Sunday, November 6, 2011

The Lost Of Adam - Hilangnya Adam


Pandang kanan. Nampak perempuan.
Pandang kiri. Nampak wanita.
Pandang belakang. Nampak muslimah.
Pandang depan. Nampak amoi pula.
Wah, ramainya kaum Hawa.

Beginilah kehidupanku. Dikelilingi oleh satu kaum yang bergelar Hawa. Kaum yang begitu sopan santun, lemah lembut, penyayang, sabar rajin dan macam-macam lagi. Berbeza dengan satu lagi kaum iaitu kaum Adam. Kaum Adam lebih dikenali dengan gagah perkasa, macho, berani, relax, cool dan sebagainya. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara menunjukkan penghargaan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Dan lain-lain.

Memang banyak yang kontra. Tapi mengapa Allah ciptakan perbezaan ini?

Cuba kita ingat semula kisah manusia pertama di dunia ini. Adam diciptakan oleh Allah berseorangan. Sampai satu ketika, Adam merasakan betapa dia kekosongan dan kesunyian. Lalu Allah ciptakan pula Hawa untuk mengisi kekosongan dan melenyapkan kesunyian itu.

Allah ada berfirman:
“Wanita itu pakaian bagi lelaki dan lelaki itu pakaian bagi wanita”. Al-Baqarah: 187.

Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi. Kuatnya perempuan itu apabila ada lelaki. Mantap dan teguh lelaki pula dibantu oleh wanita. Keduanya punya peranan tersendiri. Lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dengan cara perempuan. Namun di tengah-tengah proses melengkapi itu mestilah disulami dengan proses memahami kerana tanpa memahami antara satu sama lain, sukar untuk keduanya saling melengkapi.

Makro Atau Mikro

Lelaki lebih dominan dengan pandangan makro. Mereka melihat sesuatu situasi dengan pandangan besar  dan jauh kehadapan. Bagi mereka, perkara-perkara kecil adalah sesuatu yang remeh. Keputusan yang dibuat juga kebiasaannya lebih rasional, tidak terlalu mengikut emosi dan berpandangan jauh. Begitulah lelaki. Itulah hikmahnya kuasa menjatuhkan talak dapat pada lelaki.

Perempuan pula lebih kepada pandangan mikro. Sekecil-kecil perkara dapat dilihat. Bagi mereka, mereka mahukan sesuatu yang perfect dan teliti. Bagus perempuan ni. Kadang-kadang, perkara-perkara kecil lebih diambil berat daripada perkara yang lebih besar. Mereka juga lebih beremosi berbanding lelaki. Suka merajuk, senang terasa hati – bukan semua perempuan macam itu.


Emosi lelaki ibarat getah manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas, orang lelaki jika marah atau merajuk, kebiasaannya tidak lama sekitar dua tiga jam sahaja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari malah berminggu-minggu.

Firman Allah:
"Allah telah melebihkan lelaki itu atas wanita dengan beberapa keistimewaan". An-Nisa: 34

Tapi ingat, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Ketidakwujudan salah satu daripada mereka akan menyukarkan gerak kerja. Lebih-lebih lagi dalam gerak kerja Islam. Apatah lagi mad’u (orang yang didakwah) bukan hanya dalam kalangan lelaki sahaja atau perempuan sahaja, tapi merangkumi keduanya. Gabungan idea lelaki dan perempuan akan memantapkan lagi perancangan dan pengurusan dalam sesuatu gerak kerja. Tak percaya? Lepas ini boleh try.

Pendapat bahawa perempuan itu lemah haruslah dibuang jauh-jauh. perempuan hari ini lebih terkehadapan. Semua yang lelaki lakukan, mampu juga dilakukan oleh perempuan. Begitulah hebatnya perempuan. Tapi janganlah main redah semua benda. Segala yang dilakukan, nak tak nak mestilah ada batasan syariatnya kerana hakikatnya, memang ada perkara yang lelaki boleh buat tapi tidak boleh dilakukan oleh perempuan. Contoh ringkas yang boleh saya berikan adalah dari segi berpakaian, berkomunikasi, muamalat, dan juga ibadat.


