Saya buat entry kali ini memang khas sangat untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Seriously, anda semua kena jawab soalan-soalan yang saya utarakan dengan penuh ikhlas dan juga dengan tahap kejujuran yang tinggi tahap maksima.
Kalau boleh, tanyalah soalan-soalan sebegini kepada rakan-rakan anda yang juga sedang mabuk di dalam dunia fantasi cinta asmara ciptaan sendiri yang penuh dengan tipu daya duniawi yang hanyalah sementara sedangkan cinta kepada Allah adalah cinta hakiki yang kekal abadi. Fuh, panjangnya ayat. Cukup nafas? Kalau tak cukup, baca dengan dua nafas. Soalan-soalannya adalah:
Betul anda sayang dia?
Sayang ke kalau bawa dia ke hulu ke hilir tu?
Sayang ke kalau selalu sangat keluar dating kat taman-taman?
Sayang ke kalau setiap hujung minggu ajak dia pergi tengok wayang?
Sayang ke kalau hari-hari keluar makan sama-sama?
Sayang ke kalau anda pegang tangan dia semasa keluar jalan-jalan?
Sayang ke kalau hari-hari call dia sampai berjam-jam bergayut?
Sayang ke kalau inbox mesej penuh dengan mesej jiwang-jiwang?
Sayang ke kalau di dalam dewan kuliah sering duduk sebelah-sebelah?
Sayang ke kalau kat Facebook ada In A Relationship With dia?
Sayang ke kalau gambar anda berdua diupload ke dalam Facebook?
Sayang ke kalau gambar tersebut dipuji oleh rakan-rakan? Bangga?
Sayang ke kalau satu universiti tahu bahawa anda dan dia bercouple?
Sayang ke kalau semua orang tahu yang anda menyayangi dia?
Sayang ke kalau anda kata I Love You pada dia?
Macam itukah sayang yang anda maksudkan?
Sekejap. Sekejap. Jangan jawab lagi. Soalan belum habis.
Sayang ke kalau ia hanya mengundang fitnah terhadap Islam?
Sayang ke kalau melalaikan dia dalam dunia fantasi cinta duniawi?
Sayang ke kalau mengganggu waktu ibadatnya?
Sayang ke kalau masa dia untuk anda melebihi masa dia untuk Allah?
Sayang ke kalau menjadikan dia lupa kepada Allah?
Sayang ke kalau hidup tanpa redha Allah?
Sayang ke kalau setiap langkah diiringi zina hati?
Sayang ke kalau hari-hari dilalui dengan maksiat infiniti?
Sayang ke kalau syariat Allah diketepi?
Sayang ke kalau hukum Islam dibelakangi?
Sayang ke kalau hanya akan menambahkan dosa?
Sayang ke kalau menyebabkan dia masuk neraka?
Sayang ke kalau dia tarik anda juga masuk neraka?
Sayang ke kalau anda berdua menerima azab pedih di sana?
Ha..!! Kena kat batang hidung sendiri? Dah jawab habis soalan-soalan tu? Jadi, fikirlah sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Adakah kita mahu terjerumus di dalam cinta sebegini yang akan mengembirakan puak-puak syaitan durjana kerana kejayaan mereka membisikkan cinta berahi kepada sang pencinta dunia? Jawapannya, terpulanglah kepada diri masing-masing.
Sedarlah wahai pemuda pemudi Islam harapan ummah. Dunia ini hanya sementara. Cinta dunia yang di saluti dengan maksiat dan dipateri dengan dosa hanya akan mengundang murka Allah. Mahukah setiap langkah kaki kita di bumi Allah ini, kita iringi dengan perbuatan maksiat? Tidak malukah kita dengan Yang Maha Agung? Masih belum terlambat. Laksanakanlah taubat nasuha sebelum ajal menjemput.
Andaikata sudah berjumpa dengan insan yang berkenan di hati dan merasakan memang dia yang terbaik untuk menjadi peneman hidup dunia akhirat, dan juga ibu atau bapa kepada anak-anak anda, percepatkanlah pernikahan jika sudah cukup kemampuan. Islam itu mudah, jadi janganlah menjadikan ia susah beralasankan adat dan budaya ciptaan manusia sedangkan hukum Allah itu adalah yang utama.
Sabda Rasullah SAW;
“..Wahai para belia jika sudah tiba kemampuan persediaan kamu maka berkahwinlah..”
Firman Allah SWT;
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE.
salam mohon share.......
ReplyDelete@mana milik kita ? ? ?
ReplyDeletesalam..
boleh2. memang utk di'share' pon..
terima kasih sudi singgah blog ni..
beli buku karangan Hilal Asyraf, tajuk batu bata kehidupan..ada berbicara mengenai perkara yang sama..indah kata2nya :)
ReplyDeleteandainya pmuda pmudi Islam semua b'pikiran sbgini...
ReplyDeletepsti Islam mmpu bangun dan m'gerunkn musuh Islam...
jadiknlh cinta kita b'sndrkn pd cinta Ilahi...buknkh cinta itu cinta Agung...:)
sayang...perkataan yg mmbawa mksud yg berbeza apabila psangannya turut berbeza....
ReplyDelete@Aim^_^RunZ --
ReplyDeleteouh.. first tau pasal buku tu.. dy citer pasal love la ek?? ko ade tak buku tu?? hehe..
@Anonymous
ReplyDeletetapi tu la, sekarang ni remaja2 lebih mengikut budaya barat.. cinta ala ala barat bagai.. cinta cara Islam tak ramai yang praktikkan sedangkan itu adalah yg terbaekkk... same2 muhasabah la ek..
@shukran ijtihad
ReplyDeleteshuk, hurai la panjang lebar pasal sayang ni.. nak gak dengar kata kata cinta dari ko...
ade buku tuu,, suma buku dy aq tengah kumpul lg nie.. dapatkan satu d pasaran (pwtc) sementara bookfair masih dbuka:D
ReplyDeleteassalamualaikum..mabruk alaik..sy suka entri ni..mohon share..
ReplyDeletesangat bermanfaat..mohon share..
ReplyDelete> AnaNawar, SiZana
ReplyDeleteboleh2 je kalo nak share.. moga ramai yang boleh dapat manfaatnye insyaAllah..
aiwah..soalan2 maut..barakallah..
ReplyDeletekalo kne kat batang idung sendiri, mmg maut la.. syaratnye, kne jujur mase jewab soalan2 nih.. moga dapat manfaat daripada entry ni..
ReplyDeleteterbaiklah... satu cara teguran yg sgt kreatif dan berhikmah...
ReplyDelete> keri ikhwan
ReplyDeletemoga ada yang terkesan dengan teguran ini. Kita hanya berusaha, Allah jua yg membolak balikkan hati manusia..
ramai yang tahu, ramai jugak yang buat buat tak tahu.
ReplyDelete@a i m z
ReplyDeleteso kne la same2 saling mengingati..
peringatan yg baik...
ReplyDeletethanx
welcome.. jom saling mengingati sesama insan.. ^^
Deletemmg bessssttttttttt,,:)
ReplyDelete