Friday, October 15, 2010

Semanis-manis Gula, Manis Lagi Ukhwah.

Manusia kini tidak mengerti tentang ukhwah. Segala hubungan mesti berkepentingan lain. Jarang-jarang berlaku persahabatan yang ikhlas. Masing-masing ada agenda sendiri. Huh! Teruknya manusia. Pentingkan diri tanpa memikirkan orang lain.

Kenapa anda berkawan dengan dia?

“ Aku bersahabat dengan dia sebab dia ada banyak duit. So, kalau aku dah terdesak sangat nanti, bleh la aku pow2 dy sikit”

“ Dia ade motor kot. Senang aku nak pinjam motor dia. Hahaha..”

“ Dia glamour kat u ni. Kalo aku rapat2 dgn dia, aku boleh tumpang glamour skali lor.”

Adakah ini yang dinamakan ukhwah?
Jawapannya adalah tidak sama sekali.

Ukhwah yang diterapkan dalam Islam adalah bagaimana seseorang muslim yang bersahabat dengan muslim yang lain bukan untuk kepentingan duniawi dirinya sendiri. Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)



Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani (ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah) yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t.

Konsep WIN AND WIN SITUATION tidak boleh dipakai dalam berukhwah. Peringkat ukhwah terhebat adalah apabila seorang sahabat itu mengasihi sahabatnya yang lain, lebih daripada dia mengasihi dirinya sendiri (ithar). Dia sanggup untuk mencukupi keperluan sahabatnya walaupun dia sendiri memerlukannya. Situasi inilah yang dikatakan sebagai WIN AND LOSE SITUATION. Andaikata anda terjumpa sahabat yang sebegini, maka inilah sahabat yang terbaik. Jika tidak sampai ke tahap ini, mengasihi sahabat sebagaimana mengasihi diri sendiri sudah memadai.

“Dari Annas bin Malik, Rasulullah bersabda ; Tidak sempurna iman seseorang salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya…”

Tetapi, malangnya masyarakat kini terlalu mementingkan diri. Terlalu individualistik. Bukan mudah untuk mencari sahabat yang berukhwah sehingga ke tahap ithar. Namun begitu, ia tidak mustahil. Sedar atau tidak, kita sering bertanya:

Apakah yang dia berikan kepadaku?”

Namun begitu, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri:

“ Apakah yang akan aku berikan kepadanya?”

Dalam kehidupan ini, janganlah terlalu memikirkan apa yang orang akan beri kepada kita tetapi fikirkanlah apa yang akan kita beri kepada orang. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Orang yang sentiasa memikirkan apa yang dia akan sumbangkan kepada orang lain akan tenang hidupnya malahan dia juga akan di hormati dan di senangi dan disegani orang lain.

Namun begitu bukanlah kemuliaan di mata manusia yang kita cari kerana kemuliaan di sisi Allah itu jauh lebih besar daripada kemuliaan di mata manusia. Kemuliaan di sisi Allah bukanlah wang ringgit, harta, pangkat mahupun rupa paras, tetapi kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah itu adalah ketinggian tahap keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.


Berbalik kita kepada persoalan ukhwah. Di dalam ajaran Islam ukhwah atau persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

MasyaAllah!!!

Betapa nikmatnya jika kita ikhlas berukhwah kerana Allah. Nikmat berukhwah? Wujudkah nikmat dalam berukhwah? Mungkin anda pernah mendengar tentang kewujudannya, tetapi anda tidak pernah merasainya. Jadi adakah anda percaya wujudnya nikmat dalam ukhwah?



Saya ingin bawakan kepada anda satu analogi.
Anda tidak pernah merasai kemanisan GULA. Tapi, anda tahu bahawa GULA itu rasanya manis. Dari mana anda tahu? Anda tahu daripada buku dan mungkin juga daripada kata-kata orang lain. Jadi inilah yang dinamakan ilmul yakin (keyakinan daripada fakta).

Tapi anda tidak pernah merasai kemanisan GULA itu degan lidah anda sendiri. Jadi anda pun pergi membeli GULA di kedai. Apabila tiba di rumah, anda taburkan GULA di atas meja. Tidak lama kemudian, anda melihat banyak semut mengelilingi GULA itu. Maka anda nampak sendiri bahawa GULA itu manis kerana kehadiran semut-semut tersebut menjadi indikatornya. Keadaan ini dinamakan ainul yakin (Keyakinan yang anda dapat lihat).Tapi, adakah anda merasai kemanisan GULA itu? Tidak sama sekali.

Jadi, untuk merasai kemanisan GULA itu, maka anda sendiri mesti merasainya sendiri. Rasailah kemanisannya. Ha..!! sekarang anda sendiri telah merasai kemanisan tersebut. Manis kan? Maka inilah haqqul yakin (keyakinan yang mmg benar).

Hal ini sama sahaja situasinya dengan nikmat ukhwah. Anda pernah dengar tentang orang yang pernah merasai nikmat berukhwah. Anda dengar dari mulutnya sendiri betapa nikmatnya berukhwah(ilmul yakin).

Kemudian anda pun mengekorinya apabila dia ingin bertemu dengan sahabatnya dalam usrah mingguan. Maka, anda dapat melihat bagaimana mesranya mereka. Berusrah bersama, bertilawah bersama, berkongsi cerita dan ilmu, tidak bersengketa, senyum sentiasa. Nah, kini anda dapat melihat betapa nikmat yang diperoleh daripada berukhwah(ainul yakin).

Tapi, anda masih tidak dapat merasai nikmat tersebut. Kenapa? Kerana anda tidak bersama mereka. Kerana anda tidak berada dalam kelompok mereka. Jadi, jika anda ingin merasai nikmat berukhwah, sertailah mereka. Beradalah dalam usrah bersama mereka. Setelah itu, anda akan merasai alangkah nikmatnya hidup berukhwah kerana Allah(haqqul yakin). Jika betul-betul ingin merasainya, anda perlukan praktikal dan bukannya teori semata-mata.



Jadi begitulah sedikit sebanyak “BINGKISAN HATI CORETAN KATA” saya tentang ukhwah. Alhamdulillah, saya juga pernah merasai nikmat berukhwah. Tapi mungkin bukan pada tahap tertinggi. Saya pernah merasai betapa sedihnya apabila ingin berpisah dengan sahabat semasa di SMKASR mahupun KMPk. Sahabat-sahabat yang sentiasa bersama saya di kala susah dan senang,suka dan duka. Betapa pilu rasanya hati ini ketika itu.

Walaubagaimanapun, perjuangan di tempat baru(UKM) mesti diteruskan. Di sini, saya berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang baru. Alhamdulillah, kami sedang membina ukhwah tersebut untuk sama2 dapat merasai nikmatnya. Moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kami.

Namun begitu, kepada sahabat-sahabat SMKASR dan KMPk, tiada sesiapa yang mungkin boleh menggantikan tempat kalian dalam hidup ini. Saya mahu kalian tahu betapa aku rindu saat bersama kalian. Ukhwah fillah abadan abada. Terima kasih sahabat.

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yg berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari


Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi

Tajuk Nasyid : Cebisan Kenangan

Artis : Amar
Album : Kiasan Naluri


6 comments:

  1. ye..ukhwah i2 indah..tp kdg2 kte x pnh sedo pn akn keindahan ukhwah serta prshbtn 2...kdg2 kte x pnh pn mghargai shbt2 skeliling kte...smpi la stu mse nnt ble tiba msenye kte khilangn shbt2 kte,mybe time 2 br la rse mnghargai erti sbuah prshbtn 2...huhu...so,juz nk kate...u'll always be my friend la harith wlupn jrg2 sgt cntct..rjin2,follow2 la kte skali..=) ukhwah fillah abadan abada...

    ReplyDelete
  2. ukhwah itu mmg indah. kalo dah penah merasainya baru tau la.. setiap kali berpindah pengajian ukhwah yg baru akan terjalin, namun, yg ukhwah dlu stil x dilupakan..

    ReplyDelete
  3. uhkwah yb tercipta mmg terlalu indah..sampai aku menyesl...terlalu menyesl sebab biarkn ia berlalu spt angin...(feeling lak)huhu..
    smka 04/08(in memories)

    ReplyDelete
  4. to >> Ima Roslan
    so,hargailah ukhwah yang sedang dimiliki ek.. jangan persiakannya..

    ReplyDelete
  5. apabila ukhuwah yang dibina kerana ALLAH itu tiba2 rapuh ....
    sebenarnya yang bermasaalah bkn ukhuwah itu , ,
    tapi , ,
    mungkn ketika itu IMAN kita sendiri yang sedang goyah
    dan kesanya terus kpd ukhuwah yg t'jalin krn ALLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. back to basic la kan?? kadang2 kite terlupa untuk menoleh ke belakang apabila kita berada jauh ke hadapan... renew our iman everyday.. days n nights...

      Delete