Saturday, March 24, 2012

Akak Sayang Adik Kerana Allah



Akak: Adik, mai sini akak pakaikan kopiah. Semoga adik akan jadi anak yang soleh untuk mendoakan abi dan umi selalu. Bahagia di dunia dan akhirat.
Adik: Baik akak.. Tapi akak jgn tutup mata adik.
Akak: Akak tutup supaya adik tak tengok perkara-perkara yang tak patut adik tengok.
Adik: Astaghfirullah. Ok adik tutup sendiri...
Akak: .......... Akak ♥ Adik

Friday, March 23, 2012

Mencari Solehah: At Least, Dia Berusaha



Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.
Belum tentu dia alim dan solehah. (--)'
Wall FB nya penuh dengan post Islamic.
Belum tentu dia amalkan semuanya.
..........................
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi baik.
Mengikut syariat Islam selagi termampu. (^^)
Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni syurga.



Collection: My Facebook Status #8



Koleksi Status Facebook Saya #8


Maaf yang tidak diterima
Umpama cinta yang tidak dibalas.
........................................................
Maafkan semua orang sebelum tidur.
InsyaAllah, hari esok akan bermula dengan ceria. (^^)


Amalkan sebelum tidur.
Maafkan semua orang.
Semoga lena tidurmu. (--.)zZzZ . . .
..............................................
Bismikallahumma ahya wa amut.


Siapalah aku untuk menanguhkan maafku kepadamu.
Sedangkan Rasulullah juga memaafkan umatnya.
.....................................
Sebelum mata terlelap, maafkan semua orang.
InsyaAllah ketenangan akan hadir bersama keberkatan. (^^)


Wahai hati,
Andai belum sedia untuk dimiliki
Janganlah berpura-pura seperti mampu memiliki.
.....................................
Soal hati itu rumit.
Sangat abstrak.
Kerana ia berkisar tentang jiwa dan perasaan dua insan berbeda.




Dakwah mempertemukan dua hati yang tidak pernah dirancangkan untuk berjumpa. Aturan Allah. Sebaran dakwah umpama sebaran cinta yang membahagiakan. Sangat membahagiakan buat mereka yang dahagakan cintaNya.
.............................
Jom sebarkan cinta ini.


Cintailah perempuan yang membaca.
Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju.
Dia punya masalah dengan ruang almari baju
Kerana dia punya terlalu banyak buku.


Dengarlah bisikan hati sahabat kita sebelum kita mendengar jeritannya.
...........................................
Fahami sahabat kita. (^^)


Kepada lepasan SPM or Asasi/Matrik yang tak tahu nak pilih course apa dalam borang UPU, boleh lah usya-usya Sains Aktuari ni. Mane la tau, kot kot berminat pula.
.....................................................
Di Malaysia kursus ini menjadi rebutan kaum Cina yang mempunyai IQ tinggi dalam bidang matematik. Malangnya tak ramai orang Melayu yang tahu tentang kos ini. Justeru di sini saya ingin kongsikan apa yang saya tahu tentang kos ini mudah-mudahan bermanfaat buat semua.


Ramai artis mulai memakai tudung. Kfine. Bagus. Tapi kalau tudung tu fesyen tak cukup tepati syariat, jangan diikut.
...............................................
Yang perlu diikut adalah penghijrahan dia untuk menjadi lebih baik. Jadi, jom berubah. Make sure esok lebih baik daripada hari ini.


Hari ini dalam sejarah, 12 Februari 1949, Al-Banna syahid dibunuh. Memperingati perjuangan dan pengorbanan tokoh ini pada 12 Februari lebih mulia daripada memperingati 14 Februari sebagai Hari Kekasih a.k.a. Valentine's Day. Say no to Valentine's Day. (^^)/


Gamakkah seorang ibu meminta upah daripada anak yang disusukannya? Patutkah isteri meminta gaji untuk setiap kerja rumah setiap hari?
....................................................................
Macam mana nak hilangkan rasa ingin dihargai semasa lakukan sesuatu? Lakukanlah ia dengan kasih sayang. Yang penting, faham. ♥ ♥


Lelaki rambut panjang?
Okay je as long as nampak kemas dan tak menyerupai wanita. Kenapa? Ada ke dalil lelaki tak boleh rambut panjang?
.......................................
My face tak sesuai kalo rambut panjang. So, cuti ni, rambut pendek mmg menjadi pilihanku.