The Lost Of Adam

Lelaki atau perempuan? Yang mana satu daripada golongan ini yang paling ramai di Malaysia? Jika anda menjawab perempuan, maka jawapannya salah kerana hakikatnya, di Malaysia, lelaki lebih ramai berbanding perempuan. Ini adalah berdasarkan bancian terkini di Malaysia yang menunjukkan keputusan bahawa bilangan lelaki adalah lebih ramai daripada kaum perempuan.
- Lelaki: 14,562,638 orang.
- Perempuan: 13,771,497 orang.

"Peliknya. Kenapa dalam UKM ni, macam ramai sangat je perempuan? Di manakah lelaki yang ramai-ramai di Malaysia yang kucintai ini?"

Inilah yang saya namakan sebagai fenomena The Lost of Adam. UKM adalah salah satu institusi pendidikan di Malaysia. Jadi memanglah ramai perempuan di situ. Perkara yang sama berlaku di institusi pendidikan yang lain seperti sekolah, matrikulasi, maktab dan lain-lain. Lelaki pula banyak yang berada di pusat serenti, penjara, ceruk-ceruk kampung, menganggur dan sebagainya. Sedih.

Itulah jawapannya. Apa yang dapat disimpulkan daripada statement sebentar tadi? Adakah perempuan lebih bijak pandai daripada lelaki hinggakan mereka dapat ‘menguasai’ lebih daripada separuh institusi pendidikan di negara kita? Atau adakah dengan sikap mereka yang rajin dan berpandangan mikro itu menjadikan mereka seperti hari ini?

Lelaki Oh Lelaki

Sedarlah daripada lamunan. Sampai bila lelaki ingin terus ketinggalan? Fikir-fikirkan.

Sedar atau tidak, institusi pendidikan adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu dan mengembangkan potensi setiap individu. Softskill seperti kemahiran berkomunikasi, public speech, management, ilmu berpersatuan, semuanya ada di situ. Jadi seharusnya, setiap daripada kita berusaha untuk berada di dalamnya. Terutamanya bagi kaum lelaki yang hampir pupus di situ. Lagipun, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi orang Islam.


Semoga lelaki-lelaki (termasuk saya) yang membaca coretan ini dapat menyedari betapa sekarang ini ramai lelaki yang tidak berperanan seperti lelaki dan lebih banyak bergantung kepada perempuan. Sedarlah, lelaki adalah pemimpin. Jangan calarkan maruah kita sebagai lelaki. Jom sama-sama membangunkan kaum lelaki di Malaysia. Lepas ini, mungkin kerajaan Malaysia perlu mengambil kira untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Lelaki dan Keluarga. Hihi...

Sebagai penutup, entry ini ditulis bukanlah untuk melaga-lagakan antara Adam dan Hawa tetapi lebih kepada motivasi kepada kaum Adam supaya dapat meningkatkan potensi diri masing-masing dan berusaha untuk menjadi pemimpin yang terbaik sama ada pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Mari lenyapkan fenomena The Lost Of Adam di Malaysia ini. Anda mampu mengubahnya.

Wallahu’alam.

10 comments:

  1. tahniah dan semoga terus berusaha 'menjejak' kaum Adam harapan agama, pelindung Hawa,perindu syurga..^__^

    ReplyDelete
  2. jom sama-sama usaha untuk membangunkan Adam yang masih lena dibuai mimpi indah hingga terpana dengan duniawi yang fana...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..Kaum Adam seperti kamulah dan sahabat yang lain yang mampu membangunkan mereka..kami Kaum Haw setia menanti da bersama2 mengubah diri demi Islam..insyaAllah-anonymous-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    salam ziarah. nice sharing. bukan saja bagi kaum adam, kaum hawa pun pendapat sesuatu dari penulisan ini. may Allah bless you.ameen.;)

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    jom bergerak seiringan . . . bersama lebih baik.

    ReplyDelete
  6. @pengemis Cinta~
    Waalaikumussalam..
    InsyaAllah, moga bermanfaat utk semua.. syukran sudi singgah..

    ReplyDelete
  7. Apakah yang dimaksudkan dengan "Emosi lelaki ibarat getah manakala emosi perempuan ibarat ombak"..Boleh terangkan secara terperinci..

    ReplyDelete
  8. @kokobeng
    Getah kalo ditarik, sekelip mata je akan kembal ke bentuk asal. Ombak lak, nak dtg pon lambat, nak balik pon lambat.. lebih kurang mcm tu la. or, any other idea to explain bout it??

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete