Friday, October 1, 2010

Wahai ‘Budak Agama’, Jangan Jadi Fitnah Kepada Islam!!





"Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini kita semua dapat bertemu dalam halaqah cinta. Halaqah yang semua ahlinya mencintai sesame yang lain hanya kerana Allah. Jadi, ahlan wasahlan ana ucapkan kepada semua sahabat2 baru yang akan bersama-sama memartabatkan Islam di bumi UKM yang bertuah ini”

“InsyaAllah”

“Jadi kita akan mulakan dengan sesi taaruf. Ya sheikh, sila perkenalkan diri”

“Nama ana Harith Faisal bin Mohd Imam Ma’arof. Berasal dari Slim River, Perak.  Sekolah lame kat SMK Agama Slim River”

SMKA?
KISAS?
SMAP?
MAAHAD?
 Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni?
Apa bezanya dengan sekolah2 yang lain?
Hebat sangat ke ilmu agama budak2 sekolah agama ni?

Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, maka apa yang dapat kita bayangkan adalah peribadi seorang muslim atau muslimah yang kuat pegangan agama, bersopan santun, tegas dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam2 lagi perkara yang baik2. Tapi adakah pendapat2 sebegitu masih relevan pada masa ini? Jawab la sendiri ye.

Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama menjadi duta kepada agama yang kita cintai iaitu Islam. Walaubagaimanapun, budak2 agama kini tidak merasakan yang mereka ini istimewa untuk membawa agama Allah ini.

PERHATIAN KEPADA SEMUA BUDAK AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

“Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je”

“Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama lagi pon”

“Wei, please la. Aku tak nak jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim2 kucing je tu. Takde maknenye”

Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing2 dengan hujah2 yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana2 sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum2 Allah itu. Takut2, Allah akan ketepikan kita semasa di akhirat kelak. Nauzubillahi min zalik…

Hebat sangatkah kita sampai berani bermain2 dengan hukum Allah. Islam itu sendiri bersifat syumul(menyeluruh). Ciri Islam yang syumul ini membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang punya dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mangetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakan manusia. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 138:
“Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya dari Allah”

Jadi, berbalik kita kembali kepada kata2 ‘lancar’ budak agama sebentar tadi. Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Hipokrit ataupun kembali kepada fitrah? Kita ini secara fitrahnya adalah Islam. Islam itu fitrah. Jadi, dari planet manakah wujudnya ideology yang mengatakan orang yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) adalah seorang yang hipokrit?


Sungguh dangkal fikiran orang-orang yang mengatakan sebegitu rupa. Berfikir baik2 sebelum keluarkan apa2 statement. Kalau tidak pun, berdiam diri adalah lebih baik.

Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak / berbual / berkawan / berjalan dengan insan2 sebegini juga,kan??

Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan.
Jika budak agama meninggalkan solat, maka orang lain akan fikir bolehlah tinggalkan solat.
Jika budak agama tidak menjaga muamalat, maka orang lain pun tidak kisah dgn muamalat yang dituntut oleh Islam.
Jika budak agama tidak memelihara auratnya, maka orang lain pun ikut sahaja.
“Habis tu, dah budak agama pun buat bende2 camtu, kitorang yang biase2 ni ikot je la”

Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. Fikir2kan lah. Takkan nak kena bagi tau jugak..

WAHAI BUDAK2 AGAMA!! JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!!

Jadi, kepada budak2 agama. Renung2kan, di kelompok manakah anda berada sekarang ini? Adakah anda pada saat ini menjadi duta kepada Islam? Adakah anda menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat? Ataupun anda sendiri adalah FITNAH kepada Islam? Sama2lah kita bermuhasabah. Jika anda sedang menjadi fitnah kepada Islam, cepat2 lah bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya.


Rasanya, cukuplah sekadar itu sedikit perkongsian yang saya peroleh daripada pemerhatian saya selama ini. Sebelum saya berhenti menaip, saya ingin memohon maaf jika ada insan2 yang terasa hati semasa membaca entry ini.

Created by: Harith Faisal Bin Mohd Imam Ma'arof

10 comments:

  1. tu la bila org tak mnjadikn islam sbg satu cara hidup.

    amik setengah, tinggal setengah..


    bak kata ustaz ak..
    org zaman skrg guna istilah 'hipokrit'
    pdhal ia sbnrnye 'munafiq'...


    ya Allah..

    ReplyDelete
  2. dorg saje je gne istilah hipokrit menggantikan munafiq.. maybe coz munafiq tu nampak cam teruk sgt kot..padahal,same meaning..lagi satu,zina digantikan dgn hubungan luar nikah/hubungan sulit..pon same meaning...saje je nak memurnikan bende2 camtu..effectnye,bende2 camtu jadi terbiase dalam masyarakat kite...huh..trok toi..

    ReplyDelete
  3. terasa kut..
    walaupun sekolah maahad cuma sebulan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,,,
    menerjah ke dlm laman minda ini,,
    satu perkongsian yang menarik,,memang ini lah fenomena budak2 sek agama,,
    kawan2 saya pun memang mcm nie,,
    tapi tu la,,penghayatan islam dan ilmu yang dipelajari tidak meresap sepenuhnya dalam jiwa dan hati diorang..

    Semoga aku tidak tergolong dlm kalangan seperti itu,,
    sekiranya aku terjebak ke dalam lenbah itu,,
    kau keluarkan lah aku drpdNya,,
    kau yang Maha Pengasih dan Maha pengampun,,^^

    sebrang maklum balas dr komen saya nie,,blh maklumkan di chat box saya,,takut tk perasan ade maklum balas dr tuan punya blog,,,
    terim kasih,,,

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam, mungkin ‘Budak Agama’ yang dimaksudkan dalam entry ini adalah individu yang pernah bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam dan yang sama erti dengannya.tetapi adalah tidak mustahil jika yang tidak tergolong dalam kalangan yg dinyatakan itu pun boleh menjadi Budak Agama iaitu apabila seseorg itu mula mengamalkan Islam dalam kehidupan.. so,kpd budak2 agama, tunjuklah contoh terbaik kpd bakal2 budak agama yang akan mengizzahkan Islam supaya dapat bersama2 dalam satu sof utk memperjuangkan Islam..insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. salam....
    sungguh mendalam maksud y anda smpaikan..
    tme ksih di atas perkongsian 2....
    mohon share yew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..
      sama2..
      bende yang rasa bermanfaat, silalah share. ^^

      Delete
  7. sokong

    tu la bila org tak mnjadikn islam sbg satu cara hidup.

    amik setengah, tinggal setengah..

    ReplyDelete