Tutup aurat --> Passed (◕‿-)
Tabarruj --> Failed (╥_╥)
..................................
Ramai terlepas pandang perkara ni.
Tak perlu kot makeup sangat.
Natural beauty lagi comey.


Kita tidak boleh bersentuhan tangan
Tapi cukuplah kita bersentuhan hati.
Kita tidak boleh keluar berdua
Tapi cukuplah kita bertemu dalam doa.
................................................
Simpan cinta itu untuk yang halal bagimu.


Penonton Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) selalunya boleh mencecah berpuluh-puluh ribu walaupun tidak pernah dipromosikan oleh media perdana. Kalau dorg tolong promosikan, insyaAllah double-triple penonton yg datang lepas ni.
...............................................
Kenapa lah TV3, Berita Harian tak pernah nak tlg promosikan majlis agama macam ni? Tlg review sikit2 pun tak pernah. Kalau konsert, program-program maksiat, rajin je tlg promosikan.


Don’t leave something good to find something better. (^^)


Dakwah itu adalah cinta.
Cinta daie kepada mad'u.
Cinta mad'u dan daie.
Dan cinta mereka kepada Islam.
Sebaran dakwah untuk mengenal cintaNya.
Jom sebarkan cinta ini. (^.^)/


Perbuatan maksiat mesti dibenci.
Pelaku maksiat perlu dikasihi.
...............................
Setiap orang boleh jadi baik.
Jom berubah!!


Kerana aku bukan Ustaz.
.....................................
Dakwah bukan kerja Ustaz je.
Doktor boleh berdakwah.
Jurutera boleh berdakwah.
Pegawai bank boleh berdakwah.
......................................
Perdana Menteri pun boleh jugak. Love PM ♥ \(^^,)


Kena mencari Bukan hanya menanti
..........................
Kena berdoa Supaya Allah memberi


Wujudnya istilah 'Orang Agama' adalah apabila wujudnya 'Orang Sekular'.
~ Kita nak masuk golongan yang mana? Pilihan di tangan anda.


Alangkah mudahnya lidah kita berjanji.
Alangkah sukarnya tangan kita memberi.


Ilmu itu adalah cahaya
Cahaya sukar menembusi hati yang gelap.
..................................
Jom sinari dan bersihkan hati kita.
Tambahkan amalan, tingkatkan iman.


Sahabat yang baik adalah sahabat yang bersangka baik dengan sahabatnya yang lain.
........................................
Jom jadi sahabat yang baik. \(^^,).. Yeah..!!


Biar kasut koyak
Asalkan ia putih dan bersih.
Biar kita miskin
Asalkan ada cita-cita untuk mengubahnya.


Alangkah mudahnya lidah kita berjanji.
Alangkah sukarnya tangan kita memberi.
.....................................................
Janji untuk ditunai bukan diabai.
Rajin memberi insyaAllah hidup diberkati.




Biarlah kita tidak hensem paras rupa Tapi hensem amalan kita. Mungkin kita tidak se'awesome' mana. Tapi kita awesome di sisiNya. .... (^.^)/ yeah..!!!

Wednesday, March 21, 2012

Aku Yang Kehilangan



Kehilangan sesuatu membuatkan kita tak keruan. Itu normal. Lagi-lagi jika yang kita hilang itu adalah sesuatu yang sangat kita sayang. Masa kecil, kalau hilang pensel atau pemadam dan sebagainya, mesti menangis. Kalau tak menangis pun, mungkin bergenang air mata. Nak menangis takut, sebab nanti kena cubit dengan mak. Hihi.




Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh sebegitu. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Tangisan itu disimpan untuk mengalir ketika dapat keputusan peperiksaan yang teruk mahupun ditinggalkan kekasih hati (Perlu ke?).


Sahabat-sahabat, simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. Jadikanlah air mata itu sebagai saksi kepada amalan kita dan dapat menyimbah api neraka yang akan membakar tubuh-tubuh yang berdosa ini. Allahurobbi. Ampunilah dosa kami dan jauhilah kami daripada azab nerakaMu.


Kematian sinonim dengan kehilangan. Kehilangan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Tapi ingatlah, kematian itu bukanlah untuk ditangisi, tapi untuk kita muhasabah diri. Dia sudah selesai kontrak hidup di dunia. Kita bila lagi? Tak tentu. Mungkin esok. Mungkin beberapa saat lagi. Allahurobbi.


