Wednesday, March 21, 2012
Aku Yang Kehilangan
Kehilangan sesuatu membuatkan kita tak keruan. Itu normal. Lagi-lagi jika yang kita hilang itu adalah sesuatu yang sangat kita sayang. Masa kecil, kalau hilang pensel atau pemadam dan sebagainya, mesti menangis. Kalau tak menangis pun, mungkin bergenang air mata. Nak menangis takut, sebab nanti kena cubit dengan mak. Hihi.
Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh sebegitu. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Tangisan itu disimpan untuk mengalir ketika dapat keputusan peperiksaan yang teruk mahupun ditinggalkan kekasih hati (Perlu ke?).
Sahabat-sahabat, simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. Jadikanlah air mata itu sebagai saksi kepada amalan kita dan dapat menyimbah api neraka yang akan membakar tubuh-tubuh yang berdosa ini. Allahurobbi. Ampunilah dosa kami dan jauhilah kami daripada azab nerakaMu.
Kematian sinonim dengan kehilangan. Kehilangan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Tapi ingatlah, kematian itu bukanlah untuk ditangisi, tapi untuk kita muhasabah diri. Dia sudah selesai kontrak hidup di dunia. Kita bila lagi? Tak tentu. Mungkin esok. Mungkin beberapa saat lagi. Allahurobbi.
Tapi kita sering lupa tentang kehilangan sesuatu yang sangat berharga iaitu masa yang sudah berlalu. Kehilangan ini perlu kita ambil perhatian sebelum masa untuk kita di dunia habis tamat tempohnya. Adakah masa lalu kita digunakan untuk mencari bekalan kita di akhirat? Atau dibazirkan untuk perkara dunia semata-mata?
Yang pastinya, kematian tidak akan menunggu kita walau sedetik. Beware!!
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal) yang ditetapkan; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. [Al-A’raf. 7:34]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment