Thursday, April 12, 2012
Collection: My Facebook Status #9
Koleksi Status Facebook Saya #9
Kita perlu fikirkan perasaan orang lain. Tapi jangan sampai mengabaikan perasaan sendiri kerana jika kita fikir nak puaskan hati semua orang, kita akan jadi gila sebab kita memang tak mampu untuk memuaskan hati mereka semua.
.............................................
Be yourself, as long as not harm Allah and others right.
Jangan rasa diri kita hebat sangat sebab nanti sukar untuk kita improve menjadi betul-betul hebat. Kadang-kadang kita perlukan rasa rendah diri supaya datangnya keinginan untuk membuat yang lebih baik untuk bersaing dengan orang-orang hebat yang kita kenali. Jom jadi hebat..!! (^^)/
Perkara kecil yang dibesar-besarkan menyebabkan perkara yang sebenarnya besar telah kelihatan sangat kecil sehingga kita mengabaikannya. (^^)
Tadi terdengar kat Radio IKIM.fm
13% je orang yang solat semasa berada di hospital. (--.)'
Allahurobbi. Semakin besar musibah, sepatutnya semakin banyak bermuhasabah.
Tanda ibadah kita berkualiti
Adalah kita sentiasa rasa tidak puas beribadah.
Nak lagi. Lagi. Dan lagi... Allahurobbi. (T.T)
Semoga ibadahku selama ini diterima.
We Are Future Islamic Leaders.
..............................
Allah janji, Islam pasti menang.
Tapi adakah kita menyumbang?
Perahlah keringat walau sebutir cuma.
Moga ia menjadi saksi utama. (^^)/
Keperluan ditimbang oleh akal dan hati.
Keinginan ditimbang oleh nafsu dan emosi.
......................................
Nafsu mesti dikawal oleh hati.
Bukan hati yang dikawal nafsu. (--.)'
Anggaplah status ini adalah simbolik untuk LIKE dan COMMENT ucapan terima kasih saya kepada semua Facebooker yang wish my birthday today. Too many wishes to be LIKEd and COMMENTed.
................................
Semoga apa yang kalian doakan untuk saya reflected kepada kalian kembali dan sama-sama peroleh segala kebaikan itu. (^^)..
Terima kasih untuk doa yang tak putus2 daripada semua facebooker untukku sepanjang 10 Mac 2012 ini. Moga doa-doa kalian diterima sebagai amalan baik di sisiNya kerana sudi mendoakanku.
.............................................
Semoga selepas ini Harith Faisal dipenuhi keberkatan dalam hidup, bertambah amalannya dan dapat menjadi Muslim yang muslih. Dan mungkin ini kali terakhir untukku menyambut Birthday sebagai seorang yang SINGLE. (^^)/ wink2...
Si Kecil berbicara tentang cinta pabila tiada lagi keseronokan beragama.
..................................................
Lebih baik kamu bercinta dengan buku supaya lebih berjaya dan bercintalah dengan family kamu, InsyaAllah lebih bahagia. ^^
Kita sering tertipu dengan frasa "Moga Panjang Umur". (--.)'
......................................................................
Yang kita lebih perlukan adalah "Moga Berkat Umur dan Bertambah Amalan"
Sentiasa bersama menjadikan kita lebih memahami sahabat kita.
Jangan mengaku kita kenal sahabat kita jika kita belum pernah:
1) Makan bersama.
2) Bermusafir bersama.
3) Tidur bersama.
...............................................
Uhibbukum fillah. (^^)'/
"Abang, saya tak biasa makan dalam talam..!!!! Tak mau. Tak mau..!!" Ramai yang berpendapat bahawa makan dalam talam ini bukanlah sunnah Rasulullah. Tapi yang baginda sarankan adalah supaya kita makan secara berjemaah. Wah, makan pun perlu berjemaah? Nice. Ingatkan solat sahaja yang perlu berjemaah. Subhanallah, indahnya Islam.
