Hari ini dalam sejarah, 12 Februari 1949, Al-Banna syahid dibunuh. Beliau adalah arca kemenangan para pejuang abad moden. Beliau juga adalah pelopor gerakan Islam kontemporari. Darahnya adalah baja kemenangan para pejuang hari ni. Allahuakbar!!
Beliau merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin dan juga penyusun Al-Ma'thurat iaitu himpunan bacaan harian untuk umat Islam amnya. Marilah bersama-sama kita menghayati dan mengamalkan 10 wasiat Imam Hasan Al-Banna. Moga beroleh kejayaan dan kecemerlangan.
......................................................
Memperingati perjuangan dan pengorbanan tokoh ini pada 12 Februari lebih mulia daripada memperingati 14 Februari sebagai Hari Kekasih a.k.a. Valentine's Day. Say no to Valentine's Day.
Nta la penerus legasi beliau =)
ReplyDeleteMoga ibrahnya sampai ke dalam setiap juzuk hati kita..
Barakallah.. Same goes to enta. moga kita semua same2 menjadi generasi penerus untuk perjuangan yang mulia ini.
DeleteAlangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna tatkala beliau
ReplyDeletemengarahkan ucapannya kepada golongan yang gopoh, yang cepat ingin memetik buah dakwah
sebelum masak;
"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah
yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan
kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu
melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan
yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.
Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian
tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan
berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau
hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya
meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga
berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk
dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari
dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".
Barakallah ya akhi.. sangat suke dgn statement ni:
Delete"Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia"