Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Tuesday, June 5, 2012
Nak Buat Dosa? Ingat, Ia Akan Dipertontonkan Di Akhirat Kelak. Malu.
"Saat ingin melakukan dosa, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada.
Allahurobbi, pasti kita tidak sanggup melakukannya lagi."
Itu adalah antara cara untuk mengelak daripada terus melakukan dosa maksiat kepada Allah. Jika sudah terlanjur melakukan dosa, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun bro. (^^)/
Kita ini adalah manusia yang leka, cuai, pelupa. Selalu sangat melakukan dosa. Masa nak buat dosa, rasa macam okay sahaja.
“Alah, bukan selalu pun buat dosa.”
Janganlah sampai kita pernah terdetik perkara ni. Sebab hakikatnya memang setiap hari kita melakukan dosa. Setiap hari kita melakukan maksiat kepada Allah. Antara sedar atau tidak sahaja.
Sepatutnya dalam diri kita perlu disemat kemas bahawa “Dosa aku lebih banyak daripada orang lain. Jadi, aku perlu elak daripada melakukan dosa. Perlu banyak lakukan amalan pahala.” Bila kita rasa diri kita ni hina, banyak dosa, akan timbul satu keinsafan dan ketakutan dalam diri kita untuk terus-terusan melakukan dosa.
Semasa kita melakukan dosa, memang tak ingat dunia dah. Yang kita tahu, kita nak seronok, kita nak senang. Tapi lepas melakukan dosa, barulah menyesal tak sudah. Menangis air mata darah (Janganlah sampai keluar darah ye).
How to manage it?
Setiap kali teringin nak buat dosa, remind ourself yang Allah sedang melihat kita. Dan juga perlakuan kita akan dipertontonkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak. Malu woo.. So? Don’t be naughty on the world so that you won’t be ashamed in the Hereafter. Insaf. Insaf. (T.T)
Bertaubat, menangis, memohon keampunan Allah selepas melakukan dosa adalah lebih baik daripada terus melakukan dosa tanpa ada rasa bersalah. Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya. Allah tu kan Maha Pengampun dan Maha Penyayang? Believe it. Bina keyakinan itu kepada Allah dan ingatlah jangan sampai kita tidak sempat bertaubat kepada Allah sebelum nyawa kita di tarik. Pesanan untuk diri sendiri juga yang selalu lupa.
Wallahua’lam.
Wednesday, March 21, 2012
Aku Yang Kehilangan
Kehilangan sesuatu membuatkan kita tak keruan. Itu normal. Lagi-lagi jika yang kita hilang itu adalah sesuatu yang sangat kita sayang. Masa kecil, kalau hilang pensel atau pemadam dan sebagainya, mesti menangis. Kalau tak menangis pun, mungkin bergenang air mata. Nak menangis takut, sebab nanti kena cubit dengan mak. Hihi.
Semakin kita besar, semakin kita mampu menahan air mata daripada mengalir, dibazirkan untuk perkara-perkara remeh sebegitu. Kenapa? Kerana kita lebih matang. Kerana ada banyak lagi perkara lebih besar untuk kita tangisi. Tangisan itu disimpan untuk mengalir ketika dapat keputusan peperiksaan yang teruk mahupun ditinggalkan kekasih hati (Perlu ke?).
Sahabat-sahabat, simpanlah tangisan itu semasa kita bermunajat kepadaNya, bertahajud mengadapNya dalam dingin sepertiga malam. Jadikanlah air mata itu sebagai saksi kepada amalan kita dan dapat menyimbah api neraka yang akan membakar tubuh-tubuh yang berdosa ini. Allahurobbi. Ampunilah dosa kami dan jauhilah kami daripada azab nerakaMu.
Kematian sinonim dengan kehilangan. Kehilangan orang yang kita sayangi selama-lamanya. Tapi ingatlah, kematian itu bukanlah untuk ditangisi, tapi untuk kita muhasabah diri. Dia sudah selesai kontrak hidup di dunia. Kita bila lagi? Tak tentu. Mungkin esok. Mungkin beberapa saat lagi. Allahurobbi.
Tapi kita sering lupa tentang kehilangan sesuatu yang sangat berharga iaitu masa yang sudah berlalu. Kehilangan ini perlu kita ambil perhatian sebelum masa untuk kita di dunia habis tamat tempohnya. Adakah masa lalu kita digunakan untuk mencari bekalan kita di akhirat? Atau dibazirkan untuk perkara dunia semata-mata?
Yang pastinya, kematian tidak akan menunggu kita walau sedetik. Beware!!
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal) yang ditetapkan; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya. [Al-A’raf. 7:34]
Subscribe to:
Posts (Atom)


