Thursday, April 12, 2012

Indirect Dakwah. Sentuh Hati Itu Dengan Akhlakmu.

Dia buat baik dengan kita.
Kita buat baik dengan dia.
Dia buat jahat dengan kita.
Cuba sebaik mungkin untuk baik dengan dia.
Hopefully,
Boleh buat dia tersentuh dengan akhlak kita.
Indirect dakwah.



Andai perbuatan jahat mesti dibalas dengan jahat juga, pasti ruang dakwah itu sangatlah sempit. Pasti tiada siapa yang mahu menerima dakwah yang disampaikan. Kalau ada pun, mungkin sedikit cuma.


Kebanyakan orang yang cuba berdakwah mesti pernah diejek, dihina, diperli, ditengking dan sebagainya. Malah ada juga yang dihalau dengan hina apabila melakukan dakwah dari bilik ke bilik. Allahurobbi. Memang kena banyak bersabar dalam menyampaikan risalah suci ini. Rasulullah dahulu, bukan juga dihina malah dibaling dengan batu, tahi binatang dan pelbagai lagi bentuk penghinaan yang tidak dapat kita bayangkan.


Sahabat-sahabat sekalian, andai pendakwah yang dihina dan ditengking tadi, menghina dan menengking mad’u nya (orang yang didakwah) kembali, pasti mad’unya sukar untuk menerima dakwah tersebut, malah semakin jauh dengan ajaran Islam yang suci ini. Nauzubillahi min zalik.


Tunjukkanlah akhlak yang baik. Sembang anda seorang pendakwah. Takkan tak boleh sabar sedikit pun dengan perangai mad’u yang pelbagai? Relax bro. Cubalah sebaik mungkin untuk bersikap baik dengannya. Dengan harapan, akhlak kita itu boleh buat dia tersentuh dan semakin dekat dengan Islam. Mungkin perubahannya tidak nampak sekelip mata, tapi insyaAllah dia akan Nampak keindahannya pada suatu hari nanti.


‘Ala kulli hal, kalau dah tak sabar sangat dengan perangai mad’u, istighfar banyak-banyak. Allah nak uji kitalah tu. Allah. Allah. Kalau dah tak mampu juga menahan kesabaran tahap terlampau, terus tinggalkan tempat kejadian. Jangan sampai lebam benjol pula kepala mad’u tu. Hihi. Selamat beramal untuk diri sendiri juga. Wallahu’alam.

4 comments: