Jika kita dalami secara terperinci seorang demi seorang sahabat kita, kita akan dapati setiap daripada mereka menyimpan rahsia tersendiri. Bukan semua perkara boleh dikongsi. Itu hak mereka untuk merahsiakannya. Tapi kita tanpa sedar menganggap kita tahu segalanya tentang sahabat kita. Sedangkan yang dalam fikiran kita hanyalah sangkaan kita semata-mata.
Kita jadi manusia ni jangan lah judgeable sangat. Kita selalu fikir apa yang kita nampak sahaja. Tapi kita tak nampak dan tak pernah nak fikir kenapa dan apa sebabnya berlaku apa yang kita nampak tu.
Contohnya, ada seorang manusia. Namanya Ady. Seorang lelaki. Tapi tak suka naik motosikal. Bila orang suruh dia bawa motor, dia bagi alasan, malas la, tak nak la. Padahal takut. Jadi, kawan-kawan pun buruk sangka dengan Ady. Cakap dia penakut la. Lelaki tak siap la. Apa la.
Ada seorang lagi namanya Helmi. Dia ni kedekut betul. Orang nak pinjam motor pun tak boleh. Apatah lagi nak pinjam duit daripada dia. Punyalah kedekut. Ok, itu harta dia. Ikut suka dialah.
Wujud pula seorang perempuan. Her name is Sally. Dia ni tak suka bersukan. Tiap petang, orang ramai-ramai pergi jogging, dia terperap sahaja dalam bilik. Study, study, study.
Maka timbullah spekulasi bahawa Adam adalah seorang penakut, Ady adalah seorang yang kedekut dan Sally adalah seorang yang kera sumbang.
Begitu mudah kita menghukum mereka.
Itu Salah Kita
Pernah atau tak kita bertanya kepada mereka: Kenapa kamu macam ni? Kenapa kamu begitu?
Kebenarannya, Ady pernah mengalami kemalangan tahun lalu semasa menunggang motor. Malah kemalangan itu meragut nyawa adiknya dan nyaris-nyaris juga meragut nyawanya. Dia trauma. Jadi, salahkah dia trauma? Tak. Yang salahnya kita kerana kita tak pernah bertanya.
Helmi bukanlah orang yang kita bayangkan. Dia berasal daripada keluarga yang susah. Dan sering ketiadaan wang. Sejak kecil diajar oleh orang tuanya untuk menyayangi barang yang dimiliki? Salahkah dia mengikut cakap orang tuanya? Tidak. Yang salahnya kita kerana kita yang tidak memahami.
Sebagai anak sulung, Sally adalah harapan keluarga kerana 6 orang adik dibawahnya semua masih bersekolah. Ibubapanya mengharapkan Sally dapat kerja yang baik untuk membantu adiknya setelah habis Degree. Itulah kebenarannya yang takkan kita peroleh tanpa kita ambil tahu masalah mereka.
Lepas ini, kita kena jadi lebih kuatkan taaruf dengan sahabat-sahabat kita. Moga tiada lagi buruk sangka dan spekulasi negative terhadap mereka.
Kesimpulan
Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan.
Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]
tapi kadang kala untuk husnuzon terhadap sahabat itu amat payah walaupun ia bukanlah suatu perkara yang sukar..
ReplyDeletemungkin kita memang berusaha untuk husnuzhon tapi kadang-kadang terlepas pandang perkara ini. Tapi yang penting berusaha untuk husnuzhon untuk menjaga hubungan baik kita dengan sahabat2..
Delete:) mabruk yg akhi.. peringatan yg brmakna
ReplyDeletesyukran ya ukhti. Moga peringatan yang bermakna ini betul-betul memberi makna kepada insan yang sedang memaknakan kehidupan berukhwah..
Deletesy baru follo blog kamu..klau rajin singgah la blog sy dan kalau sudi follo..blh share cerita (^_^)
ReplyDeletetQ Syira Rara. Saya folow blog awak.
Deletetapi mcm mne kalo kawan kte sendri suke sakit kan hati kte..kdg2 da mals nak layan org mcm tu....huh.....:(
ReplyDeletesakitkan hati macam mane ek?? maybe untuk permulaan, berlapang dada la.. maybe dy nak bergurau kot.. anyway, try la sebaik mungkin utk berbaik dgn semua orang..klo x boleh juga.. guna org tgh untuk perbaiki hubungan tu,..
DeleteLike!!!!
ReplyDeleteSetuju!
(.^^)/
Deletealhamdulillah..syukran..ilmu yg brmanfaat.. :)
ReplyDeletekalau ia tidak bermanfaat, maka sia-sialah entry ini ditulis.. sia-sia masa dan tenaga.. moga tidak tergolong dlm klgn orang2 yg rugi..
Delete