Monday, April 30, 2012

Festival Inspirasi Islam (FII) Anjuran ISIUKM: Saya Juara Yoyo Challenge.



Scroll ke bawah entri jika mahu melihat poster promosi aktiviti Festival Inspirasi Islam (FII) anjuran ISIUKM. Kalau rajin bacalah cerita tentang pengalaman saya dan Yoyo pada hari ini. Like Page FestivalInspirasi Islam (FII) ini untuk dapatkan update terkini tentang aktiviti menarik sepanjang FII.


......................................................................


Hari ini, tidak disangka-sangka masuk Yoyo Challenge. Masa nak buat performance tu, agak gementar dan cuak. Tapi atas sokongan sahabat-sahabat. Kugagahi jua. Lepas habis semua lima peserta buat persembahan dan skill masing-masing, target Aiman Zafri yang menang sebab skill dia sangat hebat. Tapi apakan daya, takdir menentukan Harith Faisal juga yang menang. Menang tempat Pertama. Tapi pandangan peribadi saya tetap mengatakan yang Aiman Zafri yang patut menang. Sebenarnya hadiah daripada tempat kelima hingga tempat pertama, sama saja. Yoyo sebiji, Manual Yoyo Tricks, dan Poster Besar Yoyo.





Abaikan tanganku itu. (^^)





Sebenarnya, masuk Yoyo Challenge sekadar suka-suka. Sekadar nak memeriahkan majlis dan menyatakan sokongan terhadap program Festival Inspirasi Islam ni.


..........................................................................


Ini pula aktiviti Sehari Bersama Kartunis. Kartunis-kartunis ni akan melukis gambar kita dalam bentuk kartun. Inilah hasil-hasilnya. Tapi upahnya kena bayar RM5 kepada mereka. Berbaloi kot.






............................................................


Apa dia Festival Inspirasi Islam (FII) ini?


Festival Inspirasi Islam (FII 2012) adalah sebuah program mega Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) yang akan diadakan pada 30 April 2012 hingga 4 Mei 2012. Tema FII adalah Indahnya Bersama Islam. Jom tengok poster-poster aktiviti menarik sepanjang FII minggu ni. Mari sama-sama support program ISIUKM.












2 comments:

  1. macam best jugak la program2 tu semua. terima kasih share~~

    ReplyDelete
  2. datang la UKM cik Laskar Pelangi.. meriahkan Festival Inspirasi Islam ni. ^^

    ReplyDelete