Tatkala kita bersatu dan berpadu
Segala rintangan dapat kita tempuh
Dan kita rempuh dgn jayanya.
Namun kalau kita hanya satu
Kita pula bakal ditempuh
Dan dirempuh dengan rakusnya.
Sekelopak bunga raya pasti wanginya kurang.
Begitulah juga dengan umat yang berpecah belah
Pasti kecundang.
Umat berpecah umat yang kalah
Umat bersatu umat yang padu
Tautan mesra tautan ukhwah
Jadikan kita tak akan musnah.
Janganlah asyik kita cakap tentang bersatu, bersatu, dan bersatu
Kalau nak bersama di tikar sembahyang pun kita tak mampu
Jom !! kita mulakan dengan solat berjemaah di surau dan di masjid.
Tatkala laungan
Hayya ‘alas solah…
Kita dengan semangat melangkah
Untuk bersatu mengadap Allah.
Hayay ‘alal falah…
Kita bergandingan bahu berpimpingan tangan menuju kejayaan.
Ingat, bagaimana laungan takbir 250 ribu tentera Sultan Muhammad Al Fateh
Yang menggegarkan bumi dan mengetarkan kaki musuh di Konstantinopel.
Ingat, bagaimana keutuhan tentera Salahuddin Al Ayyubi
Yang solat berjemaah sehingga menggeletar tentera salib memandang.
Hebat tak kawan-kawan?
Sebenarnya saya bukan nak dipuji
Tapi nak tunjukkan bukti
Kalau kita bersatu hati
Kita lebih kukuh daripada tembok besi.
- Adik Zaid Najmudin.
Pemenang Tempat Ketiga Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua Terbitan TV1.
Begitulah sebahagian daripada bait-bait kata yang disampaikan oleh Adik Zaid Najmudin (12 tahun), peserta rancangan Adik-adikku. Beliau hanya mendapat tempat ketiga, namun persembahannya semasa malam final ini sangat menakjubkan. Kagum saya dengan bakat adik ni. Penyampaian yang sangat berkesan, intonasi yang sesuai, susunan kata yang menarik serta kelancarannya berbicara menggamit semua yang menyaksikannya. Tahniah!! Tahniah!!
Terima kasih kepada sahabat saya, Muhammad Afiq Bin Md Nasir kerana ‘memperkenalkan’ Adik Zaid ini kepada saya. Semoga Adik Zaid dapat menjadi contoh ikutan kepada rakan-rakan yang sebaya dengannya dan semua rakyat Malaysia secara amnya.
Tahniah juga kepada:
Juara - Adik Muhammad Amirul Munir Azlin (10 tahun)
Naib Juara - Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri (11 tahun)
ANDA SEMUA MEMANG HEBAT-HEBAT BELAKA.
TERUSKAN BERBAKTI KEPADA ISLAM HINGGA KE AKHIR HAYAT.
tetiba aku malu dengan budak nih...
ReplyDeletesejuk perut mak dia mengandung..smoga istiqamah menjadi da'ie
Salam,
ReplyDeleteYup2 adik zaid cukup unik :) tak hairanlah adik zaid ni sbg Imam Muda di sekolah rendahnya dan juara Qiraat dan juara tilawah :)
penah dgr dia ckp.. dlm tv.. mmg terbaek.
ReplyDelete@TintApEna
ReplyDeletemalu.. malu.. pandai gile budak ni cakap.. sgt mantoooppp.. btw, nak tau gak.. skrip dy wat sendiri or ade org bagi???
@Muhammad Afiq
ReplyDeletesalam, ko dah habis explore background dy ek??
kalo x silap, dy masuk gak Tilawah Antarabangsa Qatar.. hebat toi la dy ni..
@forensik ke?
ReplyDeletemmg terbaik toi la..
mantooopppp gitu..
yg aku tau la..skrip murabbi depa bagi, dalam masa yg sama ikut apa yang depa cakap la..lebih kurang la kot..sbb ada terbaca dalam komen kat you tube pasai adik amirul munir puji datin rosmah tu, bukan ayat dia...skrip dah dibagi...tp mostly idea dari depa+murabbi kot...
ReplyDelete