Friday, September 2, 2011

Seorang Aku: Kamu Bidadariku


Sudah lama aku perhatikan kamu.
Sejak kecil. Sejak di bangku sekolah lagi.

Pakaianmu bukan seperti biasa.
Tutur bicaramu juga. Jalanmu juga begitu.
Peribadimu terjaga. Citra bidadari syurga.
Kerana apa? Kerana...

Di saat orang lain keluar bersama yang bukan mahram,
Kamu berada di rumah bersama keluargamu.

Di saat orang lain bertepuk tampar lelaki perempuan,
Kamu bergurau dengan sahabat muslimatmu.

Di saat orang lain menggilai music barat dan Kpop,
Kamu tetap dengan zikir dan tafsirmu.

Di saat orang lain memuja artis-artis,
Kamu tetap dengan Nabi Muhammad sebagi idola.

Di saat orang lain bergelak ketawa besar,
Kamu hanya tersenyum sendiri.

Di saat orang lain bertudung fesyen pelbagai,
Kamu tetap dengan tudung labuhmu.

Di saat orang lain dengan make up tebal seinci,
Kamu tetap syukur dengan anugerah semulajadi.

Di saat orang lain bersama perfume mewangi,
Kamu tahu bagaimana hukumnya dari sudut syarie,

Di saat orang lain menggayakan short sleeve,
Kamu tetap tegar memilih long sleeve.

Di saat orang lain menyinsingkan lengan kerana kerimasan,
Kamu memakai handsock untuk menjaga ‘perhiasan’.

Di saat orang lain berkaki ayam bermain air di pantai,
Kamu tetap dengan stokinmu walau kamu tahu ia akan basah.

Di saat orang lain sibuk lagho berfacebook,
Kamu tetap sibuk mengupdate blog dakwahmu.

Di saat orang lain sibuk dengan urusan-urusan dunia,
Kamu tetap dengan kerja dakwahmu.

Di saat orang lain ingin menjadi orang lain,
Aku tahu, kamu tetap kamu seperti dulu.

Sungguh, aku akan menjadikanmu bidadariku
Sebagai penemanku di dunia dan syurga abadi.

InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Solusi
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49)

28 comments:

  1. kalau dah betul2 yakin siapa yg terbaik utk kita.,jangan tunggu lama2.. :)

    ReplyDelete
  2. ingat bahawa wanita-wanita yang baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adalh utk wanita2 yg baik..

    ReplyDelete
  3. > Hamiza Hani Omar
    kalau dah yakin, mmg dah tunggu lama dah kak. btw, kisah ini rekaan semata-mata. Untuk kita amik pengajaran daripadanya.

    ReplyDelete
  4. > yusniati nurislam
    so, masing-masing kena berusaha untuk menjadi baik dan soleh solehah la jika mahukan pasangan yang baik dan soleh solehah juga.

    ReplyDelete
  5. > Alfi Ramadhani
    dapat idea daripada org lain. saje terjemahkan dalam bentuk camni.

    ReplyDelete
  6. sedap..pndai karangnya...dlm mknenya...
    sy suka blog awk..
    nk bgtw,,,sy share awk punye syair ni dkt blog sy,...harap mklum...

    ReplyDelete
  7. @yana_liyana
    boleh je nak share.. jgn riso.. halalan thoyyiban..

    ReplyDelete
  8. nice..
    mcm mane kalu seseorang perempuan itu ingin berhijrah untuk menjadi muslimah sejati dengan memakai tudung labuh tetapi tiada kekuatan untuk melaukannya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rase tiada cukup kekuatan, cuba cari sahabat2 yang boleh bantu bg dorongan dan motivasi..dan klo tak cukup juga, cuba fahami keperluan dan kewajipan menutup aurat yang sempurna.. insyaAllah kalo dah faham betul2, tiada masalah untuk lakukannya..
      good luck..
      barakkallahu fik

      Delete
  9. Salam
    Bagus laa puisinya :)
    Boleh saya share ke blog saya tak ?
    salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..
      boleh je kalau saudari nak share kat mana2 pun.
      blog boleh, facebook pon boleh..
      no hal la.. hihi.. ^^

      Delete
  10. salam...maaf, mohon share jge ya..syukran

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, adik Harith..

    Akak suka cara kamu sampaikan dakwah, santai tapi penuh bermakna..
    Keep it up :)

    Semoga terus menJADI dari terus dan terus menCARI :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. InsyaAllah ramai orang disekeliling saya memberi ilham. Saya cuma berkongsi di medium FB. Jom la same2 berdakwah cara santai. Islam itu mudah dan menyeronokkan, mencakupi segenap aspek kehidupan. (^^)'

      Delete