Tapi kita sering lupa tentang kehilangan sesuatu yang sangat berharga iaitu masa yang sudah berlalu. Kehilangan ini perlu kita ambil perhatian sebelum masa untuk kita di dunia habis tamat tempohnya. Adakah masa lalu kita digunakan untuk mencari bekalan kita di akhirat? Atau dibazirkan untuk perkara dunia semata-mata?




Yang pastinya, kematian tidak akan menunggu kita walau sedetik. Beware!!


Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal) yang ditetapkan; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. [Al-A’raf. 7:34]

Usrah: Bulatan Gembira Saya



Usrah, halaqoh, circle, bulatan gembira atau apa sahaja nama yang digunakan. Ia tetap adalah pertemuan hati-hati yang mahukan keindahan Islam. Ayuh ubah persepsi. Usrah sangat menyeronokkan. Dalamnya kita berukhwah, makan bersama, main bowling bersama dan berkongsi ilmu yang kita ada. (^^)/
..............................
Saya ada bulatan gembira saya sendiri. Anda bila lagi?

Friday, March 16, 2012

Bahasa Arab Yang Aku Lupakan

Bahasa Arab atau Bahasa Korea? Mana satu menjadi pilihan remaja untuk dipelajari. Fenomena sekarang mengatakan bahawa bahasa Korea lebih diminati oleh remaja kita. Kalau nak tahu ulasan pendapat saya mengenai isu kegilaan Korea ni, bolehlah pergi ke link ini. Korea Yang Menggila dan Digilai. Cukuplah.


Bahasa Arab adalah bahasa syurga. Malah adalah bahasa yang sangat istimewa kerana ia adalah bahasa yang digunakan dalam kitab suci Islam iaitu Al-Quran. Kitab yang menjadi panduan hingga ke hari kiamat. Solat kita juga menggunakan bahasa Arab dalam segala rukun Qauli nya. Sangat beruntung rasanya kerana saya berkesempatan untuk mempelajari bahasa ini sejak daripada kecil.




Semester keempat pengajian di UKM, berjaya mendaftar subjek Bahasa Arab Asas 1 sebagai subjek bertaraf Pilihan Bebas (PB). Setelah 3 semester teringin dan mencuba untuk mendaftar, akhirnya semester ni Allah telah permudahkan saya untuk belajar bahasa arab KEMBALI setelah meninggalkannya sekian lama.


Semester 1: Tak tahu tentang kewujudan.
Semester 2: Sudah daftar online, tapi terpaksa drop semula kerana clash dengan kelas (semasa mendaftar online, tidak dinyatakan hari dan masa untuk kelas itu)
Semester 3: Memang tidak boleh mendaftar online kerana clash dengan subjek Major (kali ini dinyatakan hari dan masa kelas itu).
Semester 4: Alhamdulillah berjaya mendaftar online dan sudah masuk minggu ke 5 belajar Bahasa Arab Asas 1.


Sejarah Aku dan Dia


Start belajar bahasa arab secara formal adalah ketika di sekolah rendah. Secara tak formal, belajar di kat rumah lah. Belajar membaca Al-Quran dan menghafal bacaan solat daripada ibu dan ayah saya. Disebabkan sudah ada basic arab di rumah, jadi, minat untuk belajar arab sangatlah membuak-buak.


Sekolah rendah, dapat belajar arab di Sekolah Kebangsaan (Sekolah Pagi) dan Sekolah Agama Rakyat (Sekolah Petang). Kalau stage sekolah rendah, selalunya kita akan diajar untuk menghafal vocabulary (perbendaharaan kata).


“Okey, hari ni, ustazah akan ajar mengenai binatang. Ustazah nak semua hafal 20 jenis binatang ni dalam bahasa arab disertakan dengan maknanya sekali. Esok, ustazah akan tanya. Ayam, itik, lembu, kerbau, semua tu lah.”


Best, hari ni belajar tentang binatang, esok pekerjaan, lusa makanan, tulat pasal nombor pula. Begitulah cara belajar di sekolah rendah. Tidak ada nahu (tatabahasa) yang diajarkan secara langsung. Pendekatan lebih kepada hafalan vocabulary.




