Thursday, October 7, 2010

Islam atau Melayu? Yang Mana Satu Lebih Hebat?

     Pada hari ini, kita sering mendengar berbagai2 usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu. Baik daripada segi adatnya, bahasanya, budayanya dan sebagainya. Semuanya mahu dikekalkan(walaupun ada yang tak berapa betul).

     Sebenarnya, di mana hebatnya Melayu itu?? Hebatnya Melayu kerana adanya Islam bersama mereka. Tanpa Islam, Melayu tiada apa2. Jadi, mengapa usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu menjadi agenda utama berbanding untuk memartabatkan Islam?? Berapa banyak RM yang dikeluarkan untuk memartabatkan Melayu?? Sedangkan usaha2 dakwah untuk memartabatkan Islam disekat2. Wah, adakah Melayu lebih hebat daripada Islam?? Perjuangan bangsa atau perjuangan agama yang lebih penting?


     Di Malaysia, kalau seseorang itu berbangsa Melayu maka secara automatiknya, dia adalah seorang Islam. Pada kad pengenalannya tertera perkataan ‘ISLAM’.  Namanya juga ada bunyi2 arab sikit. Tapi, adakah dia mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian? Atau Islam hanya pada nama dan kad pengenalan sahaja tetapi kehidupannya mengikut acuan barat? Berjudi, minum arak, berzina, pergaulan bebas dan macam2 lagi. MasyaAllah.. Malahan ada juga yang memilih untuk keluar daripada Islam. Nah! Inilah akibatnya jika Islam tidak dimartabatkan. Sibuk dengan adat2 budaya Melayu, Islam agama suci dipinggirkan. Jangan sampai suatu hari nanti Melayu ini diinjak2 kerana hilangnya Islam di dalamnya. Islam itu hebat walau berada di mana2 tempat di muka bumi ini. Islam itu agama penyatuan tanpa mengira warna kulit dan keturunan bangsa. 


     Saya meninggalkan banyak persoalan dalam entry kali ini supaya anda semua berfikir dan jawab la sendiri. Sendiri ada akal, fikir2kan. Sampai di sini sahaja “BINGKISAN HATI CORETAN KATA” saya pada kali ini. Nantikan entry yang seterusnya.

P/S: Segala yang dinukilkan adalah berdasarkan penelitian dan pengamatan saya sahaja. Andaikata ada silap dan salah harap dapat diperbetulkan. Wasalam.

3 comments:

  1. assalamualaikum.

    alhamdulillah.semoga Allah berkati nta.ana x trfikir plak nk bwat blog.maybe next time insyaAllah.

    try bace buku dilemma melayu islam,ustz pahrol muhamad juoi.

    ReplyDelete
  2. salam

    tahniah atas usaha anda utk menjelaskan perbezaan antara melayu dan islam. sememangnya bagi orang yang berfikir, isu ini mudah dan jelas.
    Berfikir tentang perjuangan untuk menegakkan bangsa melayu memang sangat galak dilakukan, namun perjuangan menegakkan islam dipandang remeh. Maaf andainya pandangan saya mungkin sedikit berbeza. Apa yang saya dapat lihat, perjuangan utk menegakkan Melayu ini kebanyakannya dilakukan oleh mereka yang Islamnya tidak menjadi agenda utama, maksud saya Islam memang remeh bagi mereka. Oleh itu, mmg bukan agenda mereka utk menegakkan Islam pada awalnya.

    Oleh itu, usaha pertama yang perlu diambil mungkin adalah dengan menarik mereka ini khususnya para pemimpin kepada Islam itu sendiri. kemudiaanya, barulah dinyatakan bahawa Melayu itu beruntung kerana ada Islam seperti bangsa2 lain.

    ReplyDelete
  3. @Ainne
    thanks for the comment.
    sememangnya benar pendapat saudari.
    mmg saya menyokongnya.
    itu adalah yang terbaik sebenarnya.
    mengislahkan pemimpin2 yg sedia ada supaya memahami dan seterusnya mengamalkan Islam sepenuhnya dalam pentadbiran mereka.
    tapi, pada pandangan saya pula, disamping usaha tersebut, kita mentilah mencuba method2 lain untuk mengislahkan negara kita.
    takkan nak tunggu sampai pemimpin2 yg sedia ada bertaubat.
    andai kata sememangnya ditakdirkan Allah mereka kekal seperti itu, adakah kita hanya mahu berdiam diri melihat agama Islam kita diperlekehkan dan dianggap remeh oleh golongan mereka?
    juz pendapat daripada insan yg serba kekurangan.
    wallahu'alam.

    ReplyDelete