Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Muslimah, Kamu Selalu Abaikan Auratmu Yang Itu.


Wahai Muslimah,
Tidak lengkap tertutup auratmu
Andai bertudung labuh tanpa hand sock.
Kalau tak nak pakai hand sock pun
Pakailah baju yang berkancing di pergelangan tangan.
Asalkan menutup aurat.

Kadang-kadang aurat kita terdedah tanpa kita sedar.
Terselak, ditiup angin dan juga tersangkut di bucu meja.
Mencegah itu lebih baik, kan?
Jadi, jom amalkannya.
............................................................................
Saya tegur sebab saya prihatin. (^^)'

Friday, April 13, 2012

Shawl Labuh Yang Menawan. Inilah Muslimah Yang Dicari.

Dunia kini kelam,
Gelap gelita,
Mujur ada satu cahaya,
Berjalan anggun,
Sopan, aurat terjaga,
Bersama senyuman menawan,
Itulah pesona Muslimah sejati.


Sengaja dikaburkan. ^^


Bukan mudah nak cari muslimah yang betul-betul terpelihara. Pesona muslimah itu selalu sangat disalahertikan. Orang anggap, biarlah pakai jeans ketat, asalkan bertudung. Biarlah bertudung singkat asalkan bertutup kepala. Biarlah lengan terdedah, tidak langsung rasa bersalah.


Sebenarnya tak kisahlah nak pakai style Yuna, Wardina atau Hana Tajima sekalipun, asalkan dia dapat menutup auratnya dengan sempurna, cukuplah.


Cantik jugak kalo Muslimat pakai shawl. Sweet sangat. Tapi, kalau beli shawl tu, memang kena beli yang pendek-pendek ke? Lilit, lilit, lilit. At last, sempat lilit tengkuk saja. Kenapa tak beli shawl yang 10 meter? Boleh lilit sampai pinggang. Kalau tak nak beli yang 10 meter pun tak apa, ambil langsir atau selimut dalam bilik tu. Kemudian lilit puas-puas. Asalkan dapat menutupi dada dan ikut syarak, sudah la. .


Hm, saya selalu juga nampak orang pakai shawl yang labuh dan ikut syara'. Okay saja. Tak mengurangkan pesona dia sebagai wanita pun. Malah lebih sweet dan menawan. Tak percaya? Cubalah sendiri. (^^)



Friday, March 23, 2012

Mencari Solehah: At Least, Dia Berusaha



Dia berpakaian longgar dan menutup aurat.
Belum tentu dia alim dan solehah. (--)'
Wall FB nya penuh dengan post Islamic.
Belum tentu dia amalkan semuanya.
..........................
Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi baik.
Mengikut syariat Islam selagi termampu. (^^)
Supaya menjadi calon isteri solehah bakal penghuni syurga.



Wednesday, February 1, 2012

Artis Boleh Buka Aurat. Sebab Mereka Artis.

Mungkin apa yang nak saya kongsi kali ini biasa dilalui oleh kita semua. Biasa kita tengok artis-artis di TV kebanyakannya tidak memakai tudung. Tapi kita seolah-olah tidak kisah untuk menonton walau kita tahu melihat aurat orang lain juga adalah dosa. Sebab apa? Sebab dah biasa.

Tapi jika kenalan kita atau orang di sekeliling kita (bukan artis) tidak memakai tudung, kita rasa sangat janggal dan menganggap ia adalah sesuatu yang teruk sedangkan tanpa kita sedar kita sering melihat perkara yang sama di TV di rumah kita. Jika orang bukan artis berfesyen dan make-up ala-ala artis, mesti kita rasa meluat. Tapi jika drama di TV mahupun di konsert-konsert, tidak pula kita meluat tengoknya. Kerana apa? Kerana mereka artis.

Antara foto artis yang sopan.

Di karpet-karpet merah atau karpet biru sesuatu event besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Skrin, kita pasti dalam lihat perangai mereka dalam berfesyen. Dan macam omputih. Skirt pendek paras peha dan fesyen berkemban dan jadi semacam trend. Gadis melayu Islam tiada lagi perasaan malu untuk menayangkan tubuh kurniaan Allah. Tapi kita tak rasa apa-apa jika kita tidak memandangnya dan menilainya dengan iman.


Drama Yang Baik Tapi Tidak Bersyariat.

Kalau dalam drama pula, untuk drama-drama romantik atau berbentuk nasihat dan pengajaran sekalipun, pelakon-pelakon bersungguh menjiwai watak yang diberikan. Sebagai contoh, watak suami isteri mahupun watak adik beradik atau watak antara anak dengan ayah dan ibu. Saya sangat yakin begitu banyak batasan aurat dan pergaulan yang tidak dijaga dan dilanggar, kan?

Tapi, kita tak rasa apa-apa pun. Mungkin mesej pengajaran kekeluargaan yang dibawakan lebih kuat daripada nilai-nilai Islam dan batas pergaulan yang patut kita jaga. Ini kerana pada hakikatnya secara reality mereka tak ada sebarang ikatan yang membolehkan scene tersebut dilakukan bersama.

Ya, memang, mereka menjiwai watak yang diberikan. Berpelukan antara anak lelaki dan emaknya tika kesedihan. Watak suami isteri yang berpegangan tangan semasa shopping dan sebagainya.

Ini belum lagi dikira watak-watak di ranjang yang sekarang ni memang biasa dilakonkan oleh artis-artis ISLAM di Malaysia Negara Islam ini. Jika ditanya mengapa sanggup berlakon begitu, jawapannya:

“Pengarah minta saya lakonkan macam tu. Dan saya cuba menjiwai watak yang diberikan supaya peminat-peminat saya tidak kecewa dengan mutu lakonan saya.”

Jahil sungguh. Allah dah minta kita tutup aurat dan menjaga batasan dengan bukan mahram sejak berzaman-zaman lagi. Tapi cakap pengarah juga yang diikutnya. Mungkin pengarah tu boleh selamatkan dia kat neraka nanti kot.

Shawl itu memang cantik dipakai muslimat.
Tapi ia pasti lebih cantik jika dililit dengan syariat.
...............................
Awak... Awak cantik sangat bila awak tutup aurat.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Kalau nak jadi perempuan yang baik-baik, tutuplah aurat dengan sempurna. Jadi anak yang baik dalam drama sahaja tak cukup jika aurat terdedah atas bawah.


Bertaubat Sebelum Terlambat.

Sahabat-sahabat sekalian.
Artist juga adalah manusia. Tidak terlepas daripada undang-undang Allah. Tetap akan mati. Masuk kubur yang sama saiznya. Tetap berkapan putih saat dikebumikan. Tetap dihisab di akhirat kelak. Dan yang pastinya tetap tidak terlepas dengan balasan atas dosa yang dilakukan.

Jika kita meminati mana-mana artis dan kita sayangkan dia sangat-sangat pun, berdoalah kepada Allah selalu supaya dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah kepadanya. Moga-moga suatu hari nanti akan datang sinar petunjuk supaya mereka kembali kepada ajaran Islam dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.


Catatan: Sekarang dah ramai artis-artis yang kembali kepada Islam yang sebenar. Alhamdulillah. Tapi malangnya ada golongan tertentu yang sering menjatuhkan artis-artis yang sudah bertaubat ini. Sedih. Ada yang dituduh tunjuk baik. Ada yang kata sebab nak publisiti. Ada yang mengejek tidak bersebab. Moga diampun dosa golongan itu. Wallahu’alam.