Disebabkan minat yang mendalam untuk belajar Bahasa Arab, sebelum keluar keputusan UPSR, saya memohon SBP yang mempunyai aliran agama dan juga SMKA yang sudah pastinya beraliran agama. Dan alhamdulillah, dapat tawaran ke SMAP Labu dan SMKA Slim River. Pilihan saya? SMKA Slim River la, sebab sangat dekat dengan rumah. Hihi.


Bahasa Arab Komunikasi (PMR) Dan Bahasa Arab Tinggi (SPM)


Bertambah seronok belajar bahasa arab di sekolah menengah kerana kita juga diajar mengenai nahu secara berperingkat. Dhama’ir, Isim, Fi’il, Jar Wa Majrur, Balaghah, dan banyak lagi yang tidak saya sebutkan di sini. Ustazah Maznah dan Ustaz Zulpa adalah antara asatizah saya yang sangat banyak membantu saya dalam subjek ini. Nahu mantap, vocabulary pun mesti mantap. Kedua-duanya perlu seiring. Okey habis cerita ringkas tentang zaman sekolah menengah. Tak perlu cerita panjang kot.




Selepas habis SPM, tidak lagi boleh belajar bahasa arab dengan formal. Masuk Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) mana ada belajar Bahasa Arab dah. Semasa semester dua, pernah teringin nak keluar daripada matrik sebab teringin nak belajar aliran agama. Nak cuba apply untuk belajar di Timur Tengah di bawah seliaan Pejabat Agama Negeri. Tapi setelah fikir lebih jauh, niat dibatalkan sebab rasa macam dah alang-alang tinggal satu semester sahaja lagi untuk menghabiskan pengajian di matrik. Hihi. Perjuangan mesti diteruskan!!


Aku Kini


Entri ini sekadar mengimbau kembali kenangan lalu dan minat saya kepada bahasa Arab yang tidak pernah padam. Namun, kenyataan yang perlu saya terima adalah, dalam kelas Bahasa Arab Asas 1 itu telah dibuktikan bahawa saya adalah seorang manusia. Manusia yang mudah lupa. Banyak vocabulary yang dahulunya sering kali berlegar dalam kepala, kini jenuh untuk dikeluarkan kembali. Entah ke mana hilangnya. Ilmu nahu yang dahulunya selalu digunakan untuk menulis insha’ (karangan) arab, kini hampir lupa sebahagian besarnya.


Allahurobbi, memang benar aku adalah seorang manusia yang mudah lupa. Semoga dengan subjek Bahasa Arab Asas 1 ini, saya dapat kembali kepada saya yang dulu. Namun, yang pastinya minat saya kepada Bahasa Arab tidak pernah luntur. Alhamdulillah masih dikekalkan semangat dan kefahaman ini.

Korea Yang Menggila dan Digilai. Cukuplah.



Argh..!! Sana sini sibuk bercerita tentang Korea. Dua tiga tahun kebelakangan ni memang Korea sangat popular di seluruh dunia dengan siri drama romantiknya. Ditambah pula dengan pelakon-pelakonnya yang menjadi igauan dan idaman setiap manusia yang memandang kecantikan dari sudut fizikal tanpa mengambil kira aspek spiritual.


Desktop background laptop milik remaja perempuan kita dihiasi dengan dengan pelakon korea idaman mereka. Taksubnya.Tak tahu nak tulis nama-nama pelakon tu, tak pernah nak ingat. Malah remaja lelaki juga tidak terkecuali sebenarnya. Kadang-kadang terkantoi juga apabila dengan tidak sengaja terkeluar dan terpacul daripada mulut mereka rentak lagu-lagu Sountrack dari mana-mana siri drama yang mereka pernah tonton. Kantoi sudah.




Memang terbukti ia satu fenomena di UKM juga kerana kelas yang ditawarkan untuk subjek Bahasa Korea sentiasa mendapat permintaan yang tinggi untuk dipelajari setiap semester. Berebut-rebut untuk mendaftar di kelas Korea semasa minggu pendaftaran subjek. Huh. Nasib baik, pendaftaran subjek di UKM dibuat secara online, kalau daftar dalam dunia nyata, mungkin bertolak-tolak, bergaduh-gaduh bagai. (--)


Mengisi masa lapang?


Hakikatnya, tiada masa lapang yang patut diluangkan untuk menonton drama korea. Satu drama, ada lah dalam 10-15 episod. 1 episod mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. 30 jam diperlukan untuk menghabiskan satu drama. Katakanlah sehari kita ada 2 jam masa terluang, 15 diperlukan untuk khatam 1 drama.


Tapi sebenarnya wujud juga makhluk-makhluk yang sengaja meluangkan masanya 5-10 jam sehari semata-mata kerana drama korea ini. Sedara, ini namanya bukan menonton drama korea untuk mengisi masa lapang, tapi adalah melapangkan masa untuk menonton drama Korea. Sila fahami statement itu ya.


Suka tengok pelakon-pelakon Korea.


Iya, memang mereka cantik-cantik dan hensem-hensem belaka. Berkulit putih mulus, tinggi menawan, senyuman menggoda dan segala macam adjektif yang menggambarkan kesempurnaan. Tapi, sedarlah dalam dunia nyata. Mereka di Korea, sedangkan anda di Malaysia. Berangan nak dapat pasangan yang fizikalnya seperti mereka? Ok, terpulanglah. Tapi kita kena ingat, baik lelaki atau perempuan, jika melihat jantina yang berlawanan dengan nafsu maka sangat ditegah dalam Islam.


Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)




Bahana Ketagih Drama Korea


Ringkasnya, tidur tak cukup kerana kebanyakannya menonton drama Korea pada malam hari, marathon sampai subuh. Kemudian lepas solat subuh, terus tidur sampai zohor.


Masuk kuliah, mengantuk sebab tak cukup tidur. Kuliah pula mula pada pukul 8 pagi. Tidak dapat menumpukan perhatian kepada kuliah. Kesan jangka masa panjang, akademik terjejas.


Kurang bersosial dan menjadikan kita seorang yang introvert. Terperap sahaja dalam bilik, melayan Korea Drama sampaikan roomate dan kawan-kawan sendiri pun diabaikan. Petang korea, malam korea, pagi korea. Cukup-cukuplah, berilah masa untuk bermasyarakat sedikit. Mereka memerlukan anda.


Pahala Memandang Mereka.


Namun tidak saya nafikan ada juga yang berjaya dalam hidup dan akademik walaupun mereka adalah hantu drama Korea. Terpulang kepada mereka kerana mereka pandai untuk menyeimbangkan kehidupan drama dan realiti sebenar.




Sahabat-sahabat sekalian, daripada ketagih memandang artis Korea, lebih baik kita rajinkan diri memandang kedua-dua ibubapa kita. Setiap kali kita memandang mereka, insyaAllah dapat pahala. Siapalah artis korea itu berbanding ibubapa kita?


Rajin-rajinlah pulang ke kampung jika berkelapangan. Jangan sampai mereka call kita, minta kita balik, tapi kita kata kita sibuk. Padahal dalam UKM sibuk menonton drama Korea sahaja. Lol.. ^^

Collection: My Facebook Status #7

Koleksi Status Facebook Saya #7


Hatiku adalah tempat yang paling rapuh.
Tapi kenapa Allah selalu menguji tepat di hatiku?
..............................................
Kerana di hati juga lahirnya kesedaran dan kecintaan
Lahir juga keinginan dan kebahagiaan.
Mudahnya hatiku tersentuh (^^)


Kenapa ada orang yang buat status begini?
"Boringnye. Takde keje la hari ni."
.....................................................
Takkanlah takde kerje langsung?
Solat dah? Baca AlQuran dah? Dakwah dah?
Baca buku Ilmu Islam dah? Dah habis beribadat?
.......................................................
Tidaklah Allah ciptakan manusia dan jin
Melainkan untuk beribadat kepadaNya. (>.<)


Sahabatku ketawa
Tapi kutahu sebenarnya dia berduka
Dia sahabat yang mulia
Sanggup menggadai sedihnya
Untuk melihat yang lainnya bahagia
..................................
Uhibbukum fillah. \(^^.)


Orang kafir tidak menyembah Allah Tapi Allah tetap beri mereka rezeki. Kita yang hari-hari menyembah Allah Tapi masih risau rezeki tak kunjung tiba. .......................................
Rezeki hadir kepada yang meminta. (--.)'




Tak mustahil benda yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa. .................................................... 
Kecemerlangan adalah hasil usaha yang luar biasa daripada insan yang biasa-biasa. 


Shawl itu memang cantik dipakai muslimat.
Tapi ia pasti lebih cantik jika dililit dengan syariat.
...............................
Awak... Awak cantik sangat bila awak tutup aurat. (.^^)/


Tukarkanlah setiap celaan itu menjadi kebaikan.
.................................................. 
Celaan itu juga adalah nasihat yang jujur dan ikhlas.


Always think positive. \(^^,).. Yeah..!!


Orang yang berkeinginan untuk berdakwah bukan orang yang perasan sempurna. Tapi dia adalah insan yang perasan untuk berkongsi ilmu walaupun dia tahu ilmunya belum sempurna.
.........................................
Ballighu 'anni walau aayah.


Dunia ini umpama pentas lakonan.
Jom hayati dan jiwai watak yang diberikan.
..........................................
Watak saya adalah sbg seorang Muslim. (>.<)!!
Jadi, segenap kehidupan mestilah berperanan sbg Muslim.


Daripada Top 10 Most Popular Entry dalam Blog Bingkisan Hati Coretan Kata, 6 daripadanya adalah entry yang berkaitan dengan CINTA, ADAM HAWA, PERKAHWINAN dan seumpamanya. Inilah genre bacaan yang diminati remaja kini.
........................................
Sesekali cuba cari bahan bacaan yang berbeza.
Perihal aqidah, siasah, tarbiyah pun okey juga.


Situasi di Malaysia.
Usaha meruntuhkan ummah lebih rancak daripada usaha untuk membina ummah.
..................................
Konsert hiburan lebih mudah mendapat kelulusan berbanding majlis-majlis ilmu.
Artist diangkat-angkat sedangkan ulama' disekat-sekat.


Blogger zaman ni, ramai yang gilakan trafik pageviews. Habis semu aib orang dibongkar. Penyebaran gambar-gambar yang tak sepatutnya pon mmg sangat meluas semata-mata utk mendapatkan trafik yang tinggi.
.................................
Harap dapat jadikan blog medan untuk membina ummat, bukan untuk meruntuhkan ummat. Muhasabah diri oleh Harith Faisal \(^^.)


Kalau nak berubah.
Matlamat kena jelas.
Kenapa nak berubah?
.............................
Adakah kerana manusia?
Atau sebab kita betul faham?
Atau memang kerana Allah?
..............................
Redha itu ikhlas.
Pasrah itu menyerah.




Manakah janji bahwa kita bersaudara?
Darah Gaza akan menuntutmu di hari muka.
Bebaskan Palestin yang ditawan.


Biarlah kita tidak hensem paras rupa
Tapi hensem amalan kita.
Mungkin kita tidak awesome macam mereka.
Tapi kita awesome di sisiNya
...........................
Hensem dan awesome biar seiring dunia akhirat.


Kalau kita anggap tujuan hidup kita ini untuk makan sahaja, maka taraf kita sama seperti apa yg keluar daripada apa yang kita makan tadi.
....................................
Tujuan dan matlamat hidup kita lebih besar daripada itu.


Tarbiyah <--- Berkait rapat dengan jiwa, perasaan dan hati manusia kerana kita nak membina manusia bukan membina robot yang tak punya perasaan.
............................
Sentuh hati mereka sedalam-dalamnya untuk tarbiah yang mantap dan berkesan.


Jika kita tidak pernah cuba memahami orang lain
Jangan harap untuk mereka memahami kita.
.....................................
What you give
You get back. (.^^)/


Kepada Muslimin dan Muslimat sekalian. Sebelum mati nanti, jangan lupa delete gambo-gambo kat FB masing-masing yang tak tutup aurat tu tau. Takut-takut nanti jadi saham dosa pula dalam kubur tu. Sia-sia je kena seksa.
....................................
Itu pun kalau sempat delete sebelum mati.


Kalau seseorang ingin berubah.
Jangan jadi judgeable sangat.
"Kenapa ko couple?"
"Kenapa itu? Kenapa ini?"
Instead, make him or her comfort with us.


Change your words.
Change your world.
.....................
Berubah menjadi lebih baik.


Malu dan iman saling berpasangan.
Bila salah satunya hilang
Maka yang lainnya turut hilang.
.........................
Malu, biarlah bertempat.
Bersederhana dalam setiap perbuatan.


Jangan biarkan sehari kamu berlalu tanpa gerak kerja untuk memenangkan Islam.




Adam, jangan terlalu baik.
Hati Hawa mudah tersentuh.


Kerana aku adalah aku.
Tiada siapa yang fahami aku.
....................................
Hm, selalu orang salah faham.
Atau mungkin tak pernah faham-faham.


