Koleksi Status Facebook Saya #5
Islam tidak melarang perasaan cinta.
Yang Islam larang adalah berzina dan menghampiri zina.
..................................................
Cinta hadir tanpa dipaksa.
Datang tanpa diminta.
Kawallah ia dengan iman dan taqwa.
Banyak status kat FB yang suruh wanita tutup aurat.
Tapi tak ramai lak yang suruh lelaki tutup aurat.
......................................
Main bola pakai short
Keluar bilik pakai boxer
Kire tak tutup aurat jugak tu bhai.
Ketiadaan air di ukm yang sangat dahsyat menjadikan rinduku kepada family semakin membuak-buak. Hurm..
.......................................
Maka, pulanglah ke kampungmu jika kamu berkelapangan. Melihat wajah ibubapa kita sudah diberi ganjaran pahala olehNya. Allahurobbi.
Mulakan pagimu dengan mengucapkan kata-kata cinta kepada keluarga, sahabat-sahabat dan orang sekelilingmu. Moga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
............................
With love ♥,
Harith Faisal BhCk
Dear Harith Faisal,
Biar hati berbicara.
Dipandu dengan iman.
Dibatasi dengan agama.
...............................
Nilai dengan ilmu.
Bukan dengan nafsu.
Ku hargai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga kita dapat bertemu semula
Kerna aku yakin engkau akan sentiasa di hatiku
................................
Dedicated to uollz my fren.
Takut kepada ALLAH mestilah melebihi takut kita nak jawab EXAM..
Solat Dhuha yuk..
~ Moga hidup kita tidak kesempitan dan mendapat keberkatan yang berpanjangan. Amin..
Susah hafal doa Arab? Doa sebenarnya mudah. Sangat mudah. Mintalah apa-apa sahaja daripadaNya. Berdoalah dalam bahasa apa pun. Allah faham semua bahasa.
............................................
Kalau susah nak hafal doa-doa dalam Bahasa Arab, doa dalam Bahasa Melayu boleh, Bahasa Inggeris boleh, Bahasa Mandarin boleh, Bahasa Jowo (Jawa) pun boleh sokmo.
Teruskan berdoa walaupun exam dah sangat hampir. Yakin dengan janji Allah.
..............................................
Berdoalah sebanyak mungkin. Jangan malas. Doa itu perlu disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh juga. Janganlah doa 24 jam, usaha tiada, tapi nak result 4.00 a.k.a 4 flat. LOL.
Sejak kecil, kita diajar oleh orang tua kita supaya berdoa. Malah setiap kali habis solat, ayah kita mesti sertakan dengan doa. Dijadikan amalan.
Tapi itu zaman kecil-kecil bersama ibu bapa kita. Kini, kita sudah remaja. Solat pun berjauhan dengan mereka. Doa pun kadang-kadang express. Laju sangat sebab mahu mengejar perkara lain. Assignment, ajakan kawan untuk keluar, Facebook, TV dan sebagainya.
Hak sebagai mahasiswa memanglah dah settle. Tempat belajar, elaun buku, elaun, pinjaman lagi. Semua cukup. Tapi hak sebagai seorang Muslim yang Kerajaan tak settlekan lagi. Tu yang lu kena paham. Umur masing-masing dah 20an. Matang la sikit, pikir la pasal masa depan Islam juga. Jangan pikir perut sendiri je. Lol.
Ada orang kata saya nampak lebih tua daripada umur saya. Betul ke?? Nampak macam 23 ke? 25 ke?
....................................................................................................
Anyway, saya baru/sudah 21 tahun. Umur bukan ukuran kematangan kita. Kematangan diukur daripada cara kita berfikir dan segala tingkah laku kita. Jom matangkan diri . . .
Tahun 2012 ni, umur dah 21. Tua dah.
Tahun ini bakal menyimpan kenangan berharga.
Umur pun dah cukup. Tanggungjawab makin besar.
Pilihan pun dah ada. Tak sabar menunggu tiba hari itu.
Moga Allah permudahkan. Amin . . .
.
.
.
.
.
.
.
.
...................................................................
Umur 21 dah boleh start mengundi untuk PRU13.
Menahan diri daripada menaip status untuk meluahkan perasaan (yang tidak berfaedah) juga adalah satu mujahadah melawan nafsu. Meluahkan perasaan yang berlebihan tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan termasuk dalam perbuatan yang sia-sia.
Dakwah itu adalah cinta.
Cinta daie kepada mad'u.
Cinta mad'u dan daie.
Dan cinta mereka kepada Islam.
Sebaran dakwah untuk mengenal cintaNya.
Jom sebarkan cinta ini.
.................................
Daie = Pendakwah
Mad'u = Orang yang didakwah
Don’t leave something good to find something better. \(^,^)/
Solat istikharah sering dikaitkan dengan jodoh. Ingat istikharah, ingat nak nikah. Hurm, kena ubah mentaliti. In fact, solat istikharah dilakukan untuk buat apa-apa pilihan dalam hidup ini. Dilakukan supaya dapat membuat pilihan yang terbaik hasil pertolongan daripada Allah.
Dhuha jom. Masih ada masa.
…………………………………….
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat.
Persoalannya bukan siapa.
Persolannya bukan di mana.
Tapi persoalannya bila masanya?
Lagi satu status sengal.
~ Cukuplah dengan janji Allah, yang soleh dicipta untuk yang solehah. Mengapa masih mempersoalkannya? Sampai masa, sampai tempat pasti bertemu jua dua hati yang akan menyatu dengan ikatan suci. \(^.^)/
Status saya dah semakin merepek sejak kebelakangan ini. Sorry sangat2. . . Mungkin sebabnya adalah tekanan yang teruk akibat exam yang semakin hampir. Anyway, kita mesti berbalik kepada Allah yang mencipta kita. Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita.
~ Jangan menyerah Harith Faisal . . .
Status dalam FB tidak mengambarkan individu secara keseluruhan. Jangan terlalu yakin menilai seseorang melalui statusnya.
~ Status diupdate di depan laptop. Mestilah lain situasinya jika berada di khalayak ramai.
Lakukanlah solat istikharah dalam setiap pilihanmu.
InsyaAllah ada petunjuk daripadaNya untukmu. ~
Kahwin lepas habis belajo lagi senang kot. Banyak masa lagi untuk buat persediaan. Bukan mudah menjadi yang soleh untuk mendapatkan yang solehah. Guna masa yang ada untuk islahkan diri ini. Moga dipermudahkan.
~ JPA tidak benarkan pelajar bawah tajaannya untuk kahwin semasa belajar. Lol . . . ~
UKHWAH ITU INDAH JIKA SEMUANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH.
Selamat berjuang di medan masing-masing wahai adik-adikku. Teruskan momentum untuk memperjuangkan Islam. Moga thabat dalam perjuangan.
Semasa kecil, punyalah rama-rama merungut tak boleh terbang bebas.
Bila dah besar, rama-rama ini bebas terbang ke mana-mana.
Kita ni manusia, janganlah nak jadi macam rama-rama.
Bila dah besar, nak bebas. Semua nak bebas.
Ingat, agama kita ada batas.
Jangan bebas sangat sampai mengabaikan syariat.
Wallahu'alam.
Kalau makanan banyak, janganlah membazir. Habiskan tau. Jangan gelojoh ye. Tapi, kalau makanan sikit pula, janganlah mengeluh tak cukup. Tau tak, makanan yang sikit, tapi dikongsi bersama sahabat-sahabat lain berserta dgn adab makan yang diajar oleh Rasulullah, insyaAllah kenyang dan berkat. Jom amalkannya . . .
~ Yang paling best, kalo dapat makan ramai-ramai dalam talam. Main suap-suap sahabat pun best juga.
Kau kau, aku aku bukanlah budaya yang baik. Hakikatnya, hidup kita saling memerlukan. Kalau nak sangat membudayakan budaya 'akukau'iah ini, silalah masuk dalam gua dan jangan pakai baju yang orang jahitkan, jangan makan nasi yang petani tanam tu dan jangan guna Facebook yang Mark Zunkerberg buat ni. Harap maklum.
