Thursday, January 5, 2012

Andai Tiba Saat Itu

Entry kali ini saya dedikasikan untuk pelajar-pelajar saya di SMKA Slim River terutamanya ahli kelas 1 Ibnu Sina (2011), 4 Ibnu Rusyd (2011) dan 5 Ibnu Taimiyah (2011).



Tiba-tiba rindukan hidup saya yang dahulu. Hidup saya beberapa bulan lalu. Hidup sebagai seorang guru. Rindukan sekolah. Rindukan anak murid. Rindukan sangat dengan suasana itu. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia miliki. Benda yang tak ada, itulah yang dia nak.
........................................................................................

Saya pernah menjadi guru sementara di SMKA Slim River semasa pertengahan tahun 2010. SMKA Slim River juga sebenarnya adalah sekolah saya sendiri. Inilah antara catatan pengalaman saya sebagai seorang pendidik dalam blog BHCK:

.........................................................................................

Tapi, sebenarnya memang seronok jadi seorang cikgu. Sebab dapat mencurahkan ilmu yang kita ada kepada orang lain – anak murid kita. Dalam kelas boleh buat lawak merapu. Bergurau dengan mereka semua. Gurau senda mereka. Belanja sekelas makan ais krim pada tengah hari yang terik. Hihi. Sangat membahagiakan.

Macam-macam program saya join. Sambutan Hari Guru, Hari Sukan Tahunan, Hari Kokurikulum, Perkhemahan Perdana, Tamrin Rohani, Lawatan Ke Terengganu dan pelbagai lagi. Pengalaman yang sangat bermakna.






Setiap hari lepas tamat sesi persekolahan, saya sangat menanti esok harinya untuk berbakti kepada anak bangsa. Supaya dapat bersama-sama mereka. Orang kata, bila kita minat sesuatu perkara, kita akan suka, teruja dan tak jemu untuk melakukannya. Ya, saya memang minat mengajar. Dan pernah juga bercita-cita untuk menjadi cikgu.

Tapi mungkin takdir menentukan saya berada di bidang lain. Kini sedang belajar di UKM dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian – Sains Aktuari. Ini adalah jalan hidup yang terbaik daripada Allah untuk saya.


Andai Tiba Saat Itu

Hari berganti hari. Setiap hari dihitung. Semakin hari, semakin hampir dengan hari itu. Hari terakhir saya sebagai seorang guru sementara. Laju je masa berlalu pada hari itu.

Saya sempat membooking bilik ICT untuk kelas terakhir saya. Kelas terakhir bersama 4 Ibnu Rusyd (Aliran Akaun). Hari itu sangat istimewa untuk mereka sebab saya tidak mengajar subjek Matematik atau Matematik Tambahan, tapi saya mengajak mereka untuk menonton video-video berbentuk jenaka, ilmiah dan Islamik. Tamat satu video, saya akan tanyakan kepada mereka, apakah ibrah dan pengajaran yang didapati daripada video itu. Alhamdulillah respon sangat baik. Bagus betul anak murid saya.

Gembira melihat mereka gembira.


Bila Bergenang Air Mata

Video terakhir yang saya tayangkan adalah video Lagu Teman by The Lion Story Feat Zahidah. Sebak. Hampir menangis bila menghayati liriknya. Ditambah pula dengan alunan muziknya yang sangat sentimental. Kompem feeling. (Sebenarnya dah bergenang air mata, tapi sikit je). Sedih sebab 2 bulan lebih mengajar mereka. Dah macam keluarga sendiri. Mungkin sebab terlalu banyak kenangan indah tercipta bersama mereka selama 2 bulan ini membuatkan aku jadi begini. Lol. Okey. Habis dah cerita sedih-sedih.

Tak payah nak sedih sangatlah kan. Sebab rumah saya sangat dekat dengan SMKA Slim River. About 5 km only. My little brother also study there. So, i have  more time to spent there with my students.

Terharu juga sebab dapat banyak hadiah daripada anak murid saya. Terima kasih banyak-banyak. Susah-susah je. Dapat hadiah sejadah, kain pelikat, butang baju melayu, stokin dll. Thanks lagi sekali.

