Friday, February 10, 2012

Tips Untuk Blogger: Hasilkan Entri Yang Dapat Menarik Pembaca.

Semua tips dalam entri ini hanyalah pandangan daripada Admin BHCK. Terpulang untuk digunakan atau tidak. Apa yang dapat saya katakan di sini adalah, entri dan blog yang kemas dan profesional akan menggambarkan peribadi baik blogger itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada blogger pendakwah. Haruslah berusaha untuk menunjukkan contoh yang terbaik kepada pembaca dan masyarakat. Itu juga adalah salah satu uslub dakwah yang mesti diaplikasikan. Peace.. ^^
..............................................................................

TAJUK

1. Mempunyai tajuk yang catchy.
Tajuk yang catchy adalah first impression baik kepada bakal readers supaya mereka tertarik untuk membaca keseluruhan entri. Kalau tajuk pun klise dan bosan. Memang susah orang nak tertarik untuk baca. Kena kreatif la bhai.

2. Tajuk sesuai dengan kandungan entri.
Kalau buat tajuk tak ada kena mengena dengan enti akan membuatkan pembaca kecewa kerana rasa tertipu. Sebaiknya biarlah tajuk sesuai dengan pengisian yang nak dibawa. Tajuk “Secret Recipe Sangatlah Sedap”, rupa-rupanya entri cerita pasal tempoyak. Lol.

3. Huruf besar di setiap permulaan perkataan untuk tajuk.
Tujuannya adalah supaya nampak kemas dan professional. Boleh juga gunakan semua huruf besar untuk keseluruhan tajuk.


TULISAN DAN FONT

1. Menggunakan font yang mudah dibaca.
Contoh: Verdana, Normal.
Janganlah guna font yang pelik-pelik, curly dan berserabut. Ia akan menyusahkan pembaca untuk membaca.

2. Huruf besar dan huruf kecil yang standard.
Jangan campurkan huruf besar dan huruf kecil ikut suka hati. Ia akan menampakkan kita sebagai seorang penulis yang tidak matang.
Contoh: "bLooGer BukAnLaH sAtU hObI, tApI aDaLah tAnGguNgjAwaB sOsiaL"

3. Tulisan tidak berwarna-warni.
Satu atau dua warna sudah memadai. Pening baca tulisan yang berwarna warni sangat. Dan jangan guna warna yang terlalu striking. Warna mestilah kontra dengan background supaya tulisan jelas dan mudah dibaca.

4. Tidak menggunakan short form atau bahasa-bahasa yang keterlaluan.
Target group pembaca kita mestilah luas dan entri yang kita buat mestilah sesuai dibaca ramai orang. Jadikan ia macam sembang-sembang sempoi yang biasa kita sembangkan seharian. Tapi tak merosakkan bahasa kita. Kalau setakat gunakan perkataan "tak", "nak", "kot", "tu", boleh la juga. Yang saya maksudkan keterlaluan adalah seperti ini:
"Aq tau knp dy xnak kuar main tdi, dy takut kalah lgi le tew."

5. Gunakan rata penuh @ Justify Text.
Tulisan di samakan di hujung dan pangkal setiap baris. Ada kat atas post editor. Entri akan nampak kemas. Serius. Memang kemas.

6. Perkataan selepas noktah atau koma, mesti dijarakkan.
Contoh: ... blog. Tapi, saya ...
Ini memang adalah cara penulisan yang betul. Tak boleh disangkal lagi. Kalau tak percaya, boleh tanya cikgu Bahasa Melayu masing-masing.

7. Perenggankan entri anda mengikut kesesuaian.
Tujuan utamanya adalah supaya pembaca tidak bosan membaca perenggan yang panjang. Dan lagi satu perkara yang penting adalah, kumpulkan 3-4 perenggan dan jadikan ia satu subtopic supaya pembaca dapat view awal tentang perenggan-perenggan yang seterusnya.
Contoh boleh dilihat di sini ------> Klik Sini

8. Selangkan satu baris untuk setiap perenggan.
Supaya nampak kemas dan. That’s all.

9. Sertakan sumber artikel jika artikel itu dicopy paste daripada blog atau website lain.
Kadang-kadang ade blogger or individu yang kurang senang jika orang lain copy paste artikel yang hasilkan. Jadi sebagai penghargaan kepada pemilik asal artikel, kita sertakanlah sumber artikel yang kita copy paste tu. At least, dia akan rasa dihargai. Ini juga termasuk dalam adab copy paste.


GAMBAR DAN FOTO

1. Gambar pertama yang paling menarik dan sesuai dengan tajuk.
Kenapa gambar pertama? Sebab kalau kita atau orang lain share entri kita di FB, selalunya akan keluar gambar first dalam entri tu pada link di FB tadi. Jadi gambar pertama mestilah yang paling cantik dan menawan. Orang pun tak ragu-ragu untuk klik link kita tu.

2. Gambar-gambar yang cantik dan sesuai dengan kandungan entri.
Gambar yang cantik dan sesuai akan memberikan mood yang baik kepada pembaca. Malah ia mungkin jadi sebab untuk mereka melawat blog kita selepas ini. Sebaiknya masukkan gambar daripada kamera kita sendiri.
Blogger ---> Photographer.

3. Adjust kedudukan posisi dan saiz gambar mengikut kesesuaian.
Gambar yang berselerak sangat menyakitkan mata dan menghilangkan mood untuk membaca. Kalau tak kreatif dan tak ada jiwa seni, gunakanlah common sense anda untuk menyusun gambar-gambar tu dengan baik.


VIDEO
1. Search video yang terdapat di Youtube adalah pilihan yang terbaik.
Kalau nak upload video sendiri pun boleh. Tapi pastikan internet laju la. Nasihat saya, jangan buang masa. Gunakan sahaja video di Youtube yang berjuta-juta tu.
Step: Insert a video > From Youtube > Search Keyword

13 comments: