Thursday, June 21, 2012

Cerita Kecilku: Aku Tak Solat. Kenapa Ayah Marah?



Semasa kecil.
Aku telah diajar oleh ibubapaku tentang solat.
Juga diajar membaca Al-Quran dan berpuasa
Kalau tak buat, kena marah.
Kalau tak buat, kena rotan.
Tapi masa tu kan aku masih kecil.
Kenapa ayah rotan aku?
Kenapa ibu marah aku?
Salahkah kalau aku tak solat, tak puasa?


Keluarga aku keluarga Islamik.
Rasa dengki dengan kawan-kawan.
Sebab ayah mereka tak kisah pun.
Tentang solat anak mereka.
Puasa pun entah ke mana.
Apatah lagi membaca Al-Quran.
Bebas, tak terkongkong.
Aku?


Aku tak faham.
Kenapa aku perlu solat?
Apa gunanya aku puasa?


Meningkat umur belasan tahun.
Mula mengerti sikit-sikit tentang Islam.
Diajar di sekolah agama tentang syurga dan neraka.
Dosa dan pahala.
Yang aku dapat lihat.
Orang Islam ni ada dua jenis.
Satu golongan baik.
mengajak orang ke arah kebaikan.
Satu golongan lagi teruk.
Rasuah, hiburan itu dah biasa.
Disebabkan golongan yang kedua.
Aku melihat Islam itu teruk.
Islam itu menyusahkan.
Islam itu kotor.


Kenapa dalam televisyen orang yang pakai jubah dikatakan jahat?
Orang yang berkopiah dikatakan pembelot bangsa agama?
Terutamanya dalam berita malam-malam lepas maghrib tu.
Siapa yang selalu kena puji?
Yang pakai songkok tinggi.
Yang selalu bermegah diri.
Yang terdedah aurat sana sini.
Lagilah aku tak faham.
Bertambahlah lagi ketidakfahaman aku tentang Islam.
Ia berterusan......
Huh. Biarlah.


Hingga sampai satu ketika.
Aku kini telah masuk dalam dunia sebenar.
Bukan lagi budak sekolah.
Aku telah melihat Islam itu berbeza
Kenapa?
Kerana aku lebih matang (mungkin)
Ramai kawan-kawan.
Yang saling mengingatkan erti sebenar kehidupan.
Bagaimana bermula?
Usrah...(^^)/


Alhamdulillah.


Kini aku melihat Islam itu mudah.
Kalau pergi rehlah.
Solat atas tanah boleh.
Tepi pantai boleh.
Solat atas batu sungai pun boleh.
Islam tu mudah kan?


Baca Al-Quran?
Baca sahaja bila ada kelapangan.
Dalam komuter boleh.
Sementara nak tunggu bas pun boleh.
Alhamdulillah dapat pahala.
Boleh juga berdakwah secara tak langsung.
Dakwah tu kan seni.
Seni untuk mengajak orang semakin dekat dengan Allah.
Lagi bagus kalau kita tambah dengan Al-Ma'thurat.


Di sekelilingku adalah orang-orang Islam yang hebat.
Kefahaman Islam yang jelas.
Selalu berbicara tentang Islam dengan lebih global.
Tentang ekonomi.
Tentang politik.
Tentang pendidikan.
Dan juga isu-isu semasa saudara Islam yang ditindas.
Allahurobbi.


Mudah kan Islam?
Hebat kan Islam?
Islam itu agama kasih sayang.
Islam itu agama yang lengkap segalanya.


Tentang berita malam-malam tu.
Aku dah tahu.
Kenapa berita selalu kata orang pakai jubah tu jahat.
Kenapa berita selalu cakap bahawa pejuang Islam itu pengganas.
Sebab berita itu dipegang oleh penguasa.


Kerana mereka ingin mengekalkan kuasa.
Kerana mereka fikir mereka berhak mencatur negara.
Tapi mereka tak tahu.
Bahawa Allah jua adalah Pencatur Terbaik.


Anak muda sudah buka mata.
Telah lama terbuka minda.
Mula sangat cintakan agama.
Hanya tunggu masa.
Untuk menumbangkan rejim durjana.


Yang hak pasti menang.
Dan yang batil pasti tumbang.
Hancur kebatilan!!
Allahuakbar.



8 comments:

  1. itulah kita sering lupa untuk bersyukur,,
    itu juga kita yang dulu tak faham & cuba untuk faham..
    itulah kita yang sering tertipu jika melihat dengan mata kasar bukan mata hati . dan
    itulah kita yang lupa nak appreciate nikmat iman & islam, astaghfirullahalazim..

    baca ni buat diri terjeda..
    alhamdulillah untuk nikmat iman & islam moga kita semua thabat dijalanNYA

    jazakallahu khairan jaza' untuk perkongsian ,, barakallahufik

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan.
      alhamdulillah diberi peluang untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang hebat.
      doakan moga diri ini terusk istiqomah.

      Delete
  2. Islam itu indah dan mudah,
    tapi bukan untuk dipermudahkan,
    insya-Allah yang hak pasti menang.

    suka susunan ayat dlm entri ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. moga kite semua mampu menunjukkan yg Islam itu sgt mudah dan indah kepada semua umat manusia... Amiin..

      Delete