Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Wednesday, June 6, 2012
Approve FB Wanita Yang Tak Dikenali? Perlukah?
Harith, kalau ada perempuan yang ko tak kenal add ko kat FB, ko approve tak?
Harith pun menjawab: "Aku approve je. Apa salahnya? Dengan harapan, daripada 100 post aku dalam wall, dia terbaca salah satu daripadanya. Daripada 10 status aku, mungkin 2 atau 3 dia dapat jadikan peringatan dalam kehidupan dia. Dan peringatan itu juga mestilah untuk diri sendiri juga. Sendiri tulis, sendiri mesti lebih ingat la bro."
Tak salah kot. Jangan nak perasan hot sangatlah. Macamlah wanita-wanita tu add kita sebab minat kat kita. Yang penting dakwah sampai. Eeerrr, rasa macam sopan je bila guna word 'wanita' compared to 'perempuan'. (^^)'
Tapi serius saya tak suka wanita-wanita post on my wall. Melainkan untuk promote program2 dakwah, boleh la. Selalunya yang dipromote adalah program Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dan PMUKM (ORIGINAL).
So, wahai wanita sekalian, nak say sorry awal-awal lah kalau ada post-post anda yang saya delete. Bukan benci, tapi malu.
Tuesday, June 5, 2012
My Sahabat: Mohammad Al Amin Bin Mohammad Shukri.
Nama dia Mohammad Al Amin Bin Mohammad Shukri. Berasal dari Kota Marudu, Sabah. Dia suka kacau saya. Huh, tengok, masa orang snap gambar pun nak kacau. Dia seorang yang sangat independent. Tanya sahaja pasal motor, kereta, semua dia tau. Bisnes? Dia sangat minat business. Seumur hidup saya, tak pernah lagi nampak dia marah. Mungkin dia ada penyakit 'happy go lucky' kot. (^^)'
Memegang taklifan sebagai Exco Lajnah Ekonomi dan Perniagaan dalam Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) bagi Sesi 11/12 dan 12/13.
Ukhwah fillah abadan abada.
Wednesday, March 21, 2012
Usrah: Bulatan Gembira Saya
Usrah, halaqoh, circle, bulatan gembira atau apa sahaja nama yang digunakan. Ia tetap adalah pertemuan hati-hati yang mahukan keindahan Islam. Ayuh ubah persepsi. Usrah sangat menyeronokkan. Dalamnya kita berukhwah, makan bersama, main bowling bersama dan berkongsi ilmu yang kita ada. (^^)/
..............................
Saya ada bulatan gembira saya sendiri. Anda bila lagi?
Saturday, February 25, 2012
Suapan Pertama Untuk Sahabat. Best. Inilah Talam Ukhwah Kami.
Entri ini didedikasikan khas untuk adik-adik junior saya di SMK Agama Slim River (SRISS).
.........................................................................
Makan dalam talam? Sesiapa yang pertama kali dengar mesti pelik. Membayangkan makanan yang banyak diletakkan ke dalam satu talam bulat besar sepemeluk orang dewasa. Kemudian dikelilingi oleh 5-6 orang yang kelaparan dan setelah bacaan doa makan selesai, mereka semua berebut-rebut untuk mendapatkan makanan sebanyak mungkin. Haha..
Dan tidak kurang juga yang memberikan reaksi menjijikkan saat kaedah makan dalam talam ini dijelaskan kepada mereka. Sama seperti yang saya lalui ketika menceritakan perkara ini kepada mereka (junior SMKA).
Suapan Kasih Sayang Yang Menimbulkan Rasa Cinta
“Abang, macam mana saya nak nak makan satu talam dengan diorang? Tak biasa la. Geli la. Tangan tu bukannya bersih sangat pun. Uwek.. uwek..”.
Tak ada apa yang nak digelimualkan pun sahabat-sahabat sekalian. Sampai satu masa bila kita dah biasa makan dalam talam, kita akan buat lebih daripada itu iaitu menyuap sahabat-sahabat setalam kita dengan tangan kita sendiri. Suapan pertama untuk sahabat ye. Tapi kalau nak suap sahabat sampai semua makanan habis pun tak apa. (^^)
Apabila ditanya kepada junior-junior saya berapa ramai yang pernah makan dalam talam. Lebih kurang 1/10 daripada mereka pernah melakukannya. Pernah makan dalam talam semasa program motivasi, Kem Anak Soleh, kenduri kendara dan sebagainya.
Soalan saya seterusnya adalah berapa ramai yang pernah menyuap sahabat-sahabat lain? Maka yang mengangkat tangan hanyalah beberapa orang sahaja.
Saat makanan itu disuap ke mulut sahabat kita, maka saat itu mengalir bersamanya keikhlasan, kemesraan dan kasih sayang dalam suapan kita. Maka, timbul suatu rasa cinta yang luar biasa. Cinta kerana Allah. Allahu Robbi, tidak tergambar dengan kata-kata keindahannya. Kalau nak tahu, try lah sendiri. ^^
Selalu orang main suap-suap ni masa slot makan beradab Walimatul Urus sahaja. Itu pun pakai sudu. Sebenarnya, kalau nak lebih romantik, suaplah pasangan guna tangan sendiri. Hihi. Barulah true.
Hukum Makan Dalam Talam
Ramai yang berpendapat bahawa makan dalam talam ini bukanlah sunnah Rasulullah. Tapi yang baginda sarankan adalah supaya kita makan secara berjemaah. Wah, makan pun perlu berjemaah? Ingatkan solat sahaja yang perlu berjemaah. Subhanallah, indahnya Islam.
“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata:
Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.
Dalam dunia realiti, memang kita biasa dengar, makan banyak, gelojoh pula tu, tapi tak kenyang-kenyang juga. Kenapa? Kerana kurang barakah. Mungkin juga sebab tak baca doa. Apa kena mengena tak baca doa dengan tak kenyang?
Ini soal barakah sahabat-sahabat sekalian. Kita kena ingat bahawa yang bagi kita kenyang bukan nasi, tapi Allah yang bagi kita kenyang. Nasi itu hanyalah asbab untuk kita kenyang.
Makanan walau sedikit
Tapi dapat makan ramai-ramai
InsyaAllah berkat.
Kenyang cukup puas.
Makanan banyak
Tapi kedekut
Makan sendiri-sendiri
InsyaAllah buncit bulat perut
Tak kenyang-kenyang juga.
Pesanan Untuk Adik-Adik SMKA Slim River
Adik-adik, jadikanlah makan dalam talam ini sebagai suatu budaya yang akan mewujudkan ukhwah Islamiah yang erat dan kukuh.
Untuk kesan positif masa panjangnya adalah semoga dengan ukhwah itu dapat menimbulkan kesepaduan dan kesedaran untuk melaksanakan gerak kerja Islam yang lebih mantap bersama-sama melalui dua organisasi induk di sekolah iaitu Badan Dakwah dan Rohani dan Badan Pengawas Sekolah. Sebenarnya banyak lagi manfaat makan berjemaah dalam talam ni. Kongsilah kat sini kalau ada ye.
Adik-adik, insyaAllah amalkan makan dalam talam, barakah pasti akan diperoleh dalam bulatan talam itu. Jadikan ia bulatan gembira kalian. Pesanan ikhlas daripada Abang Senior. Wink wink.. ^^
Friday, January 20, 2012
Jangan Buruk Sangka Dengan Sahabat Kita. Cuba Tanya Apa Masalahnya.
Jika kita dalami secara terperinci seorang demi seorang sahabat kita, kita akan dapati setiap daripada mereka menyimpan rahsia tersendiri. Bukan semua perkara boleh dikongsi. Itu hak mereka untuk merahsiakannya. Tapi kita tanpa sedar menganggap kita tahu segalanya tentang sahabat kita. Sedangkan yang dalam fikiran kita hanyalah sangkaan kita semata-mata.
Kita jadi manusia ni jangan lah judgeable sangat. Kita selalu fikir apa yang kita nampak sahaja. Tapi kita tak nampak dan tak pernah nak fikir kenapa dan apa sebabnya berlaku apa yang kita nampak tu.
Contohnya, ada seorang manusia. Namanya Ady. Seorang lelaki. Tapi tak suka naik motosikal. Bila orang suruh dia bawa motor, dia bagi alasan, malas la, tak nak la. Padahal takut. Jadi, kawan-kawan pun buruk sangka dengan Ady. Cakap dia penakut la. Lelaki tak siap la. Apa la.
Ada seorang lagi namanya Helmi. Dia ni kedekut betul. Orang nak pinjam motor pun tak boleh. Apatah lagi nak pinjam duit daripada dia. Punyalah kedekut. Ok, itu harta dia. Ikut suka dialah.
Wujud pula seorang perempuan. Her name is Sally. Dia ni tak suka bersukan. Tiap petang, orang ramai-ramai pergi jogging, dia terperap sahaja dalam bilik. Study, study, study.
Maka timbullah spekulasi bahawa Adam adalah seorang penakut, Ady adalah seorang yang kedekut dan Sally adalah seorang yang kera sumbang.
Begitu mudah kita menghukum mereka.
Itu Salah Kita
Pernah atau tak kita bertanya kepada mereka: Kenapa kamu macam ni? Kenapa kamu begitu?
Kebenarannya, Ady pernah mengalami kemalangan tahun lalu semasa menunggang motor. Malah kemalangan itu meragut nyawa adiknya dan nyaris-nyaris juga meragut nyawanya. Dia trauma. Jadi, salahkah dia trauma? Tak. Yang salahnya kita kerana kita tak pernah bertanya.
Helmi bukanlah orang yang kita bayangkan. Dia berasal daripada keluarga yang susah. Dan sering ketiadaan wang. Sejak kecil diajar oleh orang tuanya untuk menyayangi barang yang dimiliki? Salahkah dia mengikut cakap orang tuanya? Tidak. Yang salahnya kita kerana kita yang tidak memahami.
Sebagai anak sulung, Sally adalah harapan keluarga kerana 6 orang adik dibawahnya semua masih bersekolah. Ibubapanya mengharapkan Sally dapat kerja yang baik untuk membantu adiknya setelah habis Degree. Itulah kebenarannya yang takkan kita peroleh tanpa kita ambil tahu masalah mereka.
Lepas ini, kita kena jadi lebih kuatkan taaruf dengan sahabat-sahabat kita. Moga tiada lagi buruk sangka dan spekulasi negative terhadap mereka.
Kesimpulan
Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan.
Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Mulakan dengan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [ An-Nur : 12 ]
Tuesday, December 27, 2011
Rehlah Ukhwah Pimpinan SRISS
Alhamdulillah, REHLAH UKHWAH kita telah tamat. Memang best dan sarat dengan aktiviti-aktiviti menarik. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Abang sangat seronok bila bersama dengan kamu semua. Panjang umur, bila ada kesempatan, boleh kita jumpa lagi. Lepas ni kamu semua yang setting kemudian, ajak abang ye. Hihi.. ^_^
Semoga ada something bermanfaat yang diperoleh daripada REHLAH UKHWAH kita ini. Ukhwah, tolak ansur, saling memahami, tidak pentingkan diri, perkongsian ilmu dan pengalaman, dan pengisian oleh Ustaz Zahidan dan Ustaz AZHAR IDRUS juga.
Happy to be there.
UKHWAH ITU INDAH JIKA SEMUANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
Selamat berjuang di medan masing-masing wahai adik-adikku. Teruskan memperjuangkan Islam. Moga thabat dalam perjuangan.
Monday, September 12, 2011
Indahnya Cinta - Love Is Beautiful
Tiada apa yang menarik dengan entry kali ini. Tapi, sila perhatikan perkataan-perkataan yang BERHURUF BESAR. Mungkin ada perkara yang menarik. Mungkinla... Agakla...
Saya dah siapkan satu video khas untuk entry kali ini. Penceritaan sepenuhnya tentang entry Indahnya Cinta - Love Is Beautiful. Semoga terhibur.
Aku nak berkongsi satu CERITA HATI
Cerita biasa-biasa sahaja
Tiada yang LUAR BIASA
Ini juga bukan KISAH DONGENG
Tapi ada pengajaran untuk semua
Cerita ini tentang CINTA DAN HARAPAN
CINTA MUKA BUKU pun boleh juga.
REMAJA memang mudah melafazkan KALIMAH CINTA
TIKA MASANYA dalam fantasi cinta
Semua mengaku sanggup BERKORBAN DEMI CINTA
Semua terpengaruh dengan PESONA CINTA.
sudah tentu adalah permata yang berkualiti
Dan ia bukan mudah untuk dimiliki
Itulah hakikatnya
PERCAYA PADAKU
Peliharalah maruah diri.
Seronok bercinta?
Hanya KERANA CINTA insan
Batasan agama jangan diketepikan
Hanya kerana INDAHNYA CINTA dunia
Jangan pula khianati cinta yang utama.
Please OPEN YOUR EYES
CINTA TERAGUNG adalah cinta Allah
Islam tidak melarang kita melakar CERITA CINTA
Asalkan cinta itu bukanlah CINTA BERSULAM NODA.
Mahukah MAHLIGAI CINTA yang dibina mendapat murkaNya?
Mahukah KELUARGA BAHAGIA hanya menjadi angan-angan sahaja?
I BELIEVE
LAYAR KEINSAFAN sudah terdetik di hati
BERIBU SESALAN sudah bersarang di jiwa
SAAT TERAKHIR sebelum LAST BREATH
Belum tentu dapat bertaubat.
Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat.
Ingatlah, yang PERGI TAK KEMBALI
Apa jadi kepada yang tak sempat bertaubat walau hanya SEDETIK LEBIH?
Yang tak sempat MENANGIS LAGI pula macam mana?
Bagaimana agaknya kehidupannya semasa MENANTI DI BARZAKH?
Yang pastinya
Allah sentiasa menerima TAUBAT SEORANG HAMBA.
SEMALAM mungkin tidak SEBIRU HARI INI
Biarlah dosa-dosa lalu TERHENTI DI SINI
Menjadi CEBISAN KENANGAN
Sebagai satu MUHASABAH CINTA
Untuk mendekati NUR TUHAN.
Yakinlah
Akan tiba hari itu
Hari untuk SEBUAH PERTEMUAN dengan si dia
Insan yang akan membimbing tangan kita ke SETANGGI SYURGA
Bahagia DI PENGHUJUNGNYA.
InsyaAllah
Wallahu’alam.
TAJUK LAGU-LAGU YANG TERLIBAT:
CERITA HATI – HAFIZ HAMIDUN
LUAR BIASA - SHAHIR ZAWAWI
KISAH DONGENG - STACY
CINTA DAN HARAPAN - FIRDAUS
CINTA MUKA BUKU – NAJWA LATIF
REMAJA - UNIC
KALIMAH CINTA - INTEAM
TIKA MASANYA – MIRWANA FEAT HUJAN
BERKORBAN DEMI CINTA - HIJJAZ
PESONA CINTA - HIJJAZ
PERCAYA PADAKU - UNGU
PERMATA YANG DICARI - DEHEARTY
KERANA CINTA - MESTIKA
INDAHNYA CINTA - NIDJI
OPEN YOUR EYES – MAHER ZAIN
CINTA TERAGUNG - HAZAMA
CERITA CINTA - ELHAMZ
CINTA BERSULAM NODA – DE HEARTY
MAHLIGAI CINTA - UNIC
KELUARGA BAHAGIA - SAUJANA
I BELIEVE – IRFAN MAKKI FEAT MAHER ZAIN
LAYAR KEINSAFAN - MESTIKA
BERIBU SESALAN – JAC NING SHILA
SAAT TERAKHIR - UNGU
LAST BREATH – HAFIZ HAMIDUN
PERGI TAK KEMBALI - RABBANI
SEDETIK LEBIH – ANUAR ZAIN
MENANGIS LAGI - FINA
MENANTI DI BARZAKH - FAREAST
TAUBAT SEORANG HAMBA – IRSYADEE FEAT HAFIZ
SEMALAM - MIRWANA
SEBIRU HARI INI - EDCOUSTIC
TERHENTI DI SINI - ASFAN
CEBISAN KENANGAN - AMAR
MUHASABAH CINTA – EDCOUSTIC
NUR TUHAN - HIJJAZ
SEBUAH PERTEMUAN - UNIC
SETANGGI SYURGA – IN TEAM
DI PENGHUJUNGNYA - IQA
Friday, September 2, 2011
Seorang Aku: Kamu Bidadariku
Sudah lama aku perhatikan kamu.
Sejak kecil. Sejak di bangku sekolah lagi.
Pakaianmu bukan seperti biasa.
Tutur bicaramu juga. Jalanmu juga begitu.
Peribadimu terjaga. Citra bidadari syurga.
Kerana apa? Kerana...
Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram,
Kamu berada di rumah bersama keluargamu.
Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan,
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu.
Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop,
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu.
Di saat orang lain memuja artis-artis,
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola.
Di saat orang lain bergelak ketawa besar,
Kamu hanya tersenyum sendiri.
Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai,
Kamu tetap dengan tudung labuhmu.
Di saat orang lain dengan make up tebal seinci,
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi.
Di saat orang lain bersama perfume mewangi,
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie,
Di saat orang lain menggayakan short sleeve,
Kamu tetap tegar memilih long sleeve.
Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan,
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’.
Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai,
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah.
Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook,
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu.
Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia,
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu.
Di saat orang lain ingin menjadi orang lain,
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu.
Sungguh, aku akan menjadikanmu bidadariku
Sebagai penemanku di dunia dan syurga abadi.
InsyaAllah.
Wallahu’alam.
Solusi
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)
Thursday, June 23, 2011
Komik: Potret Zaujahku
Entry kali ini khas dan khusus untuk Hafizi Azmi pemilik blog Alwan Pelangi. Beliau adalah classmate saya semasa di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang. Sangat tertarik dengan komik Islami yang dilukisnya sendiri. Jalan cerita yang sangat catchy dan menghiburkan. Sesuai untuk panduan pengantin remaja mahupun yang sudah lebih berusia. Lukisan kartunnya juga comel-comel belaka.
Sebenarnya, saya juga minat melukis semasa zaman sekolah rendah dulu-dulu dan rajin juga melukis. Tapi disebabkan kurang bakat semulajadi, maka minat itu terbantut. Hehe.. By the way, sampai sekarang, saya masih sangat berminat dan teruja dengan pelbagai seni lukisan dan abstrak.
Review mengenai komik beliau ini dalam entry ini adalah sebagai pembakar semangat kepada beliau untuk terus menghasilkan komik-komik Islami yang berkualiti pada masa hadapan. Untuk makluman semua, Potret Zaujahku ini adalah komik Islami pertama beliau. Good Luck Piji..!!
Selamat Membaca.
Sila download di sini :
Ataupun di sini (link alternatif) :
This comic also have been translated in English. Special for non-Malaysian readers or Malaysian readers who does'nt want to read in Malay language.
Download here :
View it on DeviantART here :
Hope you enjoy it !!
Saturday, April 23, 2011
Hei, Awak. Betul Awak Sayang Saya?
Saya buat entry kali ini memang khas sangat untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Seriously, anda semua kena jawab soalan-soalan yang saya utarakan dengan penuh ikhlas dan juga dengan tahap kejujuran yang tinggi tahap maksima.
Kalau boleh, tanyalah soalan-soalan sebegini kepada rakan-rakan anda yang juga sedang mabuk di dalam dunia fantasi cinta asmara ciptaan sendiri yang penuh dengan tipu daya duniawi yang hanyalah sementara sedangkan cinta kepada Allah adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Fuh, panjangnya ayat. Cukup nafas? Kalau tak cukup, baca dengan dua nafas. Soalan-soalannya adalah:
Betul anda sayang dia?
Sayang ke kalau bawa dia ke hulu ke hilir tu?
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau setiap hujung minggu ajak dia pergi tengok wayang?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau di dalam dewan kuliah sering duduk sebelah-sebelah?
Sayang ke kalau kat Facebook ada In A Relationship With dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu universiti tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?
Macam itukah sayang yang anda maksudkan?
Sekejap. Sekejap. Jangan jawab lagi. Soalan belum habis.
Sayang ke kalau ia hanya mengundang fitnah terhadap Islam?
Sayang ke kalau melalaikan dia dalam dunia fantasi cinta duniawi?
Sayang ke kalau mengganggu waktu ibadatnya?
Sayang ke kalau masa dia untuk anda melebihi masa dia untuk Allah?
Sayang ke kalau menjadikan dia lupa kepada Allah?
Sayang ke kalau hidup tanpa redha Allah?
Sayang ke kalau setiap langkah diiringi zina hati?
Sayang ke kalau hari-hari dilalui dengan maksiat infiniti?
Sayang ke kalau syariat Allah diketepi?
Sayang ke kalau hukum Islam dibelakangi?
Sayang ke kalau hanya akan menambahkan dosa?
Sayang ke kalau menyebabkan dia masuk neraka?
Sayang ke kalau dia tarik anda juga masuk neraka?
Sayang ke kalau anda berdua menerima azab pedih di sana?
Ha..!! Kena kat batang hidung sendiri? Dah jawab habis soalan-soalan tu? Jadi, fikirlah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Adakah kita mahu terjerumus di dalam cinta sebegini yang akan mengembirakan puak-puak syaitan durjana kerana kejayaan mereka membisikkan cinta berahi kepada sang pencinta dunia? Jawapannya, terpulanglah kepada diri masing-masing.
Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung? Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.
Andaikata sudah berjumpa dengan insan yang berkenan di hati dan merasakan memang dia yang terbaik untuk menjadi peneman hidup dunia akhirat, dan juga ibu atau bapa kepada anak-anak anda, percepatkanlah pernikahan jika sudah cukup kemampuan. Islam itu mudah, jadi janganlah menjadikan ia susah beralasankan adat dan budaya ciptaan manusia sedangkan hukum Allah itu adalah yang utama.
Sabda Rasullah SAW;
“..Wahai para belia jika sudah tiba kemampuan persediaan kamu maka berkahwinlah..”
Firman Allah SWT;
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