Ayumu meruntun jiwa si Adam.
Tampanmu menjadi igauan si Hawa.
........................................
Simpanlah ia untuk bakal pencintamu. (^^)
Saya mungkin tidak memahami wanita keseluruhannya.
Tapi saya sangat caring dengan wanita kerana nenek, ibu, kakak dan adik perempuan saya juga adalah seorang wanita.
With love, Harith Faisal
Wanita yang kaya dan miskin,
kedua-duanya punyai pesona wanita
asalkan mereka bukanlah wanita kaya
yang membangga-bangga atau wanita miskin yang meminta-minta.
..........................................
Wanita itu mempesonakan jika mereka bersederhana.
In fact, make-up memang dapat menyerlahkan kecantikan seorang wanita.
Tapi kecantikan yang disorokkan adalah kecantikan yang sebenar dan terpelihara.
.............................................
Muslimat adalah sayap kiri dalam perjuangan.
Janganlah dicemari sayap kiri itu dengan najis-najis dosa dunia.
Hakikatnya bukan mudah membuat pilihan. (--.)'
...................................................................
Apatah lagi melibatkan soal seumur hidup dunia akhirat.
Memang betullah masa yang berlalu dan cabaran yang ditempuhi akan mematangkan kita.
Amat rugi bagi orang yang tidak bersedia untuk mematangkan diri.
Pembawaan dakwah yang sangat kreatif,
InsyaAllah mampu menyentuh hati yang mahukan perubahan ke arah yang lebih baik.
....................................
Kreatif la bhai. Santai sempoi.
Lukisan boleh, doodle boleh, video boleh, music pon boleh. (^^)/ Yeah..
Kenapa sukar merasai nikmat iman dan Islam?
Kerana kita tidak nampak nikmat iman dan Islam itu sepertimana kita nampak emas permata, intan berlian, rumah dan segala kemewahan. ......................................................
Jika kita dapat melihat besarnya nilai nikmat iman dan Islam itu di depan mata, nescaya tiada lagi manusia yg lalai dengan urusan duniawi. ^^
Menyatakan kebenaran
Lalu membuatkan dia menangis
Lebih baik daripada
Menyatakan pembohongan
Untuk melihat dia tersenyum.
........................................
(^.^)/ ..... (T.T)
Status sebelum tidur.
Ingatlah orang tersayang.
Maafkan semua orang.
Hidup tenang, hati pun senang. (^^)/ weee.....
...........................................
Harith Faisal, be matured ek. Nite uols.
Mencari tidak semestinya mendekati.
Mendekati tidak semestinya memiliki.
Memiliki tidak semestinya dihargai.
.....................................
Cheer up..!! (^^)/ Yeah..!!
Cukuplah untuk hari ini.
Bersedia untuk hari esok.
Entah hidup, entah tidak.
Tidur dengan nama Allah.
Bangun dengan Alhamdulillah. (.--) zzzZZzzZZ . . . .
Suapan ini diisi dengan rasa cinta, kasih sayang serta keikhlasan.
............................................
Jom makan berjemaah. Bukan solat je perlu berjemaah ek kawan-kawan.
Saat makanan itu disuap ke mulut sahabat kita, ketika itu mengalir bersamanya kasih sayang, kemesraan serta keikhlasan. Maka, timbul suatu rasa cinta yang luar biasa. Cinta kerana Allah. Allahu Robbi, tidak tergambar dengan kata-kata keindahannya. Kalau nak tahu, try lah sendiri. ^^
.....................................................
“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.”
Jom sahabat2. Hafal dan amalkan doa qunut Nazilah. Selepas solat, kita baca doa ini buat saudara kita di sana. Moga Allah tiupkan kekuatan buat mereka. Amiin Ya Rabb.
.........................................................
Doa itu adalah senjata mu'min. Allahu musta'an.
Tundukkan pandangan.
Ingat, anda adalah seorang manusia
Dan bukannya malaikat. Peace... \(^^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment