24/01/2012
Rehlah bersama adik-beradik di Ipoh. Misi adalah untuk menghabiskan Baucer Buku RM200 masing-masing - 4 orang dalam adik beradik saya mendapat Baucer RM200.
Destinasi pertama adalah di Jusco Kinta City. Kami menyerang MPH dan Popular. Saya dapat membeli dua buah buku di MPH iaitu “Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah” dan “Nota Seorang Lelaki”. Prestasi Popular di Jusco Kinta City tidak memuaskan. Satu buku yang saya target tiada di situ. Okay, makan-makan dulu (Big Apple Donuts & Coffee) dan seterusnya main bowling. Saya menang. \(^^.) Yeah..!!
Pencarian diteruskan ke Ipoh Parade. Di sana, hanya ada Popular sahaja. Popular di sana sangat memuaskan. Lebih baik daripada Popular di Jusco Kinta City. Alhamdulillah Berjaya membeli satu lagi buku yang memang ditarget iaitu “Inspirasi Cinta Terhebat”.
Adik-beradik saya yang lain memang borong sakan la dengan baucer tu. Seriously, memang seronok sebab dapat lihat rakyat Malaysia memang ramai memenuhi MPH dan Popular – antara Bookstore yang famous di Malaysia. Budaya ilmu dan budaya membaca semakin subur di Malaysia. Okay. Next??
Dinner. Makan malam di Mee Rebus Ramli berdekatan dengan Ipoh Parade. Ada yang makan Mee Rebus dan ada juga yang makan Chicken Chop. Kedua-duanya memang mantop. Tamat. Cerita yang simple tapi memang best bila bersama adik-beradik kandung yang dikasihi dan disayangi. Hihi..
Baucer saya masih berbaki RM100. Simpan untuk buku-buku lain pula. Special penghargaan untuk semua penulis buku yang pernah menyumbang dalam bidang penulisan untuk pembangunan pemikiran manusia. Sememangnya usaha mereka sangat banyak demi kelangsungan budaya keilmuan untuk manusia sejagat. Namun, Allah jualah yang memiliki sekalian ilmu tersebut, dialirkan kepada para penulis untuk dikongsi dengan semua.
Jadi, saya nak bagi sedikit review tentang buku-buku yang saya baru beli dengan menggunakan Baucer Buku RM200 tu. Anyway, thanks KERAJAAN sebab PULANGKAN SEMULA beberapa peratus hak saya yang memang sepatutnya saya miliki sejak dulu lagi. Lepas ni, harap boleh langsaikan kesemua hak-hak saya yang selebihnya. Lol. (^^)
Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah
Penulis: Ustaz Abdul Azid Hussain
Ilmu dan hukum-hukum fiqah lahir bersama kelahiran Islam kerana Islam merupakan himpunan akidah, akhlak, dan hukum-hakam amali (fiqah). Himpunan hukum fiqah ini terdiri daripada hukum-hukum Allah dan rasul-Nya, yang mana sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah, iaitu fatwa-fatwa semasa Rasulullah SAW terhadap peristiwa, hukuman dalam perbalahan, dan jawapan terhadap pertanyaan.
Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah ini diharapkan mampu melatih generasi hari ini agar dapat berfikir dengan lebih kritis dan tepat dalam menyelesaikan tuntutan umat Islam dalam setiap lapangan kehidupan seterusnya berkekalan merentasi zaman pada masa hadapan. Sesungguhnya ilmu fiqah dan usul fiqah umpama neraca yang memandu akal, menuntun fizikal, dan spiritual masyarakat kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.
............................................................................................................
Nota Hati Seorang Lelaki
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd. Juoi
Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwanya tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai lelaki!
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
Jika jiwanya tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai lelaki!
Dalam buku ini Pahrol Mohamad Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!
............................................................................................................
Inspirasi Cinta Terhebat
Penulis: Burhan Sodiq
Kompilasi 5 Karya Terlaris Burhan Sodiq:
1. Kerana Cinta Harus Memilih
2. Engkau Memang Cantik
3. Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
4. Ya Allah, Aku Jatuh Cinta
5. Sejuta Cinta Untuk Ibunda
Cinta Terindah Buat Yang Mencari Cinta & Mencintai Allah
Fitrah manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba.
Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita.
Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju redha-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya.
Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.
Naskhah indah di tangan anda ini istimewa buat kalian yang mencari cinta sejati. Miliki ia sebagai koleksi peribadi buat bekalan muhasabah diri atau jadikan ia cenderahati buat mempelai yang bakal membina mahligai. Semoga yang memberi beroleh pahala, yang menerima meraih bahagia.
* Buku ini hanya terdapat di Kedai Buku Popular sahaja!
...........................................................................................................
Catatan Khas Untuk Sesiapa Yang Tidak Pernah Melihat Baucar Buku RM200:
:) best la dpt baucar
ReplyDeleteyup.. memang best pon. Alhamdulillah.. syukur dengan kurniaanNya..
Delete:)
ReplyDelete(^^)
Deletedah la dpt buku, main bowling pulak tuh ..
Delete:)
untung sangat.. alhamdulillah.. bukan senang nak jalan same2 dgn family.. lagi2 bile masing2 dah balik u dan sekolah masing2..
Deletesalam..knp prog hujung bulan ni xjd ye?
ReplyDeletebtw..untungla boleh baucar haa.. ;)
wasalam..
Deleteprogram x jadi sebab student cuti mase tarikh tu.
minggu seterusnye pulak skul ade program lain.
selamat membaca..! manfaatkan bahan bacaan itu dengan menyebarluaskan kefahaman Islam.. :)
ReplyDeletesyukran kak miza.. insyaAllah manfaatnya akan dikongsi bersama via blog BHCK ni.. (--.)
Deletenota hati seorang lelaki memang seronok . gaya penulisan yang santai tapi isi yang memberi kesan sama ada yang tersurat dan tersirat. minat sangat dengan gaya penulisan editor solusi pahrol mohd juoi..slmt mmbaca:)
ReplyDeletetq untuk komen tu.. skrang, sy sgt teruja nak bace. tapi nak dahulukan buku lain dlu.. hihi.. insyaAllah akan dibaca jugak nanti..
Delete