Sebenarnya memang tak biasa tulis entry dalam bentuk cerita. Masa sekolah dulu pun, cikgu Bahasa Melayu tak galakkan saya tulis karangan jenis cerita sebab nanti mesti jadi merapu-rapu. Jadi, entry tamat di sini.

Moga perkongsian cerita saya ini dapat menjadi inspirasi buat kawan-kawan yang mahu memohon untuk menjadi guru sementara semasa cuti-cuti panjang yang pasti kita lalui. Semoga berjaya dapatkan kerja tu. Memang best dan insyaAllah tak menyesal.



Lagu Teman – The Lion Story feat Zahidah

Pertama kali kita berjumpa
Tidak kepastiannya ternyata
Diriku dipenuhi soalan
Ku tiada teman

Aku terlihat insan yang keliru
Air yang deras mencermin wajahku
Engkau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Detik masa kini kedengaran
Aku mengucap selamat jalan
Kepada teman yang sering menghibur
Dengan gurauan

Bagaikan anak yang baru dilahir
Titisan mata pun mula mengalir
Di simpang jalan kita menyebut
Kata terakhir … Wooo oooo

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Ku hargai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga kita dapat bertemu semula
Kerna aku yakin engkau ‘kan sentiasa di hatiku

11 comments:

  1. Assalamualaikum

    Macam mana harith boleh apply jd guru sementara kat smka? seronoknya jadi cikgu, dapat berkongsi apa yang berguna di dada.

    ReplyDelete
  2. @pEAcEvSwaR
    Wasalam..
    1. Sebab kebetulan masa tu cuti 4 bulan
    2. Rumah dekat dengan sekolah.
    3. Cikgu kenal sebab sebelum ni mmg sekolah kat situ.
    4. Kebetulan masa cuti panjang tu, ade cikgu mathematik yang bersalin. Jadi saya gantikan dia.
    5. Dan kebetulan juga, saya ambil kursus Sains Aktuari (Matematik Kewangan kat UKM). Sesuai la dengan kekosongan yang ada masa tu.

    itu je kot.. semuanya memang byk yang kebetulan.. Alhamdulillah Allah permudahkan. dan berharap untuk dapat peluang macam tu lagi lepas ni.. Ameen..

    ReplyDelete
  3. hm, ni Ukhti Zainab, igt nak jd anon j. So, akak paling suka kat jawapan no 4 tu. Kalau nak apply jd guru sandaran, xsusah ye? Ke memang ada cikgu mai offer datang mengajar kat smka? btw, akak da lama sgt xbalik sek, last time korang tgah spm. InsyaAllah, nanti akak akan turun tamrin qiyadi.

    ReplyDelete
  4. @pEAcEvSwaR
    haah.. memang ade cikgu offer. sebab sepatutnye kalo nak apply jadi cikgu ganti, kite kne apply sendiri kat PPD. tapi klo sekolah tu sendiri ade calon yg dorang nak, dorang boleh hantar nama calon tu ke PPD. so, mmg boleh dapat la. Susah kalo hantor name ke PPD sebab mmg ramai yg minx guru sandaran. so, kena queue la..

    ReplyDelete
  5. @pEAcEvSwaR
    kalo hantar nama sndiri kat PPD mmg susah dapat.. Tapi kalo sekolah yg antarkan, insyaAllah mmg dapat..

    ReplyDelete
  6. jadi cikgu tu sgt menarik kn? lagi2 bile kite minat sgt dgn bidang tu..

    saye pon pernah alaminya.. cuma versi lebih kanak2..

    jemputla baca ^^

    http://atieyika.blogspot.com/2010/08/memori-ustazah-atiqah.html

    ReplyDelete
  7. @sukma atiqah
    ok.. dah bace..cerita awak menarik.. nice sharing.. tp pglmn kite x same kot.. coz awak ajar budak sekolah rendah.. saya sekolah menengah. tpi lebih kurang same je kot.. hihih..

    ReplyDelete
  8. salam..harith bile mung maghi ganu?ak napok arfa batik...maghi dop kkabo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. aku gi sane bln 6 or 7 thn lepas.. xyah la nak cakak ganu sgt dgn aku.. tp aku ade je lalu UMT mase tu.. mase tu pon ko cuti jugak la.. chalet yg aku duduk tu dekat je dgn UMT dlm 10 minit je kot..

      Delete