Bukan mudah berkongsi perasaan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi jika pernah dikhianati. Jadi, jangan lupa, untuk berkongsi dengan Allah kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.
~ Tapi jangan berhenti untuk berkongsi dengan insan kerana ia mungkin menjadi asbab kepada sesuatu kebaikan. Wallahu'alam.
Setiap hari, pasti akan tercipta satu pengalaman yang akan dijadikan kenangan. Think positively setiap yang berlaku. Jadikan pengalaman dan kenangan ini sebagai ilmu hidup. Hargailah setiap pengalaman dan kenangan kerana di dalamnya wujud satu kebahagiaan dan kemanisan yang pasti akan dirasai suatu hari nanti.
Masa kecik-kecik dulu, kalau ada cikgu tanye apa sy nak jadi bila besar, saya akan jawab: "Saya nak jadi jurutera".
Kenapalah saya tak jawab: "Saya nak jadi seorang Muslim yang mantap iman dan sentiasa mengejar redhaNya dan syurga itu matlamat saya".
~ Anyway, saya memang takkan jadi jurutera considered to my course taken now. Actuarial Science. Lol.
Kita kena sedar siapa kita dan di mana posisi kita. Barulah dapat bergerak kerja dengan mantap. Masalah yang sering berlaku adalah kita tidak tahu di mana posisi kita dan tidak tahu apakah tugas kita.
Adakalanya dosa yang melimpah ruah membuatkan kita berasa malu untuk berdakwah. Terasa diri ini tidak layak.
~ Jadi jom sama2 perbaiki diri dan renew iman kita. Pada masa yang sama, kerja dakwah mesti diteruskan. Jangan ditinggal sama sekali.
Jodoh itu memang urusan Allah, tapi kite jugak kena usaha untuk mencarinya. Dan mencari calon pasangan langsung tidak salah dari segi syariat. Malah Islam sendiri menyuruh kita untuk mencari pasangan yangs sesuai dengan kita.
Mood: Biasa-biasa je.
Rezeki saya selama ni, Allah yang beri, bukan orang lain.
Kalo Allah tak nak bagi, takde sape boleh bagi.
Kalo Allah nak bagi, takde sape boleh menghalangnye.
~ Saya sangat sayang Perdana Menteri saya. ♥ lol . . .
Aku ini insan pengumpul dosa.
Sering salah dan alpa.
Jika terkumpul, pasti mengunung dosa.
Sujud taubat, moga jadi penawar segala sirna.
Ya, Allah ampunkanlah dosaku ini . . .
Miskin yang ingkar. Kaya yang syukur.
Miskin yang syukur. Kaya yang ingkar.
~ Yang mana satu adalah kita?
Status updated biar datang dari hati nan suci.
Like itu mestilah ikhlas bukan terpaksa tapi rela.
Comment pula dengan ilmu dan bukan dengan sekati mu. lol . . .
~ Selamat berFacebook . . . ! !
Bunga yang tak bersuara tetap juga disukai oleh sang kumbang.
~ Kaum wanita jangan lah terpekik terlolong tak tentu pasal. Lelaki pong same.
Soalan: Boleh tak kalau saya salam dan cium tangan cikgu perempuan sebagai tanda hormat?
Ustaz Azhar Idrus: Boleh.. Dengan syarat awak berumur 6 tahun atau ke bawah. Kalau awak dah besar nak cium tangan cikgu pompuan boleh juga caranya lapik dengan plywood..
Curi gitar haram.
Curi hati takpe.
Tapi tolong la jangan curi hati saya.
Kalau nak, mintak elok-elok.
Gunakan saluran yang betul. Hihi . . .
~ Curi hati tetap haram kalau tidak ikut syariat.
Persoalannya bukan siapa.
ReplyDeletePersolannya bukan di mana.
Tapi persoalannya bila masanya?
Lagi satu status sengal.
~ Cukuplah dengan janji Allah, yang soleh dicipta untuk yang solehah. Mengapa masih mempersoalkannya? Sampai masa, sampai tempat pasti bertemu jua dua hati yang akan menyatu dengan ikatan suci. \(^.^)/
hehhe...kelakar
(^^)'
Delete