Saya kurang la pengalaman nak marah-marah orang.
Tapi banyak juga pengalaman kena marah. (^.^)/
...............................
Kena marah pun bagus.
At least, ada orang boleh tolong ingatkan yang kita sedang buat salah.


Kita mungkin mengalah pada saat itu.
Tapi sebenarnya kita telah memenangi sesuatu.


Dalam keterpaksaan, ada keikhlasan.
Moga dengan keterpaksaan itu akan menimbulkan keikhlasan suatu hari nanti.
.................................................
Yang penting, sentiasa istiqomah untuk perbaiki diri dalam setiap amalan.

Thursday, March 15, 2012

Syoknya Fotografi!!



“Dengan kamera, dia boleh masuk syurga jika gambar dia itu dapat bawa manusia cinta kepada Islam.”


Seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Terpulang bagaimana untuk kita ambil peluang ini kerana, jika tidak kena caranya, ia takkan jadi ibadah, tp sebaliknya akan menjadi fitnah. InsyaAllah jika semuanya diniatkan kerana Allah, Islam dan perkara-perkara kebaikan, maka ada lah tu pahala untuk kita semua. Niat itu bukanlah perlu dilafazkan dari mulut kita, tapi sudah cukup jika niat baik itu terdetik dalam hati kita. Allah itu Maha Mendengar. Mudah kan? Contohnya:


Tujuan aku belajar kerana ingin memajukan ekonomi Islam.
Semoga makanan ini dapat memberi aku tenaga untuk berdakwah.
Sahaja aku update blog, kerana ingin menyebarkan Islam.
Facebook ini, aku gunakan untuk berkongsi idea dan maklumat semasa yang bermanfaat.
Ana sayang enta kerana Allah.




Alhamdulillah semester ini, Allah temukan saya dengan satu kursus (Subjek Pilihan Bebas) Fotografi. Subjek 3 jam kredit ini sangat tepat dengan jiwa saya. Haha. Fotografi kot. Biasalah, orang yang baru nak berjinak-jinak dalam fotografi macam saya ni memang teruja sangatlah dengan kelas ni. Subjek ini diajar oleh Dr. Arif Ismail daripada Fakulti Pendidikan UKM.


Tugasan pertama untuk kami adalah untuk mengambil 4 gambar untuk setiap 5 tema yang berbeza.
1. Pokok
2. Rumah
3. Orang
4. Susunatur
5. Sedang berlaku


Sejujurnya bukanlah mudah untuk mengambil gambar ikut tema sebab sebelum ni, memang suka hati sahaja ambil gambar apa-apa yang saya rasakan okey. Tapi kali ini memang berbeza. Gambar yang saya snap pun, tak berapa nak lawa sangat. Kalau compare dengan gambar yang kawan-kawan lain snap, gambar saya jauh terkebelakang. Tapi tak apa, banyak ilmu baru yang diperoleh semasa ambil gambar-gambar tersebut. Fotografer selalunya memang akan dapat ilmu baru daripada pengalaman selain daripada bacaan di buku mahupun internet.


Dalam entri kali ni, saja nak share gambar-gambar yang dihantar untuk tugasan pertama saya. Dan juga gambar “Light Trail” yang saya hasilkan (Gambar paling bawah).Dr. Arif kata, untuk tugasan pertama ni, buat gambar biasa sahaja sebab dia cuma nak tengok basic knowledge dan model camera yang kita gunakan. Dan semua gambar mestilah original, maknanya tidak diedit dengan  menggunakan apa-apa perisian (Adobe Photoshop, Adobe Lightromm dll). Okey. Inilah dia gambar-gambarnya:


1. POKOK






2. RUMAH






3. ORANG






4. SUSUNATUR






5. SEDANG BERLAKU








ISTIMEWA UNTUK ANDA: LIGHT TRAIL


Kalau perasan, ada garisan cahaya yang memanjang di sepanjang Highway PLUS ini. Itulah yang dinamakan Light Trail. Dihasilkan dengan memperlahankan Shutter Speed. Dan yang paling penting, mesti ada Tripod Stand. Hihi..


