Thursday, March 15, 2012
Syoknya Fotografi!!
“Dengan kamera, dia boleh masuk syurga jika gambar dia itu dapat bawa manusia cinta kepada Islam.”
Seluruh kehidupan kita adalah ibadah. Terpulang bagaimana untuk kita ambil peluang ini kerana, jika tidak kena caranya, ia takkan jadi ibadah, tp sebaliknya akan menjadi fitnah. InsyaAllah jika semuanya diniatkan kerana Allah, Islam dan perkara-perkara kebaikan, maka ada lah tu pahala untuk kita semua. Niat itu bukanlah perlu dilafazkan dari mulut kita, tapi sudah cukup jika niat baik itu terdetik dalam hati kita. Allah itu Maha Mendengar. Mudah kan? Contohnya:
Tujuan aku belajar kerana ingin memajukan ekonomi Islam.
Semoga makanan ini dapat memberi aku tenaga untuk berdakwah.
Sahaja aku update blog, kerana ingin menyebarkan Islam.
Facebook ini, aku gunakan untuk berkongsi idea dan maklumat semasa yang bermanfaat.
Ana sayang enta kerana Allah.
Alhamdulillah semester ini, Allah temukan saya dengan satu kursus (Subjek Pilihan Bebas) Fotografi. Subjek 3 jam kredit ini sangat tepat dengan jiwa saya. Haha. Fotografi kot. Biasalah, orang yang baru nak berjinak-jinak dalam fotografi macam saya ni memang teruja sangatlah dengan kelas ni. Subjek ini diajar oleh Dr. Arif Ismail daripada Fakulti Pendidikan UKM.
Tugasan pertama untuk kami adalah untuk mengambil 4 gambar untuk setiap 5 tema yang berbeza.
1. Pokok
2. Rumah
3. Orang
4. Susunatur
5. Sedang berlaku
Sejujurnya bukanlah mudah untuk mengambil gambar ikut tema sebab sebelum ni, memang suka hati sahaja ambil gambar apa-apa yang saya rasakan okey. Tapi kali ini memang berbeza. Gambar yang saya snap pun, tak berapa nak lawa sangat. Kalau compare dengan gambar yang kawan-kawan lain snap, gambar saya jauh terkebelakang. Tapi tak apa, banyak ilmu baru yang diperoleh semasa ambil gambar-gambar tersebut. Fotografer selalunya memang akan dapat ilmu baru daripada pengalaman selain daripada bacaan di buku mahupun internet.
Dalam entri kali ni, saja nak share gambar-gambar yang dihantar untuk tugasan pertama saya. Dan juga gambar “Light Trail” yang saya hasilkan (Gambar paling bawah).Dr. Arif kata, untuk tugasan pertama ni, buat gambar biasa sahaja sebab dia cuma nak tengok basic knowledge dan model camera yang kita gunakan. Dan semua gambar mestilah original, maknanya tidak diedit dengan menggunakan apa-apa perisian (Adobe Photoshop, Adobe Lightromm dll). Okey. Inilah dia gambar-gambarnya:
1. POKOK
2. RUMAH
3. ORANG
4. SUSUNATUR
5. SEDANG BERLAKU
ISTIMEWA UNTUK ANDA: LIGHT TRAIL
Kalau perasan, ada garisan cahaya yang memanjang di sepanjang Highway PLUS ini. Itulah yang dinamakan Light Trail. Dihasilkan dengan memperlahankan Shutter Speed. Dan yang paling penting, mesti ada Tripod Stand. Hihi..
Model: Canon EOS 600D
Mode: P
ISO: 100
Shutter Speed: 4"
Aparture: 4.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum..
ReplyDeletemesti ada kamera sndiri ke if nak ambk kursus fotografi?
wslm.. kalau xde, boleh pinjam kt org..
Delete