Pernahkah anda mendengar perbualan antara orang Islam seperti ini:
“Hm, aku rase, aku nak berubah la. Aku nak jadi seorang muslim yang sejati. Tapi kan, agak2nye, Tuhan terima tak taubat aku ni??”
“Wei, ko jangan riso la. Tuhan tu penerima taubat. Pintu taubat sentiase terbuka untuk hamba2Nya”
Jadi di pihak anda sebagai pembaca, apakah yang anda pandang janggal mengenai dialog diatas?? Anda sedar atau tidak?? Tuhan?? Mengapa saya ‘bold’kan pada perkataan Tuhan?? Ha…!! Makanya, itulah persoalan yang ingin saya bicarakan di sini. Mengapa individu tersebut menggunakan perkataan Tuhan?? Bukan kah lebih bagus jika kita menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk menggantikan perkataan ‘Tuhan’ itu??
Pada pendapat saya, orang2 sebegini seolah2 malu untuk menyebut perkataan Allah tersebut. Kenapa ya?? Saya pun tidak mampu untuk menjawabnya. Adakah kerana budaya? Ataupun adakah kerana wujudnya penerapan idealogi pluralism yang menganggap taraf semua agama adalah sama sahaja?? Adakah mereka menganggap Allah itu sama darjat dengan Tuhan2 palsu agama lain? Nauzubillahi min zalik.
Andaikata dialog di atas berlaku antara seorang muslim dengan non-muslim, maka ia tidak menjadi masalah di sini. Hal ini demikian kerana mungkin untuk mengambil kira dasar keterbukaan semasa berdakwah. Tapi yang menjadi masalahnya adalah apabila umat Islam sendiri yang mengambil remeh perkara ini.
Bukanlah dosa pahala yang ingin saya bicarakan di sini, tetapi adalah bagaimana usaha kita untuk mengizzahkan dan menzahirkan Islam di mana2 sahaja. Jika izzah Islam terzahir maka secara tidak langsung dakwah Islam akan berkembang dengan lebih mudah dan pesat. Jadikanlah segala yang kita lakukan seharian sebagai usaha dakwah Islamiah. Bagaimana?? cara anda berpakaian, bermuamalat, berkomunikasi, belajar, makan, jika semuanya berdasarkan saranan Islam, maka anda sedang berdakwah untuk Islam. InsyaAllah..
Ingatlah sahabat2 sekalian,
“Islam tidak pernah memerlukan kita. Tetapi, kita yang perlukan Islam. Without Islam, we are nothing.”
No comments:
Post a Comment