar. Alhamdulillah. Tapi malangnya ada golongan tertentu yang sering menjatuhkan artis-artis yang sudah bertaubat ini. Sedih. Ada yang dituduh tunjuk baik. Ada yang kata sebab nak publisiti. Ada yang mengejek tidak bersebab. Moga diampun dosa golongan itu. Wallahu’alam.

Saturday, January 14, 2012

Collection: My Facebook Status #4



Bila saya update status tentang CINTA.
Orang kata saya doktor Cinta.
Bila saya update status tentang WANITA.
Orang kata saya jiwang.
Bila saya update status tentang KAHWIN.
Orang tanya dah ade calon ke belum.
Bila saya update status tentang ANAK-ANAK.
Orang tanya bila nak kawin.
Hurm, macam-macam la.
Hihi . . . For sure, I'm still single.


Tidak salah anak-anak memasang impian
Untuk menjadi Doktor, Jurutera, Angkasawan.
Tapi ibu bapa jangan sampai alpa
Untuk mengingatkan mereka
Impian utama yang perlu dicapai.
Itulah mardhatillah dan keberkatan
Juga tempat di syurga abadi.

Maaf,
Bukan sekadar lafaz.
Tapi perlu ikhlas dari hati.
Supaya kesannya terus ke nurani.
Menyambung kembali silaturrahmi.
Bersama mencari redha Ilahi.

Kecik-kecik dah couple. Besar-besar nanti nak jadi apa? Umur belasan tahun, dah pandai pakai seluar baju ketat, dah pandai dating-dating bagai. Alasannya, untuk seronok. Hurm . . . Bila dah terlanjur, pasal itulah dengan mudahnya dorang jawab, untuk seronok-seronok.
~ Berikan perhatian penuh kpd anak-anak anda. Anak saya yang bakal menyusul nanti akan melalui zaman yang lebih sukar daripada zaman ini.

Senyap sunyi.
Menyendiri sepi.

Tersenyum sendiri.
Tertawa menggusi.
Ukhwah bersemi.

Yang penat, jari.
Fenomena manusia kini.

:: FaceBook ::

Aku sayang kamu,
Kamu juga sayang aku,

Biar doa kita bersatu,
Biar kasih kita beradu,
Biar ukhwah kita berpadu,
InsyaAllah di syurga kita bertemu.

::Dedicated to all of my sahabat.

Wahai Lelaki,
Hati wanita ni rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.

Wahai Lelaki,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.

Kadang2 ia berlaku tanpa kita sedar.

Tidak perlu bangga kahwin muda, jika dimulakan dengan maksiat segala.
~ Tapi berkahwin itu adalah salah satu usaha mereka untuk tidak terus dibelenggu dosa. Good la . . .

Cantik jugak kalo Muslimat pakai shawl. SWEET je. Tapi, kalau beli shawl mmg kena beli yang pendek-pendek ye? Lilit, lilit, lilit. At last, sempat lilit tengkuk je. Kenapa tak beli shawl yang 10 meter? Boleh lilit sampai pinggang. Kalau tak nak beli yang 10 meter pon takpe, ambik je langsir kat bilik tu. Asalkan dapat menutupi dada dan ikut syarak, sudah la. . Hurm . .
~ Selalu jugak nampak orang pakai shawl yang labuh dan ikut syara'. Ok je.. Tak mengurangkan pesona dia sebagai wanita pon.

Abang: Adik, sudah-sudah la main FB tu. Pegi belajo la. Exam final dah dekat tu.
Adik: Sekejap la bang, esok pagi adik ganti la masa study adik yang malam ni punye.
Abang: Hakikatnya, masa yang berlalu takkan terganti dik. Adik telah menzalimi masa pagi esok tu. Sepatutnya pagi esok diisi dengan perkara lain yg berfaedah. Hurm . . .

Wahai Hawa,
Kejarlah citra pesona Muslimah
Mengapa terikut Barat?
Islam itu sudah sempurna
Janganlah abaikan ia . . .

Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.
~ Pencarian akan diteruskan . . .

Siapa kata saya suka main Facebook?
Saya suka guna Facebook je.
~ Main VS Guna . . . Anda bagaimana???

Sebelum kata bermadah sepi.
Sebelum mata tertutup rapi
Sebelum lena diulit mimpi.
Sudah, cukuplah setakat ini.
Ampunkan segala kesalahan diri.
Semoga bertemu mentari pagi. ~

Dakwah pada bila-bila masa.
Di mana jua anda berada.
Saat sedih atau gembira.
Pastikan jadi amalan sentiasa.

Usrah bukan hanya medium ceramah ilmi.
Tapi juga adalah halaqah penyatuan hati.
~ Jom ubah mind setting kita: Usrah sangat beshhh ...!!!


Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati.

Ada yang kata:
"Haram mengambil perempuan sebagai kekasih jika tiada niat untuk mengahwininya."
~ Si A jadikan Si B sebagai kekasih dan berniat untuk berkahwin. Tapi sebelum berkahwin, si A selalu keluar dating dgn Si B, pegang tangan, sayang-sayang dgn Si B, berhubung tanpa keperluan, maka HARAM juga hukumnya.

Kalau kita mengaku kita beriman, bila akan berlakunya kiamat tidak patut jadi persoalan. Perkara yang perlu kita concern adalah, adakah kita bersedia untuk menghadapi kiamat? Pada hari ini, pada saat ini..

Cinta,
Bukan untuk diabai tapi dibelai.
Bukan untuk dipuja tapi dijaga.
Supaya ia menjadi mulia,
Dan bukannya tercela.

Wahai Daie,
Jangan mengeluh selalu.
Andai diri tidak mampu buat semua,
Buatlah apa-apa sahaja yang kamu mampu.
InsyaAllah, ada ganjaran untuk kamu daripadaNya.

Cinta itu suci. Nafsu itu berani.
Nafsu yang terjaga lebih mulia daripada cinta yang tercela.

Kepayahan itu memang payah. Tapi sebenarnya kesenangan itu lagi payah kerana kepayahan itu bukanlah sepayah kesenangan yang sememangnya lebih payah daripada kepayahan.
~ Kesenagan itu adalah musibah.

Mengapa masih menagih cinta insani?
Mengapa masih mengejar kasih manusiawi?
Sedangkan cinta Allah adalah cinta hakiki.
~ Cinta itu adalah fitrah, jangan sampai ia menjadi fitnah.

Saya tak kesah nak approve sesiapa yang add saya (tidak mencurigakan) sebab dengan niat supaya saya dapat berkongsi ilmu dan link yg bermanfaat via Facebook ni. Dulu saya kesah, sekarang dah tak kesah.
~ Sama-samalah kita menjadi orang yang memberi manfaat dan juga orang yang mendapat manfaat.

Alasan orang muda takut kawin awal:
"Ala, malas lah kawin awal sangat. Nanti tak boleh nak enjoy2. Zaman muda-muda camni la kita nak enjoy, kan. Hurm. Kbai . . ."
~ Persoalannya, kalo kawin awal, mmg tak enjoy ek? Sendiri jawab.

Sharing is caring, right?? Tolong bg pendapat boleh?
Apakah persamaan buat maksiat dan berdakwah?
Then, bg juga perbezaan antara keduanya.
Maksiat = Couple, dating, hiburan berlebihan, buat benda yang sia-sia dll.
……………………..
Contoh: Persamaan. Sebab dapat kepuasan. Untuk isi masa lapang. dll.

Keberjayaan agenda sekularisme (memisahkan urusan dunia dan akhirat) dapat dilihat dengan lahirnya doktor yang mata duitan, jurutera yang kaki rasuah, ahli politik yang pentingkan diri dan pegawai-pegawai yang gilakan jawatan dan nama.
~ Nauzubillahi min zalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Kita kena faham erti jodoh itu dahulu. Jodoh bererti pasangan dan bukannya pasangan selamanya.

Engkau adalah ANUGERAH daripada Allah dan aku adalah MUSIBAH.


Jom positifkan diri dan fikiran kita.
~ Moga segala yang berlaku lepas ni, positif-positif belaka

Mode: Video Editting . . .
~ Melalui video juga, kita mampu untuk berdakwah. Jangan jumudkan fikiran. Kita dalam dunia Internet tanpa sempadan. Gunakan segala ruang dan peluang yg ada untuk manfaat Islam. Sebaran dakwah melalui Blog, FB, Youtube lebih cepat berbanding cara biasa. Tapi mungkin kesannya tidak macam dakwah face to face. Masing-masing ada cara sendiri. Keep it up, daie !!

Memangla tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah. Tapi, at least try la untuk menghampiri kesempurnaan tu. Selamat Tahun Baru Hijrah . \(^_^)/
~ Usaha selagi termampu untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Kenapa kecewa? Sedangkan itu memang takdir ilahi.
Kenapa sedih? Sedangkan itu yg terbaik untuk diri sendiri.
Kenapa sunyi? Sedangkan Allah sentiasa menemani.
~ Allah Always Be There

Jom islahkan FB kita masing-masing. Sambil-sambil berFB pon boleh buat pahala saham akhirat. Jadi kenapa tak ramai yang nak amik peluang ni?