Model: Canon EOS 600D
Mode: P
ISO: 100
Shutter Speed: 4"
Aparture: 4.0




Friday, March 9, 2012

Si Kecil Yang Bercinta. Apabila Hilangnya Seronok Beragama



Awak dah tidur ke belum? Ingat saya dalam doa awak tau.
Esok kita jumpa ya. Saya rindu sangat dengan awak.
Sayang, saya jeles la awak selalu sembang dengan perempuan tu.
Saya sayang awak sangat-sangat. Semoga cinta kita kekal selamanya.


Siapakah penulis ayat-ayat di atas? Percaya atau tak kalau saya katakan bahawa bait-bait kata cinta jiwang karat ni diluahkan, ditaip dalam mesej-mesej handphone, ditulis dalam surat-surat cinta oleh adik dan anak-anak kita yang masih bersekolah rendah? Perhatikan adik-adik dan anak-anak anda ya.




Ala biarlah. Diorang kecil lagi, Nanti dah besar nanti, pandai-pandai lah fikir sendiri. Kalau diorang bercouple pun, bukan berdosa pun. Tak baligh pun lagi.


Isunya mereka tidak boleh bercouple bukannya sebab mereka kecil, tapi dah memang tak boleh. Hakikatnya,kalau dibiarkan sampai besar pun, masalah yang sama berterusan. Malah menjadi lebih teruk lagi jika tidak dikawal semenjak kecil. Nanti bila anak-anak luar nikah berterabur kat tepi-tepi jalan dan tong-tong sampah, jangan Tanya salah siapa la kan? Tanya diri sendiri dulu. (--.)’


Sejak kecil mereka perlu dididik apa yang dibenarkan dalam Islam dan apa yang dilarang dalam Islam. Konsepnya sama dengan solat dan puasa, adakah kerana mereka masih kecil, kita abaikan mereka daripada kewajipan berpuasa atas alasan mereka masih kecil? Jangan sedara, kita yang dah dewasa dan faham inilah perlu meyalurkan kefahaman kepada mereka supaya mereka rasa seronok beragama.


Apabila Hilangnya Seronok Beragama


Paginya lengkap berbaju kurung, bertudung putih suci. Lepas saja habis sesi persekolahan. Baju kurung entah kemana. Tudung pun hilang di simpan dalam beg sandang. Inilah adik-adik kita, anak-anak kita. Dan mungkin kita juga tergolong sama dulu-dulu. Hihi.. terkena batang hidung sendiri.


Baju kurung sekolah diganti dengan jeans dan t-shirt ketat. Tudung sekolah diganti dengan shawl, malah lebih teruk, ada yang terus menanggalkan tudung itu lalu menampakkan mahkota mereka yang sepatutnye dipelihara.


Nak ke mana dik oi?
Nak hangout dengan kawan-kawan la bang. Jalan-jalan, bosan la duduk rumah, kitorang keluar ni pun sebab nak seronok-seronok la. Tak salah kan bang?
Siapa kata hangout tu salah dik? Adik boleh je hangout. Tapi hangout dengan ayah adik, family adik. Hihi. (^^)


Mencari keseronokan? Dengan bergaul bebas lelaki perempuan? Dengan berpakaian ketat mencolok mata? Dengan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram?


Inilah jadinya jika keseronokan agama itu tidak dirasai. Keseronokan palsu yang menjadi ganti. Hakikatnya masyarakat sekarang tidak lagi merasai keseronokan beragama.


Tidak seronok berjemaah di masjid.
Tidak seronok mendengar ceramah agama.
Tidak seronok bersama family.
Tidak seronok menjadi alim-alim sangat.


Hakikat ini perlu diubah menjadi:


Seronoknya berjemaah di masjid.
Ceramah agama tu best gile.
Saya sangat menyayangi keluarga saya kerana Allah.
Allahurobbi, jadikanlah aku muslim yang soleh.





Carilah Keseronokan Itu


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Jom, sama-samalah kita menyemarakkan keseronokan beragama kepada masyarakat kita. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Tapi kan dik, yang pastinya bercouple selepas nikah itu lebih seronok.


Apa tu bang? Tak faham lah. Boleh terangkan?


Tak apa la dik, suatu hari nanti kamu akan faham. Buat masa ini, kamu clash je lah dengan budak lelaki tu. Tak ada faedah pun bercinta monyet-monyetan ni. Buat habis duit, buat habis kredit handphone, buat habis air mata je. Hihi. Lebih baik kamu bercinta dengan buku supaya lebih berjaya dan bercintalah dengan family kamu, InsyaAllah lebih bahagia. ^^