Sejak kecil, kita diajar oleh orang tua kita supaya berdoa. Malah setiap kali habis solat, ayah kita mesti sertakan dengan doa. Dijadikan amalan. Jangan jadikan ini budaya, tapi jadikan ini sebagai tuntutan agama dan kita perlu faham kenapa kita perlu berdoa.
Tapi itu zaman kecil-kecil bersama ibu bapa kita. Kini, kita sudah remaja. Solat pun berjauhan dengan mereka. Doa pun kadang-kadang express. Laju sangat sebab mahu mengejar perkara lain. Assignment, ajakan kawan untuk keluar, Facebook, TV dan sebagainya.
Semakin besar, rasa semakin malas berdoa. Kerana merasakan hidup sudah cukup semuanya. Makan cukup, minum cukup, belajar pun dah pandai, duit elaun melimpah-limpah dalam bank. Perlu ke berdoa lagi? Nak minta apa lagi? (Sombongnye kau.)
Perlu faham kenapa kita perlu berdoa.
Sahabat-sahabat, mungkin kita rasa hidup kita sudah cukup serba serbi, tapi pernah atau tidak kita fikir tentang masa hadapan. Hanya Allah yang tahu tentang masa depan kita. Baik atau buruk. Bila berfikir jauh ke depan, kita akan terfikir soal jodoh kita, soal perkerjaan kita, soal zuriat yang bakal menjadi tanggungjawab kita dan soal kematian dan destinasi terakhir kita juga; syurga atau neraka?
Haa.. dah confirm ke semuanya akan baik belaka.
Dah confirm kita dapat jodoh yang baik?
Dah confirm kita dapat pekerjaan yang menjamin?
Dah confirm zuriat kita soleh solehah?
Dah confirm ke kita dapat masuk syurga?
Hakikatnya semua tiada confirmation. Jadi berdoalah semoga Allah berikan yang terbaik untuk hidup di dunia dan akhirat kita.
Susah Nak Hafal Doa
Susah? Doa sebenarnya mudah. Sangat mudah. Mintalah apa-apa sahaja daripadaNya. Berdoalah dalam bahasa apa pun. Allah faham semua bahasa. Kalau susah nak hafal doa-doa dalam Bahasa Arab, doa dalam Bahasa Melayu boleh, Bahasa Inggeris boleh, Bahasa Mandarin boleh, Bahasa Jowo (Jawa) pun boleh sokmo.
Doa tiada skrip khusus. Setiap apa yang kita hajatkan, berdoalah dengan bahasa yang mudah. Tiada salahnya. Malah tidak berdosa pun. (Tapi memang ada doa-doa yang khusus. Doa yang lazim dibaca selalunya bersumber daripada AlQuran dan Hadith)
Ya Allah, berilah aku kejayaan dalam exam esok.
Ya Allah, esok aku nak balik kampong. Selamatkanlah perjalananku.
Ya Allah, mudahkanlah urusan hidupku hari ini.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapaku.
Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurgaMu.
Mudah kan? Penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas. Tiada skrip khusus kan? Jom amalkan. Setiap apa yang kita ucapkan seharian juga adalah doa. Berhati-hatilah dengan apa yang kita ucapkan.
Allah Tak Makbulkan Doa Aku.
Siapa kata Allah tidak makbulkan doa kita? Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Tolonglah jangan buruk sangka dengan Allah. Kita minta kejayaan pointer 4.00 daripada Allah. Tapi kita just dapat 3.50 sahaja. Bersyukurlah. Muhasabah semula. Kenapa Allah tak bagi 4.00 seperti yang kamu doakan? Ada macam-macam kemungkinan.
1.Kita doa tidak ikhlas.
2.Niat belajar tidak betul.
3.Diri masih bergelumang dengan dosa.
4.Kalau kita dapat pointer 4.00, kita akan riak dan hanya menambahkan dosa.
Kawan-kawan,
Secara zahirnya, kita melihat bahawa doa kita tidak makbul. Namun, hakikatnya Allah sudah gantikan doa kita itu dengan benda yang lebih baik yang tidak kita sedari. Tapi adakah berhenti berdoa adalah jalan yang terbaik? Sombongnya kita dengan Allah. Siap boleh merajuk-rajuk lagi. Allah baru uji kita sedikit, tapi mudah betul kita berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah kerana rahmat Allah itu sangat luas. Tak terkira luasnya.
Teruskan berdoa, insyaAllah akan dimakbulkan semuanya. Mungkin tidak akan dimakbulkan setahun dua ini, tapi Allah akan makbulkan juga suatu hari nanti. Yakinlah dengan janji Allah seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."
Moga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berdoalah sebanyak mungkin. Jangan malas. Doa itu perlu disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh juga. Janganlah doa 24 jam, usaha tiada, tapi nak result 4.00 a.k.a 4 flat. LOL.
Assalamualaikum w.b.t.
ReplyDeletesuke dengan post ni..adakalanya pernah terjadi pada diri sendiri, tetapi apabila muhasabah diri semula,ianya bergantung pada diri sendiri dan doa itu...ya..adakalanya Allah tak makbulkn semua doa kita sebab Allah nak bagi yang lebih istimewa pada diri kita.. =))
cukup bermanfaat. Thanks :)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteWaalaikumussalam..
Hargai apa yang kita ada. Syukuri apa yang kita miliki. InsyAllah Allah dah susun yang terbaik untuk kita. Jangan bersangka buruk dgnNya.
@Muhammad Afiq Bin Md Nasir
ReplyDeleteAlhamdulillah.. welcome Afiq..
jangan asingkan kehidupan kita dari doa..
ReplyDeletemohonlah kepadaNYA,insyaAllah DIA perkenankan...
perkongsian yang membina..jazakallahu khoiran...
@Nurul Asyiqin Ilmuna
ReplyDeleteBetul tu... doa adalah senjata orang mukmin.. berdoalah di mana jua, bila-bila masa sahaja..
saya suka post ni.... mekaseh sebab ingatkan :))
ReplyDelete@DS Mazdasa
ReplyDeletesame-same..
Faisal..thanks tau...betapa sombongnya aku dgn Allh skrg..huh...dah jauh aku dr DIA
ReplyDeleteill be better..start slowly...
thanks again
terharu owh...
@yamiya's rian
ReplyDeletewelcome. Masih sempat untuk berubah.. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Dia sayang dengan hambaNya, sentiasa memberikan peluang kpd kita utk bertaubat.. gunakan peluang ini sebaiknya sblm terlambat..
saye nangis bace entry ni....
ReplyDeletesaye asyik kecewe bile dapat result...
mungkin saye kurang usaha tapi selau berdoa........saye mungkin malas
Allah bagi bile kite usaha......
kalau doa tanpa usaha..tiada gunenye juge...,,,usaha selaras dengan doa...insyaAllah kejayaan dtg....:P
Allahurobbi. semoga kite peroleh kejayaan sahsiah dan akademik keduanya.. dan juga cemerlang dunia akhirat insyaAllah..
Deletehttp://harithfaisal.blogspot.com/2012/04/istidraj-dont-make-allah-let-us-astray.html